Bab 2

Romance Series 39793

Setibanya pintu lif terbuka, tania terus menuju ke tempat letak keretanya setelah mendapat mesej daripada wani untuk lunch

Tania terus memulakan perjalanan menuju ke restoren untuj makan bersama kawannya. Setibanya di restoren, tania terlihat wani yang telah melambaikan tangan ke arahnya menandakannya untuk pergi ke meja itu

"Sorry la babe aku lambat sikit tadi, dah lama ke kau tunggu aku?" tanya tania sambil memeluk wani

"Tak ada lama mana dalam 10 minit jugak aku tunggu"

"Sorry tau babe, kau jangan marah eh" pujuk tania sambil membuat muka comel

"Ye la, tapi lunch harini kau belanja. Kata masyuk kann" perli wani

"Baiklah cik wani ku sayang"

Tania pun memanggil pekerja di restoren itu untuk membuat pesanan makanan

Setelah selesai mereka makan selama 20 minit, mereka pun berborak

"Tania aku nak tanya kau sikit boleh?" tanya wani ragu-ragu andainya tania memaharinya

"Tanyalah, apa dia" jawab tania sambil menghirup air

"Kau dengan mamat tempe tu macam mana?"

"Mamat tempe mana pulak ni?"

"Alaaaa mamat tempe yang curang masa kau tengah sambung master dulu tu"

"Ooo..... entahlah, malas aku nak fikir pasal dia dah. Aku tak nak ingat lama-lama kalau benda tu buat hati aku terluka. Lagi pun tak ada faedah untuk aku ingat atau suka kat dia lagi"

"Hemm betul jugak cakap kau tu"

"Tapi kau tak ada niat ke nak cari peganti?"

"Niat tu ada, tapi biarlah dulu. Aku nak keje dulu. Aku baru nak rasa pegang duit banyak-banyak untuk diri sendiri"

"Aku sokong tu"

Mereka pun diam seketika sambil menikmati minuman masing-masing

"Wehh babe kau cakap nak bertunang hujung bulan ni jadi ke?" tanya tania kepada wani

"InsyaAllah jadi" kata wani dalam nada teruja dan gembira

"Ouhh, untunglah dia dah ada peneman hidup nanti"

"HAHAHAHAHA tu la kau, aku suruh jadi peganti tak nak. Jual mahal sangat. Nanti jadi andartu baru tahu"

"Aku bukan tak nak, aku cuma serik. Cuba kau faham apa maksud serik tu" sudah naik senoktaf suara tania

"Okay-okay, aku faham. Janganlah marah"

"Aku tak marah, aku cuma tak suka cakap ulang-ulang benda yang sama je. Membazir air liur aku je"

"Wehh kalau aku yang tolong carikan untuk kau boleh?"

"Tak nak, aku takut kalau nanti aku tak suka dan si dia pula mengharap. Biar aku cari sendiri"

"Okaylah tania, kalau dah kau cakap A. A jugak jawapan dia tak kan bertukar jadi B"

"Tahu takpe"

Selesai borak, mereka pun pulang ke pejabat masing-masing untuk menyambung semula kerjanya

Semasa tiba di pejabat, tetiba ada seorang pakcik jaga ni datang bagi bunga dengan aku

"Cik tania, cik tania" panggil pakcik tu dekat aku

"Ye pak mail ada apa"

"Ni pak mail nak bagi bunga kat cik tania"

Aku pun ambik daripada tangan pak mail, sejambak bunga anyelir warna merah putih

"Sape yang bagi ni pak mail" tanya tania sambil membelek bunga itu sekiranya ada kad yang tersorok

"Tak tahu la cik tania, dia cuma pesan suruh bagi dekat cik tania je. Bila pak mail tanya nama dia cakap rahsia" kata pak mail sambil garu kepala

"Ouhh, emm takpelah kalau macam tu pak mail. Terima kasih"

"Sama-sama"

Tania pun terus berlalu dan naik lif, ketika menaiki lif tania masih lagi berbau minyak wangi yang sama seperti semalam. Tania berniay ingin memusing dan melihat siapa gerangan lelaki itu. Tetapi hatinya berkata tidak

"Bau minyak wangi ni sama macam yang aku bau semalam, ada lelaki ke belakang aku? ke bau minyak wangi dia melekat kat dinding lif ni?" fikir tania sendirian

Tania diam dan tidak bergerak walaupun 1 cm. Pada tingkat 3 lif berhenti

"Aikk, apasal lif ni berhenti tingkat 3, aku nak naik tingkat 5" kata tania dalam hati

Pintu lif pun terbuka, dan tania terdengar suara garau daripada belakang

"Excuse me miss" kata lelaki tu sambil tunduk sedikit lalu berjalan melintasi tania dan terus keluar daripada lif

Tania sedikit terkejut, lalu terus berganjak ke kiri

"Nasib baik aku tak jatuh, terkejut aku dibuatnya" kata tania sambil memegang pemegang aluminium di dalam lif itu

Tania terus menekan butang 5 untuk naik ke biliknya, sesampainya di bilik. Tania terus duduk dan menyandarkan kepalanya kepada kepala kerusi

Tania terfikir, sesiapa gerangan yang memberi bunga itu

"Siapa yang bagi bunga ni kat aku? Peliklah sebab ni memang bunga kegemaran aku. Tapi macam mana dia boleh tahu yang aku kerja kat sini?" fikir tania

Tania pun mengambil semula bunga yang diletak di atas meja dan mencari kad. Kad tersebut tertulis

"For my sweetheart"

Berkerut kening tania apabila membaca perkataan yang di tulis itu

"Apa benda mamat ni tulis, aku nak buang atau nak simpan bunga ni?" tania bertanya pada hatinya

"Arghh aku simpan je la, bunga ni cantik. Wangi pun wangi. Aku letak dalam pejabat je la" kata tania lalu bangun mencari pasu bunga untuk meletakkan bunga tersebut

Tania pun mengubah bunga tersebut, kerana dia telah selesai menyiapkan kerjanya harini. Jadi dia masih ada masa untuk bunga itu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience