BAB 2 -KESAL

Romance Series 13925

JAM menunjukkan pukul 8:21 malam, terlihat Daniyal berjalan malas menuju rumah atoknya. Mana tidak, entah kenapa keretanya tiba-tiba rosak di tengah-tengah jalan. Telefon bimbit juga, tiada signalnya. Hampir 2 jam dia menunggu orang lalu lalang. Malangnya, 2 jam itu juga takda siapa yang lewat. Terpaksalah, dia berjalan kaki.

'Ish. Nasib sial apakah ini?.' Kesalnya. 'Rumah atok lagi aku lupa-lupa ingat. Sepatutnya aku bawa Nai tadi. Biar sama-sama hadap dugaan ni. Ni tak adil. Dia mesti dah tidur sekarang ni.' Bebelnya.

"Assalamualaikum." Sapa seseorang.

Dengan pantas, Daniyal menoleh kearah suara yang menyapanya.

“Waalaikumsalam. Eh, Raz. Kamu buat apa dekat sini?." Daniyal hairan.

"Saya tinggal sinilah, tak jauh dari sini juga. Depan tu je. Yang pakcik ni, buat apa dekat sini?."

"Kereta saya rosak. Entah kampung apa ni?. Signal pun takda. Apatahlagi, orang lalu lalang."

"Oh. Memanglah takda orang yang lalu lalang. Dah pakcik guna jalan lama. Jalan ni bahaya tau. Banyak perompak. Pakcik ok tak ni?."

"Saya ok. Kalau ni jalan lama. Kenapa kamu guna jalan nilah. Sorang-sorang lagitu."

"Apa boleh buat. Dah jalan ni je yang dekat dengan rumah saya. Kalau guna jalan lama, boleh reput kaki saya ni. Lagipun, saya dah biasa juga. Dah kebal."

"Harini kamu selamat. Esok-esok?. Lain kali, bawa kawan. Jangan keluar sendiri. Bahaya. Ni, kalau boleh saya tahu, kamu dari manalah, malam-malam keluar?."

"Dari klinik. Ambil ubat mak. Yang pakcik ni, nak kemana?. Dengan bawa beg besar-besar ni. Lari dari rumah ke?."

"Apa pulak lari dari rumah. Tak ke situlah fikiran saya."

"Dah tu?. Jual karpet, atau mua. Tapi setahu saya, takda majlis bulan ni. Tak tahulah, mungkin kampung lain kot. Ke, pakcik sesat."

"Ada rupa saya macam mua ke?. Agak-agaklah."

"Oh. Lupa pulak. Pakcikkan assistant pemilik rumah sewa. Tak mungkinkan mua. So, nak pergi manalah?."

"Saya cari rumah Atok saya. Dia ketua kampung ni. Saya juga lama dah tak balik, jadi lupa-lupa ingat. Kalau boleh saya tahu. Mana rumah atok saya?."

"La. Cucu tok ketua rupanya. Kenapa tak cakap dari tadi?. Tu hah, rumah tok ketua tak jauh dari kedai runcit Pak Abu. Rumah yang paling besar, tulah rumah dia. Senang je nak cari, rumah toklah yang paling besar dekat kampung ni."

"Oh yeke. Terima kasihlah dah bantu saya. Kalau tak, sampai ke subuhlah saya dok merayau takda tujuan."

"Takda masalah pakcik. Kalau takda apalagi. Saya gerak dulu. Assalamualaikum."

"Eh jap." Tahan Daniyal, dengan mengenggam lengan Raz. Dengan pantas juga Raz menepis tangan pemuda itu. "Sorry."

"Ada apa pakcik?."

"Betul ke ubat untuk mak?." Soal Daniyal kurang yakin.

"Betullah. Kenapa pakcik?."

Soalan Raz hanya Daniyal balas dengan membelek-belek wajahnya.

"Ayah kamu pukul lagi ke?."

"Bukan urusan pakciklah." Jawab Raz, lantas melangkah. Dengan pantas juga, Daniyal menghalangnya.

"Saya juga ada adik. Bila saya tengok kamu macam ni, saya teringat akan adik saya. Kenapa kamu tak buat repot polis?. Ni dah melampau."

“Melampau ke tak, dia tetap ayah saya. Saya tak tergamak buat macam tu. Tolonglah faham keadaan saya."

"Saya faham keadaan kamu. Sebab tu, saya suruh kamu repot polis. Kalau kamu tak berani, biar saya saja yang buat repot."

“Jangan menyusahkan diri sendirilah. Ayah saya tu, geng dia kuat. Tak pasal-pasal nanti pakcik jadi roti canai di buat dia. Saya tak nak tanggungjawab."

"Huh, setakat roti canai, Sa..."

"Raz." Sapa seseorang.

Membuatkan Daniyal dan Raz dengan serentak memandang pemuda itu.

"Ustaz?."

"Eh, ada Daniyal juga. Bila sampai?."

"Ustaz kenal pakcik ni?."

"Pakcik?. Siapa pakcik?." Hairan Raykal.

"Pakcik nilah." Jawab Raz, dengan menunjuk kearah Daniyal.

"Oh. Kenallah. Dia sepupu saya."

"Sepupu?." Ulang Raz tidak percaya.

Mana tidak, penampilan mereka jauh berbeda. Yang satunya playboy, yang satunya lagi seperti lelaki melayu terakhir.

"Kenapa?. Tak percaya ke?."

"Percaya. Kalau takda apalagi, saya minta diri dulu. Assalamualaikum." Pamit Raz lantas melangkah pergi.

"Waalaikumsalam."

“Ingat boleh lari macam tu je ke?. Kalau saya tahu siapa ayah kamu. Nahas saya kerjakan.” Teriak Daniyal.

Malangnya, Raz sama sekali tidak menoleh memandangnya, malah terus melangkah pergi.

Seketika Raykal tersenyum memandang sepupunya.

"Atok tahu tak yang kau balik ni?."

"Kiranya nak buat surprise. Nyatanya, aku yang dapat surprise. Macam manalah korang boleh tinggal dekat sini?. Ala takda signal, kampung jauh dari bandar. Ketinggalan zamanlah."

“Memanglah jauh, dah kau guna jalan lama. Cuba guna jalan baru. Kau mesti tak cakap yang kampung ni ketinggalan zaman."

“Faktakan. So, mana rumah atok?. Aku gatal ni, banyak nyamuklah kampung ni."

"Meh, aku tolong bawakan beg kau." Pelawanya lantas mengambil beg Daniyal. "Jom." Lalu melangkah pergi. Diikuti Daniyal di sampingnya.

"Ni Raykal. Kalau boleh aku tahu, siapa budak tu?."

“Kenapa nak tahu?.”

"Salah ke?."

"Salah tu tak. Hanya hairan. Yelah. Kau tak bisanya tanya tentang orang lain."

“Aku hanya nak tahu. Lagipun, dia penyewa rumah sewa aku. Jadi, aku perlu tahu detail tentang siapa penyewa rumah sewa aku. Mana tahukan dia jahat."

"Oh. Dia Raz. Budak kampung ni. Jarang juga dia balik kampung. Sebab dia kerjakan. Balik ni pun sebab mak dia sakit."

"Ayah dia mana?."

"Ada. Kau tak tengok muka dia tadi. Lebam-lebamkan. Kalau tak ayah dia, along yang buat."

"Jadi betullah apa yang aku dengar, yang ayah dia kaki pukul tu. Jadi lebam-lebam tadi, ayah dia yang buat."

Raykal mengangguk.

"Aku dah agak dah. Tapi kenapa kau tak tolong dialah. Kaukan tahu, yang ayah Raz tu jahat."

"Aku dah cuba tolong, tapi tulah Raz bela dia. Nak buat macam mana. Tapi aku faham, maksud dia. Geng ayah Raz tak boleh di bawa main. Bahaya. Kau juga. Jangan sesekali masuk campur urusan Raz. Kalau nak hidup lama."

"Tu bukan ayah namanya, melainkan binatang. Tengoklah nanti, kalau aku tahu siapa ayah dia. Mati aku kerjakan."

"Suka hati kaulah. Yang penting, aku dah bagi peringatan."

“Macamlah aku takut.”

* * *

DI renung lama bingkai gambar di atas meja. Tanpa ia sedari lagi, air matanya jatuh berguguran membasahi kedua-dua pipinya. Betapa ia rindu akan anak bongsunya. Sudah 20 tahun masa berlalu. Tetapi rindunya tetap sama, malah semakin rindu. Rindunya seperti angin yang tak terlihat, tapi terasa menusuk kalbu. Sampai bila dia harus merasakan penderitaan ini.

"Kenapa ni papa?. Dok termenung dari tadi Angah perhati. Ada masalah ke?." Soal Haris sambil melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan ayahnya. "Ni mesti teringatkan adik lagikan. Papa nak Angah cari dia ke?."

"Kamu tahu, mana dia sekarang?."

"Setahu Angah, dia tinggal dekat kampung. Tapi tak tahu kampung mana."

"Dia mesti masih marahkan papakan."

"Angah yakin, adik tak marah punya. Dia sayang papa. Hanya saja, dia buta akan cinta sampaikan sanggup keluar dari rumah semata-mata, ikut jantan tak guna tu."

"Papa juga salah sebab tak restui hubungan dia dengan Razif. Kalau tidak, papa tak mungkin kehilangan dia. Sekarang dah tiba masanya, untuk papa mengalah. Kamu boleh tolong papa?. Tapi janji, jangan bagitahu along tentang perkara ni. Rahsiakannya."

"Angah janji. Apa dia?."

"Tolong carikan adik kamu untuk papa. Papa rindu sangat dekat dia."

"Masih juga nak cari budak degil tu. Papa tak ingat ke dengan apa yang dia buat dekat papa. Tak serik-serik lagi ke?." Haizat mencelah dengan nada sedikit meninggi, membuatkan Haris kesal mendengarnya.

"Along. Boleh tak jangan biadap. Papa kot, bukan kawan along."

"Faktakan. Budak tu dah buat papa kena serangan jantung. Nasib baik tak terjadi apa. Kalaulah tadi meragut nyawa papa. Along tak tinggal diam. Habis budak tu along buat."

"Dah 20 tahun masa berlalu Long. Angah pasti, adik dah berubah. Dahlah tu marahnya. Manusia layak di beri peluang kedua."

"Papa pun salah sebab menentang kemahuan dia. Jika di fikirkan, jatuh cinta tak salahkan. Papa juga dah maafkan dia. Papa nak dia balik, dan kita kembali berkumpul seperti dulu."

“Suka hati papalah. Tapi maaf, Izat takkan bantu cari dia. Titik." Tegasnya lantas melangkah pergi.

Haris hanya mampu menahan amarahnya dengan sikap keras kepala abangnya.

"Takpa pa. Biar Haris yang cari. Haris janji, akan bawa pulang adik. Haris janji."

"Terima kasih angah. Kalau angah perlukan bantuan. Just bagitahu papa. Papa sebisa mungkin, bantu angah."

"Takda masalah pa. Jangan di fikirkan." Pujuk Haris, dengan menepuk-nepuk pundak ayahnya agar merasa tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience