BAB 7

Romance Series 10150

Dua tahun berikutnya...

HARI ini Izwan menamatkan tugasnya di Ibu Pejabat Polis Kontijen Sarawak di Kuching. Dia dipindahkan semula ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Bukit Aman, Kuala Lumpur. Izwan tidak sabar untuk balik ke Kuala Lumpur. Sudah dua tahun dia tidak balik. Dalam diam, dia merindui satu-satu abang kandungnya yang juga merupakan saudara kembarnya, Khairul Azwan.

"Dah lama aku tak jumpa abang Azwan. Apa khabar dia sekarang? Abang, maafkan Wan, Wan tak ada niat nak menjauhkan diri dari abang, sebenarnya. Maafkan Wan sebab langsung tak balik dan bertanyakan khabar abang... Cuma abang aje yang Wan ada sekarang," Izwan bermonolog sambil bersiap-siap untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Malam itu Izwan menaiki penerbangan Air Asia AK5215 yang berlepas tepat pada jam 8.35 malam dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, KLIA 2 tepat pada jam 10.05 malam.

Telefon bimbit yang diselitkan di dalam kocek seluar jean birunya itu dikeluarkan seraya mendail nombor sepupunya, Aryan.

"Assalammualaikum, helo... siapa di sana? Aryan di sini..." ucap Aryan di hujung talian.

"Waalaikumsalam... Aryan, kau ke tu?" ucap Izwan seraya bertanya.

"Ye, Aryan di sini... boleh kenalkan diri tak? Kalau tak, aku putuskan talian ni," balas Aryan pula.

"Hey! Ini akulah... Izwan, anak Arwah Haji Anuar, pak long kau..."

"Oh... Izwan? Hey, kau apa cerita? Lama tak balik KL?" Aryan bertanya.

"Aku okey. Maaflah lama tak bertanya khabar... Aku baru aje sampai KLIA 2 ni."

"kLIA 2? wait-wait... maksud kau, sekarang kau ada di semenanjung ni?" soal Aryan terkejut.

"Yelah... Aku posting balik ke IPK Bukit Aman dan lapor diri dekat sana, lusa..." ujar Izwan. "Eh, kau boleh tolong aku tak?"

"Tolong apa?"

"Tolong jemput akulah... apa lagi? Err... Kau sekarang ni dekat mana?" jawab Izwan seraya bertanya.

"Err... maaf Wan, aku sekarang ni dekat Pulau Pangkor... Sekarang ni aku dah jadi PA abang kau tu, si Azwan," ujar Aryan.

"Hah?! Kau jadi PA abang aku? Tipu! Abang aku tu cuma PA bos dia aje... Takkanlah dia boleh ambil PA juga?" soal Izwan pula.

"Woi! Jangan cakap yang kau tak pernah berhubung dengan abang kau pulak!" ujar Aryan, serius.

Izwan tidak menjawab, lidahnya kelu untuk berkata-kata.

"Hmm... Kalau macam tu, takpelah Aryan... aku naik teksi ajelah..." ujar Izwan seraya menamatkan panggilan.

Belum sempat Izwan kembali melabuhkan duduknya di kerusi di hadapan pintu utama itu, tiba-tiba sahaja matanya ditekup dengan tapak tangan oleh seseorang.

"Wan!"

Satu suara garau yang sudah dua tahun tidak didengarinya kini mengetuk gegendang pendengarannya. Izwan cepat-cepat melepaskan tapak tangan yang menutupi matanya itu seraya menoleh ke belakang.

Satu figura lelaki tinggi lampai bertubuh sasa sama seperti dirinya dan juga raut wajah yang mirip dirinya berdiri tepat di hadapan matanya.

"Ab... abang... Abang Azwan?!" Dengan spontan tangannya meraih tubuh abangnya itu.

"Abang Azwan pergi mana?" Itulah soalan pertama yang terpacul dari bibir Izwan.

"Wan... kenapa Wan tak balik? Kenapa semua orang pergi tinggalkan abang seorang diri?" Azwan menjawab soalan Izwan dengan soalan.

"Maafkan Wan, abang... maafkan Wan. Wan tak ada niat nak pergi tinggalkan abang... Wan dah posting balik ke sini..."

Dua beradik kembar itu kini berpelukan tanpa mempedulikan orang yang lalu lalang di situ.

"Wan, maafkan abang..." Belum habis Azwan berkata, Izwan segera memintas.

"Takpe abang, perkara dah lepas tu biarkan... lupakan. Yang penting sekarang ni Wan dah balik, abang jugak dah balik."

Wan... Kalaulah Wan tahu abang ni dah ada keluarga abang sendiri... getus hati Azwan.

Telefon bimbit yang diselit di dalam poket seluarnya itu bergetar menandakan ada satu panggilan masuk. Azwan segera mengeluarkan telefon bimbitnya seraya merenung skrin yang tertera nama isterinya, Hanna Nadira. dia menoleh pula ke arah Izwan. Macam mana ni? Kalau Adik Wan dapat tahu aku berkahwin tanpa pengetahuannya, pasti dia akan mengamuk nanti, monolog Azwan dalam hati.

"Wan, abang nak ke toilet sekejap... Wan tunggu abang dekat sini, okey?"

"Okey..."

Izwan kembali semula melabuhkan duduknya di kerusi sementara menunggu Azwan keluar dari tandas.

Beberapa saat selepas itu seseorang mencapai bahu Izwan yang sedang leka merenung skrin telefon bimbitnya. Dia segera menoleh ke arah kiri. Pandangan matanya terus bertumpu kepada  satu figura gadis berambut merah dan bertubuh langsing serta  berpakaian ketat menghampiri dirinya.

"Hai sayang... dah lama ke You tunggu I?"

"Shima? You buat apa dekat sini?" Izwan terkejut sebaik sahaja gadis yang sering berhubung melalui laman Fac dan WhatsApp dengannya, Intan Rashima tiba-tiba sahaja muncul di hadapan matanya.

"I datang ni nak jemput You..." jawab Intan Rashima dengan manja sambil mengurut lengan kekar Izwan.

"Macam mana You tahu I sekarang ni berada di sini?" soal Izwan seraya melepaskan tangan Intan Rashima yang semakin menjengkelkan itu.

"I nampak status fac you petang tadi... So, I dengan senang hati datang untuk jemput You..." ujar Intan Rashima seraya tangannya kembali membelai lengan kekar Izwan.

"Takpe, I balik dengn abang I... Sorry," ujar Izwan pula. "Shima... please dont touch me like this. Tak manis dipandang orang," sambung Izwan lagi seraya menepis tangan Intan Rashima dari berterusan mengusap lengannya itu.

"No! You wajib balik dengan I, sama ada You suka atau pun tak! I sanggup datang jemput You, tapi You senang-senang aje menolak I?! let's go dear... we can spend time together for whole night!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience