BAB 9

Horror & Thriller Completed 10130

"Morning, Kak Yam!"

Suara gadis periang, Teha, memecah kesunyian pagi. Kak Yam pembantu rumah tersebut sedang memasak nasi goreng. Memandangkan umur mereka hanya 10 tahun berbeza, Teha hanya memanggil pembantu rumah itu 'akak'.

"Morning! Hai, awal bangun hari ni?"

"Saja bangun awal. Sekali-sekala nak teman akak kat dapur ni."

"Laa.. kalau setakat teman je, baik tak payah."

"Hehe.. da tu, Teha bukan pandai masak pun. Tolong teman pun jadik la."

"Ye la. Nah! Hari ni kita makan nasi goreng cina. Sedap tau."

"Memang sedap. Dari depan da bau."

Suara Datuk Izhar, papa Teha yang datang dari ruang tamu mengejutkan mereka berdua.

"Eh, Datuk. Hm.. Datin mana?"

"Ada.. tengah siap depan cermin. Biasa la. Orang perempuan, kalau bersiap tu, dua jam pun tak cukup. Lagi-lagi Datin Shima tu."

Mereka semua tergelak mendengar sindiran Datuk Izhar terhadap isterinya.

"Amboi.. Happy nampak.. Bual pasal apa. Boleh join?"

Datin Shima yang baru datang menarik kerusi dan duduk.

"Aaa.. panjang umur. Baru disebut-sebut."

"Oh. Mengumpat Shima ye..."

"Tak mengumpat. Mengata je."

Suasana menjadi riuh dengan gelak tawa mereka sekeluarga. Selesai makan, Datuk Izhar dan isterinya bangun meninggalkan meja makan. Datuk pergi ke pejabatnya manakala Datin menghadiri mesyuarat persatuan. Mereka bergerak meninggalkan Teha dan Yam di dapur.

"Eh, Teha ni takde kelas ke? Da 8.30 ni."

"Alamak. Tak perasan pulak. Hm. Pak Mat mana, Kak Yam?"

"Entahla. Kat garaj kot. Bang Mat! Bang Mat!"

"Ya!!!!"

"Ni.. Teha da nak pergi kuliah. Hantarkan..."

"Okay!!"

Mat Top atau lebih dikenali sebagai Pak Mat menjerit dari garaj.

"Pergi dulu, Kak Yam. Bye!"

"Bye!"

Yam melihat gerak-geri gadis kecil molek berusia 21 tahun itu pergi ke arah garaj kereta.

"Pak Mat, jom! Teha da lambat ni."

"Ala.. Relax.. Baru pukul berapa. Pak Mat bawak kereta kan macam Micheal Schumacher.. 10 minit dijamin sampai."

Pak Mat berkata dalam nada bergurau. Teha hanya tersenyum.

*****

Kereta Mercedes, KM 142 tiba di perkarangan universiti. Teha keluar dari kereta, menutup pintu dan menjengukkan kepalanya ke dalam kereta melalui tingkap.

"Pak Mat! Hm.. Hari ni Teha balik pukul 3 tau. Aa.. Hm.. Teha ada study group."

"Okay! Pukul 3 Pak Mat tunggu kat sini."

"Okay! Bye!"

"Bye!"

Sedikit demi sedikit kereta Mercedes tersebut hilang dari pandangan Teha. Teha berjalan menuju ke dewan kuliahnya dan secara tidak sengaja, dia dilanggar seorang lelaki yang sedang berbual di dalam telefon. Buku-buku yang dipeluknya jatuh ke lantai. Kertas-kertas milik lelaki tersebut juga bertaburan.

"Ops! Sorry! Sorry!"

Teha meminta maaf. Lelaki tersebut menghabiskan perbualan di telefonnya. Kemudian tanpa memandang Teha, dia berkata.

"Sorry. Saya tak perasan awak kat depan."

Dia juga meminta maaf sambil mengemas kertas-kertasnya. Tatkala dia memandang Teha, hatinya bagai terhenti. Dia terpaku melihat kecantikan Teha.

"Hm.. takpe."

Teha membalas pendek dan melangkah pergi kerana dia sudah terlambat.

"Aa.. awak! Kad matrik awak. Hm.. takpe la. Da jauh sangat."

Lelaki tersebut mengambil kad matrik Teha dan menatapnya seketika. 'Oh. Fateha. Hm.. Cun la. Nanti kita jumpa ye.' Lelaki tersebut berkata di dalam hati.

*****

Selesai kelas, Tiqa datang ke arah Teha yang kelihatan moody dari tadi.

"Hai, Teha! Kenapa ni?"

"Hai.. Hm.. kad matrik aku hilang."

"Hilang?! Hilang kat mana?"

"Entahlah. Aku rasa tercicir masa terlanggar sorang mamat ni tadi."

"Mamat mana?"

"Mana la aku kenal."

"Ala.. relax laa. Nanti dia pulangkan la tu. Da la! Jom pergi kafe. Perut aku da lapar ni. Petang ni ada study group pulak."

"Hm.. jom la."

Mereka keluar menuju ke kafe. Dalam perjalanan, mereka ditegur oleh seseorang.

"Hey, awak! Yang baju merah tu. Fateha, kan?"

Teha menoleh ke belakang mencari suara yang memanggilnya.

"Ni kad matrik awak. Tadi tercicir time terlanggar awak."

"Oh.. Terima kasih.."

"Hm.. sorry la. Pagi tadi saya nak cepat. Tak perasan awak. Aaa.. hm.. Nama saya Adam. Adam Azlan."

"Oh. Saya.. Fateha. But you can call me Teha je. Ni bestfriend saya, Tiqa."

"Oh.. Teha.. Tiqa.. Hm.. You all nak pergi mana?"

"Nak pergi kafe."

"Oh. Saya pun nak ke sana. Apa kata kalau saya belanja you all."

"Hah?! Hm.. takpe la.. Kitorang…."

"Hah! Boleh jugak! Save budget saya. Hehe.."

Tiqa memotong kata-kata Teha.

"Kalau macam tu, jom la pergi."

"Jom la. Aaa.. awak jalan kat depan, kitorang follow belakang. Mak saya pesan jangan jalan dengan lelaki yang tak kenal. Aa.. Sila la jalan kat depan."

Tiqa memberitahu. Teha hanya tersenyum. Adam pula mengerutkan dahinya lantas tersenyum.

*****

Teha duduk termenung di dalam biliknya, teringatkan lelaki yang belanjanya makan siang tadi, Adam. Wajah Adam bermain-main di minda. Tetapi lamunannya terhenti dek deringan telefon bimbitnya. Terpampang nama pemanggil di skrin telefon, Fazil.

"Hello!"

"Hello, sayang. Tak tidur lagi ke?"

"Hm.. Da nak tidur la ni."

"Kenapa? Sayang tunggu abang call ea?"

"Eh! Awak nak apa call saya lagi ni? Awak tak reti bahasa ke?! Kan saya da cakap, awak dengan saya da takde apa-apa da."

"Ala, sayang. Please give me one more chance."

"No more chance for you!!!"

Teha menamatkan panggilan. Digenggamnya erat-erat telefon tersebut. 'Ish! Laki tak guna!' bentak hatinya. Seketika kemudian, telefon berdering lagi. Tanpa melihat nama pemanggil, Teha menjawab dengan perasaan yang marah kerana menyangkakan panggilan dari Fazil.

"Hello! Eh! Awak ni memang tak paham bahasa ea?! Saya da cakap kita takde apa-apa."

"Hm.. Hello. Ni Teha ke?"

"Eh, siapa ni?"

"NI Adam ni."

"Eh! Adam! Sorry! Teha ingatkan kawan Teha tadi."

"Oh. Takpe.. Teha ok tak ni?"

"Ok. Hm.. Kenapa Adam call ni?"

"Hm.. Adam nak jumpa Teha esok boleh tak?"

"Nak jumpa? Hm.. kat mana?"

"Nanti Adam jemput Teha after class. Kita keluar kejap."

"Hah?! Aaa.. kita jumpa kat kafe je boleh tak?"

"Kafe? Hm.. boleh la.."

"Hm.. Aa..Adam, Teha da mengantuk ney. Hm.. Sorry tak boleh borak lama-lama. Teha nak tidur."

"Oh, ya! Hm.. sorry la kacau Teha memalam ni. Hm.. Bye! Night!"

"Hm..bye!"

*****

"Erm.. Teha! Hari ni aku pergi makan dengan Akid tau. So, kau kena pergi makan sensorang la. Hehe.."

"Eleh. Ingat kau sorang je ada date? Aku pun ada date la. Haha.."

"Wah! Special date ke?"

"Takde maknanya. Tak la. Saja je keluar makan sama-sama."

"Yela tu. Dengan siapa?"

"Adam. Dia nak jumpa katanya."

Teha memberitahu dan seketika kemudian, kereta Mitsubishi Lancer A173A milik Akid meluncur ke arah mereka.

"Ouh. Adam mamat semalam tu ea. Ok la. Akid da sampai. Nanti kau kirim salam je kat Adam ea. Bye!"

"Ok, bye!"

Sedikit demi sedikit kereta tersebut hilang dari pandangan Teha. Sesudah itu, muncul pula kereta Toyota Corolla DX yang dipandu oleh Adam. Adam keluar dari kereta, membuka pintu di sebelah pemandu dan mempersilakan Teha.

"Eh, kenapa kena naik kereta? Kafe kat depan tu je."

"Masuk la dulu. Kat dalam kereta nanti Adam bagitau."

Adam memujuk sambil tersenyum. Teha pelik namun diturutkan saja.

"Hah. Hari ni Adam nak bawak Teha makan kat tempat lain. Special punya."

Kereta bergerak laju menyusur keluar dari kawasan universiti. Di dalam kereta, telefon Teha berdering. Tertera nama lelaki yang paling dibenci di skrin itu. Dimatikan saja panggilan tersebut. Seketika kemudian, telefon berbunyi lagi. 'Argh!! Sibuk betul la dia ney!' Bentak hatinya. Adam yang di sebelahnya hanya memerhati. Teha menamatkan panggilan itu.

"Erm.. Kenapa tak jawab call?"

"Tak penting pun."

"Siapa call?"

"Kawan.."

Teha menjawab ringkas. Adam memahami setelah melihat air muka Teha berubah. 10 minit kemudian, mereka sampai ke destinasi.

"Ok. Dah sampai. Jom!"

"Restoran apa ni? Tak pernah pergi pun."

"Sebab Teha tak pernah pergi la Adam bawak kan. Ni la tempat Adam lepak. Coffee Meter. Kat sini makanan semua special tau."

Mereka melangkah ke kafe tersebut. Mereka mengambil tempat di tepi tingkap kafe. Selesai memesan makanan, telefon Teha berdering lagi. 'Hish! Mamat ni.. Memang tak reti bahasa la. Sengal!' Hatinya bermonolog. Panggilan tersebut dimatikan.

"Kenapa tak angkat? Maybe your friend nak cakap something important."

"Erm.. Takde la. Dia saja je tu."

Teha berkata sambil melemparkan senyuman yang tawar. Pelayan kafe datang dengan menatang dulang yang berisi dua gelas air dan dua pinggan makanan. Dia meletakkan minuman dan makanan di atas meja lantas beredar.

"Haa. Rasa la. Sedap tau."

Adam berkata dan menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

"Erm.. Teha stay kat mana?"

"Dekat je. Kat Taman Bukit Antarabangsa."

"Ouh, kat situ. Rumah yang mana?"

"Rumah nombor 25. Rumah yang 2 tingkat tu. Adam asyik tanya Teha je. Adam pulak duduk mana?"

"Adam duduk rumah sewa dengan member."

"Ouh. Family Adam?"

"Mama kat Putrajaya. Papa kat Selayang."

"Lain-lain?"

"Ha ah. Dorang da tak together."

"Ouh, sorry."

"Erm.. Takpe. Teha ambil course apa?"

"Engineering in construction. Adam?"

"Adam ambil course... course... Kosmetik! Hahaha.."

"Eh, main-main pulak dia. Teha tanya betul-betul ni."

"Haha.. Adam gurau je. Adam ambil business."

"Waa.. Business man la ni."

"Coming soon la."

Adam ketawa. Di dalam hati, Teha mengakui kebaikan dan ketampanan lelaki di hadapannya.

"Adam. Kita keluar berdua macam ni, makwe tak marah ke?"

Adam sekadar memberi senyuman. Kemudian, dia bersuara.

"Makwe? Adam takde makwe la. Dulu ada but now, dia da takde kat dunia ni lagi."

"Sorry, Adam. Teha tak bermaksud na.."

"Takpe. Takpe. Tu da takdir."

Suasana sepi seketika. Adam kelihatan sedih. Kemudian dia meneruskan ceritanya.

"2 tahun lepas, kitorang start couple. Seronok dengan dia. Erm.. Nama dia Fira. Lawa orangnya. Tapi, malang... Kitorang dapat bersama hanya untuk setahun je. Kitorang accident. Masa tu, Adam yang drive. Jalan licin because hujan. Tiba-tiba, ada lori keluar dari simpang kiri. Adam tak sempat elak and lori tu rempuh bahagian Fira. Fira meninggal kat tempat kejadian, pendarahan teruk. Adam cuma cedera. Dapatlah jahitan kat belakang badan ni."

Adam bercerita dengan tenang.

"Erm.. Kesiannya. Sabar ea. Yang pergi tetap pergi."

"Eh! Asyik Adam je cerita. Apa kata Teha pulak cerita pasal pakwe Teha."

"Ish! Teha takde pakwe la."

"Eleh! Tipu! Orang secantik Teha ni takkan la takde pakwe."

"Haha.. Cantik?! Erm.. Apa apa la. Erm.. Teha pun ada pakwe.... Dulu... Sekarang kitorang da takde apa apa. Erm.. Da la! Buat sakit hati je nak cerita pasal mamat tu."

"Kenapa?! Dia buat apa kat Teha?"

"Ish! Sibuk la! Hehe.. Erm.. Kitorang da clash. Dia ada pompan lain."

"Siapa nama dia?"

"Fazil.."

"Ish! Tak patut dia buat Teha macam tu. Da dapat Teha pun nak cari perempuan lain. Er.. So now Teha ni single la?"

"Aha. Erm.. Kenapa?"

"Eh! Takde apa? Tanya je."

Adam meleretkan senyuman.

*****

"Hei! Kan saya da cakap. Saya da tak suka awak la!"

"Kenapa sayang da tak suka abang? Abang tak buat apa-apa pun kat sayang."

"Tak buat apa-apa? Awak ingat saya tak tau pasal perempuan tu?"

"Perempuan mana?"

"Awak jangan buat-buat tak tau la. Saya tau, awak ada affair dengan Anis tu kan. Da la. Saya malas nak layan orang macam awak ni."

Klik! Teha menamatkan panggilan. Dia menghempaskan badannya di atas katil lalu menekup mukanya menggunakan bantal.

"Arghh!!!!!!!!!!!!! Laki tak guna!!!!! Pergi mati la kau!!!!!!!"

Kak Yam yang kebetulan lalu di hadapan bilik Teha terkejut. Dia kemudian masuk ke dalam bilik Teha yang tidak berkunci itu.

"Teha.... Kenapa jerit-jerit ni?"

Teha bangun dari baringnya tatkala mendengar suara Kak Yam.

"Huuu.. Kak Yam. Teha geram la."

"Geram kenapa ni?"

"Fazil....."

"Fazil?! Kenapa dengan dia?"

"Dia kacau Teha lagi. Teha da tak suka dia. Dia asyik call je."

"Teha cakap la kat dia yang Teha da tak suka dia lagi."

"Teha da cakap. Naik berbuih mulut ni cakap kat dia. Dia yang tak reti bahasa."

Teha mengeluh. Kak Yam hanya membisu. Dia hanya mampu memberi nasihat.

"Da la tu. Biar la mamat tu. Kalau dia call lagi, Teha tak payah angkat.'

Kak Yam berkata sambil mengusap-usap lembut belakang Teha. Teha bermasam muka. Marah. Di dalam hatinya, dia berbisik. 'Kenapa lah kau ada dalam hidup aku. Haish....'

"Hm.. Ok la. Kak Yam nak turun bawah. Nak tidur. Night!"

Suara Kak Yam menghentikan lamunan Teha.

"Ouh. Ok la. Night, Kak Yam!"

*****

"Erm.. Teha! Da 2 minggu ni aku tengok kau ke hulu ke hilir dengan Adam je. Ada apa-apa ke?"

"Adam?! Hey! Takde la."

"Eleh! Kau ingat aku tak tau ke. Aku da kenal kau lama la. Kau couple kan dengan dia ke?"

"Eh! Merepek! Kawan je la."

"Erm.. Ye la."

"Tak percaya sudah. Ok la. Pak Mat da tunggu tu. Bye!"

"Bye!"

Teha berlari ke arah kereta tersebut meninggalkan Tiqa yang setia menunggu Akid.

"Assalamualaikum, Pak Mat!"

Teha menyergah Pak Mat yang asyik melayan lagu Isabella di radio.

"Mak kau, Isabella! Mak aih. Terkejut, Pak Mat."

"Haha.. Sorry, Pak Mat. Lama Pak Mat tunggu. Teha jumpa lecturer kejap tadi."

Teha berkata sambil membuka pintu kereta di sebelah pemandu. Dia duduk.

"Papa da bertolak ke, Pak Mat?"

"Belum. Dia kata nak tunggu Teha balik."

"Ouh, ye ke. Kalau macam tu, cepat la, Pak Mat! Kesian papa tunggu."

Kereta tersebut bergerak laju ke Taman Bukit Antarabangsa.

*****

Kak Yam sedang menyediakan nasi. Datuk Izhar dan Datin Shima sudah bersedia di meja makan.

"Mana Teha ni, yang?"

"Ala.. Kejap lagi sampai la tu."

Sejurus kemudian, kedengaran deruman enjin kereta di garaj menandakan Pak Mat sudah balik dari menjemput Teha. Tidak berapa lama itu, suara girang Teha kedengaran.

"Papa!! Mama!! Sorry... Teha lambat!!"

"Haa.. Sampai pun anak papa ni.."

"Sorry, papa. Tadi Teha jumpa Prof. Zaher. Bincang pasal assignment yang dia bagi tu."

"Erm.. Prof Zaher?! Lecturer Teha yang muda tu ea?"

"Ha ah."

"Ouh. Meeting ke dating?"

"Hish! Papa ni. Mengarut je."

"Da la. Da la. Anak kalau da jumpa papanya ni, haru la rumah. Da! Jom la makan. Aaa.. Yam! Panggil Mat. Kita makan sama-sama."

Yam menuruti. Sudah menjadi kebiasaannya, mereka akan makan bersama-sama. Walaupun Yam dan Mat Top hanya pembantu rumah dan pemandu di rumah itu, tapi mereka dilayan baik oleh majikannya.

"Bang Mat!!! Jom makan!!"

Yam berteriak. Mat Top masuk ke dalam dan terus pergi ke arah meja makan. Yam menarik kerusi dan duduk di sebelah Teha.

"Papa bertolak pukul berapa?"

"Pukul 2 nanti."

"Teha nak ikut pergi airport ea?"

"Aik?! Tak penat ke? Teha kan baru balik."

"Takde la penat sangat."

"Erm.. Jom la. Yam nak ikut?"

"Hish! Takpe la, Datuk. Kalau saya ikut, siapa nak jaga rumah. Lagipun, saya takut nak ke airport tu."

"Laa.. Kenapa pulak?"

"Takut saya tengok kapal terbang tu. Besar-besar. Nanti ada yang terhempas atas kepala saya."

Mereka semua gelak mendengar penjelasan Yam. Yam pun turut ketawa. Mereka kemudian meneruskan makan. Selesai makan, mereka bersantai di depan tv. Sedang mereka asyik menonton, tiba-tiba telefon bimbit Datin Shima berdering.

"Hello."

"Hello, Datin Shima. Ni Datin Fairuz."

"Ouh, Datin Fairuz. Ada apa, Datin?"

"Aaa... Nak bagitau ni yang malam ni..... Kita kena bertolak ke Terengganu. Ada meeting untuk projek kerjasama dengan syarikat NGO esok. Kalau boleh, Datin kena ada la sekali."

"Oh.. Ok. Saya datang nanti."

Datin Shima menamatkan panggilan dan Datuk Izhar terus bersuara.

"Siapa call, yang?"

"Datin Fairuz..."

"Datin Fairuz? Yang mana?"

"Ala.. Isteri Datuk Syafiq la, papa."

"Ouh ye.. Papa lupa nama isteri dia. Ada apa, yang?"

"Hm.. Shima ada meeting penting kat Terengganu esok. Tentang projek persatuan dengan NGO tu."

"Oh.. Bila ayang nak pergi?"

"Malam ni bertolak la."

Tiba-tiba Pak Mat bersuara.

"Eh, Datuk! Da pukul 1.15 ni. Flight Datuk pukul 2. Jom la."

"Laa. Tak perasan saya. Haa.. Jom la. Hm. Orang yang takut dengan kapal terbang tu tinggal rumah ea. Haha.."

Datuk Izhar berjenaka sambil meleretkan senyuman kepada Yam. Yam hanya tersenyum apabila menyedari dirinya disindir.

*****

"Eh! Banyaknya baju mama bawak? Mama pergi berapa hari?"

"Mama pun tak tau. Datin Syam call tadi. Katanya maybe seminggu."

"Datin Syam?! Dia ada anak lelaki, kan? Siapa ea namanya? Erm.... aa... er... Rafiz! Nanti mama kirim salam kat anak dia ea."

"Rafiz? Bukan anak dia da tunang ke?"

"Tunang? Dengan siapa?"

"Dengan anak Datuk Amirul dengan Datin Azia. Hm.. Ninie namanya."

"Ninie? Laa.. Tak tau pulak. Hm.. Melepas Teha.."

"Aik? Anak mama ni pun ada hati dengan Rafiz ke?"

"Ada la sikit mama. Hehehe.. Hm.. Mama nak bertolak pukul berapa ni?"

"Pukul 10 nanti la."

"Flight mana?"

"Entah. Mama pun tak tau."

Datin Shima berkata sambil mencampakkan pakaian dari almari ke atas katil. Teha yang sudah berada di atas katil menolong mamanya melipat pakaian dan meletakkannya di dalam beg. Di dalam hatinya berkata, 'Hm.. Papa pergi UK. Mama pergi Terengganu. Tinggal aku sorang. Kalau ada Amal macam dulu-dulu, kan best.' Dia teringatkan arwah adiknya, Amal yang telah pergi buat selamanya.

Amal menemui ajal di dalam satu tragedi jalan raya. Mengingatkan kembali tragedi itu sudah cukup membuatkan air mata Teha bergelinangan namun sempat diseka sebelum jatuh ke pipi.

"Kenapa ni? Ingat adik ea?"

Naluri keibuan Datin Shima cekap memahami reaksi si anak.

"Da la. yang pergi tu tetap pergi. Walau ditangis pun, tak kan kembali."

Teha memeluk erat mamanya selepas mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut mamanya. Air matanya bercucuran tanpa dapat ditahan lagi.

"Ma, Teha rindu Amal!!"

Teha separuh menjerit di dalam dakapan mesra mamanya.

*****

"Kak Yam! Erm.. Hari ni Kak Yam masak special sikit boleh tak?"

"Aik? Kenapa pulak? Selama ni Kak Yam masak tak special ke?"

"Eh! Bukan. Kak Yam masak memang special cuma hari ni, Teha nak bawak kawan lunch kat sini."

"Ouh.. Berapa ramai kawan Teha tu?"

"Sorang je. Teha da call mama, mama cakap boleh."

"Sorang je. Laa... Ha.. Kawan lelaki ke kawan perempuan?"

"Yang tu Kak Yam tengok la sendirik nanti."

Teha menghabiskan kata-katanya lantas meminum seteguk air susu yang telah disediakan oleh Kak Yam.

"Ok la, Kak Yam. Teha pergi dulu."

"Eh! Tu rotinya tak makan?"

"La.. Teha lupa. Hehe... Ok la, bye!"

Teha mencapai roti sandwich di atas meja dan melangkah pergi ke kereta di hadapan rumah.

"Angau agaknya budak ni."

Yam bermonolog sendirian. Di luar rumah, Pak Mat sudah bersedia di dalam kereta.

"Hai, Pak Mat!"

"Hai.. Erm.. Awal hari ni?"

"Ye ke? Takde la. Biasa je."

"Awal la. Selalunya 8.45 baru gerak. Hari ni 8.10 da masuk kereta."

"Erm.. Apa-apa la, Pak Mat. Pak Mat, tengahari ni Pak Mat tak payah jemput Teha tau. Kawan Teha hantarkan.."

"Erm.. Yela.."

*****

"Hish! Apasal tak angkat call ni?"

Fazil merungut sendiri. Jari jemarinya ligat menekan punat telefon bimbitnya.

"This is the voicemail service. Please leave your message after this sound. Beep!"

"Hello, sayang. Kenapa tak angkat call? Da banyak kali abang call. Esok kita jumpa boleh? Abang rindu la. Bye!"

Fazil meninggalkan pesanan dengan harapan Teha akan memberikan reaksi yang positif.

"Dude! Kau still sayang kat Teha tu ke?"

Suara Enol kedengaran dari ruang tamu. Fazil yang berada di pintu rumah hanya berdiam diri mendengar kata-kata rakan serumahnya itu.

"Weyh! Kau tau tak yang minah tu da ada balak lain? Yang kau bodoh sangat terhegeh-hegeh kat dia lagi apasal?! Come la bro."

Fazil terkejut. Dia bingkas pergi ke arah Enol dan berdiri di hadapannya menyebabkan Enol terhalang daripada menonton tv.

"Cakap jangan sebarang cakap ea! Jangan sesuka kau nak cakap Teha macam tu. Kau ada bukti ke?"

"Eleh.. Kau nak bukti? Ok! Nanti kau tengok kat U, dia balik dengan siapa. Kau tu yang bodoh la.."

Api kemarahan Fazil mula menyala. Dia terus keluar dari rumah, menghidupkan enjin kereta dan terus memandu ke universiti Teha belajar. Dalam perjalanan, mindanya tidak putus-putus mengingatkan kembali kata-kata Enol.

"Lelaki lain?! Siapa yang berani rampas Teha daripada aku?!"

Fazil berkata sendiri. Sampai di perkarangan universiti, Fazil memberhentikan keretanya di bawah pohon rendang. Dia menunggu di dalam kereta. Jam menunjukkan pukul 1.45 petang.

"Baru 1.45. Teha keluar pukul 2 agaknya. Sekejap je lagi ni."

Fazil menunggu dengan penuh kesabaran. Fikirannya hanya tertumpu kepada Teha. Orang yang lalu lalang di hadapan keretanya sikit pun tidak dihiraukan. 10 minit kemudian, Teha keluar dari bangunan akademik bersama Tiqa. Dia kelihatan seperti sedang menunggu seseorang. Fazil yang berada di dalam kereta terpana melihat Teha yang hanya 100 meter jauh darinya.

"Teha......"

Api kemarahannya tadi seakan terpadam tatkala melihat wajah wanita pujaannya. Kerinduannya yang membuak-buak membuatkan dia ingin pergi ke arah Teha. Namun, belum sempat keretanya bergerak, dia ternampak sebuah kereta Toyota Corolla DX berhenti di hadapan Teha. Teha tersenyum kepada pemandu kereta itu lalu masuk ke dalam kereta tersebut. Fazil teringat kata-kata Enol tadi.

"Weyh! Kau tau tak yang minah tu da ada balak lain?"

Fazil lantas mengekori kereta tersebut. Di dalam kereta, dia tidak lekang daripada memarahi lelaki yang sedang bersama Teha itu.

"Celaka! Sial! Berani kau rampas Teha daripada aku? Siap kau. Kau belum kenal aku siapa."

Sampai di hadapan rumah Teha, Fazil memberhentikan keretanya jauh sikit dari rumah itu. Dia melihat lelaki tersebut keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah bersama Teha.

"Celaka! Bangang! Siapa budak tu ea? Takpe.. Takpe.. Siap kau.."

*****

"Assalamualaikum... Kak Yam, Teha da balik."

"Walaikumsalam.. Haa.. Balik pun."

Kak Yam dari dapur datang ke arah Teha.

"Kak Yam, ni la special guest yang Teha cakap tu. Nama dia Adam."

"Oh.. Adam.."

Adam menghulurkan tangan untuk bersalam. Kak Yam menyambut sambil melirikkan mata ke arah Teha. Teha hanya tersenyum.

"Tiada puisi atau lagu.. Yang dapat ku ilham seindahmu.."

Pak Mat yang datang dari garaj menyanyi.

"Aik, Bang Mat. Nak ilhamkan puisi untuk siapa tu?"

"Eh.. aa.. erm.. Untuk Yam la."

Pak Mat berseloroh bersahaja.

"Erm.. Pak Mat! Ni Adam. Kawan Teha."

"Kawan? Kawan ke boyfriend? Hehe.."

"Eh! Kawan la, pak cik. Tak lebih."

Adam menafikan sambil bersalaman dengan Pak Mat.

"Ye ke ni?! Nama siapa tadi??!"

"Aaa.. Adam, pak cik."

Tergagap-gagap Adam menjawab tatkala melihat wajah Pak Mat berubah serius. Pak Mat merenung Adam. Adam sedikit gementar dengan renungan tajam Pak Mat. Tiba-tiba Pak Mat tergelak.

"Hahahaha.. Pak cik baru tenung sikit kamu da gigil. Kamu ni.."

"Hish! Apa la, Bang Mat ni. Buat takut budak tu je."

"Saja nak gertak sikit."

Adam hanya tersenyum mendengar penjelasan Pak Mat.

"Eh, jom la makan. Kalau dilayankan pak cik ni, sampai ke malam la kita tercegat kat sini."

Yam memberi arahan. Mereka berjalan menuju ke meja makan.

"Haa.. Adam duduk la. Kenapa berdiri lagi tu. Ala. Tak payah malu. Buat macam rumah sendiri."

"Aa.. Ye.. Ye.."

Adam duduk bersebelahan dengan Teha. Mereka menikmati makanan hasil air tangan Yam. Selesai makan, mereka bercerita tentang itu dan ini. Sesekali terdengar gelak tawa mereka apabila lawak spontan dilakukan oleh Pak Mat.

*****

"Hai, Teha. Belum tidur lagi?"

"Eh! Belum la. Awal lagi nak tidur."

"Papa dengan mama da balik?"

"Belum. Mama balik esok. Papa balik rabu ni."

"Oh.. kesian dia. Takpe la. Kak Yam ada boleh temankan Teha kan?"

"Ha ah. Tapi Pak Mat takde la. Tinggal kitorang dua orang je kat sini."

"Takde? Pergi mana?"

"Erm.. Mak Pak Mat tak sihat kat kampung. So, Pak Mat balik kampung, tengok mak dia. Da dua hari da Pak Mat takde kat rumah."

"Oh.. Da dua hari. Habis, Teha pergi kelas naik apa?"

"Teksi."

"Laa.. Kenapa tak cakap dengan Adam. Adam boleh hantar, ambil Teha."

"Ala.. Tak payah la. Menyusahkan Adam je."

Teha bangun dari katilnya menuju ke balkoni. Dilihatnya pemandangan malam yang indah.

"Teha tengah buat apa?"

"Tak buat apa-apa. Duduk kat luar ni. Hirup udara malam. Adam buat apa?"

"Tengok orang main game."

"Game je. Assignment da buat?"

"Eh! Mestilah da. Ni Adam la. Budak yang rajin."

"Eleh.. Rajin la sangat. Lepas tu nanti mengadu lecturer bagi assingment banyak. Padahal dia yang tangguh kerja."

Teha berkata lantas memusingkan pandangannya ke dalam bilik. Dan ketika itu juga, dia terkejutnya apabila mendapati susuk tubuh seorang lelaki di hadapannya. Dia terpaku di situ. Adam yang masih di dalam talian bercakap.

"Alaa.. Relax la. Last minute boleh buat lagi. Er.. Teha! Teha! Hello! Kenapa senyap je ni? Teha!"

"Fa... Faz.. Fazil?!! Apa awak buat kat sini?"

Teha berkata dengan nada yang tersekat-sekat. Dia amat terkejut melihat Fazil yang sedang berdiri di hadapannya. Adam masih dapat mendengar suara Teha kerana telefon bimbit masih di telinga Teha dan talian masih belum terputus.

"Fazil?!! Teha! Are you okay?! Kenapa sebut nama Fazil??! Fazil ada kat situ ke?! Teha! Hello?!"

Adam semakin cuak. Telefon bimbit di tangan Teha jatuh ke lantai. Dengan segenap daya yang ada, Teha menjerit.

"Kak Ya.....mmmmhhhhh...."

Belum sempat dia menjerit nama Kak Yam sepenuhnya, Fazil terlebih dahulu menekup mulutnya. Fazil bertindak pantas memeluk Teha dari belakang.

"Diam la perempuan! Kau menjerit tu apasal?! Aku bukan hantu pun! Bodoh!"

Fazil berkata separuh menjerit. Dia mengheret Teha ke dalam bilik. Teha gelabah. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Tidak semena itu, Teha menggigit tangan Fazil yang menutup mulutnya itu.

"Auwgghh!! Sakit la bodoh!!!"

"Tolong!!! Kak Ya.....mmmhhh..."

Fazil terus memeluk Teha dari belakang. Kemudian, dia berkata.

"Woi perempuan! Kau dengar sini. Kau da tolak aku mentah-mentah, kau jangan ingat aku boleh lepaskan kau dengan jantan lain. Kau ingat jantan tu bagus sangat ke?!! Baik sangat ke?!! Selagi aku hidup takde mana-mana jantan pun yang boleh dekat dengan kau selain aku. Kau ingat ni!!!"

"Mmmphhh.. mmmmphh... arghh!!!"

Teha berjaya melepaskan diri dari pelukan Fazil. Telinganya bingit kerana Fazil menjerit betul-betul di telinganya.

"Hei, Fazil! You ni kenapa?! Da gila ke? I da cakap antara you dengan I da takde ap..."

"Arghhh!!! Diam kau!!!"

Secara tak sedari, satu torehan tercipta di muka Teha. Darah memercik ke sekeliling. Teha rebah di atas katil. Tiada lagi kedengaran suara orang menjerit-jerit. Fazil terkedu.

"Teha! Aku tak berniat nak buat semua ni.. Aku tak sengaja. Teha!! Teha!! Bangun la!!"

Fazil menggoncang tubuh Teha yang telah terkulai di atas katil. Tiba-tiba, kedengaran suara Adam dari luar bilik.

"Teha!!! Teha!!!! Teha!!!"

Adam meluru ke arah Teha yang sudah tidak bernyawa itu. Fazil yang berada di tepi katil terkejut melihat Adam yang muncul secara tiba-tiba. Ketika itu, api kemarahannya mula membara.

"Jahanam!! Ni semua kau punya pasal!!! Arghhh!!!"

Satu tumbukan padu daripada Fazil menjatuhkan Adam ke lantai. Belum sempat Adam bangun, Fazil sudah menerkamnya.

"Arghhh!!! Tak guna!!! Ni semua sebab kau!!!"

Satu lagi tumbukan yang keras mengenai tepat ke pipi Adam. Pipinya kebas. Namun, tatkala Fazil ingin melemparkan tumbukan yang ketiga, dia sempat mengelak. Dia menolak Fazil menyebabkan Fazil terjelepuk ke sudut bilik. Adam menerkam Fazil yang sedang kesakitan namun Fazil masih berdaya untuk menerajangnya. Adam terhumban. Kepalanya terhantuk pada tiang katil. Adam kesakitan, lemah dan tak berdaya. Darah mengalir keluar dari kepalanya. Fazil mencapai gunting yang berada di atas meja yang berdekatan dengannya. Dia meluru ke arah Adam sambil mengacukan gunting tersebut. Adam cuba mengelak namun dia tidak berdaya. Gunting tersebut tercucuk tepat di lehernya.

"Arghhh!!!"

Jeritan terakhir Adam berkumandang. Fazil menarik balik gunting tersebut. Tangannya berlumuran dengan darah. Dia tidak sedar apa yang sedang dilakukan. Fazil yang ketakutan melepaskan gunting tersebut dan terus berlari keluar dari rumah itu. Hanya yang tinggal sepasang kekasih yang dahulunya berjanji sehidup dan semati. Sepasang kekasih yang kini tidak bernyawa lagi. Sepasang kekasih yang mati di tangan seorang insan yang penuh dendam. Sepasang kekasih yang akan bahagia.... Di alam lain....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience