"TRISHA! Papa nak kamu pilih nak ikut siapa.. Sebab Papa takkan bersama dengan Mama kamu lagi! " kata Tuan Amer pada anaknya itu.
Di samping itu juga, Puan Elisa iaitu ibunya berpelukkan dengan lelaki lain, memandang ke arahnya menunggu pilihan darinya anak mereka.
"Trisha, Mama tak kesah kalau Trisha nak pilih Papa kamu. Tapi Trisha kena ingat, Papa kamu takkan ada masa nak jaga kamu, kalau kamu akan ikut dia.. Jadi kalau Trisha pilih nak ikut dengan Mama, lebih baik Trisha kemas barang barang Trisha, dan kita keluar dari rumah ni" ujar Puan Elisa terus, bila dimana anak perempuan mereka hanya berdiam diri memandang ke arah mereka
"Kamu tak payah nak hasut Trisha, Elisa!.. Saya sibuk berkerja, sebab nak bagi kehidupan kamu senang. Bukan macam kamu, yang sibuk cari perhatian lelaki sana sini, dan curang belakang suami kamu! " bidas Tuan Amer, sedikit tegas melihat isterinya itu bermesraan dengan lelaki lain. Padahal mereka belum lagi bercerai, namun isterinya itu sudah berani membawa masuk lelaki lain didalam rumahnya
"Okey fine! You boleh bawa Anak you ni, kalau you nak.. Tapi you rasa, Trisha nak ke duduk dengan Papa yang tak ada masa dengan anak dan isteri macam you ni! " jawab Puan Elisa agak lantang. Dia sudah lama bertahan dengan sikap Hard worker suaminya itu. Sampaikan Hak dia dan anak pun terabai. Namun sekarang dia sudah tidak boleh bersabar lagi, dan terpaksa memilih untuk Mengakhiri rumah tangga mereka.
"Trisha takkan pilih Papa dengan Mama. Trisha akan tinggal dengan Tok Daddy, sehingga dewasa" kata Trisha yang masih berumur 16 tahun itu.
Membuatkan kedua orang tuanya itu memandang ke arahnya
"Trisha tetap akan berada di rumah ni.. Papa boleh jaga Trisha, jadi Trisha tak perlu pergi rumah Tok Daddy.. " sangkal Tuan Amer, tidak bersetuju kalau sampai anak Perempuan nya itu keluar dari rumah
"Whatever, Trisha dah buat keputusan untuk tak ikut Mama kan?. So lepasni, Trisha tak perlu cari Mama lagi.. " kata Puan Elisa pula, sebelum mengambil beg bagasinya, dan keluar dari situ bersamaan lelaki tadi tanpa mempedulikan mereka lagi
Tuan Amer hanya membiarkan saja kepergian isterinya itu, sebab tidak lama lagipun mereka akan bercerai. Sebelum ia kembali membujuk Trisha untuk tidak pergi meninggalkan nya
"Trisha Sayang.. Duduk sini dengan Papa ye.. " pujuknya
"Trisha minta maaf Papa, tapi Trisha takkan tinggal dengan Papa lagi. Papa uruskan jela Company Papa tu, Because it's more important than your own family, right?" ujar Trisha, menekankan ucapannya. Sebelum ia menapak langkah menaiki tangga menuju ke bilik nya.
Tuan Amer hanya memandang kepergian anak gadis nya itu. Sebelum Tuan Amer jatuh terduduk disitu dengan air mata yang sedikit mengalir. Sekarang isterinya sudah pergi dengan lelaki lain, dan anaknya pula akan pergi meninggalkan nya. Mungkin selama ini semuanya berpunca darinya, yang tidak mempunyai waktu terluang bersama keluarga nya. sehinggakan rumah tangganya hancur begitu saja.
6 Tahun Kemudian..
Trisha berlari ke arah teman lelakinya yang duduk bermesraan dengan sepupunya, bersamaan yang lainnya sambil bergelak tawa. Sebelum satu botol air yang berada ditangannya disimbah ke arah wajah perempuan itu. Buatkan mereka semua terkejut dan terus memandang ke arah Trisha
"Oh my god! Trisha, apa masalah kau ni haa! " bentak Tihana mula berdiri dari duduknya dan menatap tidak puas hati pada perempuan itu. Sebelum ia mengelap wajahnya yang basah dengan tisu berada dimeja itu
"Dah kalau you mengedik dengan Boyfriend i, you ingat i akan diam, dan biarkan you haa!! " jawab Trisha pula, dengan tatapan tajam ke arahnya
Sebelum Radeen memaut lengan Trisha dan dibawanya pergi dari situ.
"Lepaskan i lah!!.. You tu patutnya bawa dia pergi dari situ, not me!! " jerkah Trisha pada teman lelakinya. sebelum ia melepaskan tangannya dari pegangan lelaki itu
"Trisha jangan buat malu dekat i, you dah salah faham.. You tak patut serang dia macam tu.." kata Radeen cuba menenangkan teman wanita nya itu
"I serang dia? Kalau i serang dia, i tak simbah dengan air. I terus tarik rambut dia tu. Baru dia sedar dia rampas boyfriend siapa.." jawab Trisha sedikit geram
"Okey fine baby.. I am sorry, i patut bagitahu you dulu. Tapi i terlupa, tengok sekarang, you dah salah faham tadi... " ujar Radeen terus, tak ada guna kalau dia mahu berdebat dengan teman wanita nya itu.
Trisha hanya diam menunggu penjelasan teman lelakinya itu. Sebab dia tidak salahkan Radeen, tapi dia salahkan Tihana yang mendekati teman lelakinya. Sebab dia kenal sangat perangai sepupu sepupunya macam mana.
"I dengan dia, hanya berbincang pasal Assignment group je.. Tak ada yang lebih, you sendiri nampak Haris dengan Rafael ada dekat sana kan. Jadi kami tak berdua duaan Baby.. So please, jangan buat perangai macam tu lagi.. " jelasnya pada perempuan itu
"I don't care!.. Dan you ingat eh Baby, i tak kesah you keluar dengan siapa, asalkan you jangan layan orang tu lebih, ataupun you curang dengan i. Kalau sampai i nampak and dapat tahu. You jangan pernah nak tunjuk muka you lagi depan i, sebab i takkan pernah terima you lagi, dan takkan maafkan you.. Remember all that!" kata Trisha sedikit tegas
"I know Baby.. You dah cakap semua ni banyak kali, dan i akan sentiasa ingat semua tu.. Don't worry okey.. " balas Radeen sambil mengukirkan senyuman manis pada teman wanita itu
Trisha hanya memutarkan bola matanya malas, sebelum tiba tiba Radeen memegang tangannya
"Jangan marah lagi okey.. Maafkan i Baby.. " pujuknya lagi, sambil membuat muka simpatinya
"Ishh! Yela yelaa.. You janganlah sentuh i! Rimas tahu tak.. " balas nya, sebelum Trisha melarikan tangannya dari pegangan lelaki itu
"Dah jom, i hantar you balik.. You dah habis Class kan? " ajak Radeen
"Tak payah, i nak balik sendiri. You pergilah sambung you punya Assignment group you dengan perempuan tu, i nak balik dulu.." kata Trisha, sempat juga dia membuat lelaki itu merasa tersindir, sebelum ia berpamitan untuk pergi.
Manakala Radeen hanya memandang kepergian perempuan itu, sebelum ia menghembus nafas perlahan sedikit lega. Nasib baiklah tadinya Trisha tidak begitu marah. Kalau tak, sudah pasti sukar untuk membuatnya tenang semula.
* * *
Trisha yang duduk bersantai diruang tamu, sedikit dikejutkan dengan kemunculan sepupunya yang sudah berdiri dihadapan nya sambil berpeluk tubuh menatap tajam padanya
"Nak apa? " soalnya bersahaja tanpa memandang ke arah mereka
"Kau tak payah nak tunjuk perangai besar kepala kau kat sini eh, kau ingat engkau tu Mem besar ke dekat sini, sampai kau boleh buat ikut suka kau? " ujar Seira sedikit bengang dengan perangai sombong perempuan itu
"Kira okeylah i tunjuk perangai besar kepala, dari pada i tunjuk perangai gatal i kan?.. Lagipun you tak payahlah nak datang sini jumpa i, sebab nak cakap benda ni je. Boring.. " jawabnya tanpa rasa takut pada mereka
"Bila masa aku gatal dengan boyfriend kau ha!! Kau tak dengar ke Radeen cakap apa dengan kau. Atau kau tu dah pekak!" sampuk Tihana, tidak terima dengan tuduhan perempuan itu
Sebelum Trisha bangun dari duduknya, dan berdiri berhadapan dengan mereka, sebelum ia tersenyum sinis
"Perempuan, kalau nakkan sesuatu, dia takkan cakap dia nak. Sama macam kau, kau kalau nak menggatal dengan boyfriend orang, kau takkan cakap kau nak menggatal, tapi kau akan cakap macam ni.. " jawab Trisha sinis, buatkan kedua sepupunya itu sudah naik berang, dan mahu saja menyerang perempuan itu sekarang
"Ops! Satu lagi.. Korang berdua jangan lupa tau, i dekat sini, adalah cucu kesayangan. Jadi kalau you all berdua terpikir nak buat sesuatu dekat i, lebih baik pikir lagi.. Byee.. " katanya lagi, sebelum berlalu pergi dihadapan kedua perempuan itu, sempat juga dia menayangkan senyuman senget, sebelum menaiki tangga
Mereka berdua hanya memandang kepergian perempuan itu, sebelum Tihana berdengus geram, tidak puas hati
"Perempuan tu dah melampau kau tahu tak! Semenjak dia tinggal dekat sini, dia dah buat kita macam sampah! Tak mustahil lepasni, dia akan buat kita semua keluar dari rumah ni! " amarah Tihana pada sikap sombong Trisha tadi.
"Habistu, kau ingat aku tak sakit hati tadi? Ikutkan hati aku ni, nak je aku lunyaikan mulut sampah dia tu!. Apa dia ingat dia berkuasa ke dekat rumah ni, naik darah aku setiap hari tengok muka dia.." kata Seira juga, turut sama tidak berpuas hati.
"Dah tu, buatlah sesuatu dekat dia, biar dia keluar dari rumah ni. Aku dah tak tahan tengok muka dia setiap hari dekat sini" arah Tihana
"Kau ingat senang ke? Bukan mudah nak buat dia keluar dari rumah ni, kau sendiri tahu macam mana Tok Daddy sayang sangat dekat dia, perempuan tu, dahlah pandai manipulate orang untuk dengar je cakap dia.." kata Seira, sebelum tiba tiba dia terpikirkan satu rancangan, buatkan senyuman terukir di bibirnya
"Kenapa? Kau ada satu rancangan ke? " soal Tihana ingin tahu, sedari melihat raut wajah Seira seperti dapat memikirkan sesuatu
"Of course, tapi rancangan ni agak berat, dan besar risiko dia. Tapi kau jangan risau, aku tahu siapa yang dapat bantu kita untuk singkirkan perempuan tu keluar dari rumah ni.. " ujar Seira pada Tihana, sebelum keduanya itu saling berpadangan seperti faham dengan apa yang di pikirkan
"Aku setuju, sebab aku pun dah tak sabar tengok perempuan tu keluar dari rumah ni.." kata Tihana seperti senang dengan perancangan itu. Namun tanpa disedari mereka Arina mendengarkan rancangan jahat kedua sepupunya itu, sebelum ia datang menghampiri mereka berdua
"Kamu berdua nak buat apa pada Trisha?" soal Arina terus pada Seira dan Tihana, buatkan mereka berdua sedikit tersentak mendengar suara itu, dan pantas menoleh ke arah Arina
"Haih! Terkejut aku tahu tak!.. Kau ni memang suka datang mengejut ke apa.." kata Seira sedikit geram, sambil mengurut dadanya yang berdetak kencang tadi
"Dahlah Arina! Lebih baik kau tak payah nak masuk campur. Ni urusan kami dengan perempuan tu! " jawab Tihana pula
"Tapi korang nak buat apa dekat dia? " tanya Arina lagi, sebelum keduanya berdengus perlahan
"Susah sikit aku nak cakap dengan perempuan lurus bendul macam kau ni, jadi lebih baik kau tak payah masuk campur. Atau kau tahu sendiri apa akibat dia.." ujar Seira pula pada Arina, dia sengaja mahu mengugut Arina, sebab dia tahu Arina takkan berpihak pada siapa siapa termasuklah mereka.
"Jadi kau boleh pergi sekarang! " arah Tihana terus, sedari Arina hanya berdiam diri disitu
"Tunggu apa lagi? Pergilah! Nak tercongok dekat sini lagi dah kenapa! " sergah Seira pula, buatkan Arina terus bergegas pergi dari situ sedikit takut pada mereka berdua
Tihana Dan Seira hanya tergelak sendiri melihat kepergian sepupu mereka yang lagi satu itu, sebelum Seira mengeluarkan telefon miliknya untuk menghubungi seseorang yang akan membantu mereka juga untuk menyingkirkan Trisha nanti.
Hey Welcome.. And Thanks dah singgah Novel terbaru Dari CikNurin.. hehe.. Have fun dan selamat membacaa.
Share this novel
V14GR4 USA ASLI ORIGINAL. 0B4T KU4T PRI4 T4H4N L4M4 ☎️/?O
⛔V14GR4 USA ASLI ORIGINAL. 0B4T KU4T PRI4 T4H4N L4M4 R€4KSINY4 S4NG4T C€PAT ?INFO PESAN. ☎️/?O
?OBAT ASAM URAT AMPUH DEPKES untuk obat asam urat ampuh dapat 3 items obat dimnum hanya minum 3 pils. malam saja. 2 hari sekali jarak nya Untuk mudah / tua. ?INFO PESAN. ☎️/?O