PIN PIN
"Alhamdulillah,dah balik pun depa,"kata Bariah,teruja.Satu pelukan hangat diberikan oleh Bariah kepada anaknya itu.Nabilla tersenyum dan membalas pelukan tersebut.Pipinya dipegang kemas oleh Bariah.
"Tak jadi apa-apa kan kat anak umi?"
"Alhamdulillah,akak sihat je umi.Terima kasih dekat driver tak berbayar ni.Selamat sampai ke Pining,"kata Nabilla,menunjukkan Iskandar yang sedang menutup pintu keretanya.
"Apa pulak?Hang kena bayar aku,satu jam 10 ringgit okay?!"
"Eh,haiwat pulak?Paksu yang nak ambik kak bell kan?Bukannya kak bell yang suruh pun,"
"Dahtu duit minyak pa semua siapa nak bayar?"
"Paksulah,kereta paksu,"
"Haaa sudah sudah.Malu sikitlah dekat orang.Hangpa dua dah besar pun perangai cam umur 1 tahun.Dari dalam dengar suara hangpa,hangpa tau dak?"kata Nek Ma.Nabilla menjelir lidah ke arah Iskandar.Iskandar mengetap giginya.
"Jom masuk,"Nabilla pun masuk ke dalam rumah dua tingkat itu.Suasana bising menangkap perhatiannya.
"Amboi,haiwat bising sangat ni?"tanyanya.
"Esok paksu kahwin.Tu yang penuh semua sedara mara datang,"kata Irwan,adik kepada Iskandar.
Nabilla kaku.Tersentak dia di dalam kebisingan.
"Ouh.."hanya itu yang mampu keluar daripada mulutnya.Gembiranya bagai kaca terhempas di atas batu.Dia senyap seketika.
"Kak bell,pergilah letak beg-beg tu dekat atas bilik.Nanti turun makan,"kata Nek Ma.Nabilla mengangguk dan dia pun menarik begnya naik ke atas.Dia terlihat Iskandar yang sedang keluar daripada bilik.Nabilla tersentak apabila melihat sekujur tubuh yang dahulunya disukai tetapi kini sudah dimiliki.
"Haiwat?"
"Bilik kak bell yang mana satu?"
"Ouh,yang ni,"kata Iskandar,membuka pintu bilik di sebelah bilik yang baru Iskandar keluar.
"Ouh,terima kasih,"
"Sama-sama.."balas Iskandar.Nabilla pun masuk ke dalam bilik tersebut.Lampu pula dibuka oleh Iskandar.
"Buatlah macam bilik sendiri.Jangan malu-malu,"kata Iskandar.Nabilla tersenyum sinis.
"Paksu tak letak kamera kan?"
"Ee,takmau aku letak kamera.Daripada tengok video,baik tengok depan mata,"Nabilla membulatkan matanya.
"PAKSU!"
Iskandar ketawa besar dan keluar daripada bilik tersebut.Senyuman Nabilla perlahan-lahan pudar.Hatinya renyuk.Dia merasa pedih yang amat.Matanya berair.Hidungnya merah.Lalu lekas dia tersenyum kembali."Dia?Suka dekat kau?Apa taste?"kata Nabilla,ketawa sinis.
(esok harinya)
Nabilla tersentak mendengar suara orang mulai bising.Melihat jam yang sudah pun menunjukkan pukul 8 pagi itu membuatkan dia terkejut.
"Dah sampai ke?"monolognya sendirian.Dia pun menyarungkan tudung sarungnya dan membuka pintu biliknya.Terkejutnya dia melihat orang ramai yang sedang menyiapkan baju kurung,menyeterikakan baju memasing dan menyiapkan lauk pauk.
"Kak bell,jom tengok isteri paksu!"kata Irdina,salah seorang adik saudaranya.Nabilla tersenyum lalu mengikut Irdina.
"Tu dia,"kata Irdina.Nabilla mengintai di luar tingkap.Dapat dia melihat kereta Innova berwarna hitam dan seorang gadis yang berbaju kurung berwarna putih.Tinggi orangnya.Kalau diikutkan dengan dirinya,mungkin hanya setakat bahu.
"Cantiknya,"kata Nabilla,kagum.Baginya,dia cukup insecure dengan orang yang lebih tinggi darinya.Dia tahu,orang yang tinggi ni mesti menawan dan cantik.
Apabila gadis itu menoleh ke arah belakang,dapatlah dia melihat wajah gadis tersebut.Putih,dengan mata yang beralis terletak cantik,beserta bibir yang kemerah-merahan,semuanya cukup sempurna!Bahkan tersangat sempurna!
"Cantik kan?"
"Cantik sangat!"katanya lagi.Terpukau dengan kecantikan hamba Allah yang sedang ketawa itu.
"Kak bell,"panggil Nek Ma dan itu membuatkan Nabilla terkejut.
"Tolong tengokkan paksu.Nek ma nak tengok tapi banyak tetamu yang nek ma kena layan,"pinta Nek Ma.Nabilla pun mengangguk.
"Irdina takmau ikut?"
"Mau!"
"Jom,"
Tiga ketukan hinggap di pintu yang terletaknya lokasi pengantin lelaki sedang bersiap.Dapat dia mendengar suara yang agak riuh rendah dari dalam.Pintu tersebut
akhirnya dibuka perlahan.
"Boleh tak tolong jangan kacau?Saya dengan kawan-kawan saya tengah sibuk...Ouhh...Hai cik adik manis?Nak apa?"sapa seorang lelaki bersongkok itu dengan nada yang lembut apabila melihat Nabilla.Nabilla dan Irdina saling memandang di antara satu sama lain.
"Erm,Iskandar ada kat dalam?"
"Ada,"
"Boleh saya masuk?"
"Tapi..."
"Sapa tu Syed?"tanya seseorang yang sudah dia kenali siapakah pemilik suara tersebut.
"Tak tau.Adik sedara hang kot,"kata lelaki yang bernama Syed itu dan membuka pintu tersebut seluas-luasnya.Nabilla tersenyum secara tiba-tiba.Melihat Iskandar yang sedang melipat samping turut dibantu oleh lima orang rakannya yang lain membuatkan dia geli hati.
"Apalah kes tak tau pakai samping?"usik Nabilla.Iskandar tertunduk malu dan hanya mendiamkan diri.Nabilla dan Irdina pun masuk ke dalam bilik tersebut.Iskandar mendiamkan diri sambil melihat Nabilla membetulkan samping yang berwarna kuning keemasan itu.Selepas beberapa minit sahaja,samping itu berjaya dipasang olehnya.Terletak kemas dan bertambah cantik apabila lelaki yang memakainya itu adalah Iskandar.
"Terima kasih,"kata Iskandar,tidak memandang Nabilla malah menunduk.
"Bayarlah 30 ringgit,"kata Nabilla.
"Ewah,banyak cantik,"
"Kak bell memang cantik.Dahlah,cepat sikit!Maksu dah sampai,"kata Nabilla dan pergi.Irdina pun mengikuti daripada belakang.
"Hangpa semua jangan cakap apa-apa.Diam ja,"kata Iskandar apabila melihat kawan-kawannya ingin membuka mulut.Mereka hanya mendiamkan diri,tidak sempat menganjurkan apa-apa soalan.
Share this novel