7

Short Story Completed 49743

Usai sahaja memberi salam di tahiyat terakhir. Aku terus mengangkat tangan memohon doa kepada Allah.

Sesekali aku menjeling ke arah Farish yang menjadi imam ku pada solat subuh ini. Lancar sahaja lidahnya membaca doa dalam bahasa Arab.

Siapa sangka, lelaki kacukan sepertinya juga tidak lupa agama sendiri. Siap jaga solat dan hafal doa lagi. Ya, aku tahu dia seorang lelaki yang baik cuma salah pilih jalan hidup.

Sejujurnya, aku dah lama tinggalkan solat. Aku dah lupa Allah yang menciptakan aku di dunia ini tetapi sejak seminggu lepas, aku kembali ingat Allah dan mula jaga solat.

Iya, walaupun aku berbuat dosa kepada Allah dengan menjadi kaum Nabi Luth tetapi aku terpaksa.

In Shaa Allah, aku akan membantu supaya Farish kembali ke fitrah asal walaupun terpaksa korbankan jiwaku sendiri.

"Amin Ya Rabbal Alamin." Ucap Farish seraya menekupkan kedua belah tapak tangannya ke muka.

Dia menoleh ke arah belakang dengan pantas untuk melihatku, lalu dia tersenyum.

Aku yang sedang mengelamun, cepat-cepat tersedar dari mimpi. Terus wajahnya aku tatap kembali dengan fokus.

Dia hulurkan tangannya ke arahku untuk di salam olehku. Aku turutkan sahaja, aku salam sambil mencium tangannya. Dia suka.

"So, humm... dah pukul enam pagi... I kena pergi kerja awal." Ucapnya sambil tersenyum.

Aku mengangguk faham.

"Okay, bersiaplah. Saya siapkan breakfast." Ucapku yang sudah bangun dari tikar sejadah. Aku mesti siapkan segera roti bakar bersama telur mata kesukaannya itu dan tidak lupa juga dengan secawan milo susu. Mudah, itu sahaja sudah membuatkan dia suka. Maklumlah, rumah ini tiada orang gaji.

"Okay, good." Ucapnya juga sudah mula bangun dan melipat tikar sejadahnya sendiri.

"Err, baju awak saya lupa ironlah! Alamak." Ucapku sambil menepuk dahi. Aduh aku baru teringat. Maklumlah, balik lewat sangat semalam letih.

"Haha, it's okay. I buat sendiri nanti." Ujarnya tidak mahu menyusahkan aku.

Aku tertunduk malu.

"Shh... sayang. Please no, jangan buat muka. I tak marahkan you lah." Ucap Farish dengan wajah bertukar cuak setelah melihat reaksi ku berubah menjadi berakali.

Daguku dipegang olehnya lalu diangkat perlahan supaya aku menatap anak mata cantiknya itu.

"Hey, jangan risau. I okay." Ujarnya lagi.

"Saya malu dengan awak." Ucapku perlahan.

"Why?" Soalnya dengan suara berangin.

"Saya menyusahkan awak. Saya tak dapat mudahkan hidup awak. Maaf." Ujarku. Entah kenapa aku jadi selemah ini semenjak aku lihat dia menangis tadi. Selalunya aku akan buat muka dengan dia paling tidak pun bercakap dengan kasar.

Dia tersenyum. Bibirku dicium olehnya lagi sekali. Aku? Aku terkedu. Sumpah terkedu kerana tidak menyangka itu akan berlaku.

"Dah, pergi buatkan I breakfast." Arahnya dengan lembut dan sopan. Tersenyum suka dia sekarang ini.

"B... baik." Ucapku separuh gagap seolah-olah sudah terkena jampi cinta.

Farish ketawa kecil melihat reaksiku tadi dengan pipiku mula merah-kemerahan. Pantas sahaja kaki aku keluar dari bilik itu dengan jantung berdetak-detik dengan pantas. Ya Allah, perasaan apa yang aku rasakan ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience