bab 5 "Deina"

Romance Series 1071

"Assalamualaikum" Aku memberi salam sebaik sahaja aku dan Abang Raefan tiba di depan rumah Kimi.

"Waalaikumussalam" Kimi menjawab salam sambil membuka pintu.

"Jemput lah masuk Deina....Abang Raefan.." Kimi menjemput kami masuk.

"tidak apa Hakimi, aku ada hal lain, aku mahu hantar Deina sahaja.." Abang Raefan menolak pelawaan Kimi.

Aku melihat Abang Raefan memandang ke arah dalam rumah.

Amir sedang duduk di sofa rumah itu.

"Ada orang lagi tak rumah? Selain yang duduk di sofa itu?" tanya Abang Raefan kepada Kimi.

"Ada bang, jangan risau, ada mak kat dapur, lepastu bukan hanya kami, ada lagi sorang ahli kumpulan yang tidak datang lagi, kejap lagi dia sampai" Jelas Kimi kepada Abang Raefan. Kimi faham Abang Raefan risaukan aku duduk dalam satu rumah dengan lelaki bukan mahram.

"Kimi! Tia!"

Aku melihat ke arah jalan.

Penjang umur Marilyn, baru lepas cakap pasalnya.

"Deina, abang balik dulu, jangan lupa, sebelum pukul lima kena balik" Abang Raefan mengingatkan aku kembali.

"baik bang, hati- hati menunggang basikal, assalamualaikum " pesan aku kepada Abang Raefan.

"waalaikumussalam " abang Raefan menjawab salamku.

"Jemput lah masuk, Deina, Marilyn"
Kimi menjemput kami masuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience