* Tak tenteram *

Mystery Series 760

Maka keluarlah dua jejaka hensem yang turun dari kayangan setelah mendengar tuan puteri memanggil mereka. Ceh puitis betul...

Mereka menampakkan diri disebalik selubung kegelapan bilik itu. Adzrelina memerhatikan wajah kedua-dua lelaki tersebut.
Sungguh tergamam dia melihat rupa paras keduanya yang setanding dengan lelaki yang menculiknya tadi.

'Aku kat syurga ke?? kenapa banyak sangat bidadara yang hensem ni. Naik pitam aku jadinya. Dorang ni dah ada gf ke?' eih menyempat pulak.

Mereka bertiga serentak tersenyum mendengar suara bisikan hati Adzrelina. Ya, mereka mempunyai kuasa yang tersembunyi yang tidak diketahui ramai. Namun mereka merahsiakan nya.

" Awak panggil kami berdua ke? Maaflah kalau tempat ni agak tak selesa sedikit."

Salah seorang daripada dua lelaki tadi itu menegur. Adzrelina sebenarnya dikurung dalam satu bilik yang agak besar dan bilik itu memiliki semua kelengkapan seperti bilik yang lain pada umumnya. Tapi yang membezakannya adalah bilik ini bergerigi di hadapan pintu bilik mahupun di tingkap bilik. Jadi sangat susah untuk dia melepaskan diri dari situ.

' Asal dia ni berbudi bahasa sangat,tak macam penculik pun. And lagi satu, dia ni lagi tertib dari orang yang culik aku tadi.'

Penculik yang menculik Adzrelina tadi memandang dia dengan pandangan yang sukar dimengertikan.

" Apa pandang-pandang nak aku cocok biji mata kau tu ke?" Adzrelina tidak suka bila dirinya dipandang sebegitu.

" Tak...aku selalu lihat perilaku manusia kat bumi ni... sumpah sesetengah nya agak biadab bila bercakap."

Terasa penampar melayang ke hatinya. Dia agak terkesan dengan apa yang baru sahaja lelaki itu katakan. Menusuk beb sampai ke tulang jantung. Eh jantung ada tulang ke??? eh tak kesah lah tapi yang penting hatinya sedikit terguris dengan apa yang baru sahaja dikatakan lelaki itu tadi.

" Kalvin tak sopan bila bercakap begitu pada wanita. Kasihan dia..."

Lelaki yang satu lagi itu menyampuk seketika kerana perkataan yang keluar dari mulut kawannya itu agak sedikit kasar dipendengarannya. Dia sedikit tidak suka dengan kata-kata kawannya itu tadi.

" Aku bukan apa dilayan elok tetapi masih sahaja mahu berkurang ajar. Dimana sifat ketamadunan mereka ini. Tok Ungi selalu berkata manusia di bumi ini semua baik-baik tapi yang aku lihat sebaliknya."

Lelaki itu seperti melepaskan ketidakpuasan hatinya terhadap sikap manusia di bumi ini.

" Maaf...saya bukan nak kurang ajar tapi awak semua dah culik saya. Kalau kamu semua ditempat saya apa perasaan kamu semua?" tanpa sedar dia mengeluarkan air mata yang sejak tadi dia tahan.

" Saya faham perasaan awak, tapi saya dan kawan-kawan saya janji takkan cederakan awak sampai misi kami selesai. Saya harap awak faham. Lagi satu awak tak perlu risau bilik ini semuanya lengkap. Pakaian ganti pun ada. Kalau awak nak rehat awak rehatlah dulu."

Serentak mereka bertiga berdiri dan mahu meninggalkan Adzrelina sendiri. Mereka tahu Adzrelina perlukan rehat setelah apa yang berlaku tadi.

' Hmm apa aku je ke mangsa culik yang paling beruntung? Dahlah penculik aku ni hensem-hensem belaka. Lepastu layan aku bak puteri. Ada juga penculik jenis macam ni.'

Mereka bertiga tersenyum dan berlalu pergi meninggalkan Adzrelina di dalam. Mereka tahu Adzrelina pasti pelik dengan apa yang sudah terjadi.

Semua persoalan itu akan terjawab suatu hari nanti.....

Di sisi lainnya.....

Firsya ditahan oleh pihak polis disana untuk tujuan penyiasatan. Dia juga ditahan atas sebab Tengku Amendra meminta polis tempatan menghantar anaknya sendiri ke airport penerbangan antarabangsa...

Disebabkan Tengku Amendra sangat berpengaruh di rantau asia tenggara jadi agak senang untuknya berunding dengan mana-mana pihak termasuk pihak polis.

Setelah habis siasatan ke atasnya barulah dia disuruh pulang semula ke rumah agamnya. Itupun dikawal ketat oleh pegawai polis disitu. Dia dihantar sehingga ke rumah agam atas tujuan keselamatan nya.

Firsya berjalan ke tempat pemarkingan keretanya. Tanpa disengajakan dia terlanggar bahu seseorang dihadapannya. Lelaki itu bergerak ke sisi Firsya.

Firsya ingin meneruskan perjalanannya tetapi.....

" Aku tahu sekarang kau tengah cari adik kau... kalau kau nak adik kau selamat jumpa aku di taman permainan berdekatan rumah agam kau. Jam 9.00 malam tanpa ada pihak polis disisi kau."

Serentak itu Firsya menoleh ke arah lelaki yang melanggar dia tadi. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu. Wajah lelaki itu agak samar-samar dilihat namun dia pasti dia pernah melihatnya sebelum ini.

Lelaki itu tersenyum lalu pergi meninggalkan Firsya terkulat-kulat sendirian di situ.

" Oiiiiii sapa kau...mana kau tahu adik aku hilang??"
Firsya menjerit kearah lelaki tadi namun dia sudah hilang dari pandangan.

jiwanya menjadi tak tenteram...

Sapa dia....

****

" Hmmm...macam mana semua ni boleh berlaku. Lepas satu-satu jadi. Pening papa macam ni. Mana nak cari adik kamu ni. Sampai sekarang penculik tu belum telefon kita minta duit tebusan. Haiih."

Dia ingat lagi waktu penyiasat persendirianya memberitahu bahawa Adzrelina telah diculik di salah satu mall terkenal di Cambridge. Mahu luruh sahaja jantungnya ketika itu tapi digagahkan juga dirinya untuk menerima berita tersebut.

Iya dia sudah lama tahu keberadaan Firsya dengan Adzrelina cuma dia tidak mahu memberitahu anak-anaknya yang lain kerana dia tahu mereka semua berjanji kepada Firsya untuk tidak memberitahu keberadaannya dimana.

Sekarang ni dia pening.Tengku Amendra tidak tahu bagaimana dia mahu kesana, dengan keadaan kesihatan nya yang tidak mengizinkan nya keluar negeri menambahkan lagi kerisauan di hati tuanya.

" Pa....duduk dulu. Papa tu tak berapa nak sihat. Insyaallah adik tak pape. Alang pun risau sangat dengan keadaan ucu tapi kita tak mampu nak halang benda ni berlaku. Papa tak boleh stress sangat nanti darah tinggi papa naik lagi."

Adzrelia menenangkan ayahnya yang sedang kusut memikirkan keberadaan adiknya ketika ini. Apa yang mereka boleh buat sekarang usaha dan berdoa adik nya baik-baik sahaja. Selebihnya dia berserah sahaja pada Tuhan.

" Papa jangan risau, along dan angah akan kesana untuk membantu pencarian adik." Adzron risau dengan keadaan papanya jadi dia menyedapkan perasaan papanya dengan berkata begitu.

" Habis syarikat macam mana? Takkan nak biarkan macam tu je?"

" Itu papa jangan risau , Firdaus akan ambil alih urusan syarikat selama kitorang kat sana."sampuk Adzren.

" Pa... sekarang ni lebih penting keselamatan kakak dengan ucu. Urusan syarikat tu papa jangan khuatir. Insyaallah kitorang berdua akan pantau dari jauh" ujar Adzron.

" Iyalah kalau kamu berdua cakap macam tu. Ni papa nak bagitau. Firsya akan balik esok dalam jam 5 petang. Papa tak kira dia kena balik juga. Ini semua demi keselamatan dia."

" Kakak dah tahu ke pa?" kata Adzrelia.

" Dah papa yang suruh polis dekat sana tolong uruskan penerbangan nya kesini. Kalau nak suruh kakak kamu yang booking flight memang taklah. Dia akan stay kat sana nak cari ucu. Papa kenal sangat perangai kakak kamu tu" ujar Tengku Amendra lagi.

" Kalau dah macam tu baguslah. Jadi selamat sikit kakak nak pulang balik kesini." Adzren setuju sangat kalau kakaknya pulang semula sebab dia takut kalau lepasni kakaknya pulak yang jadi mangsa penculikan.

" Kita tengok lah macam mana nanti.. mudah-mudahan ucu segera ditemukan. Papa dah tak sanggup untuk kehilangan orang yang papa sayang sekali lagi."

kesunyian menggamit keadaan. Semua masih memikirkan keadaan Adzrelina sekarang. Apakah dia masih hidup ataupun tidak.....

susah betul nak update asyik error je tapi takpe SAIDS akan cuba update juga.Hope all of you enjoy it.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience