Bab 4
Lagi nak muntah bila tengok gambar sel. Aku memang anti subjek Bio. Hailoh. Macam mana aku boleh masuk kelas time Bio? Tak pasal-pasal aku tertidur. Galaktosa, sukrosa, maltosa. Aku baca apa yang ditulis pada whiteboard tersebut. Baru belajar Bio tapi aku dah start nak pening kepala. Memang Bio tak dicipta untuk orang macam aku.
“I love your name.”
Wajah kuangkat. Aku tengok Din.
Nama aku pun kau boleh suka eh?
“Nama awak unik. Macam diri awak.”
Aku ni unik? Memang unik sebab bisu! Dan rare sebab mesti Din ni jenis jarang jumpa orang bisu.
Sah minah ni akan lari jauh-jauh bila dia dapat tahu aku ni bisu. Susah nak berkomunikasi dengan orang macam aku. I can hear people but they can’t hear me. Allah dah tarik satu nikmat iaitu nikmat bercakap. Orang tak tahu macam mana suara aku. Hatta aku pun tak pernah tahu suara aku bercakap macam mana. Orang yang ada suara pula kerja nak merungut. Suara besarlah, keciklah. Cuba Allah tarik balik nikmat bercakap tu. Sah menangis siang malam.
Loceng bunyi. Bunyi buku-buku ditutup terjah gegendang telingaku. Din pun tak terkecuali daripada menutup buku teks Bio berwarna hijau itu.
“Bangun semua…”
Semua bangun. Cikgu lelaki itu kemas buku dan berdiri tegak.
“Terima kasih, cikgu.”
“Terrrriiimma… kasih, cikgu.”
Cikgu tu angguk dan berlalu pergi. Semua budak bising. Aku tarik nafas dalam dan tunduk.
“Jom.”
Kuangkat kepala sedikit. Gadis itu lurutkan cermin mata ke batang hidung dan urut kedua-dua belah matanya. Beberapa orang pelajar perempuan berpapasan denganku dan senyum. Dalam terpaksa, senyuman nipis kutarik. Din betulkan cermin matanya dan tarik aku bangun. Terkulat-kulat aku pandang dia. Dia masukkan pencil case ke dalam laci meja.
“Yuk pergi ke kantin. Makan,” ajak dia.
Laju saja aku geleng kepala. Riak wajahnya berubah. Dia muncungkan mulut. “Tak lapar eh?”
Angguk.
Din tekan pelipis dan kepalanya jatuh ke sebelah kanan. Dia duduk kembali dan aku turut berbuat sedemikian rupa. Kasut sekolah yang aku pakai aku tanggalkan. Rasa rimas pakai kasut sekolah lama-lama. Din senyap. Dia bukak penutup tumbler dan teguk air. Aku hanya memerhati.
Dia tak bosan ke duk cakap dengan aku? Bukannya aku boleh balas balik pun.Takat geleng dengan angguk tu bolehlah. Tu pun kadang-kadang malas.
Balik rumah nanti, aku nak golek-golek atas katil. Tidur. Sumpah aku rasa tak bermaya. Langsung tak tidur semalam sebab asyik fikir pasal sekolah. Ada yang nak pandang sini. Ada yang nak mengata. Ada yang pura-pura rasa kesian. Kebanyakan manusia memang hipokrit. Tak boleh ke jadi diri sendiri? Memang talam dua muka.
…bersambung
Bab akan datang:
Adakah Wardina ikhlas berkawan dengan Najya?
Share this novel