Naurah berdiri didepan sinki dalam bilik air seorang diri.Dia mencuci tangannya terlebih dahulu sementara menunggu apa yang bakal muncul pada alatan itu yang.
Gementar atau takut?.Dia tidak pasti tapi itu yang dia mula rasa dalam hatinya.
Dia memandang Althaf yang sedang tidur selepas makan ubat.Tangannya mengambil alat kehamilan diatas sinki.Dia menutup mulutnya sebaik melihat angka pada alat tersebut tertulis "4 week".
"Allahuakbar.... Alhamdulilah..."ucap Naurah sambil menitiskan airmatanya dengan keputusan.
Dia mengelap airmatanya dan meluru naik ke atas katil dan memeluk tubuh suaminya yang sedang berehat itu.
Althaf sedar tubuhnya dipeluk erat isterinya dia merapatkan tubuh itu.Tangannya mengelus rambut isterinya dengan mata masih terpejam.
Naurah masih memegang alat itu.Dan dia masih tidak percaya dengan berita ini.
********
Naurah masuk ke dalam bilik membawa dulang yang tersedia bubur ayam dan air teh panas permintaan suaminya.
Althaf yang bersandar dikatil memandang isterinya itu yang tidak mengeluh menjaganya.
Naurah meletakkan dulang dimeja tepi dahulu untuk memeriksa suhu badan Althaf.
"Macaman harini hubby rasa okay?"soal Naurah pada Althaf.Althaf mencapai tangan isterinya.
"Hubby kalau demam tak kisah tapi kalau asyik ulang muntah hubby boleh surrender"ucap Althaf mengelus tangan isterinya.
Naurah tersenyum manis.Tangan Althaf mengelus pipi itu.
"Happy semacam je...kenapa?"soal Althaf.
"Ayang nak minta maaf dekat hubby... hubby jadi macam ni sebab Ayang...Ayang pun tak sangka hubby yang kena..."ucap Naurah.
Althaf mengerutkan dahinya.Dia tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Naurah.
"Kenapa cakap macam tu..sakit kan ujian daripada Allah sebagai penghapus dosa.."ucap Althaf.
Naurah angguk.
"Memang pun..tapi ada yang lebih penting daripada tu..." ucap Naurah mengambil sesuatu dari laci dan diberikan kepada Althaf.
Althaf mengambil dari tangan isterinya.Dia memandang alat itu.
"Ini punca kenapa awak muntah-muntah.. pening kepala..."ucap Naurah menunggu reaksi suaminya.
Althaf memandang lama sebelum memandang Naurah.Ini pertama kali dia memegang alat itu tapi hatinya sudah berbunga-bunga.
"Serius...lah ni... Ayang..."ucap Althaf dengan wajah sedikit ceria.
Naurah tersenyum mengangguk.
"Wait...saya akan jadi ayah...?"soal Althaf dengan nada gembira memegang tangan Naurah.
"Ayang...betul ke ni?."soal Althaf yang masih tidak percaya.
Naurah mengangguk.
"Ya... hubby akan jadi Ayah.Tengok dekat situ dia tulis empat minggu..tapi Ayang nak pergi buat check up..tapi tak nak tinggal hubby sorang-sorang dekat rumah.."ucap Naurah yang risau sekiranya dia tidak ada dekat rumah nanti apa-apa jadi dekat suaminya.
Althaf menarik Naurah dalam pelukannya.
"Kalau macam tu bawa hubby sekali.. hubby nak ada dalam setiap perkara yang Ayang lalui.."ucap Althaf.
Naurah tersenyum.Althaf melepaskan pelukannya dan memandang wajah itu.
"Kenapa pandang saya macam tu?"soal Naurah.Althaf mencium bibir isterinya.Dia menutup matanya rapat.
**********
Beberapa bulan kemudian, Perut Naurah sudah mula nampak sekarang ni.Nasib ada Mak Tuti yang membantu melakukan kerja.Dan dia sendiri sudah memberitahu Althaf untuk mengupah orang sahaja untuk kerja rumah yang berat-berat.
Dia datang ke pejabat Althaf untuk makan tengahari bersama-sama.Dari jauh Julia sudah menunggu.
"Naurah!!!" jerit Julia yang begitu teruja.Dia memeluk kawan baiknya itu.
"Rindunya...dengan kau...lama tak jumpa...sejak kau kena kerja dekat Singapore"ucap Naurah.
Julia memuncungkan bibirnya.
"Laki hanglah hantaq aku pi Singapore....nasib enam bulan je...kalau tidak...mahu aku nangis setiap hari...anyway kau nampak berseri-seri...ni nampak seri ibu mengandung.."ucap Julia.
Naurah malu.
"Alhamdulilah...cepatlah kahwin..aku tunggu nasi minyak kau lama sangat ni ..."ucap Naurah.
Julia tersenyum.
"Insyallah...dalam masa terdekat..maklumlah bakal suami pilot..kena tunggu jadual dia kosong baru boleh on kahwin...ni siap bawa bekal ni...nak lunch dengan Althaf ke?"soal Julia.
Naurah memegang bekal makanan.
"Ya...dia bagitahu ada mesyuarat tak dapat makan dekat luar..tu yang datang sini..."ucap Naurah.
Naurah masuk ke dalam pejabat dan melihat ruang pejabat masih kosong menandakan suaminya dalam mesyuarat.Dia duduk dikerusi suaminya itu menunggu.
Pintu pejabat dikuak dari luar dan senyuman Althaf sebaik melihat wajah kesayangannya.
"Hai... Ayang hubby....ni...macam tahu-tahu je... hubby rindukan dia..."ucap Althaf meluru ke arah Naurah memeluk tubuh isterinya dan dahinya dicium.
"Tadi bukan main serius muka ya..."ucap Naurah memegang tangan suaminya.
Althaf tersenyum.
"Depan pekerja je...dengan Ayang...mana boleh..."ucap Althaf.
Naurah tersenyum.
"Hubby laparlah...sayang..masak apa?"soal Althaf menarik kerusi duduk disebelah.
Naurah membuka bekal makanan didepan Althaf.
"Harini saya masak lauk kegemaran awak..sotong sambal..sayur campur..dan yang wajib sambal belacan.."ucap Naurah.
Althaf tersenyum dan mengambil pinggan untuk dirinya.Naurah meletakkan lauk ke dalam pinggan Althaf.
Althaf menyuap Naurah sekali makan.Dia sudah terbiasa melayan isterinya sebegini sejak kehilangan Tuan Amirruddin secara mengejut.
**********
Hujung minggu yang cerah dan langit nampak begitu terang hari ini.Naurah mengikat tali langsir biliknya.
Kakinya melangkah ke arah bunyi bising diruang bilik sebelah.Dia menjengah dan melihat Althaf sedang memasang katil baby.
"Ayah tengah pasang katil?"soal Naurah menegur dari belakang.Althaf tersenyum dan meminta Naurah duduk jauh sedikit.
"Duduk sini...habuk ni.. Hubby tak kemas lagi ni.."ucap Althaf yang sedang sibuk mengemas bilik si kecil.
"Takpe...perlahan-perlahan... tadi Umi ada telefon..dia cakap dia akan datang minggu depan dengan Abah...lepas Kak Noreen habis pantang..."ucap Naurah.
Althaf mengangguk perlahan.
"Okaylah macam tu...sibuklah Umi dan Abah tahun ni dua cucu dia dapat..."ucap Althaf sambil tersengih.
Althaf membuka sarung tangannya dan menarik tangan isterinya rapat padanya.
Dia memicit pipi Naurah.Naurah berkerut dahinya.
"Tahulah saya montel...sekarang...tak macam dulu.."ucap Naurah.
Dia memegang kedua-dua pipi isterinya.
"Tak apa...montel..nanti lepas bersalin...hubby bagi me time dan hubby bagi rehat secukupnya...pada sayang..."ucap Althaf.
Naurah tersenyum manis.
"Kalau macam tu tiap-tiap tahun Ayang nak mengandung..."ucap Naurah sambil tersipu-sipu memeluk pinggang suaminya.
"Nakal ya...belajar dari mana ni.."ucap Althaf.
"Saya ikut tok guru sayalah...saya..." kata-kata Naurah terhenti seketika bila dia rasa perutnya mengeras.
Althaf melihat perubahan dari wajah Naurah.Dahi isterinya mengerut.
"Ayang...kenapa ni?. Sakit nak bersalin ke?"soal Althaf memegang pinggang Naurah.
"Perut tiba-tiba mengeras"ucap Naurah yang menarik nafas.Althaf meminta Naurah duduk dikerusi dan dia mengusap perut itu perlahan-perlahan.
"Anak ayah...jangan buat regangan dekat dalam tu...tahu dah sempit...nanti keluar ya...sabar..sikit je lagi...."pujuk Althaf.
"Dia ikut hubby suka buat regangan..."ucap Naurah.
Althaf gelak.
**********
Jam sudah menunjukkan jam sebelas malam.Naurah masih berjaga menonton rancangan kartun ditemani dengan Althaf.
Naurah memandang suaminya itu.
"Hubby.... laparlah..."ucap Naurah memecah kesunyian.Althaf memandang wajah isterinya.
"Lapar bukan tadi Ayang dah makan..."ucap Althaf menyelak rambut kebelakang telinga Naurah.
"Itu tadi...ni sekarang...sedapnya dapat nasi panas...telur mata...dengan lauk Mak Tuti masak tadi..siput sedut...boleh tak?" soal Naurah memandang suaminya.Althaf memicit hidung Naurah.
"Tunggu sini... Hubby pergi ambil"ucap Althaf bangkit dari sofa menuju ke dapur.
Naurah tersenyum lebar kerana permintaannya dilayan.
Bab Akhir akan diupdate
Share this novel
Sis... update lagi next chapter...
citer sis xpernah mengecewakan pembaca seronok baca dan santai2