Bab 10

Horror & Thriller Completed 3437

Air mata mengalir di pipi Amira selepas menceritakan kejadian yang menimpa kakaknya.

"Aku tak sengajalah."kata Elysa.

"Kalau tak sengaja,kenapa tak bawa dia ke hospital.Kan kau boleh tebus kesalahan kau dengan membawa kakak aku."balas Amira.

"Aku..aku.."Elysa tergagap gagap mahu membalas ayat Amira.

"Kenapa?Kau takut kena kecam orang ke?sampai sanggup tinggalkan orang yang kau langgar."kata kata yang cukup membuatkan Elysa menangis.

"Macam mana kau boleh mati?"tanya Elysa.

"Disebabkan kakak aku mati,aku dah tiada duit nak bayar sewa rumah dan barang barang lain sampai barang kami kena sita.Aku hidup seperti gelendangan disebabkan kau.Duit aku habis disebabkan bayaran bil hospital.Akhirnya aku kelaparan dan kesejukan sebab tiada tempat untuk didiami."Amira menarik nafas panjang kemudian sambung ceritanya.

"Aku terpaksa berhutang dengan orang lain sampai beribu ribu.Tapi...aku mati di tangan orang orang yang aku hutang sebab tidak dapat melangsaikan hutang mereka."jelas Amira panjang lebar.

"Aku minta maaf Amira.Aku betul betul tak sengaja.A..aku panik masa tu sampai aku fikir untuk tinggalkan kakak kau."kata Elysa.

"Kau cakap senanglah.Kalau kau di tempat aku, kau mesti buat benda yang sama."balas Amira.

Tanpa Amira sedari,Elysa cuba untuk meleraikan tali di tangannya menggunakan serpihan kayu di dinding yang terbuka..

"Aku akan buat kau mati terseksa,sebagaimana aku terseksa dulu."kata Amira.

Setelah ikatan di tangan Elysa terlerai,dia senyap senyap bangun semasa Amira cuba untuk mengasah pisaunya yang barangkali bahan yang akan digunakan untuk membunuh Elysa.

Dia berjalan perlahan lahan untuk keluar dari situ. Malangnya,dia terlanggar sesuatu yang membuatkannya jatuh terjelopok.

Kepala Amira berpusing dengan pantas. Senyuman terukir di bibirnya..

"Kau ingat, kau dapat lari.."kata Amira sinis. Tangan kirinya menggenggam sebilah pisau yang tajam.Melihatnya saja boleh tahu pisau itu sangat tajam.

Elysa terkial kial ingin bangun tetapi kakinya terseliuh menyebabkan dirinya susah untuk berdiri.

Amira menhampiri Elysa dengan perlahan..

"Kau tau tak,dah lama aku tunggu saat ni.Di mana aku dapat lihat orang yang seksa aku dan kakak aku mati terseksa.."Kata kata yang keluar dari mulut Amira membuatkan air mata Elysa mengalir.

"Aku minta maaf, aku tak sepatutnya lari masa tu.Aku menyesal sangat..tolonglah lepaskan aku.."rayu Elysa.

"Haha..senangnya kau minta maaf.Aku akan maafkan kau..kalau maaf kau dapat hidupkan aku dengan kakak aku semula.."balas Amira.

Elysa memejamkan matanya..Amira pula mengangkat pisaunya untuk ditusuk di perut Elysa.

Tiba tiba..sepasang tangan menggenggam lengan Amira untuk menhalangnya dari membunuh Elysa.

Amira memandang orang yang menghalang kerjanya itu begitu juga dengan Elysa.

"Imran!!"teriak Elysa.

Imran yang datang entah dari mana terus mengambil pisau di tangan Amira lalu menusuk perut mak cik yang dirasuk Amira itu.Darah keluar membuak buak dari perut mak cik itu.

Bila diteliti..tiada peluang untuk mak cik itu hidup.
Elysa hanya memandang Kejadian itu sambil menangis teresak esak.

Mak cik itu terbaring kaku di atas lantai.Yang menggerunkan Elysa ialah..mata mak cik itu merenung tepat ke arah anak matanya sambil terbaring kaku.

Imran memapah Elysa keluar dari tempat tu. Elysa berasa amat lega

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience