TERKAKU dengan panggilan lelaki itu, air matanya gugur tanpa rela. Betapa dia merindui panggilan itu selama ini. Hatinya menjerit hiba, nafasnya seakan terhenti. Aura Eirfan sungguh menakutkan!
"Betullah awak Ara kan??"
Tanpa sedar, Eirfan sudah berdiri tepat di belakang Natrah. Mengusap air mata dalam penuh syukur dengan pertemuan itu. Andai saja Natrah tahu isi hatinya...
Natrah membisu. Dia tak punya kekuatan untuk menjawab mahupun bergerak. Dia ingin kabur, namun pada masa yang sama, dia ingin tetap kekal agar dapat terus mendengar suara lelaki pujaannya.
"Mana Love pergi? Enam tahun hilangkan diri.. I miss you so much!" luah Eirfan dalam esakannya. Kalau tak mengenangkan dosa dan pahala, sudah lama dia peluk wanita itu. Ya Allah, sabarkan hati aku!
Sekali lagi, Natrah membatukan diri. Andai saja Eirfan tahu segala perasaannya, pasti kedua mereka saling meluah rasa saat itu. Tetapi berdiam diri itu lebih baik rasanya!
"Sa...saya... kena pergi..Ada hal"
Cepat-cepat Natrah masuk ke dalam perut kereta. Dengan sisa air mata yang masih berbekas, dia hidupkan enjin kereta dan meninggalkan Eirfan di situ.
"Awak lari lagi dari saya! Tapi takpe. Kali ni, saya takkan lepaskan awak lagi"
Foto yang sempat dikutipnya tadi dipandang dengan senyuman penuh makna. Dia tahu budak lelaki yang ada di samping Natrah itu. Erman!
"AWAK dan Ara dah berpisah? Itupun enam tahun lalu?"
Mendengar cerita Eirfan barusan, membuatkan seluruh jantung Hasma bagaikan direntap. Dia tak menyangka akan mendengar pengakuan tersebut, itupun setelah enam tahun berlalu. Pantas saja Natrah menghilangkan diri selama ini. Rupa-rupanya ada kisah di sebalik semuanya.
Kenapalah dia tak pernah perasan atau menghidu semua itu? Dia benar-benar kaget kerana dia tahu Eirfan dan Natrah merupakan pasangan yang paling sempurna dan saling melengkapi!
"Ara? Who's Ara?" Ilham mencelah. Dia kurang faham akan kisah yang diceritakan oleh Eirfan tadi.
"Natrah" sahut Eirfan dengan keluhan panjang.
"Ara and Natrah are the same person? Yang kau cerita kat aku selama ni?"
"Selama ni? Selama mana?" Giliran Hasma pula yang diserang dengan kekeliruan.
Eirfan dan Ilham saling berpandangan. Rupa-rupanya, Hasma belum tahu lagi status hubungan mereka yang sebenarnya.
"Laaa lupa pulak saya nak bagitau. Ni lah Aan aka Eirfan. Sepupu saya yang selalu saya cerita tu" Ilham membuka cerita.
Hasma kaget. Tidak disangka begitu kecil dunia rupanya. Jauh membawa diri, akhirnya mereka bertemu juga di situ. Pantas sajalah Natrah dan Eirfan bergerak asing-asing. Rupa-rupanya mereka sudah lama berpisah.
"Ni ke wife kau yang kau cerita tu?"
Soalan Eirfan disahut dengan anggukan kepala.
"My Miss Yepo" Ilham mencuit pipi gebu Hasma.
Hasma tersipu. Dia baru tahu maksud 'yepo' tersebut. Rupa-rupanya ia membawa maksud cantik. Dia sangkakan Ilham sengaja menyindirnya dengan panggilan tersebut kerana acapkali dia menyalah-ertikan maksudnya. Dia ingatkan 'yepo' itu singkatan untuk hippo, haiwan yang berbadan besar. Sama seperti dirinya! Arghh, suaminya itu memang romantis!
"Kecik dunia ni rupanya" tukas Eirfan. Sepupunya merupakan suami kepada sahabat baik wanita yang dicintainya.
"Betul tu! Selama ni, Ilham dok cerita pasal awak. Dan saya tak pernah sangka pun yang Aan tu adalah awak"
"Dan Ilham pun banyak bercerita dengan saya pasal awak. Dia tak panggil awak Hasma. Dia bahasakan nama awak dengan miss yepo. Dan seperti awak, saya tak pernah sangka orang tu adalah awak"
Hasma mengulum senyuman. Bahagia dengan aturan Allah Yang Satu!
"Dah selesai berjejak kasih?" celah Ilham. Dia sudah berdiri di antara mereka berdua.
"So apa plan kau lepas ni?"
"Yelah! Awak dah jumpa Ara. Apa plan awak?"
"Saya akan dapatkan dia kembali. Walau apa cara sekalipun"
"Macam mana?" soal Ilham lagi.
Senyuman sinis mula memekar di wajah Eirfan. Telefon bimbit dikeluarkan lantas nombor Ali didail.
"Siasat seseorang untuk aku. Nanti aku bagi gambar dia. Aku nak semua detail pasal dia. Jangan ada terlepas apa-apa pun"
Ujar Eirfan sambil tersenyum ke arah foto yang sedang dipegangnya. Dalam kepalanya dia sudah merencanakan segala macam rancangan! Kali ini, dia tidak akan tunduk pada ego dan kedegilan Natrah lagi. Jika Natrah terus berkeras, dia juga akan berkeras dua kali ganda!
"APASAL kau ni? Pucat je muka tu. Macam baru nampak hantu!"
Wajah pucat lesi Natrah ditatap dengan serius. Risau pula dia dengan keadaan sahabatnya itu.
"Memang pun!" sahut Natrah sambil menghembus nafas. Pertemuan dengan Eirfan sebentar tadi sempat membuatkan dia hilang nafas.
"Memang apa?" Fatin bertingkah dungu!
"Memang pun aku nampak hantu! Hantu di siang hari"
Natrah meneguk air kopi sejuk di atas meja. Dahaga pulak dia! Kemudian, langkah kaki diatur ke arah Fatin.
"Merepeklah kau ni! Mana ada hantu siang-siang hari"
"Ada!" Natrah sudah duduk di sebelah Fatin. "Hantu bentuk manusia"
Kening Fatin bertaut. Dia musykil dengan bicara Natrah.
"Siapa?" Fatin angkat kening.
"Takde siapa!" dalih Natrah.
"Tipulah kau ni! Ceritalah beb" desak Fatin. Tubuh Natrah sudah digoncangnya.
"Eihh kau ni!! Erman mana? Dah balik ke?"
"Belum! Petang sikit kot. Kau jangan nak tukar topik ea? Baik kau cerita dengan aku sekarang!"
"Yelah-yelah. Aku terserempak dengan ex husband aku"
"Haaa?!" Fatin hampir terjerit. "Seriuslah? So apa jadi?"
"Takde jadi apa-apa" tukas Natrah. Dia masih dibayangi dengan sinar mata Eirfan yang ternyata masih penuh dengan cinta itu. Namun dia tak mahu menaruh terlalu banyak harapan. Barangkali, lelaki itu sudah berpunya. Lelaki kan? Mana tahan sunyi! Apatah lagi dia dan Eirfan tak pernah bersentuhan sejak mereka kahwin.
"Tipulah! Takkan tak jadi apa-apa?"
"Habis tu, nak jadi apa? Kau nak suruh aku peluk cium dia ke?"
Hairan pulak Natrah dengan sikap Fatin itu. Nampak lebih excitednya!
"Ke situ pulak! Manalah tahu, dalam hati tu rasa apa-apa ke? Korang berborak ke? Dah enam tahun kan? Takkan tak berjejak kasih sekejap?"
"Takde maknanya! Lagipun dia dah berpunyalah!"
"Mana kau tahu? Dia cakap kat kau ke?"
"Takdelah!"
"Habis tu?"
"Aku tahu jelah! Dia kan lelaki. Lelaki mana tahan sunyi. Lagi-lagi aku dan dia tak pernah..."
"Okey, faham-faham!" Laju saja Fatin mencelah. Dia sudah tahu semuanya kerana Natrah sudah menceritakan segala-galanya.
"Tapi kan beb..kau tak pernah menyesal ke?"
Pertanyaan Fatin terbiar begitu saja. Siapa cakap dia tak menyesal? Dia sangat-sangat menyesali atas apa yang telah berlaku. Dia menangisi hampir tiga tahun setelah dia dan Eirfan berpisah. Namun nasi sudah menjadi bubur. Tiada apa yang mampu dilakukan kecuali redha dan terima semua takdir ini.
"Dengan apa yang kau cerita dulu kan, aku boleh assume yang ex kau seorang yang baik. Sangat-sangat baik. Kalau aku jadi kau, aku menyesal sebab buat dia macam tu. Susah tau nak jumpa lelaki sebaik dan sesetia tu. Kau beruntung sangat! Kau tak rasa menyesal ke beb?"
Air mata yang hampir gugur segera diseka. Bercakap mengenai penyesalan, dialah manusia paling bodoh sebenarnya!
"Kalau masa boleh diputar semula, akulah manusia paling bersyukur untuk perbetulkan semuanya. Aku menyesal tau?! Aku menangis tiap hari, tiap aku solat, sebab aku dah sakitkan hati dia. Aku tak boleh bayangkan kalau dia dengan orang lain. Tapi aku malu..."
Natrah tewas juga dengan emosi. Berebut-rebut mutiara jernih itu mengisi ruang di segenap wajahnya.
"Aku yang cipta jurang ni. Aku yang nakkan perpisahan ni. Aku yang mintak dia lepaskan aku. Kalau aku tiba-tiba nak dia balik, aku rasa malu"
"Tapi kau cintakan dia kan?"
Perlahan-lahan Natrah mengangguk kepalanya. Sehingga detik ini, dia tak pernah terfikir nak cari pengganti Eirfan. Kalau tak berjodoh sekalipun, cukuplah dia membesarkan Erman seorang diri. Dia sudah lelah untuk jatuh cinta kali kedua dengan orang lain.
"Kalau kau cintakan dia, kau buang semua ego dan rasa malu kau tu. Ni masanya nak tebus semua kesalahan kau pada dia. Kau dan Erman berhak bahagia. Dengan dia..."
Natrah lap wajah yang sudah penuh dengan air mata. Dia bersandar pada bahu Fatin.
"Aku akan sentiasa sokong kau beb!"
"LAJU kau buat kerja!" puji Eirfan dengan ketangkasan Ali melakukan tugasan yang dia berikan.
Segala maklumat mengenai Natrah sudah tersedia di hadapan mata. Tak sampai tempoh 24 jam, dia sudah mendapat segala-gala yang dia inginkan. Pantas saja Datuk Elias merekomenkan Ali kepadanya.
"Dah biasa buat kerja ni bos!" ujar Ali dengan sengihan di wajah.
"Ni upah kau!" Eirfan letak sekeping envelop berisi beberapa keping not di dalamnya.
"Ehhh banyak ni bos!"
Jumlah yang ada di dalam envelop itu sangat mengaburi matanya. Mana tidak, lelaki itu mengupahnya puluhan ribu hanya untuk tugasan sekecil itu.
"Jumlah duit tu tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan usaha kau dan maklumat ni. Aku sangat hargainya!"
Ali mengangguk kepala.
Satu-persatu maklumat mengenai Natrah dibaca. Dari peristiwa enam tahun lalu sehinggalah kini, semuanya sungguh memuaskan hati. Tak sia-sia dia mengupah Ali. Tangkas dan cepat!
"Tadika Cerdik? Tak jauh dari ofis ni kan?"
Eirfan bangkit lantas menjenguk ke luar tingkap. Dia lihat ke bawah. Jarak Tadika Cerdik hanyalah tiga meter dari ofisnya. Dia mula merencanakan sesuatu.
"Tak silap aku, dalam tiga meter je bos!" sahut Ali.
Eirfan kembali ke kerusinya. Dia selak beberapa muka surat dan baca satu-persatu.
"Natrah pernah accident? Mana kau dapat maklumat ni? Sahih ke?"
Eirfan mengerling Ali. Dia lihat lelaki itu tertawa kecil.
"Tadi kau puji aku! Sekarang kau was-was pulak?" Ali menyetir.
Tak mempedulikan sindiran Ali, Eirfan lanjut baca maklumat seterusnya.
"Syarikat Nabil Catering? Ni kan..."
Eirfan mengingati sesuatu. Kemudian, dia melebar senyuman. Memang Allah itu Maha Pemurah! Jalannya untuk memiliki Natrah seakan terbentang luas.
PAGI ITU, Natrah dan Fatin sudah sampai ke ofis. Masing-masing duduk di kerusi. Jam masih lagi awal. Baru saja jam menunjuk ke angka 8 pagi. Namun ofis masih lagi lenggang.
"Morning Natrah!" sapa Hamizan dengan senyuman ceria di wajah. Suka hatinya menatap wajah pujaan hati di pagi itu.
"Ye morning" sahut Natrah. Senyuman Hamizan dibalas.
"Dah sarapan ke?"
"Baru je sarapan. Apasal? Kau nak belanja lagi ke?" sampuk Fatin pula.
"Ohh yeke? Saya baru je belikan nasi lemak untuk Natrah"
"Laaa untuk Natrah je ke?? Untuk aku takde?"
Hamizan menjeling Fatin. Aku nak pikat Natrah, bukannya kau! Semaklah perempuan ni!
"Okeylah Natrah! Saya beli ni untuk awak. Makan tau? Nanti kita lunch sama nak?"
Hamizan sudah meletakkan bungkusan plastik yang berisi nasi lemak di atas meja Natrah.
"Tak boleh! Dia lunch dengan aku" sahut Fatin pula. Dia tak suka dengan fiil Hamizan itu. Sesuatu sangat! Psiko pun ada! Eee ampunnn!
"Aku tanya Natrah, bukannya kau!" Hamizan menahan geram dengan sikap Fatin. Suka betul cari pasal dengannya sejak dari hari pertama dia kerja lagi!
"Laaa ye ke? Kau tak tahu ke kita orang ni dah macam twin? Kita orang dapat baca isi hati masing-masing. Jadi faham-fahamlah ye!"
Geram dengan sikap Fatin, akhirnya Hamizan mengalah dan bergegas ke mejanya. Sebelum pamit, dia sempat memesan Natrah untuk makan nasi lemak itu.
"Sesuatu betul mamat tu!" ujar Fatin. Musykil dia dengan sikap si Hamizan itu.
"Tak baik tau buruk sangka dengan orang!" Natrah titip nasihat.
"Bukan buruk sangkalah! Musykil je. Kau tak rasa ke dia suka kat kau? Tak habis-habis nak ambik hati kau. Meluat aku!"
Natrah tergelak. "Aihh kau cemburu ke?"
"Eee tak kuasa aku nak cemburu bagai! Banyak lagi lelaki lain yang aku nak, kalau setakat Hazmizan tu, hmmm lebih baik takyah!"
"Yelah cik Fatin oii!!"
"Kau nak makan ke nasi lemak ni?"
"Kenapa?"
"Kau tak tahu hal dunia ke beb? Ada kes baru-baru ni, seorang perempuan kena santau gara-gara terima makanan dari seorang lelaki. Lelaki tu syok kat dia dah lama. Bila dah geram sangat, dia santau perempuan tu, letak dalam makanan. Nasib baik perempuan tu dah okey sekarang. Lelaki tu pulak kena tangkap"
"Ye ke? Boleh percaya ke cerita kau ni? Ada lagi ke orang guna santau-santau ni?"
"Orang kalau dah nekad, ganti dengan nyawa pun sanggup tau?! Bak sini nasi lemak tu. Biat aku makan"
Nasi lemak sudah bertukar tangan. Aromanya sangat wangi dan sedap. Terliur sungguh Fatin dengan baunya.
"Kau tak takut kena santau ke?"
"Santau ni akan jadi dekat orang yang dia nak kena je. Kalau kena kat aku, tak jadi apa pun!"
"Apasal pulak?"
"Pasal dia minat kat kau! Bukan kat aku!"
baru update. sorry ye, kiki ada hal bbrpa ari ni. happy reading ;) tq yg bnyak bagi komen..sy jd rajin n push diri utk siapkan..nanti sy akan up lagi bnyak bab.. tggu ye ?
Share this novel
thanks update..
tq update.. rinduuuuu sgt ngan eirfan n ara