Bab34:Hari Bahagia

Romance Completed 204114

Hazel tersenyum melihat pelamin nan indah yang sudah tersedia meraikan teruna dan dara yang bakal disatukan dengan satu ikatan ijab dan qabul sebentar lagi.Matanya berkabus dengan lapisan air jernih bila satu bayangan hadir dalam benaknya.Peristiwa yang hampir seperti ini namun majlisnya dipenuhi dengan tangisan yang memilukan.Peristiwa kematian tunangannya Tengku Que Izham sehari sebelum majlis pernikahan mereka sebelum dia berakhir menjadi milik seorang Tengku Que Iskandar.

"Kenapa sayang menangis?"...Tengku Que Iskandar menggelabah seketika bila isterinya teresak dengan tangisan.Hazel hanya menggelengkan kepala tanpa mahu bercakap apa-apa.

"Sayang sakit?"...Tengku Que Iskandar mendongakkan kepala Hazel dan mencari anak mata isterinya.Pandangan mereka hanya bertaut seketika sahaja sebelum Hazel memeluk Que dan menghamburkan tangisan yang semakin menjadi-jadi di dada suaminya.

"Hazel! Hazel kenapa sayang?"...Sharifah Mariah datang mendekat bila mendengar tangisan menantunya.Dia memberi isyarat mata kepada anaknya untuk bertanya namun Que hanya mengangkat bahunya sebagai jawapan.

"I don't know!..I was sad and wanted to cry!"

"Kenapa Hazel rasa sedih bila tengok pelamin tu?"...
Tengku Que Iskandar dan Sharifah Mariah terdiam bila mendengar pertanyaan Hazel.Que buntu mahu memberi jawapan apa untuk pertanyaan itu.Que tidak rela memori tentang Tengku Que Izham hadir dalam ingatan Hazel lagi.Biarlah dia mencari orang yang tamak dan mementingkan diri sendiri jika itu boleh memelihara kebahagian mereka.

"Maaf Tuan,baby Hael menangis!"...Hazel pantas mengangkat wajahnya bila mendengar perihal anaknya.Tengku Que Iskandar pula menghela nafas kelegaan.Perlahan-lahan dia keluar dari pelukan suaminya,terasa malu bila menangis sedemikian rupa di tengah-tengah majlis keramaian seperti ini.Mata-mata yang melihat segera mengalihkan pandangan bila renungan tajam Tengku Que Iskandar seakan memberi amaran.

"I'm sorry abang!"..Hazel menggigit bibirnya bila matanya melihat ke dada suaminya.Baju melayu hijau muda yang dipakai oleh suaminya sudah basah dengan airmatanya.

"It's okay sayang!"...Sayang pergi tengok baby Hael dan bersiap dulu!....Sekejap lagi bakal pengantin dah nak sampai!".....Tengku Que Iskandar mengusap sisa airmata di pipi isterinya yang sudah merona merah dan kucupan hangat singgah di dahi kecil Hazel.

Hazel pantas pergi meninggalkan ruang tamu dan bergegas untuk mendapatkan anaknya Tengku Hael Idlan.Tangisan baby Hael dari luar bilik sudah boleh didengari oleh Hazel.Baby Hael jika mula tantrums memang susah untuk di pujuk,mungkin mengikut perangai daddynya yang suka mengamuk dan baran.Hazel segera mendapatkan anaknya dan menyelesakan diri sebelum menyusukan baby Hael.Dia perlu cepat bersiap untuk turut serta menyambut tetamu dan keluarga bakal pengantin.

*******************

Tengku Isabella tersenyum bahagia di depan cermin menatap imejnya yang lengkap berpakaian pengantin serba putih dan lengkap bertudung dengan aksesori yang berkilauan layaknya seorang puteri raja.Wajahnya terlihat manis dengan makeup look malar segar dan tidak berlebihan.Inai di jari tangan dan kaki begitu menyerlah merahnya dan kontra dengan kulit putih mulusnya.Hatinya berdebar-debar menunggu kedatangan hero pujaan hati yang bakal bergelar suaminya.

Sementara di bawah saudara-mara masing-masing kelihatan teruja memandangkan keluarga bakal pengantin yang semua sedia maklum bukan calang-calang keluarga.Mereka sangat di kenali dan sangat berpengaruh dalam dunia perniagaan.Alex di sambut dengan pelukan dari Tengku Benjamin Adame di ikuti oleh tuannya Tengku Que Iskandar yang bakal merangkap abang iparnya.Sharifah Mariah pula berpelukan dengan Puan Sri Qamariah dan Thalia Rose.

Rombongan lelaki diiringi untuk ke depan pelamin bagi upacara akad nikah.Alex di temani oleh Mateen Darin dan Tan Sri Haiqal manakala Tengku Que Iskandar dan Tengku Benjamin Adame sebagai wakil dari pihak perempuan.Sementara menunggu kedatangan jurunikah dan saksi,Tengku Isabella dipanggil untuk turun ke bawah.Saat Tengku Isabella turun ke bawah diiringi oleh Hazel dan Sharifah Mariah, semua mata beralih memandang ke arahnya.Alex terkesima sekejap melihat kejelitaan bakal isterinya.

" Be patient big brother!"...Mateen berbisik nakal disampingnya.Alex yang bengang,merah padam mukanya bila Tengku Que Iskandar turut mendengar bisikan itu.

Tengku Isabella duduk sopan di atas pelamin,di temani oleh Hazel dan bondanya.Tangannya yang dingin mengenggam erat tangan bonda dan kakak iparnya bagi meredakan sedikit larian jantungnya.Matanya tertunak memandang ke arah Alex yang sudah bersedia berjabat tangan dengan jurunikah.Masing-masing mendiamkan diri saat akad nikah di jalankan.

"Alexander Izrael bin Abdullah,aku nikahkan dan aku kahwinkan engkau dengan Tengku Isabella binti Tengku Benjamin Adame dengan mas kahwinnya satu set barang kemas dibayar tunai!"...dan tangan Alex di henjut untuk menyambut akad.

"Aku terima nikahnya Tengku Isabella binti Tengku Benjamin Adame dengan mas kahwinnya satu set barang kemas dibayar tunai!"....Alex menunduk dengan seribu debaran mengetuk hatinya.

"Sah!!!"....beberapa saksi mengangguk dan mengesahkan akad yang di buat jelas dan diterima.

"Alhamdulillah!!!"....

Masing-masing mengucapkan syukur dengan akad yang berjaya disempurnakan oleh Alex dengan sekali lafaz sahaja.Tengku Isabella juga sudah menitiskan airmata kesyukuran dan kegembiraan di samping bonda dan kakak iparnya.Alex melangkah dengan tenang mendekati Tengku Isabella yang sudah sah menjadi isterinya.Kelipan flash dari kamera merakam detik-detik bersejarah mereka,usik mengusik mula kedengaran bila Alex sudah duduk di samping Tengku Isabella untuk sesi membatalkan air sembahyang.

"Assalamualaikum sweetheart!"...

Alex membisikkan salam dan menghulurkan tangan ke arah Tengku Isabella.Tangannya disambut dan dikucup oleh Tengku Isabella buat pertama kalinya sebagai seorang isteri mendatangkan rasa syahdu di hati masing-masing.Tanpa melepaskan tautan tangan,Alex mengucup lama dahi Tengku Isabella.Puan Sri Qamariah mendekati pengantin dan menghulurkan dulang yang berisi mas kahwin yang berupa satu set barang kemas bersama cheque duit hantaran.Alex yang memahami maksud ibu angakatnya, menyerahkan dulang tersebut kepada Tengku Isabella dan sebagai tanda ikatan mereka saling menyarungkan cincin di jari manis masing-masing.

Alex dan Tengku Isabella mengikuti sesi bergambar dengan ahli keluarga dan tetamu tanpa lelah melayan kerenah mereka demi merakam detik-detik hari bahagia mereka.Tengku Isabella dan Alex tersenyum bahagia setiap kali kamera merakam gambar mereka.Tangan Alex tidak lepas merangkul pinggang ramping Tengku Isabella.Hampir tengah malam majlis mereka selesai dan hampir kesemua tetamu dan saudara -mara sudah pulang ke kediaman masing-masing.Ahli keluarga angkat Alex juga beransur mahu pulang memandangkan Mateen Darin dan Thalia Rose tidak membawa anak kembarnya.

"Alexander!...Aku minta diri dulu!...Selamat malam pertama bro!"....Mateen Darin berbisik nakal di telinga abang angkatnya sambil memeluk dan menepuk belakang badan Alex.

"Tahniah Abang Izrael dan Bella!...Semoga berbahagia ke anak cucu!"...Thalia Rose mendekat dan bersalam dengan Tengku Isabella.Senyuman nipis terbit dibibir Thalia.Tan Sri Haiqal dan Puan Qamariah turut memeluk Alex dan memberi beberapa nasihat sebelum mereka beransur pulang.

****************

Tengku Isabella masuk terlebih dahulu ke bilik pengantin yang sudah terhias cantik dengan hiasan kelopak bunga ros yang di tabur di atas cadar putih dan membentuk 'love',memberi aura romantis buat pasangan mempelai.Badannya terasa penat dan melekit.Dia perlu membersihkan diri terlebih dahulu sementara Alex masih berada di bawah bersama dengan Tengku Que Iskandar.Terasa lega badannya bila air menyentuh kulitnya.

Tengku Isabella keluar dari bilik air hanya melilitkan tuala pink di dada hingga paras pehanya.Sudah menjadi kebiasaannya dia menyalin pakaian di biliknya.Oleh kerana badannya terlalu penat dia mencapai losyen dan duduk di birai katil.Dia seakan terlupa sebentar dia bakal berkongsi bilik dengan lelaki yang sudah bergelar suami kepadanya.Tangannya lincah bergerak menyapu losyen dianggota tangan dan lehernya,kakinya yang lenguh disapu losyen dan dipicit-picit sambil matanya tertutup melayan rasa kantuk dan penat.

Tengku Isabella yang terlampau kepenatan dan mengantuk sudah terlentok dengan hanya bertuala merentangi katil dan kakinya terjulur di lantai.Alex masuk ke bilik sedikit terkejut dengan pemandangan yang mengiurkan nafsu lelakinya namun dia masih bertahan dan masuk ke bilik air untuk membersihkan diri dahulu.Usai membersihkan diri Alex keluar dari bilik air namun Tengku Isabella masih dengan posisi seperti tadi.Alex tersenyum nakal dan bergerak mendekati tubuh isterinya.

Alex yang hanya bertuala separas pinggang menahan kedua tangan kekarnya di tilam namun tidak menindih tubuh Tengku Isabella walaupun posisinya terlihat sedang menindih wanita itu.Tangan Alex naik membelai wajah cantik Bella dan satu kucupan hinggap di dahinya.Hidung Alex menggesel lembut di wajah Bella hingga tidurnya sedikit terganggu dan matanya terbuka secara mendadak.Bella yang belum dapat berfikir dengan waras terus mahu membuka mulut untuk menjerit.

"Aaaaaa.....umppp!!"...Berkelip-kelip mata Bella bila mulutnya dibungkam dengan lumatan bibir Alex.Tengku Isabella sedikit meronta untuk melepaskan diri namun Alex terlebih dulu mengunci pergerakannya dengan mengenggam erat tangan Tengku Isabella.Bila rasa isterinya lemas dan sukar bernafas,Alex melepaskan sekejap tautan bibir mereka.

"Assalamualaikum my wife!"....

Alex menatap mata kehijauan Bella yang masih dalam keadaan terkejut,mungkin terkena kejutan budaya alam berumahtangga hingga wanita itu terkaku seketika.Alex kembali mencumbu bibir mungil Bella dan kali ini setelah semakin waras fikirannya,Bella mula membalas permainan Alex,mereka saling membelit lidah dan bertukar saliva.Tangan Alex mula meliar dan menarik lilitan tuala di badan masing-masing.Tengku Isabella agak gugup dengan segala tindakan Alex terhadapnya.Badannya sedikit menggigil bila bibir dan lidah Alex bermain di lehernya dan meneroka kawasan berlurah didadanya.

"Iz...Izrael!!!"....Tengku Isabella menolak sedikit dada Alex yang mula menghimpit tubuhnya.Rasa takut tiba-tiba menguasai dirinya.

"Hmmm!!....Don't be scared sweetheart!"

"I promise you,i'll do it slowly!!"...

Alex bersuara di sebalik ceruk leher Bella yang sudah ternoda dengan beberapa tanda kiss mark.Tengku Isabella pasrah bila Alex semakin liar menjamah dan mencumbu setiap inci tubuhnya tidak terkecuali di area sensitifnya menyebabkan Bella mengejang beberapa kali.Wanita itu terbuai dan khayal dengan belaian Alex hingga tanpa sedar milik Alex sudah merobek masuk ke mahkotanya memacu rasa sakit dan pedih.

"Aaaaaa...Izrael please it's hurt!"....Alex mencumbu bibir isterinya bagi mendatangkan rasa sensasi yang boleh mengurangkan rasa sakit bila dia mula membuat gerakan.Tangan Bella mula mencengkam kuat belakang Alex bila suaminya mula membuat dayungan yang semakin laju bersama beberapa tujahan.Tangisan Bella kedengaran di sebalik pelukan Alex namun lelaki itu semakin mengeratkan pelukannya.

Semakin lama Alex berdayung semakin kurang rasa sakit yang dialami oleh Bella bertukar rasa nikmat yang hanya orang berumahtangga sahaja yang mengetahuinya sehingga terkeluar bunyi desahan dan rintihan dari mulut Tengku Isabella. Alex semakin bersemangat dengan permainan mereka bila badan isterinya sudah boleh menerima kejantanannya didalam tubuh Bella sehingga badan masing-masing mengejang saat Alex melepaskan benihnya ke dalam tubuh Bella.

"Thank you sweetheart!"...Alex mengucup kening isterinya yang sudah terkulai kepenatan disisinya.Alex menarik tubuh isterinya merapat ke badannya sebelum tubuh polos mereka ditutup dengan selimut tebal.Akhirnya disebabkan keletihan semasa majlis ditambah pula kepenatan aktiviti badan,mereka tertidur lena dengan pelukan hangat melingkari badan masing-masing.

*********************************

Tengku Que Iskandar memandu sendiri hari ini diikuti oleh beberapa biji kereta pengiring dibelakangnya.Alex masih diberi cuti untuk menikmati bulan madu mereka di Maldives.Hazel memangku Tengku Hael Idlan di kerusi penumpang di sebelah suaminya yang sedang focus memandu.Tangan kanan Hazel berada di genggaman tangan kiri suaminya yang diletakkan diatas peha lelaki itu.

"Abang nak bawa Hazel pergi mana?"..Hazel bertanya hairan kerana dia tidak tahu arah tuju mereka.

"Jumpa daddy and mummy!"

"Tapi pagi tadi Hazel dah jumpa daddy and mummy!"

Hazel yang polos bertanya hairan.Entah ke mana suaminya mahu membawanya namun dia tetap gembira kerana dapat mengambil angin di luar.Jarang suaminya mengizinkannya keluar kerana risaukan keselamatan Hazel dan anaknya kecuali jika bersama dengan Tengku Que Iskandar yang selalu diiringi dengan pengikutnya yang menakutkan bagi Hazel.

Perjalanan mereka hampir satu jam melewati kesesakan lalu lintas.Kereta Lamborghini Tengku Que Iskandar berhenti di depan satu bangunan tinggi yang tidak pernah Hazel jejaki.Tengku Que Iskandar keluar dari perut kereta dan disusuli oleh Hazel yang sudah dibuka pintu dari luar oleh pengikut Que. Tengku Que Iskandar mengambil alih tugas mendukung anaknya dan mereka melangkah masuk ke dalam ruang legar bangunan tersebut.

"Surprise!!!!"....Bunyi jeritan dan tepukan bergema di ruangan legar di depan kaunter menyambut tetamu.Terkejut Hazel dibuatnya kerana ramai orang datang mengelilinginya bersama jambangan bunga yang besar.Hazel teragak-agak untuk mengambilnya,setelah melihat anggukan dari suaminya baru dia berani menyambut huluran dari salah seorang yang meraikan kedatangan mereka.

"Hazel sayang!!"...Sharifah Mariah datang memeluk menantu kesayangannya yang masih kelihatan kebinggungan dengan sambutan yang diberikan.

"Di sini saya ingin memperkenalkan kepada semua staff di Amanah Holdings,CEO dan pemilik sebenar syarikat ini iaitu Puan Hazel Haufa Henry Lee!"

Pengumuman itu mendapat tepukan gemuruh daripada staff-staff yang sekian lama menunggu kedatangan peneraju syarikat yang sebenar.Berbeza pula dengan Hazel yang masih terpingga-pingga dengan berita yang baginya tidak masuk akal.Bila masa pula dia memiliki sebuah syarikat sebesar ini.Tengku Benjamin Adame mengajak Hazel dan Tengku Que Iskandar ke bilik khas untuk CEO yang belum pernah di huni oleh sesiapa pun.

"Hazel ini tempat Hazel!"....

"Tiada yang lebih layak selain Hazel sebagai pewaris ibu kandung Hazel iaitu Tengku Zarith Laila.!"

"Hazel adalah satu-satunya pewaris Tengku Zarith Laila dan alhamdulillah daddy kembalikan semula pada Hazel sesuai amanah dari arwah ibu kandung Hazel!"

Hazel terbungkam tanpa kata-kata hanya airmata yang menjadi saksi perasaannya yang bercampur baur ketika itu.Tengku Que Iskandar memeluk isterinya yang masih terkejut dengan berita terlalu tiba-tiba untuk dia hadam.

"It's okay sayang!"

I'll always with you my Hazel Haufa and my little hazelnut.

***************TAMAT**************

Sorry sangat lambat up chapter ending untuk FLMH. Thank you untuk semua yang sudi membalas karya saya dan share ncoins.Saya sangat2 hargai komen2 dari pembaca sekalian.Akhir kata dari saya selamat berjumpa kembali di karya terbaru nanti..

Share this novel

awer
2022-10-10 08:39:53 

best2

Ct Syuhaila
2021-07-06 00:11:54 

tq hermey.. sangat best n saya tunggu cerita seterusnya

Norshahira Abd Hadi
2021-07-01 14:43:19 

tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience