DIA 49

Romance Completed 131781

Hazzar ingin duduk di atas kerusi tetapi malangnya, dia terduduk di atas lantai. Matanya dipejam rapat sambil menahan sebak di dada. “Hanis… Hanis…” Nama Hanis di panggil beberapa kali. Semakin lama, air matanya semakin pantas mengalir.

Dia bangun kemudian semua benda yang berada di atas meja makan terus di tolak sehingga bersepah di atas lantai. Hazzar menggenggam rambutnya sendiri kemudian menjerit dengan lantang. Badannya di sandarkan pada dinding.

Air mata masih mengalir. Masih tidak berhenti. “Hanis… Baliklah! Abang rindu Hanis!!” Jeritnya lagi. Namun, walaubagaimanapun dia menjerit, Hanis tetap tidak akan muncul di hadapannya dengan sewenang-wenangnya.

Hazzar buntu, tidak tahu mahu mencarinya di mana lagi.”Hanis… Aku minta maaf.” Tiba-tiba dia mendapat idea di mana dia harus mencari Hanis. Hazzar segera bangun dan menyeka air matanya.Dia mengangguk yakin kemudian keluar dari rumah.

Kasih memejamkan matanya buat seketika kemudian meraup wajahnya beberapa kali.Entah kenapa dia rasa, semua yang dia lakukan terhadap Hanis dan yang lain langsung tidak mendatangkan hasil.”Hanis…” Kasih teringat kenangannya bersama Hanis dahulu.

Hanis sudah banyak membantunya tetapi dia, cuba hancurkan kehidupan yang Hanis inginkan.”Ya Allah… Apa yang aku dapat bila aku buat macam tu? Aku tak bahagia pun.Apa yang aku fikir selama ni ya Allah?” Muncul rasa sebak di dadanya.

Kasih mengambil telefonnya dan mula menaip mesej untuk Hanis. Hantar! “Aku… Minta maaf Hanis. Aku mesti bertanggungjawab dekat apa yang aku dah buat dekat kau dan keluarga kau Hanis.” Kata Kasih kemudian bangun.Langkahnya mula terhenti apabila melihat Kamal di belakang dengan dahi berkerut.

Dadanya sudah berombak kencang.Kasih cuak.”Ka—Kau kenapa?” Soal Kasih takut-takut. Dia menggenggam telefonnya di belakang tangan dan mendail 999. Di biarkan sahaja mereka mendengar apa yang sedang berlaku.

“Kau cakap apa tadi?” Tanya Kamal dengan nada dingin. Kasih memberanikan diri untuk mendekatinya dan turut memandang wajahnya.”Aku nak… Bertanggungjawab dekat apa yang aku dah buat dekat Hanis! Apa masalahnya?”Jawab Kasih.

Kamal menggeleng kepala tidak percaya dengan senyuman sinis memandang wajah Lara Kasih.”Kenapa kau ketawa? Aku tak rasa aku tengah buat depan kau ni.”Marah Kasih.

“Kau ni, hadui.Sakit perut aku dengar apa yang kau cakap.”Kata Kamal kemudian melangkah mendekati Kasih.Jari telunjuknya menolak dahi Kasih.Kasih melihat dengan penuh tanda tanya.

“Kenapa kau…” Kasih berhenti bersuara apabila jurang di antara mereka hanyalah kurang seinci.Kamal menundukkan tubuhnya sedikit.”Kau? Kau nak bertanggungjawab dekat semua ni.Kau nak buat apa, serah diri dekat polis? Kau nak cakap apa!? Kau cuba hancurkan rumah tangga orang? Kau bunuh mak Hanis!?” Tengkingnya.

Kasih diam.

“Aku tak nak kau pergi!”Arahnya. “Kenapa?” Tanya Kasih.

“Sebab kalau kau pergi, kau kena tangkap… Aku tahu, kau akan heret aku sama.Aku tahu, kau takkan nak duduk sorang, kan?” Ujar Kamal.Kasih menggeleng perlahan.

“Aku takkan heret kau sama! Aku yabg mulakan, aku heret kau masuk plan bodoh aku ni. Aku takkan heret kau sama. Asalkan kau jangan buat kerja bodoh lagi. Kau, boleh cari balik isteri lama kau. Kau, boleh ceraikan aku.”Balasnya.

“Kau ingat kau cakap macam ni, macam dalam drama, aku nak percaya? Kau sanggup tikam belakang kawan kau sendiri, aku tak rasa manusia macam kau boleh berubah macam tu je. Aku tahu, kau takut kalau-kalau Hazz atau Hanis serang kau dan bunuh kau.Dan kau fikir kalau kau serah diri dekat polis, kau akan selamat?” Tekanya.

Kasih menggeleng perlahan.

“Kenapa kau sanggup cakap macam tu hahh? Aku betul-betul nak berubah! Kalau aku cakap aku takkan heret kau, maksudnya tidak! Sama macam sebelum ni, aku cakap aku nak musnahkan… Sudahlah Kamal… Aku dah lakukan terlalu banyak dosa. Aku pun dah text Hanis dan bagitahu segalanya. Aku dah, penat. Aku takkan dapat apa yang aku nak. Yang aku dapat Cuma, iri hati dan perasaan yang nak buat kebih banyak dosa. Aku tak nak dah buat semua tu. Let’s it stop here.” Kata Kasih panjang lebar.

“Kalau kau rasa kau tetap nak serah diri dekat polis. Jangan harap Kasih. Malah, kau takkan dapat melangkah keluar dari rumah ni.”Kasih mengerutkan dagi tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Kamal. Kamal melangkah mendekatinya.

“Kau ingat tak macam mana aku punya marah masa kau, buat Isteri aku tinggalkan aku dulu.”Suaranya berubah menjadi lebih seram.

“A—Aku ingat kau dah lupakan semuanya.” Kamal tergelak besar.

“Lupakan semunya? Semudah itu? Kau ingat, kalau kau bawak aku masuk olan jahanam kau ni, aku akan lupakan apa yang kau dah buat? Tak Kasih!” Jeritnya.

“Habis kau nak buat apa!?” Soal Kasih dengan hati yang lebih berdebar-debar.

“Aku… Nak kau, rasa benda yang lebih teruk dari apa yang aku rasa.Aku akan hantar kau, jumpa Tuhan kau balik.Jumpa, mak Hanis!” Dengan pantas Kamal mengambil pisau di atas meja dan cuba mencacak perut Kasih tetapi Kasih berjaya menahan tangannya.

“Ka—Mal!! Apa kau buat ni!?” Soalnya sambil menahan tangan Kamal yang sedang berusaha untuk menikam perutnya.

“Kau rasa, kau akan masuk syurga ke kalau kau serah diri dekat polis hahh!? Aku Cuma nak selamatkan kau, aku tak nak kau kena tangkap gila!” Ujar Kamal. “Habis tu, kau rasa kalau aku ni tak buat semua tu, aku akan masuk syurga ke? Kau rasa kau syurga akan pelawa kau masuk ke kalau kau, bunuh aku dan sorokkan segala kebenaran!!??” Balas Kasih.

Tangannya semakin lemah untuk menahan tangan Kamal. Akhirnya dia mengalah. “Ya Allah, aku mohon keampunan dari kau.Aku, banyak buat dosa.Maafkan aku.Kamal, aku minta maaf dekat kau.” Dengan kata-kata itu, Kasih melepaskan tangannya dan dengan pantas pisau di tangan Kamal menusuk ke dalam perut Kasih.

Kasih menahan perit di perut dan rebah.Kamal yang mendengar ujaran Kasoh itu tadi terus kaku dengan tangannya yang berdarah. Pandangannya turun dan menatap wajah Kasih. Dia berundur sedikit lalu melarikan diri.

Langkahnya terhenti dan mulutnya mengeluarkan kata-kata kesat apabila melihat, kereta-kereta polis yang sedang bersusun di hadapan rumah. Kamal kaku, begitu juga apabila polis menggari tangannya. Beberapa orang polis melulu masuk ke dalam rumah.

“Kau takkan dapat tangkap aku.”Jeritnya kemudian melarikan diri dengan tangan yang sedang bergari. Semua orang menjerit apabila melihat sebuah lori besar yang menghampirinya.

Pinn!!!

Semuanya sudah terlambat, Kamal terjatuh dan digilis lori tersebut. Pihak polis segera mendapatkan Kamal.

Hazzar menuntup pintu keretanya dengan kasar dan menekan bell rumah Nazrul.Dengan darah yang sedang menggelegak, dia menekan bell tersebut dengan kasar.

30 minit yang lalu…

Hazzar yang duduk sambil menatap gambar Hanis di dalam kereta. Sedar tak sedar, air matanya mengalir keluar dan menitis di atas skrin telefonnya. Semua pesanan-pesanan yang dihantar kepada Hanis, langsung tiada satu pun yang di balas.

Hazzar menutup skrin telefonnya kemudian meletakkan telefonnya di peha.Semasa Hazzar menyeka air mata, telefonnya tiba-tiba berdering. Tertera nama orang upahannya untuk mencari alamat rumah Nazrul.

“Hello? Dapat? Bagus, kau hantar dengan aku sekarang. Erm… Okay.” Kata Hazzar. Hazzar memeriksa sekiranya dia sudah menerima alamat yang di hantar oleh orang upahannya itu.

Tanpa melengahkan masa lagi, dia terus menekan minyak dan menuju ke alamat yang diberikan.

Habis teringat…

“Sabarlah!! Bising kau tahu tak!” Marah Nazrul dari depan pintu tanpa menyedari siapa yang sedang menunggunya. Apabila Nazrul mendekati pintu pagar, Hazzar mula menggenggam tangannya.

Tenang sahaja Nazrul membuka pintu pagar sambil berpeluk tubuh.Perlahan-lahan tangannya turun apabila melihat Hazzar di hadapannya. Tunggu apa lagi? Nazrul melulu masuk ke dalam rumahnya dan Hazzar pun mengejar.

Dengan harapan dapat menutup pintu dan Hazzar tidak dapat masuk ke dalam. Baru sahaja ingin menolak menutup pintu, ia kembali terbuka apabila Hazzar menolak pintu tersebut dengan kuat.Nazrul sedikit terpelanting akibat terkena pintu itu.

“Kau nak apa hahh!? Aku tak kacau kau pun kan!?” Soal Nazrul dalam keadaan marah.

“Kau tanya aku apa aku nak? Kepala otak kau cakap kau tak kacau aku? Aku nak tanya kau, mana kau sorokkan bini aku hahh!?” soalnya.Nazrul mendecit kemudian bangun menghadapnya.

“Kau tanya aku, mana bini engkau? Kau ni tak reti nak jaga bini ke apa hah!? Kalau tak reti, bagi dekat aku.Aku boleh jaga dia lagi baik dari engkau!” Ujarnya selamba.

“Bagi dekat engkau? Orang bodoh je yang akan buat semua tu.Aku takkan sesekali lepaskan dia, lagi-lagi bagi dia dekat kau.Mati hidup semula sekali pun, Hanis Adawiyah itu milik aku, selamanya.” Ujar Hazzar.

“Jangan angkuh sangat Hazz, jangan yakin sangat.Walauapa sekalipun, aku tak pernah percaya yang kau boleh bahagikan dia buat selamanya.Aku tak tahu dia dekat mana.Tapi… Tiap-tiap malam, dia call aku, cakap I love you. Indahnya malam-malam aku.” Sengaja dia mahu menyakitkan hati Hazzar walaupun hakikatnya, sekali pun Hanis tidak pernah mengangkat panggilnya.

“Kau ingat aku nak percaya ke? Aku tak kisahlah kau nak bagitahu aku apa sekalipun, kisah lama kai dengan dia ke apa ke, sekarang ni aku nak tahu.Mana kau sorokkan bini aku!!” Ujarnya.

Nazrul ketawa besar.

“Bertenang… Bini kau selamat. Aku tahu, cuma sekarang dia benci sangat dekat kau. Kasihan, isteri benci suami dia sendiri.Hrumm, kalau buat drama laku.”Balas Nazrul sambil melangkah ke ruang tamu kemudian dengan tenang duduk di sofa.

Hazzar mendecit kemudian bercekak pinggang.Boleh-boleh dia duduk.

“Memang, memang dia bencikan aku.Tapi dia tetap cintakan walaupun dia nafikan.”Nazrul memandang Hazzar dengan ekor mata.

“Seribu kali sekalipun dia cuba untuk menafikan yang dia bencikan aku, tapi aku tahu. Hanis Adawiyah, bukan senang untuk dia berhenti cintakan seseorang. Cinta dia cinta suci, cinta yang ikhlas hanya untuk seseorang yang betul-betul menerimanya.Dia Cuma…”

Nazrul bangun dan menyebabkan Hazzar berhenti berbicara.

“Dia cuma, ditakdirkan untuk bercinta dengan orang-orang yang tak pernah cuba untuk menghargai kesempurnaan dia yang bagaikan bidadari syurga.Hanya kita, hanya kita yang dia pernah cinta Hazz.Sebab tu aku nakkan dia balik.Aku nak tebus segala yang aku dah buat dekat dia sebelum ni.Aku silap memilih cinta Hazz.” Sambung Nazrul.

“Kau tahu dia isteri aku, kau tahu dia takkan bahagia kalau kahwin dengan kau. Walaupun kau berusaha keras untuk dapatkan hati dia, walaupun kau dah santau dia, kau tetap takkan dapat Hanis Adawiyah. Sebab dia…Milik aku.” Ujar Hazzar.

Nazrul mengerutkan dahi apabila mendengar Hazzar menyebut, 'santau'.

“Tak payahlah kau nak buat muka terkejut kau tu.Menyampah aku tengok.Aku bunuh Syaza dengan Puan Sri Karisya, kau ingat kau akan bahagia ke? Kau ingat kau akan dapatkan Hanis? Kau ingat kau akan terlepas? Kau ingat kalau kau join Lara Kasih dengan Kamal, kau berjaya dapatkan Hanis!? Kau silap Naz.”

Dari belakang beberapa orang polis bersama pistol mereka masuk dan mengacukan pistol ke arah Nazrul.

“Naz….Kau nak Hanis bahagia? Tapi kalau dengan cara ni kau bukan buat dia je yang sakit, aku pun sakit Naz. Aku rindu dia, aku cintakan dia. Ya, walaupun aku tak dapat kalahkan cinta kau pada dia, tapi aku berusaha untuk bersama dengan dia, untuk cintakan dia.”

Nazrul sekadar memandangnya tanpa riak.

“Tolong…” Hazzar melutut, Nazrul dan pihak polis terkejut melihatnya.Nazrul langsung tidak menyangka yang Hazzar akan melutut begitu.

“Tolong, aku merayu. Hentikan semuanya. Tarik balik santau yang kau dah hantar dekat Hanis. Tolong… Mengaku pada semua polis-polis ni. Mengaku ke atas semua yang kau dah buat. Kau tahu tak, pengakuan kau, itu yang akan buat Hanis bahagia. Aku merayu, depan kau. Depan semua polis.” Rayu Hazzar berselang tangisan.

Nazrul menoleh ke tempat lain sambil berfikir apa yang dipinta oleh Hazzar.

“Kau… Janji dengan aku, kau takkan sakitkan dia lagi. Kau akan sayang dia, sanjung dia dan… Jaga dia dari semua bahaya dekat luar sana. Walau siapapun yang cuba pisahkan kau dengan dia, kau kena pertahankan rumah tangga kau.” Hazzar bangun dan mengangguk laju.

Nazrul menghelakan nafas panjang.

“Saya… Mengaku, saya bunuh Puan Sri Karisya serta anak dia Syazalina binti Tan Sri Khalid. Saya santau Hanis Adawiyah. Saya bersengkokol dengan Lara Kasih dan Kamal untuk hancurkan rumah tangga Hazzar Iskandar. Saya mengaku,saya lakukan semuanya, hanya untuk kepentingan diri saya sendiri.Hazz, tangkal tu aku tanam depan rumah babah Hanis. Hanis dia, ada dekat tempat yang boleh buat dia tenang, Langkawi.”

Beberapa orang polis mendekatinya kemudian menggari tangannya.”Janji dengan aku Hazz, Hanis Adawiyah untuk di sanjungi, bukan di sakiti. Dia dah cukup sakit selama ni.” Ujar Nazrul sebelum dia dibawa ke kereta polis.

Hazzar sudah bermandi peluh disebabkan dia menggali tanah di hadapan rumah babah Hanis. Sudah banyak tempat dia gali tapi masih tidak menjumpainya. “Hazz yakin ke Nazrul tanam tangkal tu dekat sini? Macam takde je.” Soal babah.

“Dia tak ada sebab untuk tipu, bah. Dia pun dah masuk penjara, dia sekarang cuma tunggu hukuman untuk dia.” Balas Hazzar.

“Hukuman apa?” Soal babah lagi.

“Arr… Gantung sampai mati.” Mengucap panjang babah apabila mendengarnya. Pada masa yang sama, apa yang dicari oleh Hazzar telah di temui. Hazzar bangun dan menunjukkannya pada babah. Babah meleret senyuman lebar dan mengucap syukur kepada Allah, begitu juga dengan Hazzar.

“Cepat, bawak jumpa tok imam. Insya-Allah dia boleh tolong kita. Cepat.” Arah babah. Hazzar mengangguk kemudian terus masuk ke dalam keretanya.

“Hanis tunggu abang okay?” Ujarnya gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience