BAB 19

Romance Completed 42886

• Thanks for 2021 reads for this story guys! Best birthday gift ever! •

«« Enjoy reading! »»

•••

Keesokan harinya datang begitu pantas. Barang- barang milik Ariana Atilia telah pun siap dikemas. Dia melabuhkan punggung di atas katilnya yang empuk. Pandangannya diliarkan pada sekeliling bilik tidurnya buat kali terakhir. Ceh.

Cara dia tak ubah seperti orang pergi tak kembali. Dia mengeleng perlahan cuba membuang perasaan itu jauh-jauh. Lagipun nanti dia datang situ semula akhirnya jugak.

Tangannya mengusap lembut cadar katil kegemarannya. Kalau ikutkan mahu dibawa bersama tapi biarlah tinggal di situ. Tiba-tiba, dia teringatkan sekotak barangan miliknya yang disimpan di atas almari. Dia berkira-kira untuk membawanya bersama atau tidak.

"Hmmm, nak bawak ke eh? Tapi nanti kalau dia tahu-" gumamnya sendirian namun terhenti apabila Adi Ashraf muncul di muka pintu.

"Barang kau dah siap?" soal Adi Ashraf melihat kepada isterinya yang sedang duduk di atas katil. Tangannya disilangkan ke dada. Belakang badannya disandarkan pada pintu.

"Dah. Buta ke? Tak nampak tu?" jawab Ariana Atilia dengan nada memerli. Dia mengerakkan kepalanya ke arah barangannya yang sudah siap dikemas kepada Adi Ashraf.

"Mata aku ni elok je lagi. Kaki kau tu elok dah ke? Meh, sini aku tengok. Kau ni bukan boleh diharap." ucap Adi Ashraf mengembalikan paku buah keras kepada isterinya. Ariana Atilia sudah menarik muka.

Adi Ashraf mengatur langkah ke arah isterinya. Tangannya membuka balutan pada pergelangan kakinya milik Ariana Atilia dengan berhati-hati. Usai saja, dia menilik mana-mana bahagian yang masih bengkak atau menjadi lebih teruk. Namun, mujurlah tiada.

Beberapa bahagian tertentu ditekan sedikit. Cuba memeriksa sekiranya masih terasa sakit apabila dikenakan tekanan. Kalau semuanya baik-baik saja itu bermakna pergelangan kaki gadis itu sudah sembuh sepenuhnya. Namun, apabila baru sedikit tekanan yang dikenakan, Ariana Atilia mendesis kesakitan. Sakitlah!

"Kaki kau tak baik lagi ni. Itulah kau gatal sangat jalan banyak-banyak. Kan dah susah. Rehat bukan merayap merata-rata." pesan Adi Ashraf seperti orang tua-tua. Dia membetulkan kembali balutan pada kaki isterinya.

Ariana Atilia hanya berpeluk tubuh. Tak suka apabila dibebel sebegitu seperti budak kecil. Dia reti jaga diri sendiri. Cuma cuai. Yes, itulah Ariana Atilia.

"Dah, aku nak angkat barang kau ni masuk kereta." maklum Adi Ashraf. Lengan bajunya disinsingkan hingga ke siku.

"Okay. tapi aku tak boleh tolong kau. Yelah, macam yang kau cakap tadi. Aku kan kena banyak R.E.H.A.T. kalau nak cepat sembuh. Antaranya, macam angkat barang-barang berat ni lah. Nanti lambat pulak sembuh kaki aku ni, K.A.U yang susah." terang Ariana Atilia panjang lebar dengan nada memerli. Siap diejanya lagi. Amik kau! Bibirnya tersenyum sinis.

"Tak nak tolong cakap, tak payah nak gunakan P.E.S.A.N.A.N khidmat masyarakat aku tu sebagai alasan kau." bidas Adi Ashraf dengan nada yang sama. Dia tersenyum bongkak.

"Cepatlah bawa masuk kereta." arah Ariana Atilia cuba menukar topik. Kalau macam inilah gayanya, sampai tahun depan tak sampai mereka ke rumah Adi Ashraf. Mana taknya, bergaduh tak henti-henti.

"Beratnya. Kau bawa apa ni, woi?" rungut Adi Ashraf apabila cuba mengangkat salah satu beg pakaian milik isterinya. Ada emas ke?

"None of your business." ringkas Ariana Atilia menjawab. Dia menjeling ke arah suaminya sebelum meninggalkan lelaki itu sendirian. Adi Ashraf berdecit.

"Tch. Whatever."

??????

Seorang pemuda duduk termenung ke luar tingkap. Mengenangkan nasib diri apabila cinta hatinya telah pun berkahwin dengan lelaki lain. Dia berharap surat ugutan yang dihantar dapat memberi amaran kepada Adi Ashraf tentang Ariana Atilia adalah miliknya seorang.

Pandangannya jatuh pula pada skrin telefon pintarnya yang memaparkan gambar dirinya bersama gadis itu, Ariana Atilia. Dia mengukir senyuman apabila teringat tentang memori mereka bersama dahulu. Sehinggalah sekarang Adi Ashraf pula hadir telah merampas gadis itu dari dirinya.

Tangannya mengepal penumbuk. Sekeping gambar milik Adi Ashraf yang berada di dinding bilik ditatap dengan keji. Dadanya berombak naik turun kerana terlalu berdendam kepada lelaki itu.

Secara tiba-tiba, dia ketawa sinis. Terasa begitu lucu sekali apabila dia terfikirkan rancangan untuk memisahkan pasangan suami isteri tersebut. Tak sabar untuk memiliki Ariana Atilia semula.

Rasa rindu tak dapat terungkapkan apabila dia memikirkan gadis itu. Hanya melihat dan mendengar suara milik Ariana Atilia membuatkan dia bahagia. Malangnya dia begitu tamak. Sehingga mahukan Ariana Atilia sebagai miliknya seorang sahaja.

Walaupun hatinya hancur melihat gadis itu mengahwini lelaki lain di hadapan matanya sendiri tanpa menyedari kehadirannya, tak membuatkan dia putus asa. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki gadis itu.

Sekali lagi, tawa sinisnya dilepaskan. Otaknya ligat memikirkan rancangan jahat untuk memecahbelahkan rumah tangga mereka berdua. Dia lebih dari bersedia untuk mengambil Ariana Atilia buat kali kedua.

Dan ini mungkin kali terakhir dia akan mengambil gadis itu dari sesiapa. Kerana selepas ini, dia takkan biarkan mana-mana lelaki cuba merampas gadis itu lagi. Bibirnya mengukir senyuman penuh makna.

"One day you'll be mine, Ariana. Only mine."

??????

"Cepatlah jalan lembab." ejek Adi Ashraf yang berada di depan Ariana Atilia. Dia memberhentikan langkah supaya isterinya dapat menyamai langkahnya.

"Kau boleh sabar tak? Nampak kaki aku ni? Aku mana boleh jalan laju sangat." rungut Ariana Atilia cuba berjalan selaju yang mungkin. Suami dia pun satu. Dah tahu dia sakit bukan nak tolong.

"Nah, pegang tangan aku. Terpaksalah aku jadi tongkat kau lagi. Siap kau kalau kau tarik lengan aku kuat sangat." kata Adi Ashraf memberi amaran terlebih dahulu. Ariana Atilia buat muka menyampah.

Lengan lelaki itu direntap kasar oleh Ariana Atilia. Menyebabkan Adi Ashraf hampir terdorong ke arah gadis itu.

Namun riak muka tak bersalah ditayang oleh isterinya. Ariana Atilia meneruskan langkah bersama tongkat manusia yang merupakan suami dia. Elok sangatlah tu.

"Adi, Lia, dah siap semua barang dah?" soal Encik Johan menegur pasangan itu yang sudah bersiap-siap untuk keluar.

"Semua dah abah. Kalau ada apa-apa yang tinggal nanti, Adi dengan Riana datang balik. Abah dengan umi jemputlah jugak datang rumah kami nanti." jawab Adi Ashraf bersahaja. Lengannya masih dipeluk erat oleh Ariana Atilia.

" Betul tu, abah. Abah nak situ terus pun boleh.  Lia tak kisah." pelawa Ariana Atilia pula. Membuatkan Adi Ashraf menoleh ke arah isterinya dengan riak muka tak percaya. Bibir isterinya mengulum senyuman.

Encik Johan tertawa halus dengan pelawaan anak gadisnya. Ada saja akalnya. Puan Sandra yang berada di sebelah sudah mengeleng kepala. Anak siapa tu?

"Abah dengan umi doakan baik-baik saja untuk kebahagiaan kamu berdua. Ada masa kita jumpa lagi." ucap Encik Johan. Dia berpelukan bersama Adi Ashraf.

"Umi, Lia sayang umi sangat-sangat. Nanti umi dah tak payah layan Lia. Mesti umi seronok. Jangan sedih tau. Lia janji nanti Lia datang melawat umi dengan abah. Jaga diri, umi." ucap Ariana Atilia sambil memeluk Puan Sandra dengan erat seperti tiada hari esok.

Puan Sandra tersenyum penuh makna. Pelukan hangat yang dikongsi oleh mereka berdua membuatkan wanita itu menahan sebak. Dahi Ariana Atilia dicium lama. Mata anak gadisnya dipejamkan cuba menikmati perasaan itu.

"Tak kira apa keputusan Lia, umi nak Lia tahu umi sentiasa sokong Lia. Umi sayang sangat-sangat dekat Lia. Kalau betul Lia nak bahagiakan Adi, Lia kena berterus-terang dengan dia, faham?

Umi tak nak dia salah faham. Nanti Lia yang sakit, sayang. Umi tak sanggup nak tengok anak umi sakit lagi. Tolong jaga diri Lia untuk umi dengan abah. Ingat tu, Lia." pesan Puan Sandra tulus dari hati. Tubuh kecil milik anaknya dipeluk buat kali terakhir.

Ariana Atilia mengangguk tanda faham. Dia terlebih dahulu telah bersedia untuk semua itu. Namun, dia tetap berkeras dengan pilihannya sendiri. Demi kebaikan Adi Ashraf.

"Lia cuba, umi. Lia cuba bila masa yang sesuai. Buat masa ni, Lia tak boleh buat apa umi suruh. Tapi Lia akan sentiasa ingat pesanan umi." balas Ariana Atilia berterus-terang. Puan Sandra mengangguk kecil.

"Abah, jaga diri abah betul-betul tau. Tolong jaga umi sekali sepanjang Lia tak ada ni. Kalau boleh, Lia nak adik. Bosan jadi anak tunggal. Boleh?" pinta Ariana Atilia tak tahu malu kepada Encik Johan.

Lelaki itu melepaskan tawa. Puan Sandra menepuk lembut lengan milik anak perempuannya. Matanya dijegilkan ke arah gadis itu. Ariana Atilia tersengih menunjukkan sebaris giginya yang putih. Adi Ashraf menepuk dahi. Susah isteri nakal macam Ariana ni.

"Abah, umi, kami pergi dulu. Bila dah sampai nanti, Adi call." maklum Adi Ashraf mahu meminta diri. Risau sekiranya lambat sampai ke destinasi mereka seterusnya.

Encik Johan dan Puan Sandra mengangguk tanda faham. Senyuman lebar jelas terpamer pada wajah mereka berdua. Ariana Atilia mendekati kedua-dua ibu bapanya lalu dihadiahkan sebuah ciuman di pipi mereka berdua. Dia tersenyum manis.

"Jumpa lagi umi, abah. Lia sayang umi, abah banyak-banyak." ucap Ariana Atilia lalu melambaikan tangan ke arah ibu bapanya.

Adi Ashraf pula sibuk menarik tangan isterinya  agar berjalan dengan lebih laju. Dia turut melambaikan tangan kepada ibu bapa mertuanya. Bibirnya terukir senyuman manis.

Sempat lagi, Ariana Atilia memberikan flying kiss kepada Encik Johan dan Puan Sandra. Matanya turut dikenyitkan kepada mereka berdua membuatkan ibu bapanya melebarkan senyuman. Dia masih elok tercegat di depan kereta suaminya. Seolah-olah tak mahu bergerak ke mana-mana.

Adi Ashraf yang sudah masuk ke dalam kereta terpaksa keluar semula. Tubuh isterinya ditolak masuk ke dalam kereta sebelum dipakaikan tali keledar seperti anak kecil. Gadis itu menyilangkan tangan ke dada sambil memuncungkan bibir tanda tak puas hati.

Adi Ashraf melambaikan tangan buat kali terakhir kepada mertuanya. Dia membolos masuk ke dalam kereta semula. Enjin kereta dihidupkan. Namun, kereta itu masih tak bergerak membuatkan Ariana Atilia menoleh ke arah suaminya.

"Drive lah cepat." tegur Ariana Atilia. Adi Ashraf tersenyum nakal. Wajahnya didekatkan ke arah isterinya.

"Kiss aku mana?" soal Adi Ashraf sambil menudingkan jari pada pipinya ke arah Ariana Atilia.

Tanpa rasa serba salah, tangan Ariana Atilia laju mencubit pipi suaminya dengan kuat. Adi Ashraf meringis kesakitan terkejut dengan serangan isterinya. Dia mengerutkan muka cuba menahan kesakitan.

"Sakitlah! Janganlah kuat sangat." rungut Adi Ashraf memegang pipinya yang merah kerana penangan cubitan isterinya.

"Kau tu yang mengada. Dah, cepat drive." bidas Ariana Atilia. Dia membuang pandangan ke luar tingkap.

"Ganas." gumam Adi Ashraf lalu mula memandu dengan berhati-hati. Namun didengari oleh isterinya. Laju saja mulut Ariana Atilia membalas membuatkan Adi Ashraf memilih untuk berdiam diri.

"Gatal."

????????

"Abang, saya risau." luah Puan Sandra kepada suaminya, Encik Johan. Pasangan suami isteri itu duduk berbual-bual di ruang tamu sebaik Ariana Atilia dan Adi Ashraf pulang.

"Sayang, jangan fikir sangat. Banyakkan berdoa. Insya-Allah, semua baik-baik belaka. Abang percayakan Adi. Dia takkan buat apa-apa yang boleh sakitkan Lia." kata Encik Johan yakin. Dia memegang erat tangan isterinya.

Puan Sandra mengeluh untuk sekian kalinya. Dia cuba berfikiran positif. Mengharapkan apa yang dikatakan oleh suaminya adalah benar. Dalam hati, dia tak pernah berhenti berdoa untuk kebahagiaan anak menantunya. Bibirnya mengukir senyuman kepada suaminya.

"Sayang cuma nak Lia bahagia."



«« To be continued... »»

Hello my lovely readers! Special thanks sebab sudi baca story ni! Enjoy reading! Don't forget to vomment! -ftnfzyyy-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience