PANGG!!!
Terteleng ke kanan kepala Hanna Nadira sebaik sahaja pipi mulus gadis itu ditampar kuat oleh mamanya, Datin Zarena.
"Mama malu ada anak gadis macam kamu ni, Hanna! Mana mama nak letak muka mama lepas ni, hah?!" tengking Datin Zarena seraya menolak tubuh anak gadisnya itu sehingga jatuh terduduk di atas lantai.
"Mama... Hanna berani bersumpah, mama! Hanna tak buat apa-apa pun! Kalau mama tak percaya, mama tanyalah Azwan!" ujar Hanna sambil bersujud dan memeluk kaki Datin Zarena.
"Kalau Hanna tak buat, bagaimana Hanna boleh kena tangkap? Hanna ingat mama percaya? Nak atau tak nak, Hanna kena kahwin sekarang jugak!" balas Datin Zarena seraya melabuhkan duduk di hadapan suaminya, Dato' Arsyad dan Azwan yang duduk di hadapannya.
Azwan hanya mampu melihat bidadarinya menangis merayu memohon pertolongan daripada Datin Zarena.
Awak, maaf... saya tak tahu nak buat apa sekarang ni, awak... bisik hati kecil Azwan. Sesungguhnya dia sangat mencintai Hanna Nadira, dia ingin sangat nak jadikan gadis itu sebagai teman hidupnya, tetapi bukan dengan cara begini yang dia harapkan.
Ayah... bantu Azwan, ayah... Azwan dah buntu! Kalau ayah dapat tahu perkara ni, pasti dia jugak akan berasa malu sama seperti Datin Zarena tadi! Ya Allah... bantulah hambamu ini, monolog Azwan dalam hati.
??????
MALAM itu, Tuan Haji Anuar telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas.
Izwan sudah banyak kali menghubungi Azwan, namun semua panggilannya tidak berjawab.
"Abang Azwan! Abang dekat mana?! Wan call asyik tak berjawab aje!" bebel Izwan sambil jarinya sibuk menaip mesej kepada abangnya, Azwan melalui aplikasi WhatsApp.
Kali terakhir Azwan dalam talian adalah lima puluh minit yang lalu. Telefon bimbit Azwan sebenarnya tertinggal di dalam biliknya di hotel Coral Beach Resort.
Tuan Haji Anuar sekarang berada di dalam unit rawatan rapi, ICU. Di luar bilik unit rawatan rapi itu, Izwan kelihatan mundar mandir sambil ditemani oleh Encik Azrul, satu-satunya saudara Tuan Haji Anuar.
Setengah jam sebelum Tuan Haji Anuar mengadu sesak nafas, dia sempat berpesan kepada anaknya, Izwan.
"Wan... nanti bila ayah sudah tak ada, ayah harap Izwan dan Azwan jangan sekali-kali berpisah, dan bergaduh."
Kata-kata Tuan Haji Anuar masih kuat mengetuk gegendang telinga Izwan. Dia menyembamkan kepalanya ke arah dinding.
Ayah... jangan pergi tinggalkan Wan dan abang, ayah... Wan tak sanggup kehilangan ayah, monolog Izwan dalam hati. Ada genang di tubir matanya.
Beberapa saat selepas itu, pintu bilik ICU itu dikuak dari dalam. Seorang jururawat datang menghampiri Izwan. "Encik, doktor panggil encik untuk masuk ke dalam..."
"Okey," jawab Izwan ringkas seraya mengatur langkah kaki menapak masuk ke dalam bilik itu.
Sedih dan pilu hatinya melihat sekujur tubuh yang sudah kaku tidak sedarkan diri lagi sebaik sahaja Izwan masuk ke dalam bilik rawatan itu. Doktor Ashraf sedang menutupi tubuh Tuan Haji Anuar dengan kain selimut putih itu terus ditarik oleh Izwan.
"Doktor! Ayah saya... kenapa dengan dia?!" soal Izwan sayu.
"Encik... maaf, ayah encik sudah pergi dalam masa lima puluh saat yang lepas," jawab Doktor Ashraf sambil mengerling jam di tangan kirinya itu.
Izwan bergerak perlahan menghampiri katil itu seraya membuka perlahan kain selimut yang menutupi tubuh kaku ayahnya. Wajah ayahnya kelihatan tenang. Serta-merta esakan Izwan kedengaran.
"Ayah... bangun, ayah... ayah tidur aje kan? Ayah... ayah bangun, ayah. Ayah... bangunlah! Ayah!" Semakin meninggi suara Izwan memanggil ayahnya, namun tetap tiada tindak balas daripada ayahnya. Sungguhpun tubuh yang kaku itu digoncangnya berulang kali.
Doktor Ashraf menghampiri Izwan, dipeluknya bahu kekar jejaka itu untuk menenangkan Izwan. Lolongan dan tangisan Izwan semakin menjadi-jadi. Bahunya yang dipeluk oleh Doktor Ashraf dilepasnya perlahan seraya menghampiri semula katil di mana mayat Tuan Haji Anuar berada.
"Kenapa ayah pergi tinggalkan Wan? Dulu, ibu... sekarang ayah pulak pergi tinggalkan Wan..." soal Izwan sambil menangis semahu-mahunya seraya memeluk tubuh kaku ayahnya dengan erat.
Digenggamnya erat pergelangan tangan ayahnya. Sejuk, pipi dan dahi ayahnya juga dikucup semahunya, juga sudah pun berasa sejuk. Sekali lagi esakan Izwan kedengaran.
Encik Azrul yang juga turut berada di dalam bilik itu mendapatkan anak saudaranya itu dan dipeluknya tubuh Izwan yang sedang menangis itu.
"Izwan... Sudah sampai waktu untuk ayah Wan pergi menyahut panggilan Ilahi, kita harus menerimanya, Wan..." pujuk Encik Azrul, namun semakin kuat esakan Izwan di dalam pelukannya.
Izwan terkilan, ayahnya pergi di saat dia sudah bersiap sedia untuk balik bertugas semula ke Kuching, Sarawak dan juga di saat saudara kembarnya, Azwan tiada di sisi.
Izwan duduk di kerusi yang berhadapan dengan bilik ICU itu, manakala Encik Azrul pula sibuk menguruskan urusan untuk membawa pulang jenazah Tuan Haji Anuar. Izwan merasakan dirinya sekarang sudah hilang tempat untuk berpaut, kakinya berasa lemah seolah-olah tiada kudrat untuk menampung dirinya. Azwan pula langsung tidak dapat dihubungi.
Abang Azwan... Abang dekat mana? Abang... Ayah dah tak ada... Ayah dah pergi, abang! Ayah dah pergi jumpa ibu, bisik hati kecil Izwan.
??????
"AKU nikahkan dikau, Khairul Azwan Bin Haji Anuar dengan Hanna Nadira Binti Dato' Arsyad dengan mas kahwinnya rm250 tunai."
"Aku terima nikahnya dengan mahar yang tersebut."
Dengan sekali lafaz, Azwan dan Hanna Nadira kini sudahpun sah bergelar suami dan isteri. Mereka berdua bersalaman, Hanna mencium tangan Azwan, Azwan pula mencium dahi Hanna Nadira disaksikan oleh Dato' Arsyad dan Datin Zarena.
Dato' Arsyad tersenyum gembira, dia tidak menyangka kedatangan mereka berdua ke Pulau Pangkor hari ini yang pada asalnya hanyalah untuk melawat anaknya, Hanna Nadira. Sesungguhnya ini yang Dato' Arsyad harapkan. Impiannya untuk menjadikan Azwan sebagai menantu akhirnya tercapai.
Azwan bergerak menghmpiri Dato' Arsyad dan Datin Zarena untuk bersalaman dengan papa dan mama mertuanya itu.
"Maafkan saya," ucap Azwan sambil menunduk, namun Dato' Arsyad segera meraih dan memeluk tubuh kekar Azwan dengan erat.
"Terima kasih, Azwan..." bisik Dato' Arsyad di telinga kiri Azwan.
Datin Zarena juga tersenyum, sesungguhnya Datin Zarena juga suka dengan Azwan, dia tertarik dengan Azwan yang jujur dan baik hati, selain dari suaminya, dia juga berharap agar Azwan menjadi menantunya juga, sama seperti impian suaminya, Dato' Arsyad.
Usai majlis akad nikah, Dato' Arsyad mempelawa anak dan menantunya itu untuk balik ke rumah milik peninggalan ayah kepada Dato' Arsyad yang terletak tidak jauh dari Coral Beach Resort.
Doto'... pa... papa... Azwan nak ambil barang-barang Azwan dekat hotel dulu," pinta Azwan. Terasa kekok baginya untuk memanggil Dato' Arsyad dengan panggilan papa.
"Hanna pun sama, papa," Hanna Nadira pula berkata.
"Okey... baiklah," jawab Dato' Arsyad ringkas.
Lima minit selepas itu, pasangan pengantin baru itu tiba di hadapan hotel.
"Azwan, Hanna... Jangan lama sangat, papa dan mama tunggu korang berdua di bawah ni aje," ujar Dato' Arsyad.
Hanna Nadira dan Azwan kedua-duanya mengangguk tanda faham seraya berjalan sambil berpegangan tangan menuju ke lobi hotel. Semasa di lobi, mereka berdua terserempak dengan Amir Raizil dan Intan Rashima, seperti biasa Intan Rashima memeluk dengan erat pinggang Amir Raizil. Sengaja dia tunjukkan kepada Hanna Nadira.
Hanna Nadira hanya memandang ke arah mereka berdua dengan perasaan yang kosong. Nak menunjuk dekat akulah tu! Dasar perempuan gedik, tak tahu malu! Aku sekarang dah ada suamilah! Suami aku lagi handsome, body tough! Baik hati, jujur tak macam si playboy Amir Raizil tu!
Setibanya Azwan di biliknya, benda pertama yang dia ambil adalah telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja kecil bersebelahan dengan katil bersaiz queen itu.
"Banyaknya miscall! Mesej WhatsApp pun ada lima?" soal Azwan kepada dirinya sendiri.
Lapan belas misscall dari adik kembarnya, Izwan dan lima mesej WhatsApp juga dari Izwan. Azwan segera membuka aplikasi WhatsApp.
Assalammualaikum abang. Abang dekat mana? Wan call banyak kali tak jawab.
~ Izwan.
Abang! Kenapa tak jawab?!
~ Izwan.
Abang! Ayah sakit... sekarang dia dalam bilik ICU...
~Izwan.
Abang call Wan balik!
~Izwan.
Abang... sampai hati abang tak jawab panggilan Wan... ayah dah takde! Ayah dah meninggal lima minit yang lepas! Ayah dah pergi jumpa ibu!
~Izwan.
Sebaik sahaja Azwan selesai membaca mesej yang kelima itu, telefon bimbitnya terlepas dari genggaman tangannya, Azwan terduduk di atas katil itu. Dengan serta-merta air matanya melimpah keluar membasahi pipi.
"Ayah!" panggilnya bersama dengan esakannya itu.
Share this novel