Hari yg di nantikan sudah tiba. Hati Munirah berdebar sangat tatkala Majlis Tilawah Al-Quran ini akan berlangsung setengah jam lagi. Munirah duduk di atas buaian di belakang Pusat rawatan itu bagi mendapatkan ketenangan sekejap. Ia tidak mahu gugup semasa berada di atas pentas nanti. Majlis ini akan berlangsung di Pusat rawatan ini sahaja memandangkan perkalangannya luas membolehkan para penganjur meletak beberapa Khemah jadi para tetamu boleh menghadirinya tanpa ada kad jemputan langsung. Semua orang dijemput hadir dan dialukan kedatangan yg datang. Tudung shawl satin berwarna biru laut yg dipakai Munirah dibetulkan sedikit. Jubah pemberian Azhar kepadanya sangat cantik dan muat sekali dengan dirinya. Dia sendiri pun tidak tahu macam mana Azhar mengetahui saiz badannya itu. Tidak dapat Munirah gambarkan memang dia sangat suka akan jubah pemberian Azhar ini.
Assalamualaikum....Ucap seseorang di sebelah telinga Munirah yg sedang sibuk bercakap seorang diri di situ. Sejak dari tadi lagi dia memerhati sahaja gelagat Munirah dari jauh.
Ehh awak..Waalaikumsalam..Buat apa dekat sini?? Bukan tadi kata ada hal ke sampaikan tak boleh datang....Jawab Munirah meleretnya kerana tidak menyangka Azhar sudah pun berada di hadapannya. Pada masa yg sama dia sangat suka Azhar berada di sini. Dirinya terasa sedikit yakin dengan keberadaan Azhar di sampingnya. Azhar duduk bertinggung di hadapan Munirah. Di tatap wajah Munirah lama sekali. Dia terus mengambil kertas di tangan Munirah itu. Munirah sudah tidak duduk senang dalam keadaan begini. Dia menutup wajahnya daripada terus dipandang oleh Azhar. Terlihat senyuman di bibirnya turut terukir sekali. Tidak tahu apa puncanya tetapi dia tahu mesti ia sudah lakukan sesuatu yg Azhar tidak suka lagi.
Kenapa tutup muka tu?? Takut sangat ke nak pandang wajah saya?? Tanya Azhar menarik turun tangan Munirah daripada terus menutupi wajahnya. Kali ini matanya pula ditutup rapat. Dia tidak mahu melihat wajah Azhar ketika itu. Mengeluh Azhar tidak tahu apa puncanya Munirah menjadi begini. Tersenyum dia sendiri apabila melihat Munirah sangat cantik hari ini. Jubah pemberiannya itu sangat sesuai dengan Munirah. Warna kulit putih langsat Munirah sesuai dengan warna biru laut. Azhar menarik nafas dalam sebelum memberikan satu ciuman di dahi Munirah. Sebelum ini ia tidak pernah mencium Munirah kerana ia tidak mahu memaksa dirinya berbuat begitu. Biarlah Munirah rasa selesa dahulu barulah ia berbuat demikian. Semasa mengangkat Munirah menjadi isterinya hanya tapak tangannya sahaja berada di kepala Munirah. Dibaca segala doa dan selawat kepada Munirah. Terkedua Munirah merasa satu kucupan panas menghingap di dahinya terus ia membuka mata. Satu perasan lain mula menjalar di lubuk hatinya. Tidak tahu macam mana mahu mentafsirkan semua ini. Munirah melihat Azhar memberikan satu senyuman sayu di hadapannya. Dia memakai kembali songkok di kepalanya selepas berbuat demikian.
Jum..kita masuk ke dalam tak lama lagi kita akan jadi perhatian semua orang. Kata Azhar sambil menghulurkan tangannya supaya Munirah mencapai tangannya itu. Munirah masih lagi tidak dapat membalas apa yg dimaksudkan oleh Azhar itu. Fikirannya masih lagi memikirkan tentang hal tadi. Azhar terus mengenggam erat pergelangan tangan Munirah. Ia menolong Munirah berdiri sendiri. Munirah berjalan seiringan dengan Azhar memasuki majlis itu. Ramai orang mula melihat ke arah mereka. Munirah masih mati kata dan tidak tahu kenapa Azhar mengikutinya sehingga ke atas pentas. Azhar mengambil kertas list yg akan Munirah mengacarakan nanti lalu di lihatnya. Tersenyum riang apabila ia melihat mata Munirah masih lagi mahukan jawapan daripadanya. Azhar terus mencuit pipi gebu Munirah tanpa teragaknya.
Saya pasangan pengacara awaklah..jangan pandang macam tu..saya pula yg terasa gugup. Kata Azhar cuba menutup wajahnya dengan kertas itu. Hatinya pula terasa berdebar ingin berhujah di depan ini nanti. Munirah terus memukul lembut bahu Azhar. Selalu saja dirinya diberi kejutan mengejut macam ini. Azhar tidak memberitahu langsung kepadanya bahawa Azhar adalah pasangan pengacaranya nanti. Mereka berdua terus ketawa apabila memandang wajah masing-masing. Walid dan Azman yg perasan akan semua itu turut tersenyum sekali. Tiada apa yg boleh dikatakan ini adalah jodoh ketentuan Allah swt sendiri. Walid boleh melihat kebahgaian yg terpancar di wajah Azhar apabila memandang wajah Munirah. Dia berharapa sangat anaknya itu membuat keputusan yg betul kali ini. Majlis itu di mulakan dengan bacaan doa dan juga sedikit bacaan suci ayat Al-Quran yg dialunkan oleh seorang Ustaz yg berpengalaman. Azhar dan Munirah fokus sahaja apa yg akan mereka mengacarakan semula nanti. Mereka berdua bincangkan semua itu series sekali di tepi pentas. Kelihatan di bawah bonda, Wirda dan juga Azfar turut menghadiri majlis itu. Mereka memerhatikan sahaja gelagat Azhar dan juga Munirah yg mengenakan busana warna biru laut sedondon. Sudah seperti pasangan yg dihanyut cinta sahaja.
"Dengan segala hormatnya kita menjemput En Ahmad Shukri...." Munirah terus mati kata di situ setelah membaca nama penyumbang bagi majlis ini adalah nama seakan sama sahaja seperti milik seseorang yg ia kenali. Azhar yg perasan Munirah tidak menyambung ayatnya terus membaca semula ayat Munirah itu.
"Dengan segala hormatnya kami menjemput En Shukri bin Ridzuan bagi menyempurkan Majlis Tilawah Al-Quran yg dianjurkan oleh Pusat Rawatan Darussyifa' serta penyumbang tegar bagi majlis ini adalah Syarikat Maju Sdn Bhd. Majlis mempersilakan". Setelah habis sahaja ayat yg dikatakan oleh Azhar itu ramai orang berdiri dan menepuk tangan ke arah susuk tubuh yg mula bangun dari tempat duduknya di bawah. Perlahan-lahan Munirah memandang ke arah pemilik nama itu yaa seperti yg ia sudah tahu abahnya adalah penyumbang bagi Majlis kali ini. Sedikit pun Munirah tidak menunjukkan reaksi sedih mahukan kecewa di situ. Malah satu senyuman sinis terus dikeluarkan kepada lelaki yg bergelar abahnya sendiri muncul di sini. Entah kenapa En Shukri membuat semua ini dia sendiri pun tidak tahu sebab yg Munasabahnya. Azhar sudah tidak duduk senang melihat keadaan Munirah begitu. Segera dia menepuk lembut bahu Munirah untuk menyedarkan dirinya yg sedang memandang ke arah En Shukri tanpa berkelip sedikit pun matanya itu. Munirah terus memandang ke arah lain. Di buang perasan ehsan di hatinya juah sekali. Dia tidak mahu merasa bersalah lagi. Kali ini biarlah dia tidak mengenali siapakah En Shukri itu. Majlis itu berjalan dengan lancar sekali. Ramai sahaja orang menyertai tilawah Al-Quran itu. Senang sekali Munirah melihat keadaan yg begini. Ramai tetamu yg hadir mula mengenali dirinya itu. Mereka semua banyak memuji diri Munirah yg peramah dan pandai bergaul itu. Kak Farah setia sahaja menemani diri Munirah selepas Azhar entah tidak tahu hilang ke mana perginya. Dirinya tidak jemu melayan tetamu yg hadir semasa menjamah santapan yg disediakan itu.
Munirah..ada orang nak berjumpa dengan kamu. Sapa Azman setelah melihat Munirah sedang meneguk air kerana letih agaknya terlalu banyak melayan tetamu ini.
Huh?? Siapa?? Sekarang ke?? Tanya Munirah polosnya kerana masih lagi penat dan tidak sempat duduk langsung. Azman berumur 26 tahun menyebabkan bahasa yg ia cuba bercakap dengan Munirah hanyalah "saya dan awak" sahaja. Terasa kekok jika ia memanggil Munirah dengan panggilan kakak. Umurnya Munirah sangat muda jika hendak menggunakan panggilan itu. Apalah nasib mendapat kakak ipar yg teralu muda jika hendak dibandingkan dengannya.
Assalamualaikum Munirah Safiyah..tegur satu suara yg sangat Munirah kenali. Suara yg selalu tergiang di dalam fikirannya. Tatkala suara itu juga yg selalu membuatkan air matanya mengalir. Rindu?? Perasaan rindu itu sudah mati. Kini yg ada hanyalah kesan terluka dan bernanah di hatinya. Munirah terus menelan payah air liurnya. Teragak sahaja dia mahu melihat gelaran milik suara itu. Mengeluh Munirah panjangnya terus memandang ke arah susuk tubuh yg tidak ubah seperti dahulu saja. Lama juga Munirah memandang ke bawah sebelum manatap wajah itu. Yaa, Puan Ruziah yg sedang berdiri di hadapannya. Sayu sahaja wajah Puan Ruziah memandang Munirah dalam keadaan baik malah terlihat wajahnya ceria dan berkemungkinan besar bahagia yg sudah ia memiliki sekarang. Azman meminta diri untuk membiarkan mereka berdua berbual dahulu. Dia tidak mahu menganggu hubungan mereka berdua itu. Munirah hanya memandang ke arah lain sahaja. Malas dia mahu menatap wajah sayu milik uminya itu. Hatinya masih terasa sakit lagi jika hendak memberi kasihan kepada mereka.
Irah...irah sihat?? Irah apa khabar?? Tanya Puan Ruziah cuba berjalan mendekati anaknya itu tetapi laju sahaja Munirah mengangkat tangannya supaya Puan Ruziah tidak berjalan mendekatinya lagi. Dia terus memberikan pandangan tajam ke arah anak mata Puan Ruziah. Munirah malas hendak berkata-kata jika keluar sahaja ayat dari mulutnya akan menyakitkan hati uminya nanti. Jadi, biarlah dia beransur pergi dari menyaksikan drama yg akan Puan Ruziah lakukan nanti.
Munirah..umi belum habis cakap lagi..Munirah bencikan umi?? Munirah dah tak nak jumpa umi lagi?? Kata Puan Ruziah itu terus mematikan jejak langkah Munirah. Seperti kata itu perlu diterbalikkan kepada Puan Ruziah sahaja. Bukan untuk dirinya yg sudah lama mahu bertanya begitu kepada kedua ibu bapanya. Sudah nak masuk 8 bulan Munirah dibuang oleh mereka. Kenapa sekarang mereka masih bertanya soalan yg mereka sendiri sudah tahu? Munirah tidak meminat semua ini tetapi mereka sendiri yg telah mengecewakan hatinya. Salahkah Munirah terasa hati dengan semua ini?
Benci?? Sepatutnya saya yg bertanya Puan tentang hal itu?? Benci sangat ke Puan dekat saya sampaikan sanggup buang saya kepada orang lain?? Hina sangatkah diri saya ini?? Maaflah ye..Saya rasa Puan dah tahu jawapannya. Jawab Munirah sudah tidak mahu memanggil panggilan umi kepada Puan Ruziah. Hatinya terlalu sakit mahu menggunakan panggilan itu lagi. Jiwanya tersiksa selama ini. Ada mereka semua kisah tentang apa yg dilalui olehnya sebelum ini? Tiada siapa yg tahu betapa peritnya tekaan yg dilalui olehnya. Hampir nyawanya sendiri melayang disebabkan oleh keluarga yg tidak pedulikan tentang dirinya ini. Munirah mengetap bibirnya rapat sekali apabila melihat air mata mula tumpah di pipi Puan Ruziah. Bukan dia bermaksud mahu sakitkan hati uminya tetapi cukuplah dengan semua ini. Terlalu mudah Munirah mahu melepaskan satu ucapan Maaf itu kepada mereka. Terlalu mudah dirinya untuk memaafkan mereka semua. Munirah terus berjalan pergi tanpa mempedulikan tangisan Puan Ruziah di situ. Sedikit pun wajahnya tidak ada belas ehsan terhadap Puan Ruziah.
Kamu jangan sombong dan takbur Munirah..Ke mana pun kamu berada. Kasih seorang ibu tak akan pernah pudar untuk terus menyayangi anaknya. Kamu jangan menyesal jika umi sudah tidak lagi. Kecewa macam mana pun hati kamu dia telah ibu yg telah lahirkan kamu. Bersuara En Shukri setelah berselisihan dengan Munirah. Dia tidak memandang langsung ke arah wajah Munirah. Tergamam Munirah mendengar semua ini terus mengenggam erat tangannya. Tidak tahu kenapa hatinya mula terasa sebak sangat. Sebelum Munirah pergi dia memandang susuk tubuh En Shukri sedang memujuk isterinya daripada terus menangis di situ. Butiran jernih terus mengalir di pipi Munirah. Cepat-cepat ia berlalu pergi dari situ. Tidak mahu ia melihat kedua ibu bapanya itu lagi. Perasaan sakit mula menjalir di setiap inci tubuhnya. Dia terlanggar tubuh Azman ketika berjalan itu Munirah terus pergi tanpa menghiraukan yg Azman sedang memanggil namanya. Orang yg ia perlukan saat ini adalah diri Azhar. Munirah tidak kuat tanpa Azhar di sisinya.
...................................................................
Jam menunjukkan pukul 8.30 p.m. Munirah mengeluh perlahan di depan pintu pagar rumah Azhar yg sedang berkunci itu. Tangannya asyik sahaja sedang membelai badan White dan juga anaknya itu berada di atas peha Munirah. Dia syukur masih ada peneman yg setia walaupun dirinya dalam keadaan begini. White dan anaknya setia sahaja menunggu diri Munirah setiap hari. Munirah sudah tidak takut lagi kepada mereka. Ia suka membelai dan bermain dengan mereka berdua. Munirah duduk bersila di situ sejak dari waktu maghrib itu lagi. Tidak tahu ke mana lagi ia mahu pergi kalau bukan tidak berada di sini. Segala barangan di dalam beg tangannya masih lagi berada di Pusat rawatan itu. Nasib jarak dari rumahnya ke Pusat rawatan itu tidak jauh sangat. Munirah sanggup berjalan kaki pulang sendiri ke rumah Azhar. Dia tidak mahu berada lama di sana lagi. Hatinya semakin sakit untuk memalui semua itu lagi. Munirah memandang ke arah langit angkasa. Kelihatan malam ini seperti hujan akan membasahi bumi sahaja. Redup awan mendung menguasai ruang angkas kali ini. Fikirannya terus melayang entah ke mana.
Semasa Munirah mahu mencari kelibat Azhar ia terpandang satu susuk tubuh lelaki sedang mendukung seorang budak. Kelihatan gembira dan seronok sahaja lelaki itu memandang wajah anak kecil di dalam dukungannya itu. Terlihat ada juga seorang wanita disebelah lelaki itu. Dia tersenyum girang sambil menepuk lembut dada lelaki itu apabila lelaki itu berkata sesuatu kepadanya.
Mira..Kenapalah tak cakap yg bonda yg Mira sudah lama sendiri?? Siap ada baby girl comel ni lagi tau..Bersuara bonda gembiranya melihat Mira sudah kembali solo sekarang. Mahu sahaja dia melihat Azhar kembali bersama dengan menantu pilihannya ini. Benda yg lepas biarlah yg lepas itu. Sekarang dia mahu membuka lembaran buku yg baru kembali.
Alah bonda ni..malulah Mira kalau beritahu semua ni. siapalah Mira kan..Janda anak satu adalah..Jawab Mira segan sahaja apabila bonda tidak pernah terasa hati dengannya sebelum ini. Gembira sahaja dia diterima balik oleh keluarga Azhar lagi. Jika diberi peluang pasti ia akan memikat hati Azhar kembali. Azhar adalah cinta pertamanya sejak dari dulu lagi. Tidak mungkin ia akan melupakan Azhar dengan mudahnya walaupun sebelum ini ia pernah berumah tangga dengan calon pilihan keluarganya itu. Jodohnya dengan bekas suaminya itu singkat sekali disebabkan tidak ada kata sehaluan Mira akhirnya dilepaskan juga. Inilah peluang kedua yg ia ada. Tidak mungkin ia akan melepaskan Azhar pergi lagi dari hidupnya.
Ehh asal Eisya panggil uncle daddy ni?? Panggil Uncle Azz ehh?? Kata Azhar setelah Eisya anak Mira memanggil dirinya dengan panggilan daddy saja. Tergamam juga Azhar pada mulanya tetapi dibiarkan sahaja anak kecil itu memanggil dirinya daddy sahaja. Azhar faham perasaan anak yg sudah keluarga bercerai-berai di usia mereka yg masih muda. Kasihan saja dia melihat Eisya terpaksa lalui semua ini. Azhar seronok melayan keranah manja Eisya buat kali pertama berjumpa dengannya. Sudah lama ia memaafkan diri Mira sebelum ini. Biarlah semua itu tinggal kenangan sahaja. Mereka menjadi kawan itu sudah bermakna buat Azhar lagi. Tidak mudah ia melupakan diri Mira semudah itu sahaja.
Air mata Munirah terus gugur di pipinya. Perasan hiba terus mencengkam dirinya ini. Air hujan mula menitis jatuh ke tanah. Akhirnya hujan lebat mula mencium bumi. White dan juga anaknya sudah lama pergi masuk celah pagar rumah Azhar untuk berlindung di bawah gazebo. Ditinggalkan Munirah sendiri di situ bertemankan air hujan saja. Habis badan Munirah basah kuyup di situ tanpa ada seorang pun datang menolongnya untuk minta berteduh. Munirah menyandarkan badannya ke arah pagar rumah Azhar. Tidak tahu kenapa dirinya terasa sangat lemah ketika itu. Badannya mula mengigil kesejukkan yg teramat sangat. Mata Munirah terus dipejam rapat. Dibiarkan sahaja dirinya dihanyut dalam bayangan. semuanya kembali sepi. Kereta Azhar meluncur laju mencari kelibat Munirah. Hatinya mula tidak duduk senang selepas diberitahu oleh Azman tentang Munirah berjumpa dengan keluarganya. Azhar mengusap kasar wajahnya kerana tidak tahu ingin mencari Munirah di mana lagi dalam keadaan hujan lebat sebegini. Dia tidak akan maafkan dirinya jika Munirah ditimpa masalah. Disebabkan oleh kelekaannya Munirah dalam bahaya lagi. Azhar baru teringat mahu pulang ke rumahnya dahulu jika Munirah sudah ada di sana. Cepat-cepat Azhar menekan laju minyak keretanya dan pulang ke rumah dahulu. Dalam beberapa minit memandu ke sini, Terlopong mata Azhar apabila melihat susuk tubuh Munirah sedang bersandar di tepi pagar rumahnya. Dibiarkan sahaja hujan lebat menimpa badannya itu. Cepat-cepat Azhar menanggalkan tali pinggangnya dan bergegas keluar kereta tanpa menghirau hujan lebat sekarang.
Munirah..Irah..Bangun!!! Bangun Munirah!! Panggil Azhar banyak kali apabila memaut badan Munirah ke dalam dakapannya. Azhar menampar pipi Munirah untuk menyedarkan dirinya daripada terus jatuh pengsan ini. Perlahan-lahan Munirah membuka matanya apabila terasa sakit pipinya disentuh oleh seseorang. Matanya tidak boleh buka sepenuhnya apabila titisan air hujan laju sahaja menimpa mukanya. Azhar melindungi mukan Munirah dengan badannya supaya Munirah boleh melihat dengan jelas sekarang.
Abang...itu sahaja ayat yg mampu Munirah ungkapkan ketika itu. Hatinya terus terasa sebak yg teramat sangat. air mata yg bercampur air hujan mula membasahi pipinya lagi. Arghh!!! ...Arghh!! Menangis Munirah semahunya di dalam dakapan Azhar. Hatinya sudah remuk sepenuhnya. Tidak tahu apa yg membuatkan dirinya sangat kecewa ketika itu. Berkali-kali dada Azhar ditamparnya. Sayu tangisan Munirah dibawa dalam rintihan air hujan. Azhar tidak lepas dari cuba untuk menenangkan dirinya daripada terus menangis. Azhar memeluk erat tubuh Munirah. Tidak mahu Munirah rasa sakit di lubuk hatinya lagi. Azhar terus memcuba menenangkan diri Munirah. Tubuh kecil Munirah ada penuh dalam dakapannya. Mereka berdua basah kuyup di depan rumah itu. Ini bukanlah drama tetapi inilah kesakitan yg dialami oleh seseorang yg sudah pasrah dan hancur harapannya itu. Hatinya sememanglah telah hancur.
Share this novel