Bab 26

Fantasy Completed 13890

Jane menarik nafas lega. Siap pun makanan tengah hari. Gadis itu mengintai kai yang sedang baring di atas sofa. Tido ke?

Perlahan-lahan Jane menapak ke arah kai. Dia merendahkan badan sehingga wajahnya begitu hampir dengan kai. Wajah lelaki itu di tenung lama. Riak wajah kai tampak begitu tenang sekali.

Jane mengeluh. "kai, kenapa awak marah sangat dengan saya?..." perlahan suara gadis itu bertanya. Matanya memerhatikan wajah kai yang masih lena tidur.

Tangan jane cuba untuk menyentuh wajah kai namun akalnya menghalang. Jane! Jangan!

Pantas tangannya ditarik kembali. Gadis itu mengigit bibir. Perasaannya semakin kuat memberontak. Jane menarik nafas.

Kai membuka matanya memandang jane di sebelahnya. Terperanjat gadis itu sehingga dia jatuh terduduk.

"eh tuan, dah bangun" jane tersenyum cuba menutup perasaan gugup.

Pandangan mata kai tajam menikam wajah gadis itu.

"jom makan? Nanti lauk sejuk" ajak gadis itu lalu bangun. Dia cuba menenangkan perasaannya yang sedang bercelaru.

Pantas kai bangun dan berjalan ke meja makan.
"kau masak semua ni?"

Jane mengangguk. "makanlah"

Kai menelan air liur. Memang ketika itu perutnya sedang lapar. Tanpa berlengah dia menarik kerusi dan duduk. Laju tangannya menyudu lauk ke dalam pinggan nya.

"kau tak makan?" soal kai pelik apabila melihat gadis itu masih memandangnya.

Jane hanya menggeleng kecil. Seleranya tiba tiba mati. Dia.. Seperti rindukan kai? Apa benda ni? Jane menggenggam sudu di tangannya kuat.

"kalau kau tak nak makan, jangan genggam kuat sangat sudu tu nanti patah pulak" ujar kai selamba lalu menyuap makanan ke dalam mulutnya.

Jane tersentak. Dia memandang tangannya. Nampak sangat ke? Terus dia meletakkan sudu itu diatas pinggan. Selera makannya benar benar sudah tiada.

"sedap. Pandai kau masak" puji kai tidak beriak. Tekun lelaki itu makan tanpa memandang ke arah jane.

Jane hanya tersenyum senang. Baguslah kalau awak suka.

"jane, kau ada cakap sesuatu ke dengan aku masa aku tengah tidur?" soal kai sambil memandang gadis yang sibuk memerhatikan dirinya.

Hah? Takkan dia dengar. Jane memandang kai tidak berkerdip.

"woi aku tanya ni"

Jane menggeleng laju. "saya tak cakap apa apa" gadis itu tersenyum tipis.

"oh, mungkin aku salah dengar" ujar kai selamba.

Jane mengerutkan dahi. "tuan dengar apa?

"kau nak tahu ke? Aku rasa kau lebih tahu apa yang aku dengar?" soal kai sambil mengangkat keningnya.

Jane membulatkan matanya. "saya ambik air sekejap" gadis itu mencari alasan. Lantas dia bangun dan menuju ke dapur.

Fuh!! Jane memegang dadanya. Boleh gila kalau macam ni!

Tangan gadis itu mengigil ketika memegang jug air. Air yang dituang ke dalam cawan habis tumpah ke lantai.

"kau okey tak ni?" ujar kai dari arah belakang. Tangan lelaki itu memegang tangan jane yang sedang memegang jug air dan membantu gadis itu menuang air ke dalam cawan. Dapat dirasakan gadis itu sedang mengigil. Lelaki itu tersenyum.

Jane menutup mata. Dia dapat merasakan badan kai begitu dekat dengan tubuhnya.

"jane?" kai memegang bahu gadis itu.

Jane membesarkan matanya. Pantas gadis itu bergerak ke tepi. "saya okey err nah" laju gadis itu menghulurkan cawan kepada kai.

"saya nak masuk bilik kejap ye" pantas Jane menghilangkan diri.

Kai menahan gelak. Dia meneguk air perlahan-lahan.
___________

"jane!" tuk tuk.. Pintu bilik gadis itu diketuk.

Jane membuka pintu perlahan-lahan. "ye?"

"bawa aku jumpa mak kau"

Hah? "tapi mak saya.."

"aku tahu mak kau dah tak ada sebabtu aku nak melawat kubur dia" ujar kai lagi. Apa lah perempuan ni..

"ouh ok"  jane keluar dari bilik dan menutup pintu belakang.

"jom?"

Kai mengangguk. Lelaki itu keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta.

Jane masuk ke dalam kereta selepas mengunci pintu rumahnya.
__________

"kai, awak nak tahu tak? Lepas saya bawak mak saya balik haritu kan, mak saya teringin sangat nak jumpa awak. Esoknya tengah hari tu mak saya nak suruh awak datang rumah saya dan makan tengah hari sama sama. Tapi awak tak ada, saya tunggu awak kat rumah awak sampai senja. Mak saya masak banyak sangat lauk hari tu tapi..." jane menarik nafas sejenak.

"Tiba tiba bapak tiri saya balik. Tak sangka pula hari tu hari paling malang dalam hidup saya" sambung jane dengan senyuman tipis.

Kai hanya diam mendengar. Sedikitpun dia tidak bersuara. "kubur mak kau dekat mana?"

"grave stone"

Kai membelok ke kanan dan berhenti betul betul di depan pintu masuk grave stone. Sebuah pintu gerbang yang berbatu.

"jom.." ajak kai. Mereka berdua keluar dari kereta dan masuk ke dalam kawasan grave stone.

"mak.. Jane datang.. Tengok jane bawa siapa" ujar jane sambil memegang batu yang tertulis nama emaknya, erika.

Kai diam memerhatikan gadis itu.

"mak kata nak jumpa kai kan? Dia dah datang. Dia nak jumpa mak" jane tersenyum. "awak nak cakap dengan mak saya?"

Kai mengangguk. "kau tunggu kat kereta lah"

"baik tuan" gadis itu berlalu meninggalkan kai bersendirian.

Tidak lama kemudian dia melihat kai berjalan ke arah kereta. Lelaki itu masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin.

"macam mana?" jane menyoal.

"kita balik rumah kau balik."

"kenapa? Bukan kita nak jumpa pakcik jery?" soal gadis itu pelik.

"lelaki tu mintak aku bawak kau ke rumah lama kau" beritahu kai tanpa riak. Dingin sekali wajah lelaki itu.

"oh.." jane sudah tidak mampu bersuara. "tuan kenapa nak sangat jumpa dengan bapak tiri saya?"

Kai tersenyum sinis. "kau nak tahu sebab apa? Sebab Bapak tiri kau dah bunuh bapak aku" balas lelaki itu dengan suara yang agak keras.

Jane tergamam. Tak sangka bapak tirinya begitu kejam. "maaf.. Saya tak tahu"

"lepas semua ni selesai, aku akan hantar dani balik pada kau"

Jane menoleh laju ke arah kai di sebelahnya. "apa maksud awak? Awak sembunyikan dani?"

"kau rindukan dani kan?" soal kai lagi.
"jawab atau aku tak akan lepaskan dani" lelaki itu mula mengugut.

Pantas jane mengangguk. "ye"

"aku dah pernah kata kan. Kalau dani balik, aku akan hilang" kai membrekkan kereta sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kawasan rumah jane.

"keluar." arah kai tanpa memandang wajah gadis itu.

"kai tunggu!" jane mengejar langkah lelaki itu.

Kai menoleh. Keningnya diangkat. Kenapa?

"kenapa awak mesti hilang kalau dani muncul?" soal jane kebingungan.

"sebab aku tak suka dia." ringkas jawapan kai. "dah masuk dalam, hari dah nak gelap."

Jane terasa seperti hendak nangis. Kenapa mesti ada pilihan macam ni?!

"hoi masuk" laung kai dari depan pintu. Lemah gadis itu berjalan masuk ke dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience