Guna sedang menyiapkan kerjanya seorang diri di pejabatnya. Dia masih menunggu kedatangan Nora. Perkara penting ada mahu disampaikan pada Nora. Diusap-usap kepalanya yang tidak gatal. Masih memikir dengan kerjayanya sebagai Ahli Sains di Makmal itu.
“Jobi dah tak de. Aku rasa aku perlu jual je Makmal ni. Mungkin ni yang terbaik kot. Amelia juga da tak de. Kalau aku harapkan Nora je, memang tak ke mana Makmal ni. Aku rasa, aku patut jual je.”.
Putus harapan Guna apabila kehilangan pekerjanya satu per satu. Dia semakin lemah mengurus Makmal itu. Harapannya turut punah. Dia tidak dapat mengerjakan kerja ini jika sendiri.
“Perlu ke aku buat keputusan macam ni? Erhhhh stres.”.
Tertunduk kepala Guna. Sulit dirasakannya apabila tidak cukup pendapatannya untuk menampung kos Makmal ini. Hutang pula semakin bertambah. Gaji Nora juga belum tentu dapat dibayarnya. Ini disebabkan kehilangan pekerja handalannya dalam bidang Sains iaitu Amelia.
“Prof?”.
Suara perlahan Nora terdengar ke arah pintu pejabat Guna. Wangian di badannya juga kuat. Nora memandang Guna yang sedang duduk di kerusi pejabat. Tidak senang Nora melihat pergerakan yang ditunjukkan oleh Guna.
“Nora duduk.”.
Guna mengarah Nora untuk duduk di kerusi yang berada di hadapannya. Mukanya serius memandang Nora. Hatinya masih terikut dengan perasaan kecewa. Guna semakin serabut apabila belum berjaya mencapai impian yang selama ini diinginkan. Mahu menjadi Professor yang bermartabat.
“Kenapa ni Prof? Apa yang dah jadi?”.
Tanya Nora dengan lantas selepas menyedari dengan reaksi muka Guna. Kelihatan sangat sedih. Guna juga tidak bermaya untuk berkata dengan Nora sekarang.
“Nora Makmal ni mungkin saya akan jual. Saya nak awak tahu yang Makmal ni dah tak boleh maju. Dengan ketiadaan Jobi dan Amelia, Makmal ni tak akan dapat maju.”.
Ujar Guna dengan nada yang kecewa. Mahu tidak mahu Guna katakan berita ini pada Nora. Terasa malu dengan dirinya sendiri.
“Tapi.”.
Nora cuba membantah tindakan yang dibuat oleh Guna ini. Nora tidak setuju jika Makmal ini dijual oleh Guna. Tindakan tidak wajar Guna itu, membuatkan prestasinya sebagai Professor akan hilang. Pastinya Guna akan tergolek ke bawah berbanding dengan ahli Professor yang lain.
“Prof. Saya ada kat sini Prof. Walaupun Jobi dengan Amelia dah tak de, tak bermaksud perjalanan Prof terhenti sampai sini. Prof dah banyak habiskan duit bangunkan Makmal yang besar macam ni. Kalau Prof nak tutup Makmal ni, cita-cita Prof tak ke mana. Sia-sia pengorbanan Prof kumpul duit beli Makmal ni. Prof tak fikir semua ni ke? Jangan lah disebabkan Jobi ngan Amelia dah tak de, Prof nak buat keputusan yang tak masuk akal macam ni.”.
Nora terus elak bantah dengan keputusan Guna yang mahu menjual Makmalnya itu. Nora terfikir yang Guna masih boleh pertahankan Makmal ini dengan baik. Dia percaya pada Guna. Disebabkan itu lah dia menolak dengan keputusan Guna ini.
“Aku dah bankrup Nora. Aku dah tak mampu bayar Makmal ni. Lagi-lagi dengan kos yang ada kat Makmal ni. Aku nak bayar guna apa? Dah lah Nora. Kau budak pandai. Kau boleh je cari kerja kat mana-mana yang kau nak. Tak paya nak harapkan kerjaya kau kat Makmal ni.”.
Guna tetap dengan keputusannya. Mahu menjual Makmal yang sudah didirikan selam 10 tahun. Tidak menyesal dengan tindakan itu. Malah terus memberi titik akhir untuk menjual Makmal itu.
“Kalau itu lah yang Prof nak, saya tak paksa. Tapi Prof kena ingat, dah bertahun-tahun Prof bangunkan Makmal ni. Duit yang Prof dah guna tu pun dah habis. Kalau ini lah keputusan Prof, saya akan terima. Saya tahu yang saya tak de hak nak halang Prof.”.
Kali ini Nora tidak memaksa Guna. Disebabkan muka Guna tiba-tiba bertukar marah. Nora tahu haknya tidak ada untuk hentikan keputusan Guna itu. Lagi pun dia hanya pekerja biasa.
“Tunggu!”.
Suara Jobi menyapa dari arah belakang. Nora mengalihkan pandangan selepas terdengar suara Jobi. Kedatangan Jobi secara tiba-tiba membuatkan Guna dan Nora terkaku. Terdiam mereka melihat Jobi.
“Jobi?”.
Tergetar-getar mulut Guna menyebut nama Jobi. Matanya terus-terus memandang Jobi. Begitu juga dengan Nora. Tidak menyangka yang menyapa dari belakan itu adalah Jobi.
Jobi dekatkan diri ke arah Nora dan Guna. Terasa jauh rasanya jaraknya dengan mereka berdua. Bajunya kelihatan segak. Walaupun hanya memakai baju biasa. Rambutnya dikemas sangat rapi. Guna masih memandang pelik ke arah Jobi.
“Kenapa Prof nak jual Makmal ni?”.
Tanya Jobi selepas terdengar perbualan diantara Nora dan Guna tadi. Dia hanya berada di luar saja tadi. Berita dari Guna yang beritahu yang dia akan menjual Makmal itu membuatkan hatinya tidak senang mendengar.
Guna masih terdiam. Masih bingung dengan kedatangan Jobi. Jobi seharusnya berada di luar Negara. Melanjutkan pelajaran dalam peringkat Phd. Tidak mampu dia melihat kedatangan Jobi itu.
“Jobi awak kenapa kat sini?”.
Tanya Nora selepas melihat Guna masih terdiam. Nora juga berasa hairan dengan kedatangan Jobi yang secara tiba-tiba di Makmal Guna.
“Saya tak jadi sambung belajar. Saya datang sini nak kerja balik kat Makmal ni.”.
Guna yang masih memandang Jobi rasa terharu sedikit kepada Jobi. Tidak menyangka yang Jobi masih mahu bekerja di Makmal ini. Sanggup batalkan sambung belajar di peringkat Phd.
“Jobi. Apa yang awak cakap ni? Kenapa tak jadi pula? Awak dah sia-sia kan masa depan awak tau.”.
Nora berasa sedih selepas mendengar kata dari Jobi itu. Dia sendiri tidak terima dengan keputusan Jobi yang sesuka hati membatalkan sambung belajar di peringkat Phd itu. Nora turut berasa kecewa dengan kehadiran Jobi. Sepatutnya Jobi bukan di sini. Jobi seharusnya lanjutkan pelajaran di luar Negara.
“Saya dah tak peduli semua tu Nora. Saya tetap akan bekerja kat Makmal ni. Saya akan bantu Prof. Saya dah tahu benda ni akan jadi. Prof jangan risau saya akan bantu Prof untuk uruskan Makmal ni sebaik mungkin.”.
Jelas Jobi. Dia tidak mahu lagi memikirkan pelajaran peringkat Phd nya itu. Yang difikirkannya adalah mahu mengubah kembali Makmal ini seperti dahulu. Jobi juga sedar dengan ketiadaan Amelia, Makmal Guna ini menjadi kucar-kacir. Semakin merosot Makmal Guna.
“Betul ke ni Jobi? Tapi saya dah tak de wang nak bayar untuk kamu tau. Sebab Makmal ni dah bankrup. Hutang pulak makin banyak. Saya dah tak mampu nak uruskan Makmal ni dengan baik.”.
Walaupun Guna senang mendegar yang Jobi sudi mahu membatunya, dia masih berasa risau. Risau dengan kewangan yang ada di simpanannya. Duit simpanannya hampir habis. Hanya cukup-cukup membayar hutang Makmal itu.
“Tak pe Prof. Saya sanggup tak de gaji. Saya betul-betul nak tolong Prof untuk baiki balik Makmal ni macam dulu. Prof jangan risau. Makmal ni akan pulih balik. Saya nak Prof jangan jual Makmal ni.”.
Guna memandang ke arah Nora. Nora tundukkan kepalanya di bawah meja. Nora dua hati. Sama ada setuju atau tidak dengan pendapat Nora. Belum pernah lagi dia bekerja tanpa diberi gaji. Nora sangat perlukan duit. Jika tidak, hanya sia-sia saja dia bekerja siang malam di Makmal itu.
“Nora kalau awak tak setuju dengan semua ni, awak boleh buat keputusan. Saya tak paksa awak. Saya tahu ini akan berat buat awak. Bekerja tak de gaji.”.
Jobi yang juga menyedari tampak muka Nora terus menanya perkara itu kepada Nora. Kelihatan muka Nora seperti tidak setuju dengan kemahuan Jobi itu. Nora juga ragu-ragu untuk membuat keputusan. Sememangnya dia sangat perlukan duit yang banyak.
“Nora?”.
Panggil Jobi sekali lagi. Nora masih membisu. Langsung tidak memandang Guna dan Jobi setakat ini. Sangat sukar baginya menerima keputusan Jobi itu. Nora masih berfikir dengan panjang tentang semua ini. Dia tidak boleh cepat-cepat setuju rancangan dari Jobi itu.
“Jobi?”.
Panggil Guna. Jobi terus menoleh kepalanya memandang Guna. Nora pula melihat ke hadapan. Sepertinya ada sesuatu yang mahu dikatakan oleh Guna kepada mereka berdua.
“Jobi macam ni, Nora betul-betul perlu duit. Kau setuju tak kalau gaji tu hanya Nora saja dapat?”.
Hati Nora terlihat senang selepas mendengar cadangan dari Guna. Guna betul-betul faham dengan kondusi Nora. Nora bukan senang. Dia perlukan banyak duit untuk menampung kehidupannya. Jika tidak, hanya sia-sia saja dia bekerja tanpa diberi gaji oleh Guna.
“Baik lah kalau macam tu. Saya setuju. Awak setuju tak ni Nora?”.
Jobi tidak peduli dengan gajinya sekarang. Duitnya juga masih ada di dalam simpanan. Jobi tidak kesah jika dia tidak mendapat gaji. Yang pentig Makmal milik Guna ini tidak terjual.
“Baiklah. Saya setuju. Tapi ada satu syarat. Prof janji dengan saya yang Prof tak akan jual Makmal ni sampai bila-bila?”.
Akhirnya Nora setuju untuk membantu Jobi pulihkan Makmal Guna itu balik. Nora juga tidak sanggup melihat Makmal Guna yang besar ini terjual begitu saja. Nora akan menerima gaji dari Guna. Disebabkan itulah tawaran dari Jobi itu diterima olehnya.
“Saya janji.”.
Pendek jawapan dari Guna. Dia berjanji untuk tidak merancang untuk menjual Makmal ini. Dia sedikit menyesal apabila tidak memikir panjang. Nasib sahaja Jobi datang. Jika tidak hari ini juga dia akan mencari orang untuk menjual Makmal ini dengan segera.
“Macam tu lah Prof. Prof jangan risau. Saya dan Nora akan bantu Prof baiki Makmal ni semula. Oh ye Prof, Mesin Jonorabi tu macam mana?”.
Tanya Jobi.
“Mesin tu ada kat bilik. Saya cadang nak buat pertunjukkan mesin tu dengan ahli-ahli Professor yang lain. Tapi saya tak yakin mesin tu berfungsi dengan baik. Sebab tu lah saya simpan mesi tu balik kat kotak.”.
Disebabkan tidak yakin, Guna batalkan sahaja berjumpa dengan ahli-ahli Professor yang lain. Guna tidak yakin yang mesin itu adalah mesin terbaik untuk ditunjukkan.
“Esok saya ngan Nora akan tengok mesin tu balik. Lepas ni Prof tenang tau. Jangan cepat mengalah. Saya akan janji dengan Prof yang kita boleh menjadi takrifan utama di dalam pertunjukkan teknologi Sains. Saya akan pastikan Prof akan kejar impian yang Prof nak tu.”.
Jelas Jobi. Nora turut tersenyum dengar kata semangat daripada Jobi itu. Walaupun hatinya masih tidak yakin jika dia mampu mengerjakan mesin itu dengan baik atau tidak.
Share this novel