BAB 3

Romance Series 63808

Bunyi ringtone dari handphone menggangu Hani dari lena. Terpisat - pisat matanya. Kantuknya masih tidak dapat ditahan - tahan.


"Sape pulak yang suka mengganggu pagi - pagi ni. Tak tau ker sekarangni waktu orang tengah tidur." Bebel Hani. Begitulah kebiasaannya apabila dia sedang mengangkat bendera merah. Memang lajaklah tidurnya. Nak - nak harini dia sedang dalam mood cuti rehat.

Dia mengecilkan matanya memandang pada skrin handphone. Angka pada handphone baru menunjukkan pukul 6.00 pagi. Hari ni dia mohon cuti rehat. Sengaja. Sebab mahu merehatkan otaknya yang sudah tepu setelah sebulan dia menyiapkan projek dekorasi pejabat Dato' Kamil.

Handphone di tangan masih lagi berbunyi nyaring. Butang hijau dia tekan.

....."Hello... Assalamualaikum Hani... Maaf kacau awak pagi - pagi."

Hani mengeluh. Suara panggilan dari Tengku Mukhris.
Hmmm, adalah sebabnya kalau bosnya itu call dia pagi - pagi ni. Dalam malas - malas, dia membalas juga salam dari bosnya itu.

....."Waalaikumussalam bos. Kenapa tu?." Balasnya dalam suara serak - serak basah.

....."Maafkan saya sebab ganggu awak pagi - pagi buta ni tapi awak kena tolong saya. Tolong gantikan saya untuk pergi mesyuarat di pejabat Dato' Eqwan pagi ni, saya ada urusan emergency. Mama saya terjatuh dalam bilik air pagi ni, tolong yer."

...."Ta... Tapi..." Hani tergagap. Serba - salah pula dia.

....."Saya tau awak cuti harini tapi hanya awak yang boleh tolong saya. Harini mesyuarat pemutus untuk projek Resort Mutiara. Kalau tak pergi, dia akan bagi projek ni pada syarikat interior design yang lain. Ni peluang kita Hani."

Suara pujukan Tengku Mukhris bergema di telinganya. Hani berbelah bahagi.

....."Julia, Fendi dengan Shahrul tak dapat ganti ke bos?." Hani cuba memberi cadangan. Baru harini dia mahu window shopping di Mall. Memandangkan baru semalam dia dapat gaji.

....."Mereka semua busy. Saya tak nak kacau. Awak taukan diorang dan team sedang siapkan projek mega kita di Hotel Star View. Hujung bulan ni dah kena complete semua. Harapan saya pada awak seorang je ni Hani."

Hmmm... Hani menghembus nafas panjang.

....."Baiklah bos. Saya pergi. Tapi esok saya nak cuti, untuk gantikan semula cuti saya yang bos dah kacau harini." Pinta Hani. Dia tak kira. Bab - bab cuti ni memang dia tak boleh nak kompromi.

....."Yer - yer, baiklah Hani. Esok awak cutilah. Saya tak larang, tapi kesanggupan awak untuk bantu saya harini, saya ucapkan banyak - banyak terima kasih."

Ada nada lega di hujung talian. Telefon masih dia letakkan di telinganya.

....."Sama - sama bos. Okaylah, saya letak yer, nak siap - siap." Hani memohon.

....."Okay baiklah, lupa saya nak bagitau awak, meeting tu pukul 8.00 pagi. Sempat lagi awak nak datang pejabat ambil semua dokumen. Semua dah ada atas meja saya. Tinggal awak ambil dan bawak ke mesyuarat jer, kalau tak jumpa boleh tanya pada Shasa," maklum Tengku Mukhris panjang lebar.

....."Baik bos."


Hani mengeluh panjang. Terbantut lagi cutinya pada harini. Dulu pun pernah terjadi sekali. Apa boleh buat, kena pegang ayat yang paling bawah di dalam portfolio skop kerjanya iaitu 'Mendengar arahan dari masa ke semasa'. Sebagai kakitangan yang patuh dan berwibawa sepertinya, kata - kata itu mesti dia sematkan di dalam diri. Cehhh, puji diri - sendiri pulak.

....."Baik bos, waalaikumussalam."


Hani meletak handphone di atas katil. Dia bergegas bangun menuju ke bilik air. Untung dia awal - awal dah chop mahu bilik utama semasa mula - mula dapat rumah sewa ni dulu, dapatlah pakej sekali dengan bilik air.

Usai bersiap dan mekap tipis, dia mencapai handbag dan kunci kereta di atas meja solek lalu bergegas keluar dari bilik.

"Kau nak ke mana bersiap macam nak pergi kerja ni? Kata cuti harini?" Sara menyoal apabila mereka bertembung di depan pintu utama. Kawannya itu juga bersiap - siap nak bergerak ke tempat kerja.

"Cuti aku batal." Seoktaf dia menjawab.

"Batal??? Maksud kau?" Sara buat muka pelik.

"Kena pergi meeting. Bos aku tiba - tiba ada hal emergency pulak. So nak tak nak akulah yang kena ganti meeting dia dengan Dato' Eqwan tu pagi ni. Hmmm, aku ni dahlah ada darah gemuruh. Yang senior - senior semua busy. First time tau aku nak meeting dengan orang besar ni sorang - sorang. Kau boleh agak tak aku punya nervous macam mana." Hani meluah rasa. Dari tadi dia memikirkan pasal hal ni. Macam mana nak tackle Dato' tu supaya memilih untuk bekerjasama dengan syarikatnya. Apa yang di baca melalui aplikasi WhatshApp kiriman bosnya, akan ada beberapa syarikat lain yang akan turut serta dalam mesyuarat itu nanti. Sudah bergelen - gelen liurnya dia telan.

"Besar harapan bos kau tu. Aku yakin, bos kau mesti percayakan kau, sebab tu dia pilih kau untuk gantikan dia pergi meeting tu. Kau mesti boleh, aku percaya akan kebolehan kawan aku yang sorang ni." Ujar Sara sambil menepuk bahu Hani perlahan.

Kata - kata semangat itu sedikit sebanyak melenturkan rasa gugup yang sedang bertamu di dalam diri Hani sekarang ini.

"Thanks Sara. Kau banyak support aku. Doakan aku yer. Aku gerak dulu. Jumpa petang nanti," ucap Hani. Tangannya yang menggengam erat tangan Sara dia lepaskan dan melangkah ke arah kereta.

Dia membuka aplikasi waze pada handphonenya. Tidak mahu tersesat kerana baru pertama kali akan menjejak kaki ke syarikat E-One Group. Sebelum ni, urusan meeting dan perjumpaan di syarikat itu dihadiri oleh bosnya sendiri.

Gugup... Yer, memang dia akui, dia sedang gugup sekarang ini. Beberapa kali nafas panjang dia tarik dan menghembusnya perlahan. Apabila perasaan sedikit lega, dia kembali fokus kepada matlamat asalnya.

Dokumen yang dia ambil dari atas meja Tengku Mukhris dia letak di seat sebelah penumpang.

Syukur pagi ni jalan smooth dan lancar jer, tidak sesak. Kereta yang dia naiki sampai ke tempat yang dituju. Matanya mendongak ke arah signboard yang terpampang di depan bangunan yang anggaran dalam sepuluh tingkat itu. Syarikat perumahan dan hartanah mana tak besarkan, kalah syarikat tempat dia bekerja yang baru tiga tingkat. Itupun dah terasa besar baginya. Dia terasa seperti semut kecil berdiri di bawah bangunan yang tersergam ini. Air liur dia telan lagi. Rasa nervousnya datang menjengah kembali.

"E-One Group..." Lirih suaranya. Dia menarik nafas panjang tiga kali. Cara itu sahaja yang dia ada untuk mengawal emosinya dan mengembalikan keyakinan dalam dirinya.

Kaki melangkah masuk ke dalam bangunan. Menghala ke arah lobi. Kaunter Pegawai Khidmat Pelanggan dia tuju.

"Selamat pagi cik. Saya dari Syarikat Saga Bina datang untuk mesyuarat pagi ni dengan Dato' Eqwan." Suara paling sopan dia lontarkan. Datang tempat orang kenalah pandai bawa diri.

Pegawai Khidmat Pelanggan itu tersenyum manis. Dia menyemak satu buku di tangannya. Kemudian mengangguk perlahan.

"Selamat pagi cik. Ikut dalam rekod, pagi ni Dato' Eqwan ada meeting dengan Tengku Mukhris kalau dari Syarikat Saga Bina," Pegawai Khidmat Pelanggan itu memaklumkan.

"Yer, betul, saya diminta untuk wakilkan bos saya. Bos saya ada hal emergency pagi ni. Tak dapat hadir." Terang Hani. Hmmm, banyak songeh pula. Dah maklum dia dari Saga Bina, mestilah wakil kalau tuan empunya diri takde. Takkan tak faham - faham lagi. Bebelnya di dalam hati. Masih lagi mengekalkan senyum di bibir.

"Oyeke, maaf... Cik boleh terus ke aras enam, lift ikut laluan belah kiri. Nanti jumpa dengan Puan Zira."

"Terima kasih," ucapnya selepas mendengar kata - kata dari Pegawai Khidmat Pelanggan itu. Kaki beransur ke arah lift.

Berkali - kali dia menarik nafas. Tetap juga darah gemuruhnya tidak menghilang. Entah kenapa rasa gugupnya melampau pula pagi ni. Dalam lift dia menyandar di tepi dinding lift. Fikirannya membayangkan bagaimana rupa dan perwatakan Dato' Eqwan. Mesti lelaki itu sorang yang sudah berumur dan berbadan gendut, sesuai dengan title yang dipegangnya.

TINGGG...

Mata tertancap pada nombor di atas pintu lift. Taulah dia bahawa dia sudah berada di aras enam. Hani menghembus nafas. Dengan berbaki sedikit rasa keyakinan diri, dia melangkah keluar dari perut lift apabila pintu itu terbuka sepenuhnya.

Kaki melangkah perlahan ke arah laluan belah kanannya. Pas pelawat yang diberi oleh Pegawai Khidmat Pelanggan tadi dia sentuh pada kotak kecil tepi pintu. Pintu itu terbuka.

Laju kakinya melangkah masuk. Alhamdulillah dia sampai tepat pada masanya. Lagi lima belas minit mesyuarat ini akan bermula.

"Puan, saya wakil dari Saga Bina, datang untuk mesyuarat dengan Dato' Eqwan pagi ni." Maklum Hani setelah sampai di satu meja yang diduduki oleh seorang wanita. Hanya ada tiga meja di ruang ini. Ada dua meja untuk staff wanita dan satu meja untuk staff lelaki. Mungkin pembahagian tempat mengikut unit. Dia tidak pasti tempat yang dia berdiri sekarang ini unit apa.

Wanita itu tersenyum. "Cik ikut saya." Arahnya.

Tanpa banyak bicara, Hani mengikut langkah wanita itu sehingga sampai di satu ruang yang menempatkan seorang wanita. Mejanya di luar bilik. Mata Hani tertancap pada papan tanda di tepi pintu bilik itu.

DATO' EQWAN MIKAIL BIN TAN SRI IBRAHIM (KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF)

Hani teguk liur berkali - kali. Bukan kaleng - kaleng keluarga ni. Kenapa bos bagi task ni kepada saya? Tidakkk... Hatinya menjerit kuat.

"Cik, ni Puan Zira, PA Dato'." Maklum wanita itu.

"Terima kasih Kak Mimi, ucap Zira sebelum wanita itu berlalu pergi.

"Puan saya wakil Tengku Mukhris dari Saga Bina. Tengku Mukhris tidak dapat hadir kerana ada hal kecemasan." Hani menerangkan. Dia tidak mahu hal di lobi tadi akan terjadi lagi.

"Dato' Eqwan sedang menunggu di dalam. Cik..."

"Nama saya Falia Hani. Panggil saya Hani," Hani memperkenalkan diri.

"Wakil dari syarikat lain dah sampa ker?" Hani cuba untuk berbual. Sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa gugupnya.

"Perjumpaan ni dibuat secara berperingkat. Itu permintaan Dato' sendiri. Untuk sesi pagi, syarikat dari Saga Bina yang akan mula dulu." Terang Zira.

Hani mengangguk faham. Nampaknya hanya dia dengan Dato' Eqwan yang akan bermesyuarat nanti. Hmmm... Hadap sahajalah. Dia pun dah sampai ke sini. Tak boleh nak mengelak lagi.

"Okay Cik Hani boleh ikut saya." Zira berdiri, bersamanya satu fail hitam berkulit keras.

"MASUKKK..."

Suara garau dari dalam kedengaran usai pintu diketuk oleh Zira. Sekarang ini perasaan gugupnya sudah hilang. Nafas dia tarik dan hembus berulang kali. Dia buang jauh - jauh perasaan tidak enak yang mungkin akan mengganggu konsentrasinya untuk bermesyuarat sebentar lagi. Demi Tengku Mukhris dan Saga Bina Interior design Sdn. Bhd, dia akan perjuangkan. Hmmm, semangatnya macam nak pergi berperang.

"Jom kita masuk." Ajak Zira.

Hani membontoti di belakang. Fail di tangan dia peluk erat - erat.

"Dato', wakil dari Syarikat Saga Bina. Tengku Mukhris ada hal kecemasan. Cik Falia Hani sebagai wakil untuk mesyuarat pada harini." Maklum Zira.

Hani mengecilkan sedikit matanya, reaksi itu tidak dapat dilihat oleh Zira kerana dia berdiri di belakang wanita itu. Jauh panggang dari api segala telahannya sebentar tadi. Dato' Eqwan yang dia gambarkan seorang lelaki yang sudah berumur dan berbadan gendut adalah salah tafsiran sama sekali. Tengok pada gaya dan penampilan, Dato' ini masih muda dan bergaya, walaupun hanya melalui pandangan belakang.

Lelaki yang sedang berdiri di tepi tingkap kaca sambil memegang satu cawan itu berpaling...

Enjoy reading ♥️ -Es Lilin-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience