PROLOG

Romance Completed 320239

Kepala yang terasa berat dipegang dengan kuat. Apa yang sudah berlaku semalam? Dia tidak ingat. Perkara terakhir yang dia tahu, dia hanya minum segelas air coca cola yang buatkan dia pening sehingga sekarang. Di mana dia? Bilik? Ya. Di dalam bilik tanpa seurat benang pakaian.

Pesta besar semalam ternyata sudah buatkan dia terjatuh dalam kancah zina. Dia beristighfar perlahan sebelum meraup muka dengan kasar. Perlahan saja dia menoleh ke arah sisi. Melihat seorang perempuan yang sedang nyenyak tidur. Badannya mengiring ke arah kiri jadi dia tidak dapat melihat siapa gerangan gadis itu.

Tubuhnya diangkat bangun dari katil. Satu persatu pakaiannya dikutip sebelum disarung pada badan. Apa dia sudah lakukan? Ini kalau orang tuanya tahu, mampus dia. Jam tangannya dicapai. Ah, sudah rosak. Ada kesan retakan pada permukaan hadapan. Jam tangannya dilempar ke dalam tong sampah. Dia harus segera pulang. Ada kelas yang dia bakal terlepas. Apa dia sudah buat? Kepala digeleng berulangkali.

Bajunya melekat bau haruman minyak wangi gadis itu. Manis dan baunya seperti buah lemon? Entah, dia tidak mahu berfikir. Laju saja dia mencari kertas kemudian menulis sesuatu. Usai menulis, kertas itu diletakkan pada meja kecil di sisi katil.

Dia melangkah keluar bersama dompet ditangan. Ini hotel rupanya. Tapi macam mana dia disana? Bersama seorang gadis? Aduh, sakit kepala. Tidak mahu berfikir lama, dia berjalan ke arah lif sebelum memboloskan diri.

"Bro! How semalam? Mesti kau enjoy kan? Dapat pulak anak dara! Muah!" Seorang lelaki berbadan gempal mendekati dirinya.

"Cakap dengan aku, siapa perempuan tu?!" Kasar tangannya mencekak kolar baju lelaki itu.

"Bro, relax. Kau tak malu orang tengok?" Sindirnya sambil ketawa.

Semua mata tertumpu pada mereka sebelum tangannya melepaskan pegangan. Dia menunggu dengan rasa marah. Pasti ini semua rancangan daripada lelaki dihadapannya itu. Senior universiti yang sama dengan dia.

"Kau tak sedar? Semalaman kot kau makan sorang. Kau makan, girlfriend kawan kau sendiri. Dia pun macam tak kisah je, itu kitorang biar je!" Lelaki itu ketawa lagi.

"Kau kurang ajar kan? Kenapa kau tak belasah je aku?! Apa yang aku dah buat sampai korang semua pedajal aku?!" Marahnya.

Lelaki itu ketawa.

"Sebab kau dapat perhatian lebih. Aku tak peduli. Kami dah dapat capai, apa yang kami nak. So, kau pun sama enjoy semalam kan? So, boleh aku sambung?" Bisik lelaki itu sambil tersenyum sinis.

"Kau sentuh perempuan tu, aku bunuh kau. Kau jangan ingat aku akan biar semua ni. Aku akan pastikan kau semua bertanggungjawab dengan apa yang berlaku!" Tegasnya lagi.

"Apa kau mampu buat? Anak orang miskin macam kau? Apa je, dapat buat? Kitorang tunggu kau buat apa kau cakap harini. Cuma, jangan berangan sangatlah! Nanti aku bosan tunggu!" Lelaki itu ketawa sebelum berlalu pergi.

Dia mengetap gigi. Rasa marahnya membuak dalam diri. Dia berpusing sebelum bahunya melanggar seseorang. Seorang gadis bertudung yang nampak terburu-buru melangkah pergi. Apahal? Buta?

Kakinya melangkah laju ke arah luar hotel. Langit kelihatan mendung. Tidak lama selepas itu, hujan mulai turun dengan lebat. Dia hanya merenung air hujan sebelum menghela nafas.

"Ya Allah, apa aku patut buat? Macam mana aku nak tebus salah aku?" Ujarnya sendiri.

Dia terduduk dihadapan bangunan hotel itu. Kepalanya dibiarkan mengena air hujan. Biar tiada sesiapa perasan akan dirinya. Semua kerana sikapnya yang sambil lewa. Dia telah melakukan kesalahan besar. Ya. Kesalahan yang membawa kepada kerosakan pada dirinya dan orang lain.

Ampunkan daku, ya Allah!

hello, jangan lupa support!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience