BAB 8

Romantic Comedy Completed 705

Tepat jam 9 pagi, Kumad dah balik. Zara buat tak tahu saja. Matanya
langsung tak di alih dari televisyen.

“Bik!” Kumad melaung

“Ya, bik datang nie. Ada apa Tuan Muda? Tuan Muda haus ya? Ini Bibik ada
bawakkan airnya.” Bibik nie /service /memang /tip top/ tak payah cakap
dia dah tahu.

“Hurmm, terima kasih. Bik dah bakar belum sampah dekat belakang rumah
yang saya suruh pagi tadi?”

“Dah! Udah diberesin dong… ya, pada mulanya. Kepala Bibik nie pusing
mahu cari kertas untuk dibakarin. Tapi mujur Non Zara bantuin… jadi
kerja Bibik jadi beres.” Bibik tersengih-sengih depan Kumad.

“Hurmm, baguslah.” Kumad hanya menjeling Zara dari hujung matanya.
Sebelum kaki di atur ke tingkat atas.

“/Countdown/, Zara… 5… 4… 3… 2… 1…” Zara mengekek.

“BIK!!!!!!” tiba-tiba bergema satu villa dek tempikan suara Kumad.

“Tanam jagung atas batas, dah aku kata kau buat aku balas.”
Berguling-guling Zara ketawa atas karpet di ruang tamu. ‘Hahaha! Rasakan
Kumad. Rasakan…’ tunggu lagi? Terus Zara cabut dari Villa tu. Kunci
skuter di capai sebelum dirinya jadi mangsa Kumad.

“Ya, ya… bik datang nie.” terkocoh-kocoh Bibik berlari ke ruang tamu.

“Mana model bangunan saya yang ada atas meja dekat bilik saya tu?” Muka
Kumad merah padam menahan marah.

Bibik separuh mati kecut perut tengok muka Kumad masa tu. “Ooo, itu
kotak-kotak putih buruk ya? Bik sudah bakarin tadi kok sama-sama sampah
lain seperti yang Tuan Muda suruhin…” menunduk kepala amah nie.

“/What?!/ Kotak-kotak buruk! Bik tau tak tu model bangunan saya.
Penting!” melenting suara Kumad.

Sedangkan Bibik hanya menunduk kepala. Takut punya pasal. Kumad
mendengus kasar. Marah Bibik bukannya boleh selesaikan masalah dia.
Model dia tu bukannya boleh dapat balik. Nie semua Zara! Zara punya kerja.

“Zara. Zara mana?” Kumad mencari Zara.

“Non sudah keluar…” takut-takut Bibik menjawab.

“Perempuan nie memang nak kena dengan aku. Jaga kau Zara.” Kumad
mengepal penumbuknya.

‘Datang bertandang tak jemput masuk, memang dasar hati kau busuk!’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience