SETAHUN BERLALU...
HUK BEACH, OSLO NORWAY
Pagi itu, Nissa sudah lengkap bergaun putih bercorak bunga dan dipadankan dengan shawl plain berwarna biru muda. Tampak cantik dan anggun saja.
Azhar pula mengenakan baju berwarna putih dan dipadankan dengan seluar cream. Mereka berpiknik di tepi pantai Huk, Norway. Setelah Ameena berusia setahun, baru kini mereka punya kesempatan untuk bercuti di luar negara.
Norway adalah salah satu negara impian Nissa untuk percutian kerana negara tersebut mengalami fenomena siang selama 24 jam. Dan ternyata fenomena itu sedang dirasakannya saat ini. Meskipun jam sudah beranjak ke angka 10 malam, namun dada langit masih kelihatan terang. Cuacanya agak dingin, suhu pula boleh mencecah sehingga ke 16°C!
Nissa mengukir senyum melihat telatah Ameena yang dikejar oleh ayahnya di pergigian pantai. Ameena sudah aktif bergerak dan berlarian. Meskipun cuaca sangat sejuk, namun itu tak menghalang mereka untuk terus menikmati indahnya pemandangan di Norway.
Ameena semakin tumbuh membesar. Wajahnya mirip sekali dengan ayahnya. Nissa tergelak sendiri. Ameena sudah pandai cemburu. Tak boleh tengok dia dan Azhar dekat, pasti Ameena menangis minta perhatian.
Lili dan Nuh pula kini sedang bercuti di Langkawi. Dia ada mengajak mereka ke Norway namun Nuh menolak. Katanya kerana usia Luth masih sembilan bulan. Luth Nuaiman! Nama yang diberi. Wajahnya salin tak tumpah seperti wajah tok wannya. Luth benar-benar mengambil karisma dan wajah Tan Sri Aziz.
Mimi dan Amran baru saja selesai melangsungkan perkahwinan lima bulan yang lalu. Perkahwinan yang dibuat dalam majlis yang besar-besaran dan gah itu cukup meraikan pasangan merpati! Dan kini, Mimi juga sedang hamil dua bulan. Impian Sofi menginginkan adik tampak gayanya segera dikabulkan oleh Allah.
Kak Uteh kini bekerja dengan mereka setelah Salmah meninggal dunia lapan bulan yang lepas. Rumah yang pernah diduduki oleh Salmah kini menjadi milik penuh Azhar. Walaupun Azhar menolak namun menurut Salmah, itu saja harta yang dia punya. Dia ingin Azhar menjaganya. Jika punya kesempatan, mereka akan bermalam di sana selama beberapa hari. Mak Kiah pula bekerja dengan Mimi. Menjaga Sofi dan menguruskan rumahnya. Mak Kiah juga tampak bahagia kerana Mimi dan Amran menjaganya sebaik mungkin.
Lain pula kisahnya dengan Iqbal.Mereka ada berjumpa beberapa bulan yang lepas. Iqbal meminta maaf kepadanya dan Azhar, juga kepada Mimi. Setelah pertemuan itu, Iqbal kini hilang jejak entah ke mana. Namun ada juga khabar angin mengatakan Iqbal kini sedang bertugas di Dubai dan tak akan kembali ke Malaysia. Entahkan khabar itu benar atau tidak, dia juga tidak tahu! Doanya agar Iqbal sentiasa baik-baik dan tidak akan mengganggu mereka lagi.
Harta yang diwasiatkan oleh Rosiah kepada Nissa kini telah diuruskan dengan sebaiknya. Nissa sebenarnya tak mahu terus terikat dengan tanah-tanah tersebut. Jadi sebidang tanah yang ukurannya lebih kurang 4 hektar didirikan masjid di kawasan kampungnya. Tanah yang lain pula didirikan yayasan dan diberi nama Yayasan Hanita. Sebagai pertolongan kepada mana-mana ibu tunggal yang menghadapi masalah. Dan Nissa sendiri telah melantik Shima sebagai pengurusnya. Sementara Ana sebagai pembantu. Selain itu, setengah daripada wang yang diterima oleh Nissa disedekahkan kepada rumah anak-anak yatim dan orang-orang yang memerlukan.
Hatinya lapang dan tenang berbuat demikian. Dia ingin melupakan segala dendam dan kisah lampau yang menyakitkan.
Nissa melemparkan senyuman melihat Azhar dan Ameena yang asyik bermain di hujung sana. Dia mengusap perutnya yang kini sudah berusia empat bulan. Alhamdulillah, dia dan Azhar diberi rezeki anak lagi.
Dia tergelak mengingat peristiwa lama. Ketika itu, Ameena sudah berusia tujuh bulan. Sepanjang tempoh itu, Azhar tak pernah sekalipun menyentuhnya. Mereka hanya melakukan yang ringan-ringan saja. Maka pada suatu malam dia punya inisiatif untuk menggoda suaminya.
"Nissa nak tanya sikit boleh?"
Azhar yang baru selesai mandi dan hanya bertuala segera menoleh. Tak jadi dia nak ganti baju tatkala pandangan Nissa melekap pada tubuh kekarnya. Entah kenapa Nissa dirasakannya begitu seksi malam itu. Dengan lingerie berwarna merah yang hampir menampakkan segala-galanya itu. Rambutnya pula ditocang di belakang. Nissa tampak benar-benar berlainan.
"Nak tanya apa?" tanya Azhar seraya membetulkan suaranya. Hatinya berdebar ditatap begitu lama oleh si isterinya. Cepat-cepat dia mencapai baju namun belum sempat disarungkan ke badan, Nissa sudah memeluknya dari arah belakang.
"Nissa rindu!" Gemersik suara Nissa melemaskan hatinya. Gelora yang satu itu menjerit-jerit saja. Degupannya semakin laju tatkala Nissa mula meraba-raba tubuhnya.
"Sayang..." seru Azhar, turut bersuara romantis. Dia berpaling dan kini wajah mereka hampir dekat.
"Kenapa ni? Hmm?" Dahi Nissa dikucup.
Kedengaran keluhan panjang dari bibir mungil itu. Azhar tahu apa yang diinginkan oleh Nissa. Dia bukan tidak sudi, tetapi dia masih trauma dan takut melihat keadaan Nissa yang melahirkan Ameena tujuh bulan yang lepas. Dia gerun melihat kesakitan yang dialami oleh Nissa.
"Takpelah! Nissa dah malas" rungut Nissa lantas berbaring di atas katil. Azhar tak memberi respon seperti yang dia mahukan. Malam itu adalah malam yang tepat buat mereka berdua bermadu asmara tanpa sebarang gangguan sementelah Ameena kini bermalam di rumah tok wannya.
Azhar berdecit. Dia faham maksud gelora isterinya. Pantas didekati si isteri dan cuba memujuknya.
"Kenapa ni? Cuba jujur dengan abang" Tubuh Nissa dibelai manja.
"Abanglah! Tak sayang Nissa lagi kan? Atau jangan-jangan abang ada perempuan lain!" Nissa berpaling memandang wajah terkejut Azhar. Dia beri tatapan serius kepada si suami.
"Ehh apa ni sayang?! Perempuan apa? Mana ada abang ada perempuan lain? Ada tu adalah tapi itu pun Ameena!" seloroh Azhar, berusaha menenangkan keadaan.
Nissa masih serius. Dia tak boleh terima jika Azhar ada orang lain. Dia tak mahu berkongsi. Azhar adalah miliknya seorang!
"Tipu!" bentak Nissa.
"Betul sayang! Abang tak pernah curang. Abang ada sayang dan Ameena je"
Bersungguh-sungguh betul Azhar meyakinkan isterinya. Sayang dan cintanya hanya pada Nissa dan anak mereka.
"Habis tu, kenapa abang dah tak macam dulu? Abang dah tak romantik, tak suka sentuh Nissa lagi. Abang tak nak pun manja-manja dengan Nissa. Tu kan tandanya dah ada orang lain! Abang dah muak kan dengan Nissa?"
Nissa hampir menangis mengenangkan nasib diri. Sedih hatinya apabila godaan dan rayuannya diabaikan oleh Azhar. Sekali dua bolehlah dia terima. Tapi kalau berkali-kali, dia tak sanggup!
Azhar sudah mengagak perkara itu yang menjadi masalahnya. Dia hanya tidak menyangka Nissa merindui sentuhan dan belaiannya.
"Janganlah cakap macam tu. Abang sebenarnya takut bila tengok sayang lahirkan Ameena. Abang dapat rasa kesakitan tu. Sakit contraction, sakit kena seluk, sakit kena jahit..abang tak sanggup tengok sayang hadap sakit tu untuk kali kedua. Sebab tu abang tak nak sentuh sayang lebih-lebih"
"Tapi Nissa nak!" Laju Nissa mencelah. Baru kini dia faham tingkah Azhar yang berubah itu. Besarnya perasaan sayang dan kasih Azhar kepadanya. Dia rasa bersalah pula kerana meragui kesetiaan suaminya.
"Nissa nak abang sentuh Nissa, peluk Nissa, cium Nissa. Nissa nak lahirkan anak abang banyak-banyak!" Wajah Azhar dikucup berkali-kali.
"Nissa tak kisah pun dengan rasa sakit tu. Tu pengorbanan Nissa pada abang. Nissa milik abang seutuhnya. Jadi Nissa rela tahan sakit tu demi abang!"
"Sayang, jangan cabar abang! Abang tak boleh nak tahan diri kalau sayang terus buat hal macam ni" Azhar mengingatkan. Perasaannya mulai tak tenang dengan tingkah Nissa yang sudah bertindih di atas badannya.
Tak menyempat, Nissa terlebih dahulu membuka bajunya sehingga mendedahkan semua asetnya. Azhar telan liur. Tuala yang membaluti tubuhnya ditarik kasar.
"Nissa nak abang!" ungkap Nissa lantas mengucup bibir Azhar dengan ghairah. Tak menunggu lama, laju saja tangan Azhar naik ke seluruh badan Nissa. Dia mula membalas setiap kucupan dan belaian isterinya.
"Nissa milik abang. Selamanya!" ucap Nissa di cuping telinga Azhar.
"MENUNG apa sayang abang ni?" Tubuh Nissa dipeluk dari arah belakang. Perut Nissa yang semakin membesar itu diusap perlahan. Benihnya sedang tumbuh di dalam perut Nissa. Bahagianya dia dikurniakan rezeki anak lagi.
"Tengah teringat kisah lama"
"Kisah mana?"
"Kisah si Superman yang obses dengan kekasih hati dia!"
Azhar tergelak. Pipi gebu Nissa dikucup. Tubuh Nissa disandarkan ke badannya.
"Mana Ameena bang?"
"Tu..tengah main dengan budak-budak kat sana"
Azhar menunjuk ke arah Ameena di gigi air yang sedang bermain dengan kanak-kanak lain. Seronok betul dia dikelilingi banyak teman.
"Happy betul Ameena tu kan? Banyak kawan dia kat situ"
"Tak lama lagi, dia ada kawan baru" ujar Azhar. Perut Nissa masih lagi diusap.
Nissa senyum. "Lepas ni, biar Nissa yang pilihkan nama. Abang dah pilih nama untuk Ameena. Kali ini, bagi Nissa pulak"
Kali ini, Azhar pula yang tergelak. Macam-macamlah isterinya itu!
"Yelah sayangku! Abang harap, baby kali ni baby boy. Ada geng abang"
"Tapi kalau dapat baby girl lagi, kita usahalah lagi sampai dapat baby boy.."
"Amboi!" desis Azhar. "Sayang nak beranak setiap tahun ke?"
"Kenapa? Abang tak sudi ke?"
"Seribu kali abang sudi. Tapi abang tak nak sayang rasa penat..nak mengandung, nak melahirkan, pastu nak berpantang lagi. Abang gerun tau tengok kesakitan sayang masa melahirkan Ameena dulu. Abang betul-betul takut kalau kehilangan sayang masa tu"
Masih terbayang-bayang di matanya akan rintihan dan kesakitan Nissa melahirkan zuriatnya. Jikalah kesakitan itu bisa dipindahkan kepada dirinya, pasti dia sudi menanggungnya.
Nissa berpaling. Wajah Azhar dipandang. "Abang, semua tu pengorbanan seorang isteri kepada suami dia. Nissa rela redah semua tu untuk abang. Lagipun abang dah terlalu banyak berkorban untuk Nissa dan anak kita. Apa salahnya Nissa gembirakan hati abang?"
Azhar tersenyum manja. Sukanya hati tatkala dimanjai oleh kekasih hati. Apalah sangat pengorbanannya jika dibandingkan dengan Nissa yang sudi mengandungkan benihnya itu? Mengandung dan melahirkan anak ibarat sedang pergi berperang. Nyawa yang jadi taruhannya. Namun dia bersyukur kerana Nissa dan Ameena sentiasa sihat sahaja.
"Jom, kita pergi sana. Abang nak tunjuk sesuatu"
"Tunjuk apa bang?"
"Ikut je abang!" Tangan Nissa dipimpin sehingga ke tengah pantai. Tak ramai pengunjung waktu itu. Mungkin kerana cuacanya yang dingin barangkali.
Ameena digendong lantas diletakkan di dalam baby chair. Dia kucup pipi Ameena dan meraih tangan Nissa lalu dibawa ke bibir.
Nissa tersentak melihat ada sebuah piano di tengah pantai. Ada beberapa gambar mereka berdua diletakkan di atas piano tersebut. Dia dapat mengagak kejutan yang ingin diberikan oleh Azhar kepadanya.
"To my lovely wife, my precious daughter and my child to-be, this song is for you guys!"
Jari-jemari Azhar mula menari-nari dia atas papan piano. Serentak itu juga, suara merdunya mula mengalunkan nyanyian.
'Not sure if you know this
But when we first met
I got so nervous I couldn't speak
In that very moment
I found the one and
My life had found its missing piece
So as long as I live I'll love you
Will have and hold you
You look so beautiful in white
And from now to my very last breath
This day I'll cherish
You look so beautiful in white
Tonight
What we have is timeless
My love is endless
And with this ring I say to the world
You're my every reason
You're all that I believe in
With all my heart I mean every word
So as long as I live I'll love you
Will have and hold you
You look so beautiful in white
And from now to my very last breath
This day I'll cherish
You look so beautiful in white
Tonight
You look so beautiful in white
So beautiful in white
Tonight
And if our daughter's what our future holds
I hope she has your eyes
Finds love like you and I did
But when she falls in love we'll let her go
I'll walk her down the aisle
She'll look so beautiful in white
You look so beautiful in white'
Nyanyian Azhar menggamit perhatian pengunjung yang lain. Mereka mula berkumpul mengelilingi Nissa dan Azhar serta turut sama menyaksikan persembahan Azhar itu.
Nissa duduk di sisi suaminya sambil menggendong Ameena. Berbalas pandangan dengan si suami sambil menghayati lirik lagu tersebut. Nyanyian asal daripada Shane Filan, Beautiful In White itu cukup membawa maksud yang sangat bermakna!
'You look so beautiful...
Tonight'
Kucupannya berlabuh di dahi Nissa. Terimbau saat pertama kali mengucup dahi tersebut di hari perkahwinan mereka, air matanya gugur sendiri. Dia sangat mensyukuri semua yang Allah berikan kepadanya.
"I love you sayang!"
"I love you more!"
Nissa melentok kepala di bahu Azhar, menghayati setiap bait lirik lagu tersebut. Harapannya semoga ikatan mereka berkekalan sampai hujung nyawa!
TAMAT...
tamat.. terima kasih kiki ucapkan kpd semua yg sudi menemani pjalanan cinta azhar dan nissa. yg sntiasa mmberi komen, yg pernah mberi coins, yg mnyokong tinta ni dr awal smpai akhir. tq korang!! korang the best! dan gara2 korang jugaklah, kiki smakin smangat menulis. maaf seandainya ada kkurangan atau keterlanjuran kata2 spnjg kiki berkarya. trimakasih korang. yang baik dtg dr Allag, yg buruk dr kiki sendiri dr kiki, salam sayang utk semua pembaca ;) next, insyallah jumpa lagi tau *,*
Share this novel