Rate

BLACK ROSE (broken inside) 23

Drama Completed 921018

Mawar membontoti Aydean masuk ke lobi hospital. Dia hanya memerhatikan segala tingkah laku Aydean. Sejak dari dulu, Mawar perasan yang Aydean memang sangat sayangkan Syakir.

Kehadiran Aydean di situ telah menarik perhatian beberapa peminat Aydean. Walaupun dalam keadaan begitu, Aydean masih tetap melayan permintaan peminat-peminatnya untuk bergambar bersama. Wajah lelaki itu kelihatan manis saat dia melayani peminatnya.

Mawar tarik muka masam apabila beberapa orang gadis menghimpit dan memegang lengan Aydean. Mereka saling bersalaman. Mata di alih ke arah lain. Malas mahu melihat Aydean dihimpit peminat wanita.

Iiisshhh... Kenapa nak jelous pula??

Mawar mendengus perlahan. Dia benci dengan perasaan sebegini. Iye, dia cemburu. Tapi, kenapa? Dia bukan siapa-siapa bagi Aydean. Begitu juga Aydean. Jadi cemburunya di letakkan atas dasar apa? Mawar semakin keliru dengan perasaan sendiri.

Beberapa minit selepas itu, Aydean kembali menghampirinya. Mawar pamer wajah dingin. Tidak mahu tertangkap dengan perasaan sendiri. Wajah Aydean tidak di pandang.

"Come. Shark ada dekat second floor," ajak Aydean. Dia kembali menyarung kaca mata hitam yang dipegang sejak dari tadi. Mawar akur. Dia mengikut langkah Aydean dengan malas.

"Senyum sikit. Kita bukan melawat orang mati," tegur Aydean apabila melihat wajah masam mencuka Mawar. Mawar menjeling tajam. Dia tidak peduli akan teguran Aydean tentang wajahnya.

"Kie, please.. Jangan tinggalkan Shark lagi," tutur Aydean dengan suara yang gemersik. Mawar merenung Aydean. Dia cuba membaca maksud kata-kata lelaki itu.

Mudahnya dia buang perasaan dia pada aku??

"Kalau saya tinggalkan dia? Awak nak buat apa?" soal Mawar selamba. Hatinya berdebar-debar saat mata mereka bertaut. Sungguh Aydean sudah berjaya menembusi hati Mawar. Tetapi, sekarang, lelaki itu pula yang mula membuang perasaan itu.

"Please.. Don't do that," balas Aydean seakan merayu. Aydean melarikan pandangan mata dari melihat Mawar. Mawar tarik nafas dalam.

"Saya nak keluar dari kelab peminat awak!! Nak jadi haters!" keras suara Mawar menutur kata. Terbuka sahaja pintu lif, Mawar terus keluar dari situ meninggalkan Aydean.

Aydean terpinga-pinga. Matanya terkebil-kebil melihat Mawar keluar terlebih dahulu.

"Apa kena mengena kelab peminat dengan apa yang aku cakap tadi?" gumam Aydean sendiri. Dia menggaru kepala yang tidak gatal itu.

"Hei!!" cepat-cepat Aydean mengejar Mawar. Entah ke mana wanita itu mahu pergi.

"You!! Sinilah!" panggil Aydean sambil meraih tapak tangan Mawar. Mawar merentap tangannya.

"You ni asyik nak marah je. You tahu ke bilik Shark dekat mana? Menonong je keluar," bebel Aydean. Kaca mata hitam dibuka dan disangkut ke lubang leher.

"Sinilah youu," Aydean geram melihat Mawar seakan merajuk dengannya. Wajah comel Mawar benar-benar mengusik hatinya. Aydean tarik nafas dalam. Terasa mahu sahaja tubuh kecil itu dipeluk erat.

"Ikut I. Jangan menonong tak tentu arah. Sesat nanti, I juga yang susah," tambah Aydean lagi. Mawar masih mendiamkan diri. Malas mahu membalas kata-kata lelaki itu. Dia hanya membontoti Aydean dari belakang. Haruman minyak wangi Aydean sekali sekala menyapa hidungnya. Bahu tegap lelaki itu direnung dari belakang. Lengan yang berurat milik Aydean, menarik perhatiannya.

'Lengan je berurat, tapi lembik,' gerutu Mawar di dalam hati. Dia tersenyum sinis sendiri apabila teringat sewaktu dia dan Aydean sparring tempoh hari. Kesian..

Saat mereka berdua berdiri di depan pintu bilik Syakir, jantung Mawar mula berdegup kencang. Dia cuba mengawal perasaannya tika ini. Mawar mengikut Aydean rapat di belakang. Baju Aydean ditarik Mawar. Sekilas Aydean menoleh ke belakang. Tangan Mawar dipukul perlahan agar wanita itu melepaskan bajunya.

Mawar geram tangannya dipukul Aydean, lantas pinggang Aydean dicubit. Puas hati!

"Oucchh!!!" Aydean mengetap bibir menahan geram. Pinggang yang dicubit terasa perit. Pantas tangan Aydean menggosok tempat yang menjadi sasaran Mawar itu tadi. Cepat-cepat Mawar berundur ke belakang. Dia mengulum senyum. Seronok melihat Aydean mengerut kesakitan.

Aydean menoleh ke belakang menarah pandangan ke arah Mawar. Mawar pamer wajah dingin. Namun, dalam hatinya sudah meledak tawa apabila melihat wajah cemberut Aydean.

"Sakitlah youuu..," rengek Aydean dengan muka tak puas hati. Dia tahu Mawar sengaja. Mawar buat tak endah. Wajah Aydean tidak dipandang.

'Eeeii dia ni..,' gerutu hati Aydean. Geram Aydean dibuatnya.

Kemudian, Aydean kembali menghadap pintu bilik tersebut. Tombol pintu dipulas perlahan. Daun pintu ditolak. Mawar mengikut langkah Aydean masuk ke dalam ruangan bilik itu.

Kelihatan Maira sedang terbaring di atas katil hospital. Syakir pula sedang duduk di sofa sambil merenung ke arah Maira.

Aydean kerut dahi melihat situasi itu. Tadi dia mendapat panggilan bahawa Syakir terlibat dalam kemalangan. Tetapi, apa yang dia lihat sebaliknya.

"Shark," sapa Aydean perlahan. Syakir menoleh ke arah Aydean. Dia sedikit terkejut melihat Mawar turut berada di situ. Mawar melarikan pandangan matanya dari melihat ke arah Syakir. Syakir bangun dari duduknya.

"Kau okay tak?" soal Aydean sambil membelek tubuh Syakir. Syakir ukir senyum nipis. Namun, matanya masih melekat ke arah Mawar.

"Aku okay. Maira teruk sikit," balas Syakir tenang. Aydean menoleh ke arah Maira yang masih lena. Tangan kiri wanita itu berbalut.

"What happen?" soal Aydean dengan kerutan di dahi yang semakin berlapis-lapis. Dia tidak faham apa yang berlaku.

"Aku bergaduh dengan Maira masa tengah drive," jawab Syakir ringkas. Aydean terkedu seketika. Dia cuba mencari jawapan yang lebih jelas pada raut wajah Syakir.

"I'll tell you later," tambah Syakir faham dengan pandangan dari Aydean. Aydean angguk kepala. Matanya beralih ke arah Maira. Perlahan dia melangkah ke arah susuk tubuh wanita itu.

Mawar tercegat di situ. Kekok dengn suasana sebegitu. Matanya melihat ke arah Aydean. Syakir pula masih merenung Mawar.

"Dean, boleh jagakan Maira sekejap. Aku nak bercakap dengan Kie," Syakir menoleh ke arah Aydean. Aydean menarik nafas dalam, cuba mengawal rasa cemburunya.

"Yeah, sure!" balas Aydean cuba berlagak tenang. Dia perasan Mawar sedang merenungnya tajam. Namun, dia buat tidak endah dengan renungan wanita itu.

"Kie, can we?" soal Syakir lembut. Mawar memandang wajah Syakir. Dia berat hati. Tetapi, dia juga tiada pilihan selain akur kehendak lelaki itu. Kepala diangguk sedikit. Syakir mengukir senyum. Kemudian, dia dan Mawar keluar dari ruangan itu meninggalkan Aydean dan Maira.

SYAKIR dan Mawar duduk di cafe yang berada di dalam hospital tersebut. Syakir sedikit gugup. Sebelum ini, otaknya ligat merangka pelbagai soalan untuk diajukan kepada Mawar. Tetapi, setelah wanita itu berada di hadapannya, tiba-tiba segala soalan itu tidak terluah dari mulutnya. Entah mengapa. Mungkin rasa terujanya membuatkan Syakir hilang kata-kata.

"I miss you so much," ucap Syakir memula bicara. Mawar diam. Matanya merenung ke arah air mineral yang berada di atas meja. Kata-kata lelaki itu cuba ditepis dari masuk ke lubang telinganya.

"Kenapa you tinggalkan I?" soal Syakir dengan nada suara yang lembut. Dia tidak mahu Mawar merasa tertekan dengan setiap soalannya. Mawar menarik nafas dalam.

"Benda dah lepas. Saya dah lupa," jawab Mawar cuba mengelak. Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu dia jelaskan kepada lelaki itu apa yang membuatkan dia pergi meninggalkan Syakir.

"Kie, I need to know. Supaya I tak terus salahkan diri I. I cari you Kie sampai I....," kata-kata Syakir terhenti di situ. Dahinya berkerut. Dia cuba membuang perasaan marahnya dengan reaksi yang Mawar berikan padanya saat ini.

"Encik Syakir, Kie adalah masa lalu saya. Mawar adalah diri saya yang sekarang. Saya harap encik Syakir dapat bezakan antara Kie dan Mawar. Kie dah mati dalam hidup saya," keras suara Mawar menutur kata. Sungguh dia tidak mahu nama itu digunakan lagi dalam hidupnya.

"Kie, please.. I masih cintakan you," ucap Syakir bersungguh. Mawar bungkam seribu bahasa. Dia tidak tahu respon apa yang harus diberikan kepada lelaki itu.

"Kie..," belum sempat Syakir menghabiskan kata-katanya, Mawar mencelah.

"Encik Syakir, tolong lupakan Kie. Sekarang depan mata awak, Mawar. Saya Mawar. Bukan lagi Kie. Itu masa lalu kita. Semuanya dah berakhir. Awak tak kan sanggup bersama saya kalau awak tahu kisah lalu saya. Saya tak layak untuk siapa-siapa," Mawar melepaskan segala apa yang terbuku di hatinya sejak dari tadi. Dia tidak mahu memberi harapan pada sesiapa termasuklah Syakir. Mawar cuba bangun dari duduknya. Tetapi, pantas Syakir meraih lengan Mawar.

"Pleasee, Kie... Soryy.. Mawar.. Please.. I tak kisah apa pun masa lalu you. Hati I tak pernah berhenti sebut nama you," rayu Syakir lagi. Dia masih menagih cinta Mawar. Mawar menarik nafas dalam. Dia tidak mahu mengganggu hubungan Syakir dan Maira. Dia tidak mahu Syakir mengharapkan cintanya lagi. Segala perasaan telah dia buang beberapa tahun yang lalu. Tiada lagi rasa dihatinya tika ini.

"Encik Syakir perlu hargai cinta yang encik ada sekarang. Masa lalu kita hanya kenangan. Kenangan yang kita harus lupakan," balas Mawar dengan nada perlahan. Wajah sayu Syakir dipandang dengan riak dingin. Dia mahu Syakir sedar bahawa ada wanita yang lebih baik sedang menunggu dirinya. Kie hanyalah masa lalu.

"No. I tak nak lupakan you. I cuma mahukan you. Bukan perempuan lain," tegas Syakir sambil berdiri di depan Mawar. Rapat. Hangat tubuh lelaki itu seakan menjalar di segenap tubuh Mawar. Seakan Syakir mendakap dirinya tika ini. Tetapi, kenapa perasaannya masih tiada. Tiada rasa dihatinya pada lelaki itu. Kenapa?

SEMINGGU berlalu, Maira mula kerap datang ke restoran. Dia curiga dengan sikap Syakir yang banyak berubah. Kalau dulunya lelaki itu mesra dan ceria. Tetapi, sejak akhir-akhir ini, Syakir sudah tidak seperti itu. Dia lebih banyak mendiamkan diri dari bercakap atau berbual-bual dengan Maira.

Maira duduk di sofa yang berada di ruangan pejabat Syakir. Suasana yang tenang itu sangat nyaman dirasakan. Tangannya kiri Maira masih berbalut akibat kemalangan tempoh hari.

Maira merenung gambar yang berada di dinding pejabat itu. Gambar Syakir dan Aydean sewaktu berada di karpet merah majlis anugerah beberapa tahun lepas. Maira melepas keluhan perlahan. Wajah Syakir di dalam gambar direnung lama.

Fikirannya melayang mengingat kembali kemalangan yang berlaku beberapa hari lepas. Disebabkan dia mendesak Syakir, mereka bergaduh sewaktu lelaki itu sedang memandu. Akhirnya, kereta yang dipandu terbabas.
.
.
.

Hati Maira sebal melihat reaksi Syakir setiap kali dia menunjukkan sesuatu kepada lelaki itu. Syakir hanya memandang sekilas dan respon lelaki itu menyakitkan hati Maira. Maira mendengus kasar. Tangan Syakir di tarik keluar dari butik baju tersebut. Dia sudah tiada mood hendak memilih baju untuk majlis pertunangannya.

"I nak balik!" tangan Syakir dilepaskan. Maira menghayun kaki pantas menuju ke arah parkir kereta. Syakir diam. Dia membontoti gadis itu dari belakang. Dia tahu Maira marah. Tetapi, tumpuannya tika ini, hanya Mawar.

Masuk sahaja ke dalam perut kereta, Maira membuang pandangannya ke tingkap kereta. Dia memeluk tubuh. Perasaan sebal semakin mengembang dalam dadanya. Terasa seperti mahu meletup apabila melihat Syakir masih tenang dan tidak memujuknya seperti selalu. Malah, lelaki itu terus memandu seperti biasa, seolah tiada apa yang berlaku.

"Kenapa dengan you ni?? Kenapa layan I macam ni??" meledak kemarahan Maira tika ini. Dia sudah tidak tertahan lagi. Sudah tidak boleh di simpan perasaannya saat itu. Syakir masih bungkam seribu bahasa. Wajahnya masih tenang. Mata masih difokuskan ke jalan raya.

"Syakir, tell me!! Why?? You ada perempuan lain ke???" Maira mula membentak-bentak. Geram dengan sikap endah tak endah Syakir. Syakir memandang sekilas ke arah Maira. Tidak pernah wanita itu bersikap sebegitu sebelum ini.

"Maira, calm down okay," Syakir cuba menenangkan Maira. Namun, wanita itu masih sahaja menghamburkan amarahnya.

"Bertenang?? You yang buat I jadi macam ni!!" balas Maira dengan tangisan yang mula berlagu di bibirnya. Pedih sungguh dirasakan hatinya saat ini. Dadanya berombak menahan amarah yang masih berbuku dihati.

"Rileks.. Apa masalah you ni?" suara Syakir kedengaran sedikit keras dipendengaran Maira. Kemarahan Maira semakin memuncak apabila soalan lelaki itu seolah sengaja mencetuskan pergaduhan.

"Apa masalah I?? Sepatutnya I yang tanya you, apa masalah you!!!" suara Maira mula naik satu tingkat. Perasaannya wanita itu semakin meluap-luap dirasakan.

Syakir diam. Ditahan gelora hatinya agar tidak sampai melontarkan jawapan balas yang boleh menggegarkan suasana. Dia tidak mahu menambahkan sakit di hati Maira. Tetapi, desakan Maira semakin menggila apabila lengan Syakir yang sedang memegang stereng kereta di gegar dan ditarik kasar sehingga Syakir hilang kawalan. Akhirnya, kereta Syakir terbabas melanggar pokok di tepi jalan. Mujur dia memakai tali pinggang keledar waktu itu. Cuma Maira sahaja yang agak teruk keadaannya kerana lengan kiri Maira terhimpit dan patah. Cermin hadapan tempat Maira juga pecah teruk sehingga serpihan cermin melukakan wajah cantik wanita itu. Akibat terkejut dengan kejadian itu, Maira jatuh pengsan di situ.
.
.
.

Lamunan Maira terhenti apabila melihat susuk tubuh Syakir masuk ke ruangan pejabat. Wajah Maira dipandang sekilas. Senyuman segaris di hadiahkan kepada wanita itu.

"So, macam mana tangan you?" soal Syakir sambil melabuhkan punggungnya ke kerusi kerja. Maira melepas keluhan kecil.

"Sakit lagi," rengek Maira manja. Dia memegang tangan yang masih berbalut itu. Syakir hanya tersenyum mendengar rengekan Maira. Dia teringat kembali saat wanita itu mengamuk ketika di dalam kereta. Sungguh dia sendiri tidak sangka Maira ada sisi yang sebegitu. Selama ini, wanita itu kelihatan manja dan lembut pada pandangan mata Syakir.

"So, kenapa datang sini. Rest je lah dekat rumah," lembut Syakir menutur kata. Dia menongkat dagu dengan tangan kirinya. Kaki di silang. Tubuh di sandarkan ke dada kerusi.

"I boring. Kenapa you macam tak bagi I datang sini je," balas Maira seakan merajuk. Wajahnya masam mencuka. Syakir mengeluh. Sejak dia bersetuju untuk bertunang, semakin kerap Maira merajuk dan cemburu tidak bertempat. Syakir mula bimbang jika dia berterus terang tentang Mawar kepada Maira. Entah apa yang akan wanita itu lakukan agaknya.

"Don't say that. Boleh tak you jangan salah faham dengan I?" Syakir terus menumpukan matanya ke arah skrin komputer. Volume speaker dikuatkan sedikit sebelum dia memulakan kerjanya. Lagu Muse - Unintended bergema di ruangan bilik itu. Syakir mengukir senyum nipis.

Maira yang berada di situ perasan akan senyuman Syakir. Dia juga tahu tentang lagu tersebut. Pasti Syakir sedang memikirkan tentang wanita yang bernama Kie itu. Maira tidak sedap hati. Dia dapat merasakan bahawa Syakir sudah berjumpa dengan wanita itu.

"Syakir, you tak kan mungkir janji dengan I kan?" tiba-tiba Maira bersuara setelah beberapa detik dia mendiamkan diri. Syakir tarik nafas dalam. Agak sukar untuk dia menjawab pertanyaan itu.

"Syakir, please. You dah janji nak kahwin dengan I," tambah Maira lagi. Riak wajahnya mula berubah. Sayu dan sedih.

"Maira.. I...," kata-katanya seakan tersekat di kerongkong. Terlalu susah untuk Syakir meluahkan perasaannya saat ini. Maira masih merenung Syakir dengan penuh pengharapan.

"I tak kisah kalau hati you pada orang lain. Tapi, please... I nak kahwin dengan you je," rayu Maira semakin sayu kedengaran suaranya. Syakir terdiam. Dia tidak berani bertentang mata dengan wanita itu.

Mawar yang baru sahaja mahu melangkah masuk ke dalam pejabat Syakir, terus menghentikan langkahnya apabila mendengar perbualan pasangan itu. Mawar tarik nafas dalam. Nasi goreng yang dipesan Maira direnung. Mawar berpatah balik ke dapur. Dia mencari Siti dan meminta tolong Siti untuk menghantarkan makanan tersebut kepada Maira.

Mawar termenung jauh di tempatnya. Dia kasihankan Maira yang menagih cinta dari Syakir. Dia harus berbuat sesuatu agar lelaki itu melupakan dirinya.

Sometimes, happy memories hurt the most - Mawar Kirana

bersambung...

happy reading.

Share this novel

Anie Z Iman Alya
2022-07-05 16:23:15 

,,


NovelPlus Premium

The best ads free experience