BAB 5

Humor Completed 8905

" Terima kasih awak..sebab temankan saya.." katanya dengan wajah yang lesu. Bibirnya pucat. Aku yang sedang memandu memandangnya dengan penuh rasa simpati.

" Tak ada apa..dah memang tugas aku..," jawabku ringkas kemudian kembali memberi tumpuan kepada pemanduanku.

" Nasib baik awak ada..kalau tak ,tak tahulah saya macam mana..," aku tersentuh mendengar kata-katanya.

" Erm..kau pun satu.Kalau sakit tu, cakap lah awal-awal. Kan tugas aku jaga keselamatan kau.Kalau apa-apa jadi aku jugak yang susah..," kataku tanpa memandangnya. Dia tersenyum mendengar kata-kataku.Eh, dia ingat aku main-main ke?

" Macam mana saya nak cakap, awak asyik marah-marah saya je..jadi saya takut nak cakap.." aku tergamam. A’ah betul jugak tu, semenjak aku kahwin dengannya 2 bulan lalu, aku tidak pernah bercakap elok-elok dengannya.Yang aku tahu adalah memarahinya tidak kira masa dan tempat.

" Kau tu suami..tak kan nak takut kat bini. Kau tak boleh jadi penakut macam tu. Nanti senang kena buli!"

" Betul ke awak anggap saya ni suami awak?" Aku kelu untuk menjawab soalan itu. Aku berfikir sejenak. Pernah kah aku anggap dia suami aku? Aku mengulangi soalan itu di dalam hati.

" Dahlah, kau rehatlah.Jangan banyak cakap!" Jawapan itu hanya untuk menutup gugup di hati.Aku malas lah nak fikir benda-benda macam nih.Buat serabut otak je. Dia akur dan terus membisu seperti merajuk dengan responku. Argh,lantaklah!

-------------------------

Hujung minggu ini cukup membosankan. Aku tidak tahu apa aktiviti yang harus aku buat untuk mengurangkan rasa bosan ini. Sayup-sayup kedengaran seperti lantai sedang diberus dari tingkat atas. Mungkin Norman sedang mencuci tandas kot iaitu rutin hariannya setiap hujung minggu. Aku mula berfikiran jahat. Tengah bosan ni elok juga aku kenakan dia. Haha..

" Hei kau tu cuci tandas ke buat apa hah? Apasal banyak kulat lagi kat sini?" Sergahku tiba-tiba menyebabkan dia sedikit tersentak.

" Mana ada awak..saya dah cuci betul-betul. Mana ada kulat..," tegasnya.

" Kalau tak ada kulat, ini apa? Eii..geli lah!" Aku menunjukkan jariku yang hitam setelah aku calit pada mangkuk tandas kemudian aku sapu pada wajahnya. Dia hanya berdiri kaku tidak berganjak apabila diperlakukan begitu.

" Maaf, saya tak perasan tadi..," aku tergelak mendengar perkataan maaf itu lagi.

" Ooo kau ingat sebab kerja kau ni tak ada gaji, kau cuci gitu-gitu jela tandas ni ye? Pemalas!" Bentakku.Tanganku menujah kepalanya . Dia tertunduk seperti orang bersalah. Aku semakin galak mengenakannya. Baldi yang menjadi air basuhan tandas itu aku capai lalu menyimbahnya pada Norman.Norman sedikit terloncat. Habis kotor bajunya dengan air hitam pekat. Dia memandangku pelik.

" Kenapa awak buat macam ni kat saya?" Dia bertanya takut-takut.

" Ops.. sorylah tak sengaja..," jawabku sambil tergelak sinis. Huh, hilang sikit rasa bosan. Aku mula mengorak langkah tetapi belum sampai dua langkah ,lantai licin membuatkan aku tergelincir dan terjatuh ke belakang namun Norman lebih pantas menyambutku . Aku tergamam melihat wajahnya begitu dekat dengan wajahku. Kerana rasa tidak keruan aku menolak tubuhnya untuk menjarakkan wajahku darinya namun dia masih sempat menyambutku tetapi kali ini matanya pula berada dalam pandanganku.Aku terkedu seketika. Dia juga begitu.Terkebil-kebil melihatku.Apa sudah berlaku? Baru aku sedar yang bibirnya menjamah bibirku.Oh no!! Serentak dengan itu dia melepaskan pautannya pada pingganku dan aku terjelepok jatuh dan terbaring di atas lantai tandas.Tulang punggungku terasa sengal.

" Err…maaf..saya tak sengaja..," katanya sambil menggaru kepala. Dia resah.Mukanya kelihatan blurr.Sebentar kemudian dia berlalu dari satu tanpa membantu aku bangkit semula. Aku bengang.Dahla lepaskan aku macam tu je ,lepastu blah macam tu je. Gila!

"Hoi! Kau nak pergi mana tu?Tolong aku!" Aku menjerit kuat. Dia kemudian masuk kembali ke tandas itu lalu tergesa-gesa memapahku bangkit.

" Bodoh lah kau ni!" Marahku lalu terus berlalu dari situ. Aku meraba mulutku.Aku bingung.Macam mana benda tu boleh berlaku? Dengan sekelip mata, aku dah kena cium. Pipiku terasa panas. Hatiku tidak keruan..Ish, kenapa aku rasa macam ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience