Bab 37

Crime Series 28566

Aku memerhati sekeliling bilik. Cari cara untuk melarikan diri dari sini. Tiada jalan lagi. Aku terpaksa cari helah.

Perlahan-lahan aku menghampiri pintu bilik. Tangan menggendang pintu.

"May... Saya sakit."

Aku bersuara di balik pintu yang tertutup.

Tiada sahutan. Mana semua orang pergi?

Bang. Terdengar satu bunyi tembakan dilepaskan.

Tangan aku menggigil. Pintu bilik terbuka dari luar.

"Woi, betina. Kau nak apa?"

Aku memandang May.

"Perut saya rasa sakit."

May ketawa berdekah. Seakan orang gila.

"Kau jangan nak bagi alasan. Aku tahu kau nak lari kan?"

Pantas aku menggeleng kepala.

Rambut aku direntap kasar. May mendekatkan wajahnya pada aku.

"Aku boleh hidu ketakutan kau. Kau dengar sini, kau tak boleh lari. Aku nak kau tengok aku dengan Qarl."

"Sakit..."

Pantang betul la orang main tarik-tarik rambut ni.

"Saya taknak Qarl. Awak boleh ambil dia."

Aku tahu Qarl takkan cari aku di sini. Buat apa dia nak datang membahayakan nyawa dia untuk aku.

May mencebik.

"Too bad. Dia dah taknak aku. Dia cuma nakkan kau."

"Lepaskan saya. Saya taknak terlibat dengan awak berdua."

"My dear, aku nak Qarl tengok kau mati depan aku. Baru hati aku akan puas."

Aku memejamkan mata.

Pistol dileretkan ke arah dahi. May dah gila.

"For now, kau rest la ye. Berdoa banyak-banyak sebelum malaikat maut cabut nyawa kau."

Savage. Tergamak May cakap macam tu.

"Dah. Kau boleh rest puas-puas. Kalau kau lapar, nanti aku bagi. Tak pasal je nanti Qarl marahkan aku sebab tak jaga kau baik-baik."

May pandang aku dengan wajah yang meluat sebelum menutup semula pintu bilik.

May... Qarl... Dua manusia ni memang patut aku jauhkan diri dari awal.

Aku menyesal. Betul cakap Mira, sekarang padanlah dengan muka aku.

Mira... Aku benar-benar takut.
. .
. Gelas dilemparkan ke dinding. Qarl merengus kasar.

"Shark, aku suruh kau cari info. Takkan kau masih tak boleh jejak mana May berada sekarang?"

"Bos... Tiada siapa pun tahu di mana May berada."

Qarl mengerling tajam.

"Aku train kau jadi mafia yang cerdik selama ni, bukan lembap. Kau ingat eh kalau pape jadi dekat Anna, siap kau."

Shark tunduk. Asyik-asyik dia je yang kena maki.

"Jason. Kau pergi suruh orang track mana Jason."

Dah masuk hari ketiga Anna hilang. Mana la dia tak berhangin satu badan.

Sesiapa saja yang sentuh Anna, dia takkan biarkan orang itu hidup.

"Okay bos."

Dua orang konco datang menghadap. Mereka berbisik sesuatu di telinga Shark.

"Spill it."

"Bos, ada info baru mengenai Randy. Randy ditemui mati di kawasan sungai. Mayatnya pasti dibuang di situ."

Qarl terus terbangun.

"Randy mati? Padan muka dia. Kejap, aku rasa May bunuh Randy untuk hapuskan saksi. Damn it."

"May tu memang perempuan kejam bos."

"Aku nak kau follow Jason. Sampai bila diorang nak menyorok. Pasti minah tu keluar juga dari tempat persembunyian."

"Okay bos."

Shark dan dua orang konco itu berlalu pergi. Dia betul-betul rasa stress. Kat mana dia nak cari Anna? Kalau mak ayah Anna tahu, memang hancurlah rahsia dia selama ini. Terkadang, dia gerun juga dengan amaran Mira.

Kalau terjadi sesuatu pada Anna Adriana, memang dia kena bertanggungjawab.

May... Aku akan jejak kau sampai lubang cacing. Jangan ingat kau boleh terlepas.
. .
. Jason melangkah masuk ke ruang tamu dengan wajah selamba. Tidak mempedulikan renungan May yang memandangnya tidak puas hati.

"What?"

"You pergi mana baru sekarang nak balik?"

"Clubbing."

May menjegil biji mata.

"You dah gila ke? Kalau konco Qarl dapat jejak you macam mana?"

Jason menyandarkan badan ke sofa.

"I don't care."

"Hey, Jason. Aku upah kau untuk jaga Anna. Ni kau pulak merayap ke sana ke sini."

"You ni boleh berhenti membebel tak? I penat."

May berpeluk tubuh.

"Oh, kau dah puas enjoy dengan betina lain dekat club. Sekarang dengar suara aku dah kata penat?"

"You taknak layan I. So, I pergilah cari betina lain."

"Jantan tak guna."

"Habis you tu berguna sangat ke? Arah I macam-macam. I ni jadi babu you je. You taknak I pun."

Jason bangun. Dan mahu menuju ke bilik.

"You nak pergi mana lagi?"

"Masuk bilik. Tidur."

Tak boleh diharap langsung ada boyfriend macam ni.

"Goodnight, honey."

Sempat Jason mengucup pipinya perlahan. Itu je yang boleh meredakan baran May.

May menepis. Marahnya pada Jason belum dapat diredakan. Dia taknak rancangannya gagal.

Sejurus Jason menutup pintu bilik, May membaling semua bantal kecil di sofa.

Tak guna. Tak boleh diharap.

May memandang pintu bilik Anna. Akalnya masih memikirkan apa yang perlu dilakukan dengan Anna Adriana.

Dia mahu Qarl tahu apa itu remuk hati. Bibirnya menguntum senyuman nipis.

Qarl... Anna... Elok je biar mati sama-sama. Dan aku akan dapat semua hartanya.
. .
. May tersenyum ceria sambil memandang Jason.

"Baby, you sayang I tak?"

"Yes. Sure."

"Willing to do anything for me?"

Berkerut dahi Jason. Pasti ada arahan yang mahu dia lakukan.

"Yup."

"I nak you..."

"Do something bad towards Anna."

Terbeliak mata Jason dengan permintaan yang berupa arahan. Mengarut.

"May you dah gila ke? Kalau I apa-apakan Anna, Qarl takkan lepaskan I."

"Yeah I know. Biar jela kalau Qarl nak mengamuk. I benci tengok muka Anna. Hati I sakit."

"No. I tak berani nak apa-apakan Anna. Tu cuma plan you sorang, May."

Wajah May berubah masam mencuka.

"Just do everything for me, can you?"

Riak wajah Jason serba salah.

"Do what?"

May tayang senyum jahat.

Dia meletakkan pil ke tapak tangan Jason.

"Rape her. For me. Please..."

"May... Dia tak bersalah. Semua ni kejam untuk dia."

"Ala... You ni tak sporting la, Jason. Kalau tak boleh cara kasar, cara halus kan ada. Dia takkan sedar atau sakit."

"No. I tak setuju. Gila."

"Okay. Kalau kau taknak, aku boleh upah orang lain. Yang penting, Anna dan Qarl merana."

"Stupid planning, May. I malas nak involve apa-apa dengan you."

"Just do it whatever I say. You tu tak boleh lari mana dah. Qarl pun pasti tengah cari you. Sebelum dia bertindak, baik kita yang mula langkah."

Jason berdiri di tepi jendela.

"I sanggup buat apa saja untuk you, May. Tapi yang ni, let me think about it first."

"Okay. Fikir la dulu. Jangan hold lama sangat. I tahu you pun suka tengok Anna lama-lama."

Ingat aku ni bodoh? Sekilas pandang, boleh nampak Jason asyik renung Anna. Memang Anna tu cute pun.

Argh. I don't care.

Ini masanya untuk hancurkan jiwa Qarl. Anna Adriana kelemahan Qarl Lee. Dan dia tak sabar nak menyaksikan drama yang menyayat hati di depan mata.

Pity you, Anna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience