“I love you too"
“I love you three"
“Dah- dah jum tidur. Penat abang nak layan"Mereka tertawa bersama. Syukur kini mereka disatukan dalam ikatan yang sah. Hatinya gembira saat cintanya di terima oleh Hanis. Kata- kata syukur di ucapkan dalam hati. Terima kasih kerana mencintai aku, Hanis.
Beberapa tahun kemudian,
“Abang!!! Tengok Kasih ni... Dia tak nak mandi!" Hanis mengadu kepada Ken seraya itu dia berlari berkejaran mengejar anak mereka yang baru berusia 5 tahun itu. Ken tergelak melihat telatah mereka.
Akhirnya Kasih pergi ke arah Ken lalu menyorok di belakang badan sasa itu. Hanis mula memberhentikan lariannya. Fuh!!! Penatnya... bisik dia sendirian. Tangan sudah dicekakkan di pingangnya. Geramnya apabila Kasih tidak mahu dengar kata.
“Papa... mama jadi singa. Kasih tak nak mandi dengan mama" ujar Kasih pada Ken. Ken sudah tergelak lagi apabila Kasih mengatakan Hanis menjadi singa. Manakala Hanis sudah mula memuncungkan bibirnya. Tubuh si kecil dia angkat tinggi- tinggi lalu dia bawa dalam pelukkan.
“Mama jadi singa sebab Kasih tak nak mandi... Eii... busuknyaa anak papa..." kata Ken seraya itu pipi Kasih dia cium bertalu- talu. Kasih sudah tergelak kegelian.
“Kasih wangilah papa. Mama tu yang busuk... Tadi dia potong fishhh"
“Amboi... Mama wangi okey... Cuba bau ni" ketiak di angkat menghala ke arah Kasih. Sejurus itu terus Kasih tutup hidungnya itu.
“Ei... Mama tak tahu malu... Ketiak busyuk macam papa" kini giliran Ken pula yang terkena. Hanis dengan Ken sudah tertawa.
“Eh? Papa pula yang kena?"
“Mestilah... Dah- dah... Papalah mandi dengan mama... Kasih wangi lagi" Hidung Kasih Hanis cubit dengan geram.
“Nakalnyaaa anak mama... siapa ajar?" soal Hanis.
“Papa ajar!" Ceh! Asyik papanya sahaja yang kena. Kesian... Mereka tertawa lagi.
“Okay! Kita semua mandi sama- sama!" putus Ken seraya itu dia bawa Kasih pergi ke bilik mandi. Hanis hanya tersenyum sambil memandang dari jauh sahaja. Apabila menyedari Hanis tidak mengikutinya Ken berhenti sebentar.
“Sayang.. Jom mandi?" ajak Ken. Hanis geleng kepala tanda tidak mahu.
“Mama! Mandilah sekali... nanti busyukk macam papa!" ajak Kasih pula. Cis! Papa lagi kena. Hidung si kecil Ken cuit dengan geram. Hanis sudah tertawa di situ.
“Kenapa asyik papa je yang kena kalau busyuk?" soal Ken pada Kasih lalu bibir dimuncungkan ke hadapan.
“ Mama yang cakap papa kalau papa malas nak mandi. Mesti papa tak mandi sepuluh hari" ujar Kasih dengan petah sekali.Cis! Mama pula yang dipersalahkan. Hanis sudah angkat kedua- dua belah tangan sambil menggelangkan kepalanya apabila mata Ken mula pandang wajahnya.
“Ni mama mana yang cakap?" tanya Ken lagi.
“Mama granny!" ucap Kasih seraya itu mata Ken dengan Hanis mula pandang ke arah Puan Rossa yang mula memunculkan diri. Puan Rossa sudah tersengih- sengih di situ.
“Apa? Mama pun nak rasa muda juga" ujar Puan Amni. Sejurus itu mereka berdua menepuk dahi masing- masing.Tak sangka mama boleh gelarkan diri macam tu. Mereka geleng kepala.
“Mama granny pun boleh..."
“Papa! Papa! Mana papa granny?" soal Kasih tiba- tiba. Hanis dengan Ken sudah berpandangan lagi.
“Papa pun nak gelaran papa granny?" sebut mereka serentak lalu mereka tertawa bersama. Macam- macam sahaja kerana ibu bapa mertua Hanis ni. Hanis geleng kepala.
Syukur dia apabila ditempatkan dalam keluarga yang bahagia seperti ini. Rindu pada si mak dengan ayah dia simpan dalam hati lalu dia titipkan doa buat mereka. walaupun mereka jauh dari mata tetapi tetap dekat di hati. Moga mereka tenang di sana. 'Mak, ayah.. Hanis bahagia dengan mereka. Terima kasih besarkan Hanis“
TAMAT
Share this novel