Azlina sangat seronok apabila namanya terpilih untuk menjadi salah seorang pelajar di Universiti terbaik, di Bandar QR. Keputusan peperiksaannya tempoh hari yang bagus melayakkan dia mengisi ruang sebagai salah seorang pelajar di Universiti QR.
"Selamat datang, awak Azlina Mc Cliff bukan?" soal salah seorang senior disitu.
"Ya, saya panggil Lin saja." balasnya.
"Mari ikut saya, oh by the way my name, Jasmine. Sri Jasmine bt Kamaruddin." kata senior tersebut.
"This is your room, actuallybilik ni ada tiga orang duduk, Lin, Jasmine, and sorang lagi student, but.. dia belum masuk lagi. So u boleh la kemaskan semua barangan u, dulu. I nak uruskan hal lain." kata Jasmine lalu keluar dari bilik tersebut.
Biliknya itu amat besar dan selesa, apa yang menyeronokkan, adalah dia tidak perlu takut untuk ke bilik air waktu malam kerana bilik tersebut ada disediakan bilik mandi, dan juga ruang berehat. Sebab itu, semasa peperiksaan akhir di sekolahnya dulu, dia belajar bersungguh-sungguh, supaya dia dapat belajar disini, kerana dia inginkan keselesaan sebegini. Usai mengemas, Azlina pun tertidur. Sedang dia lena tidur dia terjaga kerana terdengar ketukan pintu yang amat kuat.
"Kejappp!!! datang ni...." kata Azlina dengan suara kuat.
"Saya Maria Salam, ni bilik A0345 bukan?" kata pelajar tersebut sambil menyorong bagasi besarnya.
"Awak ni mandi hujan ke?" tanya Azlina.
"Eh, tak lah. tadi hujan lebat kereta saya rosak, bila keluar kereta kejap tu yang basah lencun ni" balas Maria.
"Oh, tak pe...awak rehat lah dulu buat apa yang patut ke, saya nak pergi keluar cari senior kita kejap, ada hal nak tanya." katanya lalu pergi.
Azlina mahu bertanyakan dengan Jasmine bagaimana jadual pelajar orientasi, kerana dia mahu menyusun jadualnya supaya dia tidak ketinggalan. Kalau ada masa boleh lah dia menjenguk kawasan sekitar. Tiba-tiba dia melihat ramai pelajar di hadapan pintu besar QR University, mungkin Jasmine ada disitu.
"Eh.. Lin, kenapa ada kat sini?" Soal Jasmine sambil menghulurkan payung kerana hujan yang agak lebat.
"Kenapa kak?" Soal Azlina. Sambil dia meninjau dari jauh.
"Oh, kemalangan. Student sini juga, dia nak masuk simpang dan brek dia tak makan tak silap, dalam dia panik-panik kena rempuh lori." jawab Jasmine.
Tiba-tiba Azlina teringat bahawa kereta Maria juga rosak sebelum sampai ke QR university. Tapi nasibnya baik kerana dia tidak cedera.
"Tu lah kak, roommate kita tu pun tadi kereta rosak, nasib sempat dia sampai." kata Azlina sambil mengangkat kainnya yang terkena takungan air.
"Oh ye ke? Siapa nama dia?" Soal Jasmine. "Maria salam, tak silap nama dia." jawab Azlina.
"Takpe, kejap lagi kita kenal-kenal lah dia, ye. ni kita tolong apa yang patut."
Tak sampai 15 minit ketua pelajar yang menguruskan kemalangan tadi segera mengarahkan pelajar yang berada di sekeliling berkumpul. "Kawan-kawan sekalian, minta perhatian ya. Kita sedekahkan Al fatihah kepada salah seorang pelajar yang terkorban di hadapan simpang tadi, dia sudah pun kembali ke Rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat, Al Fatihah." Lantas ada yang bertanya. "Siapa nama Arwah?" Lalu pelajar tersebut menjawab. "Maria Salam, pelajar Kos perundangan." Berderau darah Azlina. Jasmine memandang Azlina dengan perasaan takut.
"Lin, bukan nama roommate kita Maria Salam ke?' Azlina yang mukanya pucat tadi hanya mengangguk dan terkaku diam. Dengan siapa dia bercakap sebentar tadi?
-END-
Share this novel