5

Romance Series 93218

Hampir setengah jam mereka berada di situ, namun Aayra masih juga tidak menunjukkan apa - apa tanda bahawa dia ingin menceritakan segala apa yang telah terjadi kepada Harraz. Puas Harraz cuba memancing respon Aayra, namun gadis itu tetap diam membisu. Akhirnya Harraz mengalah. Dia sudah mati akal. Harraz tidak tahu bagaimana caranya lagi untuk memujuk Aayra dari membuka mulut. Ternyata hati Aayra tidak selembut seperti yang disangkakan.

“Encik Harraz.. " Tiba - tiba Aayra bersuara.

Harraz mengangkat wajahnya memandang Aayra. Dia baru berura - ura ingin menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran namun niatnya terhalang saat Aayra memanggilnya. Wajah gadis itu ditenung lembut.

“Yes, Aayra. Are you ok? Do you want to share anything with me?" Soal Harraz lembut.

Aayra tidak menjawab sebaliknya hanya keluhan yang lahir dari bibirnya. Wajah Harraz ditenung seketika sebelum pandangannya kembali menunduk ke bawah. Sejujurnya dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Jika diikutkan kata hatinya, mahu sahaja dia meluahkan segala - galanya kepada Harraz. Namun akalnya menghalang.

“It's ok. Take your time. Take a breath and when you're ready, tell me everything." Pujuk Harraz lagi.

“Actually I don't know how to explain to you. But... " Ayat Aayra termati di situ.

“Regarding what? Personal matter or about your work?" Soal Harraz.

“Pasal saya dan Encik Ezmal." Lancar sahaja Aayra menjawab soalan Harraz kali ini.

Harraz bagaikan terkedu mendengar jawapan Aayra. Entah mengapa hatinya menjadi kurang enak secara tiba - tiba. Fikirannya mula memikirkan sesuatu yang tidak baik mengenai sepupunya itu. Namun perasaan itu segera dibuang jauh - jauh dari fikirannya. Sebolehnya dia tidak mahu menjatuhkan apa - apa hukuman selagi tidak mendengar cerita yang pasti dari Aayra. Lagi pula dia langsung tidak merasakan bahawa Ezmal akan melakukan sesuatu yang buruk kepada Aayra kerana dia sangat memahami akan sifat sebenar lelaki itu.

“Ok. Kenapa dengan awak dan Ezmal? Dia ada buat sesuatu yang tak baik kepada awak ke?" Soal Harraz jujur.

Aayra langsung terkedu mendengar telahan Harraz namun dia segera menggelengkan kepalanya bagi menafikan apa yang difikirkan Harraz.

“No!! Bukan macam tu. Actually Encik Ezmal takde buat yang bukan - bukan pun dekat saya. Cuma... " Sekali lagi ayat Aayra termati di situ.

Harraz merenung tepat ke dalam anak mata Aayra. Jelas kelihatan kesayuan yang terpancar dari dalam anak mata gadis itu. Reaksi wajahnya juga sudah mula berubah. Aayra dilihat menundukkan wajahnya merenung lantai. Barangkali dia menyedari bahawa Harraz sedang asyik merenung wajahnya dari tadi.

“It's ok, Aayra. You can tell me everything. Jangan takut. I'm promise you that I will keep this secret safely. Now, tell me. What was happened actually?" Soal Harraz lagi.

Aayra menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara. Dia mula menceritakan segala - galanya kepada Harraz tentang apa yang telah terjadi di office awal pagi tadi. Dalam dia asyik bercerita, tanpa Aayra sedari air matanya mula mengalir membasahi pipi. Suaranya juga kedengaran agak sebak. Sejujurnya hatinya masih belum dapat menerima segala kata cacian yang dilemparkan Ezmal kepada dirinya sebentar tadi.

Harraz mengeluh berat. Timbul perasaan simpati di hatinya melihat keadaan Aayra saat ini. Sungguh gadis itu dilihat seperti sangat terluka dengan segala kata cacian yang dilemparkan Ezmal kepadanya. Tindakan Ezmal itu sedikit sebanyak telah membuatkan Aayra merasakan bahawa maruah dirinya sudah dipijak - pijak. Malah lebih menyedihkan apabila semuanya berlaku di hadapan insan lain yang turut berada di situ ketika hal ini terjadi. Jujur Harraz katakan bahawa dia sangat marah dengan tindakan Ezmal. Jika benar Aayra melakukan kesilapan, sebetulnya biarlah gadis itu ditegur dengan cara yang lebih beradab dan sopan. Bukannya dengan menjatuhkan air muka Aayra di hadapan Ramona.

“Aayra, saya harap awak bersabar ye. Actually, saya sendiri pun tak tahu kenapa Ezmal sanggup buat awak sampai macam ni sekali. Kesalahan awak bukannya besar sangat pun." Ujar Harraz meluahkan ketidakpuasan hatinya.

Aayra tidak menyampuk. Sebaliknya dia hanya mendiamkan diri sambil mengesat sisa - sisa saki baki air matanya yang mengalir sejak tadi.

“Boleh saya tanya awak sesuatu?" Soal Harraz tiba - tiba.

Aayra mengangguk perlahan. Wajah Harraz ditenung dengan jiwa yang kosong.

“Awak dengan Ezmal ada apa - apa masalah ke sebelum ini?" Soal Harraz dengan penuh curiga.

Aayra tidak terus menjawab. Sebaliknya dia cuba mengingatkan kembali detik - detik kali terakhir dia bersama Ezmal. Seingatnya kali terakhir dia keluar bersama dengan lelaki itu adalah pada malam mereka terpaksa pulang lewat ke rumah atas urusan kerja tempoh hari. Sejak dari itu, layanan Ezmal kepadanya terus berubah 100%. Tetapi pada malam kejadian, tidak ada pula mereka berselisihan faham atau apa. Semuanya baik - baik sahaja.

“Seingat saya, takde pula kita orang berselisihan faham ke apa. Semuanya baik - baik aje sebelum tu. But secara tiba - tiba aje layanan Encik Ezmal kepada saya berubah. Itu yang buat saya tertanya - tanya. Apa sebenarnya silap saya sehingga Encik Ezmal sanggup memarahi saya seperti itu? Andai betul saya salah, saya sudi menerima teguran tapi bukan dengan cara itu. It's too much and it's hurt actually!" Adu Aayra.

Harraz mengangguk faham. Jika dia berada di tempat Aayra, pasti dia juga merasakan perkara yang sama. Namun dia pelik mengapa Ezmal berkelakuan seperti itu? Setahu Harraz, sejak kecil lagi Ezmal bukanlah seorang yang jenis mudah melenting atau baran. Apatah lagi jika ianya melibatkan hati dan perasaan seorang wanita. Jadi apabila terjadi hal seperti ini, sudah pasti ianya mengundang rasa curiga di hati Harraz. Baginya tidak mungkin Aayra ingin mereka - reka cerita kerana sejak tadi dia boleh melihat betapa terseksanya hati gadis itu menanggung semua ini.

“Maafkan saya. Bukan niat saya ingin mencurigai awak. Cuma saya pelik kenapa Ezmal tiba - tiba bersikap begitu. Bukan apa, Ezmal yang saya kenal sejak kecil bukanlah seorang lelaki yang baran atau mudah melenting. Terutamanya jika melibatkan hati seorang wanita. Sebab itu saya tanya awak tadi kalau - kalau awak berdua mungkin ada perselisihan faham sebelum ni." Ujar Harraz memberi pandangan.

Sekali lagi Aayra menggeleng. Dia yakin dan pasti bahawa mereka tidak pernah berselisihan faham sebelum ini. Semuanya terjadi secara tiba - tiba.

“It's ok, Aayra. Awak jangan fikirkan sangat ok? Nanti tak pasal - pasal awak jatuh sakit. Soal Ezmal tu biar saya yang uruskan. Nanti saya cuba slowtalk dengan dia. Saya rasa dia mungkin tengah ada masalah tu dan secara tak sengaja terlepas kepada awak. Bagi pihak Ezmal, saya nak minta maaf sangat - sangat di atas keterlanjuran kata - kata dia. Saya harap awak tak simpan di dalam hati lagi." Ucap Harraz dalam nada lembut.

Aayra mengangguk perlahan. Sejujurnya hatinya masih belum mampu untuk memaafkan semua perbuatan Ezmal dengan begitu sahaja. Tetapi memandangkan Harraz begitu bersungguh - sungguh memohon maaf bagi pihak lelaki itu, akhirnya Aayra akur. Lagi pula dia sudah cukup terhutang budi dengan jasa baik Harraz yang sudi mendengar luahannya itu. Jika tidak kerana lelaki itu, pasti sehingga kini Aayra masih memendam rasa.

“So, how you feel now? Dah tenang sikit? Awak nak saya hantar awak terus ke office ke atau awak nak ambil cuti?" Soal Harraz meminta kepastian.

“Err... Takpe lah. Kita balik office je. Tak perlulah sampai nak ambil cuti. Lagipun keje saya masih bertimbun kat ofis tu. Nanti kalau cuti tak pasal - pasal Encik Ezmal nengamuk lagi. Tak nak saya dengar dia maki saya buat kali kedua." Ujar Aayra bersahaja.

Harraz tertawa kecil mendengar jawapan Aayra. Ternyata untuk memujuk gadis di hadapannya itu tidaklah sesukar yang disangkakan. Malah Harraz sangat yakin bahawa Aayra bukanlah seorang yang pendendam. Ternyata gadia itu memiliki hati yang sangat suci. Jauh di sudut hati, Harraz sentiasa berdoa agar Allah sentiasa merahmati hidup gadis kecil molek ini serta melimpahkan kebahagiaan yang tiada penghujungnya buat Aayra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience