Bab 52

Romance Completed 207871

"Den, kau rasa Intan dibawa ke tempat tu ke?" soal Carlos yang sedang memandu pada Caden disebelahnya.

Bergerak-gerak rahang Caden.

"Kalau bukan di situ, buat apa Cleine memandu di kawasan tu?" tegang suara Caden.

"Kita ke hotel dulu. Aku nak ambil barang" kata Caden. Faham sangat Carlos dengan barang yang dimaksudkan Caden.

Caden di sebelah ditoleh sekilas. Cleine memang cari nahas.

Laju kereta meluncur di jalanraya.

Sebaik sampai di hotel, Caden dan Carlos masuk ke bilik rehat dan bilik hujung dibuka.

Pakaian ditukar kepada yang lebih proper kemudian kaki melangkah ke save box. Senjatapi diambil dan di sisip di pinggang, peluru dalam megazine diambil.

Jaket disarung pada tubuh. Setelah selesai, Caden dan Carlos bergegas keluar.

Sabar sayang, abang datang selamatkan sayang - Caden

Sabar Intan, saya datang - Carlos.

+++

Intan perpisat-pisat membuka mata. Pedih rasa apabila cahaya masuk ke dalam mata. Kelabu pandangan.

Seluruh tubuh rasa sakit yang amat. Dapat dirasakan dengan lidahnya bahawa bibir sudah pecah berdarah.

Tangan pula masih diikat ke belakang. Diperhatikan sekeliling dan dapati dia berada dalam sebuah bilik macam bilik tidur kerana ada sebuah katil double di hadapannya.

"Dah bangun dah princess kita" tegur Cleine sambil air dalam gelas dicurahkan ke wajah Intan. Pedih bila terkena tempat luka.

"Kau nak apa?" soal Intan sebaik melihat Cleine berdiri di sebelahnya.

"Aku tak nak apa-apa" jawab Cleine sambil bahu diangkat dan bibir dijuihkan.

"Kalau tak nak apa-apa, lepaskan aku!" marah Intan.

"Dah teruk kena bubuh pun masih ada tenaga nak marah" ejek Cleine.

Tidak lama masuk seorang perempuan menghampiri Cleine yang sudahpun duduk di birai katil di hadapan Intan.

Bibir Cleine dicium rakus dan dijilat. Sengaja!

Tak lalu Intan melihat, wajahnya ditoleh ke sisi.

Intan yang duduk di atas kerusi dengan tangan berikat cuba untuk duduk dengan lebih selesa.

"Hai Adinda" tegur perempuan tersebut sambil melangkah menuju ke arah Intan.

Pucat wajah Intan sebaik memandang wajah perempuan di hadapannya.

Terkejut dengan panggilan yang didengari dan terkejut dengan wajah yang muncul.

"Fatin?" soal Intan.

Kuat Melisa ketawa.

"Kau pun sama bodoh macam polis lelaki tu. Pucat muka bila nampak aku di lapangan terbang. Apa, ingat orang mati boleh hidup balik?" Melisa sambung ketawa lalu wajahnya menunduk rapat pada Intan.

Melisa kemudian melabuhkan ciumannya pada pipi Intan dengan bibir merah warna lipstik. Jauh sebatu dah nampak warnanya.

"Kau siapa sebenarnya?" soal Intan keliru.

"Aku? Sampai hati kau lupakan aku Adinda" kata Melisa dengan wajah yang cuba disedihkan.

"Kalau aku sebut Cempaka, mesti kau ingatkan?" tengking Melisa lalu tudung Intan ditarik hingga terdongak kepala Intan memandangnya.

"Cempaka, kak Cempaka?" soal Intan tidak percaya.

"Jadi kak Cempaka yang tinggalkan gambar dan hantar bunga hari tu?" soal Intan.

Ketawa Melisa mendengar kata-kata Intan.

"Kenapa tak percaya?" soal Melisa sambil jemarinya bermain-main di wajah Intan.

Tergeleng-geleng Intan mengelak, rimas dengan tangan yang kuku jarinya diwarnakan merah. Hish!

Cleine yang berada di birai katil seronok memerhatikan kedua-dua wanita itu bertekak.

"Tapi kenapa wajah akak macam Fatin?" soal Intan keliru.

"Fatin tu kembar aku! Aku anak yang dibuang, diserah pada orang lain sebab mak aku cakap aku anak sial, padahal waktu tu aku masih bayi, apa pun aku tak faham tapi mak tetap serah aku pada orang lain.!" marah Melisa.

"Huh! Memang patut pun Fatin mati! Dia yang menyebabkan mak kandung aku buang aku, anak dia sendiri" luah Melisa.

"Kecilkan dunia ni. Pergi mari pergi mari, orang yang sama saja kita jumpa. Aku tak sangka kau kerja satu tempat dengan suami kembar aku. Rezeki kan."

"Nak juga aku jumpa si Aniq tu, agak-agak dia terkejut tak?" soal Melisa sambil ketawa, dah macam orang tak betul pun ada.

"Tapi kau nak apa kak, kenapa kau buat macam ni. Dinda tak faham. Dinda tak ada kena mengena dengan Tuan Aniq atau Fatin" kata Intan yang sudah menukar bahasa dirinya.

"Kau tak payah nak tunjuk baik la Dinda. Kau nampak ni?" soal Melisa sambil menyelak skirt yang dipakai hingga nampak paha yang putih.

Intan menoleh kepala ke sisi, tidak mahu melihat.

"Aku cakap tengok sini!" marah Melisa lalu menarik wajah Intan supaya memandang parut di pahanya.

"Aku sanggup terima hukuman atas kesalahan yang kau buat masa di rumah tu dulu. Aku selalu jaga kau tapi kau! Kau lupa aku" marah Melisa lalu wajah itu ditampar kuat. Terpejam mata Intan menahan sakit.

"Aku sanggup terima hukuman, hingga berbirat kesan di paha kerana disebat dengan tali pinggang. Semua demi kau"

"Kau tau tak. Mula-mula ayah kau pegang aku, dia dah cakap nak ambil aku bawa balik dan bela tapi bila dia nampak kau, terus aku ditolak ke tepi"

"Bila ayah kau nak bawa kau balik ke rumahnya. Ada kau ajak aku sekali, ada kau bagitau pada ayah minta bawa aku bersama? Tak ada! Aku sampai merayu minta dia bawa sekali tapi dibuat tak endah, pandang aku pun tak, sebab apa" jerit Melisa. Bergema bilik itu dengan suara Melisa.

"Sebab kau, dia dapat kau, dia buang aku! Dua kali aku kena buang!" jerit Melisa lalu pipi itu ditampar lagi.

"Kau fikirkan kesenangan kau sajakan. Kau fikir tak apa yang aku sanggup lakukan untuk kau masa di rumah tu?"

"Disebabkan sayangkan kau, aku sanggup gantikan diri aku untuk jadi santapan lelaki-lelaki tak guna tu. Padahal waktu tu aku baru dua belas tahun" rintih Melisa yang sudah tegak berdiri di hadapan Intan.

"Aku sanggup berkorban untuk kau Dinda tapi kau.." ayat Melisa tergantung.

"Ayah kau cakap nanti kami akan diserah pada keluarga angkat. Memang aku dapat keluarga angkat tapi hari-hari aku kena dera sampailah aku sekolah menengah. Sama je mummy dengan daddy."

"Aku dah penat, lepas tu aku bunuh daddy. Padan muka dia, orang ingat dia mati sebab sakit jantung. Hanya aku yang tahu." Melisa dah tergelak-gelak sambil jarinya mengelus pada bibir Intan yang luka.

Berpaling ke tepi Intan mengelak.

"Kau nak tau apa jadi pada mummy?" soal Melisa.

"Aku tolak dia jatuh tangga sampai lumpuh." bisik Melisa pada telinga Intan.

"You" panggil Melisa pada Cleine yang dari tadi menjadi penonton.

Cleine datang mendekat Melisa dan Intan.

"You tak teringin ke nak rasa perempuan ni?" soal Melisa sambil tangannya naik menggosok dada Cleine yang terdedah.

"Maksud you?" soal Cleine pula.

Hey diaorang ni, bercakap macam aku ni barang.

"Hoi, korang nak buat apa ha!" tegur Intan pada Melisa dan Cleine.

"Daripada aku kempunan tak dapat kau, baik aku rasa kau sekarang" kata Cleine lalu Intan ditarik ke arah katil.

Tak bergerak Intan meronta.

"You buat je apa yang you nak, I tolong rakam. Nanti kita bagi laki dia tengok. Lepas ni bukan setakat laki kau je tak lalu, mana-mana lelaki pun dah tak teringin" kata Melisa lalu telefon bimbit dikeluarkan dan sedia untuk merakam.

"Tak guna! Korang ingat boleh lepas?" marah Intan sambil meronta-ronta ditarik Cleine ke katil.

Cleine tidak sabar, terus mecempung tubuh Intan dan dicampak ke atas katil.

Tubuh Intan ditiarapkan di atas katil lalu ikatan tali pinggang dibuka.

Intan cuba untuk bangun tetapi tiada tenaga kerana tubuhnya ditindih cleine.

Cleine kemudian memusingkan tubuh Intan supaya terlentang dan tangan diangkat ke atas lalu diikat semula. Kali ini diikat pada besi kepala katil.

"Eh, sial. Kau nak buat apa ha?" tanya Intan geram.

"Buat apa? Aku nak bawa kau ke syurga, sayang" kata Cleine

Puih! Intan meludah pada wajah Cleine.

Cleine menyapu dengan tangan dan menjilatnya.

"Hm.. Baru liur, dah manis. Belum yang lain lagi." kata Cleine dengan pandangan yang mengghairahkan.

Intan pula tegak sahaja pandangannya pada Cleine.

"Keras sungguh hati kau kan. Aku ingat kau nak merayu minta dilepaskan tapi, makin garang pula pandangan tu. Tapi tak apa, aku suka." kata Cleine sambil menjilat pipi Intan.

Puas Intan mengelak dari sentuhan yang tidak rela itu.

Kuat Intan mendengus.

Cleine yang waktu itu sudah pun menindih badan Intan dengan pahanya terus membuka butang baju yang dipakai. Seluar yang sememangnya tiada tali pinggang dibuka zip hingga terlondeh.

Melisa pula sibuk merakam aksi Cleine dengan Intan. Seronok benar dia.

Cleine yang sudah tidak sabar terus menyelak tshirt yang dipakai Intan hingga menampakkan pusatnya.

Cleine terus tunduk mencium perut Intan yang putih.

"Kau memang cantik Intan" kata Cleine.

Intan terpejam matanya. Tidak rela melihat diri diperlakukan begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience