BAB 2

Romance Completed 19731

” Iza jalan dulu la.Dah lambat ni.Nanti Mak Teh marah pulak,.” aku tak menjawab soalan Harris.Malah aku beralasan untuk melarikan diri.

”Hati-hati jalan!,.kalau jatuh lagi nanti,siapa yang susah.Harris jugak!!!” bila aku berlalu,aku dengar Harris bersuara lagi.Aku kebam bibir menahan geram.Bila masa pulak aku susahkan dia bila aku jatuh? Aku menoleh sekilas ke belakang.Harris masih memerhatikan aku sambil tersenyum.Haih!,.buat malu ja.Aku ingatkan dia dah blah.

……………………………..

Bila aku sampai di kedai, Ameera sudah sedia menunggu aku dengan senyuman yang lebih manis dari gula.Lebar pula senyumannya hari ni.Aku pula yang menjadi musykil melihatnya.

”Seronok???” soalan pertama yang keluar dari bibirnya.

”Apa yang seronok?” aku tanya balik.

”Dating dengan abang Harris di tepi jalan?” aku mengecilkan mataku.Bila masa pulak aku dating dengan Harris.Kalau setakat terserempak tepi jalan tu biasa sangatlah.Lagi pun rumah Harris dengan rumah aku bukannya jauh mana pun.Harris pun kerja di CC Jalur Lebar depan kedai Mak Teh ja pun.Hari-hari aku terserempak dengan dia.Cuma jarang bertegur sapa ja.

”Kau jangan nak buat cerita boleh tak?” malas aku nak melayan Ameera.Aku berjalan laju masuk ke kedai.Sampai diruangan dapur aku cari tempat yang sedikit tersorok.Aku singkap sikit kain baju kurung yang ku pakai.Aku belek kesan luka dibetis dan lututku.

”Ya Allah! Kena apa tu Iza?” terkejut aku dengan sergahan Mak Teh cepat-cepat ku jatuhkan kainku sambil tersengeh pada Mak Teh.

”Jatuh tadi Mak Teh.Tersepak batu,.” aku tersengeh lagi.Mak Teh mengelengkan kepalanya sambil membuka salah satu laci almari.

”Nah!,.minyak gamat.Sapu luka tu.Nanti melarat pulak.Macam mana sampai boleh tersepak batu?” sambil menghulurkan minyak gamat padaku Mak Teh membebel.Aku tak membalas apa dah.Takut terkantoi.Ameera yang baru masuk ke ruangan dapur menjungkitkan kening padaku.Mak Teh terus meninggalkan kami bila aku tak menjawab soalannya.

”Kau kenapa?” aku bertanya Ameera geram.Ada la tu.Akal dia nak kenakan aku.Aku berbisik di dalam hati.

”Jangan-jangan,.kau jatuh sebab gabra dengan abang Harris?” Ameera serkap jarang.Aku mengeleng pantas.Mana aku berani nak mengaku.Tak pasal-pasal dijadikan modal oleh Ameera untuk menyakat aku habis-habisan.

”Kau jangan nak mereka-rekakan cerita boleh tak? Aku sekeh jugak dia ni kang!,.” aku pura-pura marah untuk mengelak Ameera dari terus menyoal aku.Minyak gamat yang diberi Mak Teh tadi aku bawa ke bilik air untuk disapu pada luka-lukaku.

Keluar dari bilik air aku simpan kembali minyak gamat di dalam laci almari.Aku mula melakukan tugasku sebagai pembantu di dapur.Nampaknya sampah di dalam kedai dah clear,mungkin Ameera yang menyapunya.Bila aku mula untuk membersihkan ayam Ameera datang dan mencuit pinggangku.

”Za!,.ceta ar kat aku!” aku menjeling Ameera.Ada lagi la tu yang dia tak puas hati.Aku buat tak peduli.Kalau aku bercerita hal sebenarnya tak pasal-pasal dia gelak tak ingat dunia pula nanti.

”Abang Harris dah sampai tu.Kau tak nak tengok ke? Alahai!,.sweetnya Za.Dia pandang sinilah.Mesti dia cari kau tu!” aku dengar Ameera membebel.Aku terus diam.Ayam yang berada di depan aku ni terus aku lapah.

”Ishh,.aku cakap dengan kau ni.Buat derkk ja dia ni.Aku majuk jugak kang!!” aku ingin tersenyum mendengar Ameera yang masih berceloteh tapi sengaja ku seriuskan wajahku.

Bila aku langsung tak pedulikan Ameera,aku lihat Ameera mula sibukkan diri.Digeledahnya laci almari.Segala bawah kerusi dan meja di jengok seolah mencari sesuatu.Aku dah mula pelik dengan gelagatnya tapi aku masih diam.

”Cari apa tu Meera?” aku menoleh bila mendengar suara Mak Teh.Ameera buat wajah blurr.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience