Bab 16

Romance Series 39746

Tania mengalihkan pandangannya apabila mereka bertentangan mata

"Emm....... sorry" jawab talhah memusingkan badannya sambil mengosok lehernya agar tidak rasa janggal

"Pagi tadi, abang you call i. Kenapa?"

"Ouhh........... tak ada apalah, dia tertekan. Dia sebenarnya nak call my mom. But dia tertekan your number. Sorry" kata talhah sambil tunduk-tunduk. Habis kalau kantoi kerana dia hanya temberang sahaja

"Its okay, i cuma terkejut sebab you call. Come duduk sebelah kolam tu, atau you still nak berdiri macam tu aje?" tanya tania sambil berjalan perlahan-lahan kerana kakinya masih sakit

"Eh boleh jugak" jawab talhah sambil berjalan di belakang tania

Tania meletakkan bunga dan bekas makanan itu tadi di atas meja, dan masuk ke dalam rumah untuk buatkan air untuk talhah. Lebih baik berada di luar tiada apa-apa tangkapan buruk. Talhah melihat sekeliling perkarangan rumah tania dipenuhi dengan pokok bunga. Tampak lebih segar dan nyaman. Tetapi talhah juga perasan terdapat beberapa buah kamera litar tertutup di ada disitu, jadi tania ada banyak mata-mata

"Tak kan la dia ni anak orang ada-ada jugak? Guna rumah besar, siap ada cctv bagai. Macam ya, macam tak. Kalau dia anak mafia?? ishhhh jauh sangat aku fikir" kata talhah perlahan

"Jangan fikir benda yang bukan-bukan" kata tania lalu meletakkan dulang air di atas meja

Terkejut talhah dibuatnya "opocot dia cantik" melatah talhah

"Ouhh........... melatah jugak you ye, tak sangka. Rupa dah hensem tapi melatah"

"I melatah sebab you tiba-tiba muncul dekat belakang i"

"Opsss, sorry. I tak tahu pulak you ni kaki melatah. You kena stop melatah tauu, barulah ada orang nak"

"I know" kata talhah lalu minum air coklat panas yang dibuat oleh tania

"Makanlah nasi goreng tu" arah talhah

"Makan sekarang?"

"Yup, kalau tak bila lagi? Nanti senanglah kalau tak sedap ke you boleh komen terus"

"Alright"

Tania pun membuka bekas tapawey lalu mencedok nasi goreng itu masuk ke dalam mulutnya. Beberapa saat mengunyah tania terdiam. Talhah yang melihatnya turut terdiam

"Emmm................... rasa dia okay, ada rasa pedas, ada rasa masin manis dan perfect" jawab tania sambil tunjuk 3 jari dan matanya tergenyitkan sebelah matanya

"Comel" jawab talhah perlahan

Tania tidak mendengar kerana khusuk makan nasi goreng itu

"Sedap?"

"Sedap, sedap sangat. Actually ni first time i makan makanan yang dimasak oleh orang luar dan tukang masak itu lelaki"

"Oooo....... wowwww seriously?"

"Yes, but not bad. Okaylah you ni lelaki yang pakej cukup. Cuma satu je masalah melatah"

Lepastu kedua-keduanya makan dan minum sambil borak dan bergelak ketawa. Setelah selesai makan dan minum mereka berehat disitu

"Tania kaki you dah okay?"

"Much better, but alhamdulillah okay"

"Emm, okaylah kalau macam tu"

Mereka pun sama-sama diam. 10 minit kemudian, "Okaylah ms tania, i pergi dulu. If you want anything just call me"

"Okay mr talhah"

Tania bangun dan menghantar talhah sehingga ke keretanya. Talhah pusing dan terlihat tania mengikutnya

"Eh i lupa, if you want nasi goreng or apa-apa je. You boleh je pm i order dengan i"

"Wowwwww, okay. But let me think first. Nanti i call bagitahu"

"Alright, i gerak dulu. Bye"

"Bye"

Tania melambaikan tangan ke arah talhah lalu terus masuk ke dalam rumah. Talhah beredar seperti biasa. Semasa dalam perjalanan minyak kereta talhah hampir kehabisan talhah memberhentikan keretanya di stesen minyak yang berdekatan. Talhah keluar dan menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran. Talhah kembali ke keretanya dan mengisi minyak, semasa mengisi minyak talhah ternampak seseorang yang amat dikenali. Siapa lagi kalau bukan abangnya sendiri dengan seorang perempuan. Siapa perempuan tu?

"Asal aku macam kenal je perempuan tu? tapi dia buat apa dengan abang aku?" talhah ingin pergi ke tempat abangnya, tetapi niatnya terbatal apabila minyak keretanya telah penuh

Talhah masuk ke dalam kereta dan mulakan perjalanan seperti biasa sehingga tiba di rumah

"Betul la apa yang aku nampak tadi, along keluar. Kereta tak ada dekat rumah" kata talhah lalu masuk dalam rumah dan merehatkan diri ruang tamu

Tiba-tiba telefonnya berbunyi dilihat nama tania di skrin. Cepat-cepat talhah membetulkan duduk dan suaranya

"Hello ms tania"

"Hello mr talhah"

"Ada apa call i ni?"

"I call sebab.................. sebab rindu" usik tania

Terkejut talhah, terus tegak berdiri talhah

"Tak ada lah i usik je, i call sebab i nak order makan untuk lunch boleh? sebab you cakap, kalau i nak makan. Just order dengan you, so i remember"

"Ouh.......... boleh je, you nak lunch apa?"

"I nak, emmm......... let me think first"

"Okay, i nak nasi kosong dengan lauk tomyam ayam. Boleh?"

"Ouhh, tomyam. Okay boleh, you nak makan pukul berapa? nanti i hantarkan"

"Dalam pukul 2 macam tu"

"Okay, nanti i pergi hantar"

"Alright, thanks love. Bye" sengaja tania mengusik talhah

Tersenyum talhah dibuatnya "bye" kata talhah lalu bangun ke dapur

Di dapur talhah memeriksa barangan untuk memasak mencukupi atau tidak. Dilihat banyak barang yang sudah habis kerana dia baru je memasak pagi tadi. Dia keluar lalu untuk membeli barang untuk memasak kepada buah hatinya. Semasa keluar dia terserempak dengan lelaki yang sedang beli bunga, kad di tangan bunga itu terjatuh

"Opsss, sorry-sorry tak sengaja" kata talhah sambil mengutip kad lalu menghulurkan kepada lelaki itu semula

"Its okay, thanks" kata lelaki itu lalu mengambil kad tersebut dan diselit semula lalu beredar pergi

Talhah hairan siapakah lelaki itu, kerana di kad tersebut tertulis nama tania. Ditulis "get well soon tania dear"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience