BAB 5

Family Completed 2427

“Bapa tak apa-apa. Farisi pergilah tidur ya”, ujar Pak Ahmad sambil mengorak senyuman nipis. Farisi bangun dan perlahan-lahan berlalu ke bilik. Ibu Usna yang masih lagi merasa risau memandang suaminya lama.

“Kita ke klinik ya bang esok”, ujar Ibu Usna sambil terus memicit bahu suaminya.

“Saya tak apa-apa. Orang tua biasalah, Usna. Badan yang Allah bagi pinjam ni dah lama digunakan. Mulalah ada yang tak kena.Lagipun banyak lagi kerja kat kebun tu”. Farisi yang mula melangkah ke biliknya terhenti. Kata-kata bapanya membuatkan hatinya dipalu sebak. Cepat-cepat dia berlalu masuk ke biliknya.

Kelas agak sunyi pagi itu. Peperiksaan pertengahan tahun baharu sahaja mereka semua lepasi. Kebanyakkan daripada pelajar kelas 5 Sains 1 asyik dengan buku masing-masing.

Pengumuman dari pembesar suara sekolah baru sahaja memberitahu semua pelajar tingkatan lima harus berada di kelas masing-masing kerana mesyuarat guru tingkatan lima sedang berlangsung di bilik mesyuarat.

Farisi dan Sufian tidak ketinggalan menggunakan masa dengan sebaiknya untuk mengulangkaji pelajaran. Peperiksaan SPM yang tinggal hanya beberapa bulan lagi membuatkan mereka lebih tekun untuk belajar.

“Farisi, macam mana kesihatan bapa engkau?”. Farisi yang tekun membuat latihan matematik tambahan mengangkatkan mukanya mendengar soalan Sufian. Dia memandang wajah rakan baiknya itu sejenak.

“Macam tu la. Malam tadi sesak nafas lagi. Aku pun bimbang ni. Bila ibu aku ajak ke klinik, dia tak mahu.”. Raut wajah Farisi jelas membayangkan yang dia amat risaukan kesihatan bapanya itu.

“Sabarlah ya Farisi. Aku doakan bapa engkau cepat sembuh”. Farisi hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata Sufian.

Dia memandang ke luar tingkap kelasnya. Matanya merenung jauh ke arah bukit yang kelihatan gagah berdiri. Hatinya sempat berdetik mengagumi ciptaan Allah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience