Selepas berbincang panjang banyak perkara dengan Miss May Rose Khaleeda ambil keputusan untuk menerima tawaran kerja itu.
Khaleeda pulang ke bilik sewa menaiki grab. Khaleeda terangkan kepada akak tuan rumah tentang tawaran kerja yang telah dia terima.
Akak tuan rumah menangis sedih dengan keputusannya. Walaupun mereka jarang sekali berbual mesra selama lima tahun ini tapi mereka tidak pernah bertingkah.
Walau pernah juga Khaleeda beberapa kali terlewat membayar sewa bilik akak tuan rumah tidak pernah berkeras dengan dia.
Mungkin kerana sikap akak tuan rumah yang serius, tegas dan tidak banyak bercakap punca hubungan mereka tidak berkembang baik.
Hari ini apabila mahu berpisah akak tuan rumah berterus terang bertapa dia menghargai kehadiran Khaleeda dan Khalisya yang menjadi peneman hidup dia yang sunyi selama ini.
Khaleeda ke Putrajaya semula dihantar akak tuan rumah. Bermakna bermulalah hijrahnya ke tempat baru dengan bertawakal hanya kepada Allah.
"Ingat pesan akak Di. Kalau tak serasi Di balik semula rumah ni. InsyaAllah kalau panjang umur akak, awak sentiasa ada tempat kat rumah akak... okay!".
Akak tuan rumah yang baik hati meninggalkan pesan sebelum menaiki keretanya untuk pulang.
Dia sangat menghargai tawaran akak tuan rumah tapi jauh di sudut hati, Khaleeda sangat berharap hijrah dia ke tempat baru ini akan memberi peluang untuk merasai masa depan yang lebih baik.
Bukan untuk dia sahaja tapi juga untuk Khalisya. Anak itu saksi banyak ketidak adilan yang terpaksa dia hadap angkara mereka yang entah kenapa berbuat begitu kepada dia.
Mungkin mengambil kesempatan daripada hidup dia yang sentiasa tersepit dan sebatang kara.
Dia mahu berubah angin dan mulakan buku baru. Semoga orang baru, tempat baru ini akan membawa sinar dalam hidup dia dan Khalisya.
@@@@@@@
Semangat! Semangat!.
Mereka sebelumnya ke sebuah tadika berdekatan banglow Miss May Rose. Mendaftarkan Khaleeda tadika enam tahun di situ walau hanya berbaki beberapa bulan sebelum menyambut tahun baru.
"Ni butik akak...".
Mereka tidak masuk ke dalam butik sebaliknya ke dalam unit kedai bersebelahan. Sebuah cafe yang ditangguhkan operasinya oleh Miss May Rose.
"Macam mana pendapat Di?".
Nama Khaleeda terlalu panjang. Dia minta Miss May Rose memanggil nama panggilan.
"Cantik cafe ni. Macam dalam drama Inggeris."
"Kann... Dulu sambutannya memang ramai. Tapi my Mom dah tua ni dia malas. Lagipun nak cari pekerja yang loyal macam dulu dah susah."
"Lepas chef yang last merangkap manager meninggal, terus my mom shut down tempat ni."
"Ramai offer nak beli tapi tempat ni ada sentimental value pada I sebab family business kan, so I kiv dulu."
"End up memang tak sanggup nak jual. Tu yang nak cuba mula balik."
"Dulu menu apa?".
"Western, Malaysian menu."
"Kita buka sembilan setengah pagi for public. Meaning krew kena masuk pukul lapan dan tutup pukul tujuh for public."
"Kalau sambutan best mungkin kita extend waktu tutup."
"Saya sebagai apa?".
"I already told you. You are my assistant".
"Di mungkin banyak di butik, mungkin di cafe and mungkin juga di rumah saja. Tengok load kerja macam mana".
"Boleh ye Di?."
Khaleeda tersenyum dan angguk-angguk.
"Tapi I'm warning you. Kerja memang banyak. I memang suka mengarah tau."
"Tapi yang sebenarnya I really need someone with me almost 24 seven. Rumah tu besar sangat. I seram."
Khaleeda ketawa apabila Miss May Rose ketawa sehabis bercakap. Dah tau penakut, kenapalah duduk rumah besar-besar?.
Boleh ke dia tahan macam ni... tapi kalau dia tak tahan Miss May Rose sudah berjanji dia boleh tarik diri.
Tapi, tak mungkinlah dia tidak tahan hanya kerana beban kerja yang padat atau berat. Selama enam tahun ini dia bukan sahaja bertarung beban kerja tapi juga beban sikap dan layanan buruk namun mampu sahaja dia harung.
Jika dia lihat sikap Miss May Rose yang sangat baik ini InsyaAllah dia mampu hidup cemerlang di sini. Mudah-mudahan kali ini dia ada hubungan yang sihat dengan majikan.
Dia mahu hidup tenang-tenang sahaja dengan Khalisya.
"Kejap lagi tolong I cari krew okay. For now, I dah ada Manager cum Chef, assistant Chef and I dah ada barista jugak. Can you use a computer?."
"Boleh."
"Nice. Jom kita mula sekarang."
Masa seterusnya mereka habiskan dengan membuat iklan pencarian krew untuk cafe.
Khaleeda cadangkan juga kepada Miss May Rose supaya masukkan pencarian krew sambilan. Satu atau dua kekosongan untuk krew seperti itu.
Ketika ditanya kenapa, Khaleeda terangkan untuk memberi peluang kepada ibu-ibu tunggal yang hanya ada masa mencari rezeki ketika anak-anak bersekolah.
"Good ideas Di!".
Mengikut perancangan Miss May Rose cafe akan di buka pada awal bulan baru yang akan datang. Banyak yang sudah Miss May Rose siapkan untuk pelancaran pembukaan. Hanya berbaki beberapa minggu sahaja lagi.
@@@@@@@
Yusoff urut kepala yang pening. Lebih kepada bingung yang tiada penghujung.
Sudah dua tiga kali balik dari kerja luar, setiap kali balik dia tiada kerja lain selain mencari Khaleeda. Ke mana kau perempuan!?.
Malam semalam dia sudah berjumpa dengan perempuan bernama Lucy dan dia bergaduh besar dengan perempuan itu.
Tidaklah dia beri tahu kepada perempuan bernama Lucy itu yang Khaleeda isterinya. Ini kerana dia mahu memastikan dahulu apa cerita tentang Khaleeda sepanjang enam tahun ini.
Apabila dia katakan dia mencari Khaleeda dan mahukan maklumat Khaleeda, perempuan itu terus naik angin dan bertanya kenapa, mengapa dan untuk apa.
Kemudian memaki-maki dirinya dan menuduh dia berbuat sesuatu sehingga Khaleeda menarik diri dari menjadi anak buah perempuan itu.
Maknanya apa? Yusoff tidak faham. Tiada apa maklumat lengkap dia dapat dari perempuan bernama Lucy itu.
Jadi dia membuat andaian memang Khaleeda perempuan pekerja malam dan sedang menyembunyikan diri dari dia selepas malam pertemuan mereka dahulu!.
Mujur dia memakai stokin yang Mr.James selit masuk ke dalam kocek jaketnya. Bimbang juga dia jika ada akibat muncul selepas malam hangat yang buat dia hampir hilang akal sampai sekarang ini.
Mujur dia masih mampu menyelesaikan pekerjaan walau dalam keadaan hati yang huru-hara. Separuh fikirannya beranggapan yang tidak-tidak tentang Khaleeda.
Separuh lagi mengharap sangat bertemu Khaleeda dalam keadaan seperti malam itu hanya mimpi sahaja. Jauh di sudut hatinya dia kasihan. Dia mahu sangat tahu apa cerita sebenarnya!.
Sebahagian hatinya mahu melupakan sahaja dan membenci Khaleeda tapi... sebahagian yang lebih banyak dari hatinya merindu. Itulah perasaannya selama tujuh tahun ini benci tapi rindu.
Argh, pening!!!
"Hmm..."
"Boss..."
"Anu..."
"Anu, anu... Anu apa!?".
"Saya dah pulang kunci pada agent. Isnin ni office kat Putrajaya mula Boss. Saya inform takut Boss pergi office lama. Boss kan baru balik outstation."
"Briefing projek English Education dengan NGO pendidikan untuk pertukaran pelajar tu esok Boss... office baru."
"Okay... lagi?".
"Tak ada... Kes German tu dh settle. Memang dia orang kena tipu dengan agent. Dua orang budak perempuan bawah umur tu guna IC palsu dan dia orang cuma booking untuk ajak minum. Macam tulah yang saya dengar. Tapi dah settle."
"Cakap pada semua staff lepas ni ada lagi buat kerja macam ni terus keluar surat berhenti kerja. Faham!?".
"Faham Boss."
"Okay Good."
"Encik Saadon..."
"Yes Boss."
"Saya minta maaf..."
"Tak pe Boss. Terima kasih Boss."
"Okay."
Kena marah pun terima kasih. Dia dah minta maaf, tak pe kot. Penangan Khaleeda... tiba-tiba dia jadi raksasa!.
Serious! Dia memang tak boleh move on dengan cerita dulu.
Kalaulah Yunus tahu... memang akan bergaduh besar cerita tentang Khaleeda ni!. Sejak dia balik overseas lebih dua tahun lepas itulah perkara pertama Yunus ingatkan. Jangan cari Khaleeda!
Tapi... Mana nak cari perempuan ni?!.
@@@@@@@
Alhamdulillah...
Allah permudahkan urusan dia di tempat baru. Miss May Rose memang seorang majikan yang baik. Sangat baik!.
Cafe sudahpun beroperasi seperti yang dirancang. Sambutan yang amat menggalakkan. Walau harga yang tertera di menu sedikit tinggi dari harga restoran biasa, tetap ada penggemar menu di cafe ini.
Dia sudah melepasi tempoh tiga bulan percubaan dan Alhamdulillah dia serasi di sini.
Sejak dia bekerja dengan Miss May Rose masa dia boleh dikatakan penuh. Tapi dia tidak statik di cafe. Betullah kata Miss May Rose dia akan berpindah tempat seperti kehendak majikan barunya itu.
Jika Miss May Rose ada kerja luar untuk butik perkahwinan yang mungkin memakan masa beberapa hari, barulah dia akan tinggal di rumah.Tapi tidaklah dia duduk goyang kaki sahaja.
Kerja dia untuk setakat ini memang banyak di rumah. Selain menjaga dan mengemas rumah banglow yang besar gedabak itu, Khaleeda juga akan membuat kuih kampung dan beraneka kuih talam untuk diletakkan di cafe.
Suka sungguh Miss May Rose dengan menu tambahannya itu. Lagi pula sambutannya amat menggalakkan hingga ada peminat tersendiri yang masuk ke cafe hanya untuk kuih kampung dan kuih-kuih talam yang dibuatnya.
Khalisya sekarang sudah berubah menjadi kanak-kanak yang periang. Sangat periang! Umpama Khalisya dahulu dengan Khalisya sekarang adalah budak yang berlainan.
Rasanya keputusan dia untuk berhijah ke satu tempat yang asing adalah yang terbaik setakat ini.
Dia belajar melupakan kisah malam hangat dengan Yusoff yang menyedihkan. Berharap dia tidak akan berjumpa dengan Yusoff lagi. Biarlah Yusoff berjaya dan kaya.
Tentang hubungan Khalisya dan Yusoff sudah dia sediakan satu surat khas di dalam beg dokumen pentingnya tentang maklumat Khalisya yang sebenar.
Mana tahu tidak panjang umurnya, ketika itu dia berharap surat itu akan menerangkan hubungan Khalisya dan Yusoff.
Khalisya itu terpaksa berbinti Abdul Rahman. Dia lewat mendaftarkan kelahiran Khalisya kerana masalah ketika melahirkan dahulu.
Ketika mendaftar lewat dia tidak didenda dengan adanya surat bukti dari hospital kelewatan adalah disebabkan masalah kesihatannya dan Khalisya ketika kelahiran. Mujur ketika itu dia ditolong Kak Lin bekas pembantu peribadi mamanya.
Tapi anaknya tidak boleh berbintikan Yusoff kerana tiada kad pengenalan asli si bapa seperti dikehendaki undang-undang Jabatan Pendaftaran Malaysia.
Kenangan yang pahit, pengalaman yang sedih. Dia perlu kuat untuk Khalisya. Banyak kekurangan dia dalam membesarkan anak itu.
Tapi dengan hijrah ini Khaleeda berikrar tidak akan membuat pilihan yang salah lagi. Cukuplah dia tersilap ketika terlalu buntu lalu menerima pekerjaan malam dari Lucy. Cukuplah sekali itu.
Jika dia tersilap lagi, bukan merosakkan masa depannya sahaja tapi juga masa depan Khalisya.
Dia tidak mahu apa yang berlaku pada mama dan papa sehingga dia hidup melarat seperti ini terjadi pada Khalisya. Tidak mengapa susah kerana kerja yang halal janji dia terus berusaha.
Mudah-mudahan Allah panjangkan umurnya dan dapat menjaga Khalisya sehingga anak itu berjaya dan mampu berdikari.
Amin ya Allah.
Di dah berhijrah beralih angin. Dah start cuti sklh. Sy pn minta cuti dlu ye kwn2. Bdk2 ada kt rmh mmg tak dpt mengarang cuma dpt menggarang aje huhu. klw Sy blh siap Sy cuba up. rangka dh ada tp nk susun ayat kemas cantik tu kena tenang-tenang. tqvm sudi singgah bce, Komen dan donate. syg uoll sgt2
Share this novel
alhamdulillah akhirnya dapat juga dia hidup gembira dan terjamin dgn anaknya. tapi kesian ank nya sbb tak dpt berbintikan ayah sebenarnya. tak pe . moga dipermudahkan urusannya nanti