Rate

BLACK ROSE (broken inside) 8

Drama Completed 921004

Mawar duduk termenung di sofa ruang tamu rumah. Itulah kehidupan sehariannya selama ini. Hidup berseorangan. Rumah yang diduduki kini adalah rumah yang dibeli oleh Melur Qistina untuk Mawar Kirana.

Qistina sangat sayangkan Mawar. Selepas Mawar dihalau Dato' Khalid, Qistina lah yang menyara dan membantu Mawar untuk teruskan kehidupannya. Cuma mereka jarang bertemu. Tetapi, selepas Mawar mula bekerja, Mawar tidak lagi bergantung duit dengan Qistina. Lebih-lebih lagi Dato' Khalid tahu yang Qistina membantu Mawar. Segala kewangan Qistina turut dipantau Dato' Khalid. Dato' Khalid tidak mahu Qistina membantu Mawar walau apa jua bentuk bantuan sekali pun. Dia memang mahu terus membuang Mawar. Ini semua atas hasutan Zahlia, ibu tiri Mawar.

Zahlia hanya berjaya menyingkirkan Mawar dalam keluarga Dato' Khalid. Dia dan anak tirinya Zaryn kini sedang sedaya upaya menyingkirkan Qistina dari hidup mereka. Tapi, sayangnya Qistina sangat bijak dan disayangi oleh Dato' Khalid. Jadi, agak sukar untuk mereka membuat Qistina keluar dari hidup Dato' Khalid.

Mawar melepaskan keluhan berat. Teringat ketika Qistina berjumpa dengannya baru-baru ini di restoran. Dia bimbang akan keselamatan Qistina. Dia juga dapat mengagak segala perancangan Zahlia dan Zaryn. Namun, tiada apa yang dapat dia lakukan.

Syed Johari, suami kepada Zaryn yang pernah menyimpan perasaan terhadap Mawar. Lelaki playboy dan bapak ayam yang cuba menjerat Mawar menjadi pelacur di kelab malam miliknya di Johor Bharu. Lelaki yang berpura-pura cuba membantu Mawar selepas di halau oleh Dato' Khalid dari rumah. Lelaki itu jugalah yang telah menjebak Mawar ke kancah maksiat dan dadah.

Namun, Syed Johari tidak sempat menjadikan Mawar pelacur di kelab malamnya kerana Qistina berjaya menjejaki Mawar ketika itu. Mawar berjaya diselamatkan oleh penyiasat upahan yang diupah Qistina. Tetapi, Mawar terus terjebak dengan dadah. Mawar Kirana, cerita hidupnya tidak seindah nama.

Mawar bangun dari duduknya. Sebentar lagi dia harus ke restoran bekerja shift petang. Dia berjalan menuju ke bilik untuk bersiap. Baju berwarna putih itu direnung lama. Entah mengapa rezekinya bekerja di restoran itu. Restoran milik bekas teman lelaki. Seharusnya dia membuang masa lalunya. Tetapi, makin dia ingin menjauh, makin dekat kenangan itu tinggal di sisinya. Mawar termenung lagi. Mengelamun pada kenangan lalu.

.

.

Mawar merenung restoran di depan matanya. Restoran yang sudah lama dia cari. Bukan restoran, tetapi orang yang berada di dalam restoran itu. Atau lebih tepat, pemilik restoran. Ye, Amir Syakir!

Debaran di dada kian terasa apabila kakinya melangkah masuk ke dalam restoran. Suasana di restoran sedikit kelam kabut tika itu. Beberapa pekerja yang berpakaian biasa dan berpakaian uniform restoran, masing-masing sibuk melakukan tugas mereka. Mawar melangkah lagi cuba mencari susuk tubuh lelaki yang bernama Syakir atau Shark.

BUK!!

Bahunya dilanggar seseorang. Mawar menoleh ke arah susuk tubuh yang melanggarnya. Dean. Aydean Asyraff!! Selamba sahaja lelaki itu berjalan terus tanpa mengungkap maaf walaupun dia sudah melanggar Mawar sebentar tadi. Mawar menarik nafas dalam. Geram dengan lelaki yang biadap seperti Dean.

Mata Mawar melekat ke arah susuk tubuh yang dicari. Tetapi, tangan lelaki itu dirangkul seseorang. Oh, Maira! Wanita yang pernah Syakir ceritakan padanya. Kaki Mawar melekat di situ, tidak berganjak.

"Okay korang. Angkat meja ni letak sana," arah seseorang kepada beberapa pekerja part time disitu. Mawar terpinga-pinga apabila bahunya dicuit seseorang. Dia menoleh ke arah wanita itu. Pakaian yang dipakai mempunyai logo restoran tersebut. Pasti pekerja tetap di situ.

"Tolong saya angkat buffet set ni boleh tak?" soal Zara sambil menyerahkan buffet set tersebut ke tangan Mawar. Mawar terpinga lagi apabila buffet set tersebut sudah pun berada di tangannya.

"Jom. Bawa ke dapur," ajak Zara sambil berjalan ke arah dapur. Dia turut membawa buffet set yang lain bersamanya. Tanpa membantah, Mawar membontoti Zara masuk ke dapur.

Sewaktu dia melintasi Syakir dan Aydean, Mawar menoleh sekilas ke arah kedua-dua lelaki itu. Namun, mereka langsung tidak perasan kehadiran Mawar. Mereka masih sibuk berbual sesama mereka.

Sebaik kakinya menjejak ke ruangan dapur itu, Zara mengambil semula buffet set dari tangan Mawar. Zara tersenyum.

"Thanks," ucap Zara. Mawar membalas senyuman Zara dan kepala di anggukkan. Namun, dia masih kaku berdiri setempat. Zara menoleh kembali ke arah Mawar setelah buffet set tersebut diletakkan ke sinki.

"Saya tak pernah tengok awak part time dekat sini. Pertama kali ke?" soal Zara tiba-tiba. Sungguh ini pertama kali dia melihat wajah Mawar. Mawar terkebil-kebil.

"Nama siapa?" soal Zara lagi. Wajahnya masih mengukir senyuman. Mawar menggigit bibir bawah sambil berkira-kira untuk menjawab soalan wanita itu.

"Mawar," jawab Mawar ringkas. Mata Zara masih melekat ke arahnya.

"Uniknya nama. Sedap. Mesti first time buat part time dekat sini. Sebelum ni tak pernah nampak dan dengar nama awak. Nanti jangan lupa tulis nama dan bagi no ic sekali pada lelaki yang pakai baju hitam putih tu," jelas Zara sambil menunjuk ke arah seorang lelaki yang sedang mengarahkan pekerja-pekerja di situ.

"Nak buat apa?" soal Mawar masih keliru. Dia bukan datang bekerja di situ. Dia datang mahu bertemu Syakir. Tetapi, nampak gayanya lelaki itu tidak mengenalinya lagi. Mungkin kerana penampilannya tidak seperti dulu.

"Yelah, rugilah penat-penat buat kerja tak dapat payment," balas Zara. Dia kembali menyambung kerja-kerja mencuci buffet set di ruangan dapur itu. Mawar pula masih terpinga-pinga.

Tanpa meminta diri, Mawar terus keluar dari ruangan dapur tersebut. Dia sekali lagi melintasi Syakir dan Aydean yang masih berbual di tempat yang sama.

Hatinya berbelah bahagi untuk menegur Syakir. Ditambah pula dengan kehadiran Maira di sebelah lelaki itu. Terus Mawar mematikan hasratnya untuk bertemu Syakir.

Langkahnya dipanjangkan agar dia cepat keluar dari restoran itu. Dia berdiri di hadapan pintu masuk restoran sekali lagi. Dia menoleh ke arah kiri dinding. Ada sekeping kertas dilekatkan disitu.

Mawar membaca setiap ayat yang tertulis di atas kertas. Tawaran kerja menjadi krew kitchen di restoran itu. Mawar menarik kertas tersebut dari dinding. Dilipat dan disimpan ke dalam poket seluar. Kemudian, dia berlalu pergi.
. .
.

Mawar tersenyum sendiri apabila terkenang setiap peristiwa yang berlaku. Tidak sangka akhirnya dia ditawarkan menjadi krew tetap di restoran Syakir. Teman lelaki zaman kegemilangannya dahulu. Kini, hati Mawar bukan milik sesiapa lagi. Dia lebih selesa begini. Tidak perlu memikirkan tentang orang lain, melainkan dirinya sendiri. Mudah.

Pantas kunci motor dicapai dan dia keluar dari rumah. Helmet disarung ke kepala. Kemudian, Mawar membonceng motornya ke restoran. Jalan raya tika itu agak lengang. Tidak seperti pagi. Orang berpusu-pusu mahu ke tempat kerja. Mawar selesa dengan kehidupannya sekarang. Dia merasa gembira dan seronok dengan apa yang dia lakukan. Cuma sejak akhir-akhir ini kehadiran Aydean mengganggu emosinya.

SETIBANYA di restoran, motor diparkir ke tempat biasa. Mawar membelek helmet yang sudah lusuh itu. Dia mengeluh. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia membeli helmet baru. Tapi, kewangannya tidak mengizinkan. Mawar mengeluh kecil. Dia meletakkan helmet ke bakul motor. Kemudian, langkah dihayun masuk ke dalam ruangan restoran.

Suasana di restoran ketika itu agak sibuk. Ramai pelanggan yang datang untuk makan tengah hari. Mawar terus menuju ke lokar krew tanpa mempedulikan mata yang memandangnya tika itu.

Masuk sahaja diruangan itu, dia tersenyum melihat pintu lokarnya sudah berganti. Pasti Zara yang memberitahu Syakir tentang pintu tersebut. Pintu lokar dibuka dan disumbat beg sandang ke dalam. Ditutup kembali. Kemudian, langkah di hayun menuju ke dapur.

Masuk sahaja diruangan itu, kelihatan Syakir sedang duduk di meja kerja bersama Siti dan Adam. Mawar hanya memandang sekilas ke arah mereka dan dia terus menuju ke tempatnya.

"Mawar," panggil Syakir. Mawar menoleh ke arah Syakir. Mata mereka bertaut. Senyuman Syakir menggamit kenangan lalu mereka. Sejak akhir-akhir ini, Mawar sering bermimpi malam kegadisannya diragut lelaki itu. Tetapi, dia tidak menyalahkan Syakir. Segalanya terjadi tanpa mereka sedar.

"Mawar.. Come!" panggil Syakir sekali lagi apabila melihat Mawar seolah mengelamun. Mawar tersentak dari lamunan. Perlahan kakinya melangkah menghampiri Syakir. Siti berganjak sedikit dari duduknya memberi ruang kepada Mawar. Punggung dihenyak ke sebelah Siti. Adam yang berada di sebelah Syakir dipandang. Adam mengukir senyum. Mawar mengangkat kening tanda membalas senyuman Adam. Wajahnya dingin seperti biasa.

"Okay. Next month, Dean akan buat event di luar. Bukan di sini. Tetapi, food masih kita yang sediakan. So.... Mawar. Aydean request something yang you pandai masak, sedap and less spicy. What ever yang you tahu. Something new kalau boleh. Kita nak kenalkan our restoran new signatures dish," terang Syakir panjang lebar. Mawar hanya mengangguk perlahan.

"Jadi, esok I nak rasa new main dish from you," tambah Syakir lagi. Walaupun wajah dingin Mawar tidak memuaskan hatinya, namun, dia tetap mahu jawapan yang meyakinkan dari wanita itu. Sekali lagi, Mawar hanya mengangguk dengan wajah dingin seperti tadi. Syakir mengeluh kecil.

Susah betul nak tengok wajah bersungguh si Mawar ni!

Kemudian, perbualan mereka beralih kepada Adam dan Siti. Setelah masing-masing faham akan tugas yang telah diberikan oleh Syakir, mereka bersurai dan meneruskan kerja.

××××××××××

Aydean melangkah masuk ke ruangan restoran. Seperti biasa dia duduk ditempat yang menjadi port dia dan Syakir selalu melepak. Tangannya masih tidak lepas dari memegang telefon bimbit. Aydean terus ke restoran sebaik sahaja shootingnya selesai. Dia perlu berjumpa Syakir untuk berbincang mengenai event seterusnya.

"Shark, I'm here," pesanan suara dihantar kepada Syakir. Kemudian, Aydean kembali menatal telefon bimbit membuka media sosial miliknya sambil membalas komen-komen peminat. Senyuman terukir di bibir apabila melihat pujian dari peminat-peminat.

Beberapa minit kemudian, Syakir berjalan menghampiri Aydean. Dia menghenyak punggung ke kerusi.

"So, kau dah beritahu chef kesayangan kau tu, apa aku nak?" soal Aydean tanpa memandang wajah Syakir. Syakir menarik senyum senget. Soalan pertama Aydean mengundang curiga dihatinya.

"Hai, tu yang kau nak tahu dulu? Curious," balas Syakir sengaja mengusik Aydean. Aydean mengangkat wajah memandang ke arah Syakir. Dia menggeleng kepala perlahan.

"Aku memang sengaja nak tahu, apa lagi yang dia boleh buat selain jadi samseng. So, masakan special apa yang dia boleh masak??" soal Aydean. Tiba-tiba matanya tertancap pada susuk tubuh Mawar yang sedang berjalan di depan matanya. Riak muka menyampah di pamerkan ke arah susuk tubuh itu.

Syakir hanya ketawa kecil melihat riak wajah Aydean saat matanya menangkap susuk tubuh Mawar. Kepala digelengkan.

Macam budak-budak si Aydean ni. Cari gaduh dengan budak perempuan!

"Aku pun tak tahu. Dia tak jawab soalan aku. Dia angguk je. So, aku assume esok ada menu baru dia masak," jawab Syakir tenang. Dia meraup wajahnya lembut. Merapikan rambut yang menutupi dahi.

"Esok pukul berapa kau free?" soal Syakir bersahaja. Dia menyandar ke dada kerusi. Badannya diregang-regangkan. Aydean menggosok rahang perlahan sambil berfikir.

"Macam sekarang ni lah, aku datang. Make sure sedap and less spicy. Pesan pada minah samseng tu banyak kali. Takut otak dia bersiar-siar lagi," balas Aydean dengan nada geram. Meledak tawa Syakir tatkala mendengar jawapan Aydean.

"Kau tak boleh ke berdamai dengan chef kesayangan aku tu? Macam budak-budak lah, Dean," Syakir tersenyum sambil menggeleng kepala. Aydean buat muka bosan.

"Dia yang mulakan dulu! Dia biadap dengan aku! Aku tak pernah jumpa krew biadap macam dia. Tak pernah ada krew yang menjawab atau touch aku, macam dia buat. So, aku akan terus cari salah dia. Got it???" bersungguh Aydean meluah geramnya pada Syakir. Hatinya sebal sejak pertama kali dia di sound oleh Mawar.

"Sudahlah, Dean. Kau bukan budak-budak belasan tahun. Cari pasal, cari gaduh. Kau public figure tau. Please, jaga attitude," pesan Syakir. Dia tidak mahu Aydean membawa imej buruk sekaligus menjejaskan karier lelaki itu sendiri. Aydean diam. Ada benarnya nasihat Syakir itu. Tetapi entah mengapa setiap kali dia melihat wajah Mawar, rasa geram mula timbul.

"So, esok kau datang sini. Aku stand by siap-siap apa yang Mawar masak. Tak perlu kau jumpa dia," tambah Syakir. Dia tidak mahu timbul lagi masalah antara Mawar dan Aydean. Aydean sekali lagi buat muka bosan.

"Nak komplen ke, atau apa sahaja, melalui aku. Aku akan beritahu Mawar," Syakir mula bangun dari duduknya. Dia sudah pun bersiap mahu pulang.

Macam aku heran sangat nak jumpa minah putus fius tu!!!

"Whatever!" balas Aydean. Dia melihat jam di tangan.Tepat pukul 10.30 malam.

"So, darling. Aku balik dulu. See you when i see you," Syakir membetulkan bajunya yang sedikit berkedut itu. Wajah Aydean di pandang sekilas.

"Aku masuk office nak tumpang solat," balas Aydean. Dia turut bangun dari situ. Kemudian, Aydean membawa haluannya ke pejabat Syakir dan Syakir berjalan ke pintu keluar.

××××××××××

Jam di dinding di renung. Pukul 11 malam. Mawar bersiap untuk pulang. Yang lain masih lagi melepak sambil berbual di ruangan restoran. Sebaik sahaja melangkah keluar dari lokar pekerja, Mawar melintasi kawasan band yang masih lagi setia di situ. Tiba-tiba langkahnya menuju ke arah band tersebut. Entah angin apa yang datang, Mawar meletakkan bagnya ke tepi dan gitar elektrik di pegang. Dia membuat permintaan kepada kumpulan band tersebut. 

"Kak Mawar nak nyanyi ke tu?" soal  Siti sambil memandang ke arah mini stage tersebut. Sesuatu yang jarang berlaku. 

"Seriousss......," ucap Adam meleret. Semua mata sudah tertumpu ke arah mini stage.

Mawar nak menyanyi? Biar betul. Wanita yang jarang tersenyum dan dingin nak menyanyi? Nak dengar butir perkataan dari mulut dia pun agak susah. Inikan pula nak menyanyi.

Tidak lama selepas itu, lagu di mainkan. Mawar mengambil tempat. Dia mula memetik gitar elektrik mengikut rentak lagu. 

HSYTERIA - MUSE

It's bugging me

  Grating me

  And twisting me around

  Yeah I'm endlessly

  Caving in

  And turning inside out

Masing-masing tercengang melihat Mawar menyanyi sambil memetik gitar dengan lagu bergenre progressive rock. Seolah-olah susuk tubuh yang berada di hadapan mereka itu, seseorang yang berbeza. Bukan Mawar!

 'Cause I want it now

  I want it now

  Give me your heart and your soul

  And I'm breaking out

  I'm breaking out

  Last chance to lose control

Aydean yang berpatah semula ke restoran kerana tertinggal sesuatu di pejabat, tersentak mendengar suara itu. Suara yang cukup dikenali dan di cari selama ini. Cepat-cepat dia masuk ke dalam restoran untuk melihat pemilik suara tersebut. Dia berdiri di pintu masuk restoran. Dia merenung wanita yang berada di atas mini stage itu. 

Yeah it's holding me

  Morphing me

  And forcing me to strive

Mawar! Wanita itu dilihat sedang menghayati lagu tersebut. Aydean dapat melihat senyuman dari wajah wanita itu. Mawar. Mawar Kirana!

  To be endlessly

  Caving in

  And dreaming I'm alive

 'Cause I want it now

  I want it now

  Give me your heart and your soul

  And I'm breaking out

  I'm breaking out

  Last chance to lose control

Dengan perlahan kaki Aydean melangkah masuk dan mendekati mini stage itu. Dia mahu melihat susuk tubuh itu dengan lebih dekat.

She's Kie!

(Electric guitar cover) Mawar memetik gitar elektrik tersebut dengan sepenuh hati. Dia tidak mempedulikan lagi keadaan sekeliling. Perasaannya sangat teruja ketika itu. Seolah-olah dia sedang bermain bersama-sama dengan bandnya sendiri.

Masing-masing ternganga melihat Mawar bermain gitar tersebut seperti seorang profesional. Mereka seperti tidak percaya kerana Mawar bukanlah seperti apa yang mereka lihat sekarang. 

"Serious???" ucap Adam sekali lagi. Dia sendiri terkejut melihat watak berbeza Mawar itu. 

And I want you now

  I want you now

  I feel my heart implode

  And I'm breaking out

  Escaping now

  Feeling my faith erode

Habis sahaja lagu tersebut, Mawar masih tersenyum dengan mata yang tertutup. Dia merasa puas kerana dapat melepaskan gian setelah sekian lama dia memendam rasa untuk menyanyi dan memetik gitar. Sebaik sahaja dia membuka mata, senyumannya mati.

Damn!!!

Mawar menelan air liur melihat penonton yang mula bersorak dengan persembahannya sebentar tadi. Dan matanya bertembung dengan mata Aydean yang memandangnya tajam.

"Kak Mawarrrr... Gilalah. Biar betul Kak Mawar pandai main gitar!!!" jerit Siti yang terlalu teruja melihat persembahan spontan Mawar itu tadi. 

Mawar meletakkan gitar tersebut dengan berhati-hati dan dia terus mencapai beg sandangnya. Dia melangkah ke arah pintu keluar dengan cepat. Aydean mengekorinya pantas. 

"Kie!!" panggil Aydean separa menjerit. Namun, Mawar tidak memberhentikan langkahnya. Dia terus menghidupkan enjin motor dan memecut motornya pulang ke rumah.

Aydean melihat Mawar hilang dalam gelap malam itu. Dadanya berdegup kencang. Dia yakin apa yang dia rasakan tika ini sangat tepat.

Kie! She's Kie. Aku yakin dia Kie!

SEBAIK sahaja Mawar sampai di rumah. Dia mengetuk kepalanya. Geram dengan tindakan bodoh sendiri. 

"Macam  mana aku boleh naik syok menyanyi tadi. Aduhhh..," bebel Mawar kepada dirinya. Badannya di rebahkan di atas sofa ruang tamu. Butang baju di buka sehingga habis. Malam itu terasa bahang yang sedikit berbeza. Mungkin kerana perasaan cemasnya dengan kejadian sebentar tadi. 

Dia teringat wajah Aydean ketika dia mengakhiri nyanyian itu tadi. Mawar melepaskan keluhan berat. Dia pasti Aydean dapat menangkap siapa dirinya yang sebenar. Mawar meraup wajahnya. 

Stupid me!!!

I owe myself the biggest apology for putting up with shit i don't deserve -Mawar Kirana-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience