Alunan lagu muzik okestra di mainkan dalam ruangan ballroom malam itu. Para penumpang yang menaiki kapal cruise sedang mengadakan majlis tari menari di dalam tempat itu. Suasana yang tak ubah seperti parti berkelas tinggi, semua yang ada di situ mengenakan tuksedo dan dress yang cantik dan berjenama. Mana-mana boleh Nampak barang kemas dan perhiasan beribu ringgit di tangan mahupun tergantung di leher serta telinga.
Diantara ramai-ramai tetamu di situ, kelihatan Davina yang indah mengenakan dress tube warna merah jambu bunga sakura dan bersanggul kemas sedang berdiri memerhati para tetamu yang lalu Lalang melewatinya atau yang sedang menari di tengah lantai menari.
So what?
Kalau dia orang buat tak kisah dengan kehadirannya di sini, bukan urusan dia. Pergi lantak mereka situ. Apa dia tahu dia naj enjoy dan lapangkan fikirkan. Apa alasan mereka di sini bukan urusan dia untuk di fikirkan.
Better dia makan!Minum!Dan enjoy moment ni!Empat hari tiga malam bukannya waktu yang panjang. Sekejap aje. Hari ni pergi, tup tup esok dan sampai ke mainland!
Gelas berkaki yang terisi dengan wain putih di bawa dekat ke bibirnya sebelum di sisip sedikit cecair itu dengan elegan. Davina terpandang akan pasangan lelaki dan wanita sedang bergelak ketawa menari di depannya. Buatkan dia teringatkan akan Declan tiba-tiba. Rasa macam tak patut dia pun palingkan kepala ke arah lain dengan menyampah.
Tindakan Davina yang berpaling secara mengejut itu buatkan dia berlanggar dengan seseorang yang kebetulan sedang bergerak ke arah yang sama dengannya hingga menyebabkan minuman di tangannya itu tertuang pada pakaian orang di depannya.
"Sh*t!"sebut Davina yang terbutang mata melihat kemeja putih milik lelaki bertuksedo depannya basah. "Ma-maafkan sa...ya..,sa..ya.. tak sengaja"tergagap-gagap Davina berkata yang kalut tepis air pada pakaian tu. Macam mana ni?Dengan perlahan-lahan Davina mengangkat wajah memandang lelaki itu. Alangkah terkejutnya dia. Jantung Davina berdetap-detap dengan pantas. Berderay darahnya buat seketika.
Kenapa lelaki ni boleh ada dekat sini?
"Hei!Bute ke?Mata letak kat mana?Kat kepala lutut?"tengking Spencer sambil tunduk menepuk-nepuk pakaiannya yang basah.
Davina terkaku. Wajahnya pucat lesi.
"Maafkan saya...saya betul-betul tak sengaja. Nanti saya ganti balik baju awak ni.."balas Davina dengan wajah serba salah.
Bila Spencer terpandang siapakah wanita yang melanggarnya tadi, kerutan di keningnya melurut, dia pandang terkejut. Tapi sekejap saja. Setelah itu dia kembali kepada postur marahnya. Sedangkan dada dia sedang sesak sebab terkejut melihat Davina di sini.
"Hei!Kau ingat baju ni murah ke?Boleh beli dekati sini?Kalau ada sekalipun belum tentu kau mampu nak membayarnya."getus Spencer lagi.
Kening Davina berkerut. Berdesing telinga mendengar kata-kata itu. Dia tilik wajah Spencer yang sikit pun tiada perubahan. masih sama seperti dulu. Kacak seperti biasa. Yang bezanya sikap lelaki ni?Sudah lupa ke Spencer kepadanya?Kenapa lelaki ni sikit pun tak tunjuk reaksi terkejut sebaik melihat dia?
"Habis tu awak nak saya buat macam mana?Saya mintak maaf awak marah. Saya kata nak ganti awak hina?Bukan saja tahu awak dekat belakang saya?"bidas Davina yang berasa hilang sabar. Kenapa satu hari ni dia bertemu dengan lelaki-lelaki yang dah buat dia kecewa sepanjang hidupnya dalam satu masa dengan serentak. Kalau jumpa menyenangkan hati tak apa jugak. Ini tidak. Balik-balik tunjuk perangai menjengkelkan dekat dia!
"Lain kali guna mata sebelum berjalan tu!Tengok mana nak pergi. Bukan main jalan je macam tu. " marah Spencer.
Davina ketap gigi menahan sabar. Mungkin. Mungkin Spencer dah lupakan dia terus. yalah si pencurang ni mungkin dah berganti ramai perempuan sampaikan dia ni kekasih dua tahun saja apa la sangat, Mesti la dah di lupakan. Dekat 6 tahun dah berlalu!Siapa yang ingat.
Sambil beri senyuman terpaksa, dia pun mengangguk kepala. "Baik. Terima kasih untuk nasihatnya."katanya dengan sinis sebelum bergerak hendak pergi dari situ. Malas nak lama-lama.
Tapi Spencer tak lepaskan Davina macam tu je. Dia cengkam lengan kurus Davina yang tidak beralas itu lalu di Tarik semula menghadapnya semula.
Menahan nafas dek sentuhan dari tangan yang sejuk itu, Davina pandang semula ke wajah Spencer dengan kening berkerut. Ugh!Nak apa lagi lelaki ni?Ada jugak yang berkepala bocor kerana tumit tingginya nanti kang!
"Do I know you?"tanya Spencer yang saja nak duga Davina. Dia nak tahu Davina kenal dia lagi ke?
"Do I have to?"balas Davina pula. Suka hati. Buat apa dia nak kata kenal kalau Spencer sendiri tak ingat dia. "Lepaskan saya!"dia rentap lengannya dari cengkaman tu.
Spencer Tarik Davina lebih mendekat kepadanya. "Do I know you?"ulangnya semula. Berasa tak puas hati kerana Davina seakan menafikan perkenalan mereka.
"Apa ni!Lepaskan la!"marah Davina yang cuba leraikan jari jemari yang mencengkam kuat lengan dia.
Masa itu muncul satu tangan dari belakang lalu melingkar di sekeliling pinggang Davina dan tubuh itu di Tarik rapat ke suatu dada.
"Aku rasa dia dah cakap dengan jelas untuk lepaskan dia kan?"suara serius dan mendatar kedengaran dari atas kepala Davina.
Davina yang terkejut dengan lingkaran di pinggang dan suara itu cepat-cepat tolehkan kepala ke balik bahunya. Lalu ternampak Declan yang segak mengenakan tuksedo berdiri rapat kepadanya.
Tangan Spencer terlepas terus dari lengan Davina apabila lelaki asing yang tiba-tiba muncul menolak dia jauh ke belakang dengan tunjahan kuat. terundur beberapa langkah dia di buatnya.
"Back off!"arah Declan yang tidak alihkan pandangan matanya dari Spencer. Terpancar reaksi marahnya di wajah itu.
Mata Spencer gerak memandang ke Davina. Dia pertimbangkan sama ada patut atau tidak dia mengalah dari lelaki di depannya ini. Entah kenapa dia boleh sense sesuatu yang tak kena dari lelaki di depannya ini. Selepas beberapa ketika mendiamkan diri, dia terus berpaling dari situ. bergerak keluar dari ruang ballroom untuk ke cabin penginapannya.
Share this novel