BAB 6

Family Completed 341

“Mama..papa..Nad” Fasiha terus memeluk mamanya. Gigi menangis tidak henti- henti. Bibirnya tersenyum manis dan terus mengucup pipi Fasiha .

“Maafkan Fasiha . Fasiha berjanji akan jadi anak yang baik dan kakak yang baik”
Hidayat menggosok kepala Fasiha dengan penuh kasih sayang.

“Kami juga minta maaf sayang.. mulai hari ini, Fasiha dan nad adalah keutamaan kami” janji Hidayat . Nad menggenggam tangan Fasiha .

“mesti takut sendirian kan?” soal Nad,. Fasiha menggeleng.

“Tidak.... ada seorang kawan perempuan yang bantu Fasiha di sana” jujur Fasiha .

“nama dia Nurul Zalikha binti Hidayat ’ jawapan Fasiha membuatkan kedua ibu bapanya terkejut. mereka berpandangan sesama sendiri.

“Abang....” Gigi memeluk Hidayat . Dengan wajah tenang Hidayat berkata...

“Nurul Zalikha binti Hidayat .... anak sulung mama dan papa yang meninggal genap sahaja usia dia dua bulan. Dia kakak kamu Fasiha . Mama bermimpi yang seorang anak perempuan datang kepadanya dan berkata...... wahai ibu yang telah melahirkanku, janganlah hatimu bimbang kerana anakmu ini akan menjaga adiknya dengan baik. Dia amanah yang tidak sempat untuk aku tunaikan tanggungjawabku. Berdoalah agar anakmu ini boleh membimbingnya pulang. Fasiha sayang, ada tak di wajahnya tanda lahir di dagu?” soal Hidayat .

Fasiha longlai saat itu. dia mengangguk dalam keadaan yang lemah. Saat itu kekesalan menyelubungi jiwanya. Kalaulah dia mendengar kisah tentang kakaknya dahulu dan tidak membenci mamanya sudah tentu dia akan gembira di saat mendengar kakaknya memberitahu namanya di sana.

Sejak dari itu... mereka semua memperbaiki kesalahan yang telah mereka ciptakan sebelum ini dan Fasiha mulai rasa bahagia apabila mendapat perhatian dari kedua orang tuanya dan kadangkala dia akan bermimpi kakaknya tersenyum memandangnya buat seketika.............

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience