Pada mula-mula sekali saya menyewa di sini, segala kerja renovasi dan pendawaian elektrik semuanya saya buat sendiri. Siap pasang penghawa dingin lagi. Lain-lain perkara saya buat yang mudah dan ringkas saja. Janji selesa bekerja.
Lagipun yang duk di pejabat itu hanyalah saya dan isteri saya sahaja. Saya ambil masa seminggu untuk menyiapkan sepenuhnya renovasi pejabat tersebut. Sepanjang proses renovasi selama seminggu tu, isteri saya memang sangat jarang datang tengok saya buat kerja renovasi sebab biasanya dia hanya duduk di rumah dan buat kerja di rumah.
Kerana waktu tu kami masih belum lagi ada pejabat. Lagipun kat rumah saya ada dua orang anak kecil yang masing-masing berumur dua tahun dan empat tahun yang perlu dijaga.
Pada hari terakhir selepas proses renovasi siap, saya hanya duduk santai-santai di pejabat, menonton cerita wayang, kadang-kadang melayari internet.
Jadi agak lama juga la saya duk rilek-rilek di pejabat itu. Lebih kurang dalam pukul lima, saya duduk la sekejap di sofa, baring-baringkan kepala dan rehat-rehat. Tiba-tiba saya terlena pula. Tidur mati. Memang lama saya tidur. Tengah-tengah syok tidur, tiba-tiba saya terdengar dentuman berkali-kali yang sangat kuat.
Dummm dumm dumm dumm dummm
Saya terjaga.
Saya tengok pintu saya seakan-akan ada orang tendang dengan kaki sekuat mungkin. Sehinggakan macam nak tercabut pintu pejabat saya. Waktu tu memang agak ketakutan juga la. Namun saya beranikan diri saya bersuara.
"Siapa tu???"
Sejurus sahaja selapas saya bersuara, tiba-tiba bunyi dentuman tu dah tiada lagi. Cepat-cepat saya pergi ke arah pintu dan buka pintu tersebut. Saya tengok di luar, langsung tak ada apa-apa.
Saya hairan. Selepas bunyi dentuman tu hilang, tak sampai beberapa saat, saya terus buka pintu. Sepatutnya orang yang menendang pintu pejabat saya tu masih ada di sekeliling kawasan tersebut. Puas saya cari atas bawah, kiri kanan, memang tak nampak sesiapa pun. Sunyi sepi. Langsung tak ada orang. Gelap gelita.
Share this novel