Sam masuk kedalam sebuah restoran yang masih lagi dibuka.Tidak ramai
pengunjung. Menjadikan dia boleh memilih tempat yang selesa untuk
menjamu selera.
Usai makan dia bergerak semula keperhentian bas. Tidak ada bas
sangkut-sangkut disitu. Lapangan tempat letak bas juga kosong. Yang ada
cuma dua buah bas ekspress yang tentunya menghala kedestinasi jauh. Beg
sandangnya diletakkan dibahu jalan. Tertoleh kekiri dan kanan. Sam mula
diburu resah apabila menyedari yang waktu makin menginjak ketengah
malam. Apa cara aku nak ke rumah Kyle ni? Ligat otaknya berfikir.
Mungkin saja malam ini dia menyewa bilik hotel? Ketika sedang asyik
menimbang akan tindakan yang bakal dibuat sedar-sedar ada sorotan lampu
mengenai wajah dan tubuhnya. Sam menoleh dan mendapati sebiji kereta
sewa bergerak perlahan menghampirinya. Langsung dia mengukir senyum. Ada
jugak teksi malam-malam ni, hatinya melompat riang.
Sam menundukkan kepalanya sebaik saja teksi tersebut berhenti disisinya.
“ Nak kemana ni dik?” tegur lelaki separuh umur didalamnya. Wajahnya
tidak begitu jelas.
“ Nak ke kampung Teluk Dalam,” balas Sam dengan hati yang
berdebar-debar. Manakan tidak andai lelaki itu tidak mahu menghantarnya
terpaksa dia tercegat lagi disitu ditengah-tengah malam buta begini.
Memikirkan dia berada ditempat asing membuatkan dia merasa tidak senang.
Keselamatannya mudah terancam.
“ Naiklah,” ternyata ungkapan itu melegakan hatinya yang gundah-gulana
tadi. Terus dia merentap pintu kereta dan masuk kedalam. Sebaik saja
pintu ditutup kereta sewa itu bergerak pergi.
Sam tersandar kekenyangan dan keletihan. Kepalanya ditolehkan kekiri
sambil melepaskan pandangannya kearah luar yang gelap. Cahaya neon
semakin berkurangan apabila mereka bergerak semakin jauh meninggalkan
kawasan bandar.
Sepanjang perjalanan dia hanya ditemani dengan kesunyian. Lelaki yang
sedang menandu itu tidak bersuara walau sepatah pun. Mungkin dia jenis
lelaki pendiam. Sam tidak mahu memikirkan lagi. Yang penting dia sampai
ke rumah Kyle . Yang lain tolak tepi. Pada perkiraannya sampai saja
dirumah Kyle nanti dia mahu berehat sepuasnya.
Sedar-sedar kereta bergerak melintasi kawasan kampung yang sunyi. Tidak
banyak deret rumah yang dia lihat. Satu persatu ditinggalkan jauh
kebelakang.
Sam terkejut apabila ada cahaya terang menyuluh dari kereta yang
ditumpanginya. Serentak dengan itu dia merasakan yang pemandu tadi mula
meningkatkan kelajuannya. Sam diasak rasa ragu-ragu. Mulanya dia hanya
mendiamkan diri namun apabila merasa yang teksi itu bergerak semakin
laju akhirnya dia bertanya “ Kenapa ni pak cik?”
Lelaki yang bertindak sebagai pemandu itu tidak menjawap.
“ Jangan toleh belakang!” Sam tersentak apabila dia ditegur. Seakan-akan
lelaki itu tahu yang dia mahu melihat apa yang ada dibelakang teksi
ketika itu. Cahayanya cukup terang. Siapa yang mengekori mereka? Dan
kenapa pula pemandu itu kelihatan mengelabah dan takut-takut?
“ Kenapa ni pak cik. Pak cik bawak laju sangat ni,” giliran Sam pula
menegur. “ Biarkan aje kereta kat belakang tu potong.”
Apa yang dia rasa mereka bagaikan berlumba. Kenderaan dibelakang
bergerak laju untuk memotong manakala lelaki itu pula berterus memecut
teksinya. Kau nak berlumba itu kau punya pasal. Masalahnya aku ada
menumpanng dalam teksi engkau, tolong hargai nyawa aku! Seranah Sam
didalam hati. Kecut juga perutnya bila berada didalam kereta yang
bergerak terlalu laju.
“ Itu bukan kereta!”
Sam terkedu. “ Habis tu apa? Lori?”
“ Pun bukan. Tak ada kenderaan dibelakang tu!”
Sam tidak faham.
Share this novel