Chapter 21

Romance Completed 35261

Scooby Dooby Doo, where are you?
We got some work to do now
Scooby Dooby Doo, where are you?
We need some help from you now

Lagu Best Coast dinyanyi oleh Sofia Amelia. Tangannya lincah menyusunkan barang-barang makeup ke dalam makeup organizer. Dato’Johari yang melepasi bilik anak tunggal berhenti sesaat. Mendengar nyanyian anak dari bilik tidur itu.

“Sedap nyanyi. Ada kelas ke hari ini?” Dato’Johari bertegur sambil masuk ke dalam bilik. Matanya menatap pakaian Sofia Amelia pada pagi itu. Blaus warna putih dikenakan dengan skirt labuh warna putih. Makeup yang ringkas menyerlahkan kecantikkan Sofia Amelia.

“Thank you daddy. Tengoklah anak siapa yang nyanyi kan.” Sofia Amelia membalas dengan ketawa riang.

“Yes. I admit it. So, where are you going? Have class today?” menyoal Dato’Johari semula. Memang jelas Sofia Amelia akan keluar sekejap lagi dari segi pemakaiannya.

“Mana ada kelas daddy? Sofi kan semester break. The next semester will start after the farewell for the seniors.”

“Daddy lupa.”

“Mana tak lupa? Daddy kan dah tua.” berseloroh Sofia Amelia. Kepalanya diletak di bidang dada ayah. Nada jantung didengar. Ianya dapat menyamankan Sofia Amelia.

“Buli daddy?” bahu anaknya ditepuk lembut.

“Yes Dato’Johari. Ayah kepada Sofia Amelia yang cantik dan jelita ini.”

“Daddy pergi kerja ke?”

“Daddy ada meeting kat luar. Tunggu James nak datang untuk ambil daddy.”

“Okay daddy. Sofi gets to go. Meet you later. I love you.” tangan orang tua diraih untuk bersalam.

“You too take care my dear. Kalau ada apa-apa call daddy. Be safe. Drive safe!” Dato’Johari sempat berpesan kepada anak tunggal itu. Hatinya sentiasa tidak lega kalau anaknya keluar sehinggalah balik rumah dalam keadaan yang selamat.


*********************

“James, macam mana dengan bodyguard yang awak tunjuk hari tu?”

“No Dato’. I reject him. Saya tak rasa dia dapat jaga cik Sofi dengan baik. Pandangan dia masa saya tunjuk gambar cik Sofi macam lain. Hati saya tak sedap Dato’.” memberitahu James.

Dato’Johari yang mendengar alasan James hanya mengangguk. Tiada bantahan dari Dato’Johari. Ini sebab Dato’Johari kenal perangai tangan kanan itu,James. James seorang yang sangat mengambil berat mengenai Sofia Amelia. Dato’Johari sedar James menganggap Sofia Amelia seperti anak sendiri walaupun James masih memanggil anaknya dengan panggilan Cik.

“Are you okay Dato’? Or marah sebab saya tak jadi ambil bodyguard tu untuk kerja? I am sorry kalau saya ambil keputusan tanpa berbincang dengan Dato’.”

“No James. Saya tak kisah pun. Lagipun I know about you. Awak selalu buat yang terbaik buat Sofia Amelia. I trust you.”

“I want to ensure cik Sofi is safe all the time. Saya akan cari orang yang terbaik untuk jadikan sebagai bodyguard Dato’. Give me time.”

“Take as much as you want James. No problem.”


***********************

“Hi. I want to meet Mr Iskandar Faiz.”

“Hi. May I know your name Miss?”

“I’m Sofia Amelia binti Dato’Johari.”

“Did you fix the appointment?”

“Yes. This is the appointment message.” Sofia Amelia menunjuk mesej bersama Iskandar Faiz tempoh hari.

“Alright. Wait for a while Miss Sofia.”

~Selepas beberapa minit~

“Miss, Mr Iskandar Faiz asked you to go to his cabin. Come, I will show you his cabin.” ajak seorang pekerja wanita yang berpakaian kemas. Sofia Amelia bangun dari sofa dan berjalan beriiringan pekerja wanita itu.

Tok! Tok! Tok!

“Masuk.” Dengar suara garau dari bilik itu. Terdapat tanda nama di luar pintu bilik itu.

“ISKANDAR FAIZ, AGEN HARTANAH”

“Not bad. Siap ada bilik lagi. Haritu tengok dia dengan pakaian casual. Kalau dia ni kerja ni, mesti pakaian dia formal habis. Let’s see. Keep calm Sofi.” Sofia Amelia bercakap sendiri. Kaki kanan dilangkah masuk ke dalam bilik Iskandar Faiz.

“Mr Is, here is your client.” Wanita itu memperkenalkan Sofia Amelia.

“Kenapa dia tiba-tiba datang sini? Adakah alasan yang diberitahu dalam mesej hari itu benar?” persoalan itu masih bermain di otaknya.

“Thanks Julie. You may go now.” arah Iskandar Faiz.

“Hi Iskandar Faiz.” Sofia Amelia bersapa dengan berlagak. Tangan kanan dihulurkan untuk salam.

“Hi.” Hanya sepatah itu keluar dari mulut lelaki yang berpakaian formal itu. Tangan Sofia Amelia tidak disambut. Hanya dibiarkan.

“Don’t you want to shake my hand?” menyoal Sofia Amelia dengan nada yang sedikit garang. Rasa geram dengan cara layanan Iskandar Faiz.

“Awak ni Islam kan? Awak ni tak tahu ke saya tak boleh sentuh awak tanpa berlapik, Cik Sofia Amelia binti Dato’Johari?”

Raut wajah Sofia Amelia bertukar. Rasa dirinya disindir lagi oleh lelaki yang bernama Iskandar Faiz.

“Kurang ajar! Mulut dia boleh tahan!” gumam dalam hati.

Dengan geram punggungnya dilabuh di atas kerusi yang diletak di depan meja Iskandar Faiz tanpa disuruh. Kakinya disilangkan. Iskandar Faiz hanya memerhatikan segala perbuatan Sofia Amelia.

“Selamba je dia ni. Aku tak suruh duduk pun. Dia duduk suka hati. Apalah perangai dia ni. Kesian suami dia nanti.” omel Iskandar Faiz.

“I want a cold apple juice. Please ask your office tea lady to bring it.” arah Sofia Amelia. Tangannya mengibas. Terasa panas sangat walaupun penghawa dingin di pejabat Iskandar Faiz masih berfungsi.

“Amboi! Pandai arah orang. Kesian Dato’.” Iskandar Faiz pandang Sofia Amelia dengan pandangan tajam.

“Miss Sofia Amelia, do you think I am running a restaurant? Main order je.”

“Mr Iskandar Faiz, can I ask you one thing?” Sofia Amelia mula naik angin dengan cara layanan Iskandar Faiz.

“What?”

“Dah berapa lama awak kerja sebagai agen hartanah?”

“It’s going to be 5 years. Why?”

“Macam ni ke awak layan klien awak? Tak tahu manners ke?” bertanya Sofia Amelia dengan nada sindir. Senyuman mengejek diukir di bibir nipis yang berwarna merah jambu itu.

“Awak ni tahu manners sangat ke? This is how you will behave in people’s office? Buat semua ikut suka hati awak je.” balas Iskandar Faiz.

Tersentak Sofia Amelia mendengar balasan Iskandar Faiz. Tiada sesiapa pun bertegur seperti itu di sepanjang 23 tahun.

“Awak datang sini sebab nak cari satu shop lot kan?” Iskandar Faiz memulakan tujuan kedatangan Sofia Amelia ke pejabatnya. Tetapi Sofia Amelia tetap pandang muka Iskandar Faiz tanpa sedar apa yang Iskandar Faiz tanya tadi.

“Saya tanya awak. Dengar ke tak ni?”

“Apa? Apa awak tanya tadi?” Sofia Amelia tersedar dari lamunan.

“Kenapa awak datang sini? Apa yang awak nak sebenarnya ni?” Iskandar Faiz pasti Sofia Amelia bukan datang menjumpai dengan dirinya disebabkan untuk carikan shop lot. Terdapat sebab tersirat untuk perjumpaan mereka.

“Saya nak awak.”

Iskandar Faiz terkejut mendengar jawapan yang ditutur oleh Sofia Amelia. Tidak dapat mempercayai apa yang dikata oleh Sofia Amelia.

“Nak aku?!!!!”


****************************

“Assalamualaikum abah.” Amir muncul di pejabat Dato’Othman.

“Waalaikumsalam. Masuk lah.”

“Ada apa abah ajak Amir jumpa kat pejabat? Kenapa tak jumpa kat rumah je?” Amir pelik kenapa ayahnya memanggil untuk berjumpa di pejabat Dato’Othman. Bukan Amir tinggal sendiri, dia tinggal bersama dengan ibu bapanya.

“Hal ni abah tak boleh bincang kat rumah.”

Amir dapat mengagak sedikit tentang apa yang ayahnya akan bincang sekarang. Ini mesti berkaitan dengan Sofia Amelia dan Dato’Johari.

“Abah, kalau abah nak cakap pasal Sofi dan Dato’Johari, Amir rasa tak payah kot. Amir ada banyak lagi kerja yang perlu disiap dekat pejabat. Better Amir balik ke pejabat.” Amir mengagahkan dirinya untuk menjawab balik kepada ayahnya.

“Jangan nak kurang ajar Amirul Nasruddin !” Jeritan Dato’Othman mampu untuk senyapkan Amir.

“How is your relationship with Sofi?”

“As normal.”

“Amir tak buat apa yang abah suruhkan?”

“Amir kan dah buat apa yang abah suruh haritu.”

“Betul ke Amir dah buat semua?”

“Abah suruh culik Sofi. Amir dah buat. Abah suruh bawa Sofi jauh. Amir dah buat. Apa lagi yang abah nak Amir buat lagi?” tinggi sikit suara Amir.

“Memang betul Amir buat. Tapi Amir tak buat satu lagi.” Dato’Othman masih lagi tidak puas dengan jawapan Amir.

“Apa maksud abah ni? Can you straight to the point abah?” Amir semakin malas untuk melayan ayahnya.

“Amir tak sentuh Sofi kan.”

Amir hanya mendiam diri. Dia tahu apa yang ayah dia suruh buat itu satu dosa. Kenapa ayahnya tidak sedar tentang itu?

“Jawab Amir.” mendesak Dato’Othman. Tangannya menghentak kuat meja.

“Tak.”

“Kenapa? Kenapa tak nak buat apa yang abah suruh?”

“Abah, maafkan Amir. Amir tak boleh buat yang abah suruh.”

“Kenapa tak boleh?”

“Abah please. Leave it. Amir cintakan Sofi sepenuh hati. Amir tak sanggup sakiti dia. Tolong abah. Amir tak tahu kenapa abah berdendam dengan uncle Johari. Tapi apa-apa pun alasannya, jangan libatkan Sofi. Dia tak kena mengena dengan ini semua.” Amir merayu dengan ayahnya. Tidak sanggup berdiam diri dengan tengok apa yang tengah dirancang oleh ayahnya.

“Keluar sekarang !”

Amir tanpa menunggu lama keluar dari pejabat ayahnya selepas mendengar arahan ayahnya.

“Allah, tolong lindungi Sofia Amelia dari rancangan jahat ayahku.” hatinya kuat berdoa.

Amir tahu selepas ini ayahnya tak akan melibatkan dirinya dalam rancangan jahat dia. Amir risaukan tentang keselamatan cinta hatinya.


**********************

“Is, kejap!” jerit Sofia Amelia. Langkahnya kejar lelaki yang berjalan pantas di hadapannya.

Iskandar Faiz tidak menoleh ke belakang. Dirinya masih marah dengan Sofia Amelia.

“Is! Auch! Sakit!”

Iskandar Faiz menoleh ke belakang apabila mendengar jeritan sakit Sofia Amelia. Memandang Sofia Amelia yang memegang kakinya.

“Kenapa ni Sofi? Apa yang kau nak?” Panggilannya berubah. Dari saya awak kepada aku kau.

“Kaki sakit.” Air mata menitis di pipinya.

“Cuba kau bangun. Jangan drama kat sini.”

“Aku cakap sakit. Kau cakap aku ni berlakon. Why are you so rude Is?” suara tersekat-sekat.

“Bangun lah!” tangannya dihulur kepada Sofia Amelia. Cuba membantu perempuan yang bernama Sofia Amelia untuk berdiri.

“I can’t stand.” merintih Sofia Amelia.

“Kaki awak ni terseliuh! Pergi klinik ataupun pergi urut.” membebel Iskandar Faiz. Membantu Sofia Amelia untuk duduk di bangku yang dekat dengan mereka berdua.

“Aku nak balik. Jangan datang jumpa aku lagi! I don’t want to see your face again! Get it?” Iskandar Faiz memberi amaran dan mengorak langkah untuk pergi dari situ. Lagi lama dia layan Sofi, makin mengada Sofia Amelia.

“Is, wait!”

“Cik, bangun cik. Bangun!”

Langkah Iskandar Faiz mati saat mendengar orang mengejutkan seseorang. Tanpa melengahkan masa, badan menoleh ke belakang semula. Hatinya berdebar apabila melihat Sofia Amelia terbaring tanpa sedar diri di atas lantai. Beberapa orang mengelilingi Sofia Amelia.

“Ya Allah. Sofi! Kenapa ni?” kepala Sofia Amelia diletak di atas pangkuan Iskandar Faiz.

Pipi gebu Sofia Amelia ditepuk oleh Iskandar Faiz sebagai satu cara untuk mengejutkan Sofia Amelia. Tetapi gagal untuk menyedarkan Sofia Amelia dari pengsan. Tanpa pilihan badan langsing Sofia Amelia dicempung oleh Iskandar Faiz untuk bawa ke hospital. Tanpa Iskandar Faiz sedar, ada seorang memerhati segala kejadian di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience