Rate

Bab 24 Kepanikan Adib

Romance Completed 278239

Wajah Adib jelas kelihatan cemas setelah melihat Anis yang pengsan tidak sedarkan diri di gelanggang bola tampar. Adib buru-buru berlari mendekati pelajar yang mengerumuni Anis agar pelajar-pelajar lelaki yang ingin membantu Anis di cegah oleh Adib. Adib mendukung Anis ala bridal style dan mendapat perhatian dari semua pelajar dan Cikgu Farah.

Ada beberapa pelajar yang iri melihat betapa cemasnya Cikgu Adib.

"Biar saya yang urus Anis, kamu boleh teruskan latihan yang tertunda." Kata Adib Umair dengan sedikit panik kepada beberapa orang pelajar lelaki yang cuba membantu.

"Wah, beruntungnya Anis Cikgu Adib yang urus."

"Alah, pura-pura pengsanlah tu!"

"Jangan bising kamu nanti Cikgu Adib dengar."

"Kalau macam tu saya pun nak pengsan sekali."

"Jangan-jangan Cikgu Adib suka dengan Anis!"

Terdengar  bisikan suara-suara pelajar yang melihat drama antara Adib dengan Anis. Ada yang tergelak kerana merasa yang terjadi seperti dalam drama tv dan ada pula yang cemburu. Ada juga segelintir pelajar yang kasihan serta panik melihat keadaan Anis Umairah.

Cikgu Farah sendiri ikut panik melihat keadaan Anis yang tidak sedarkan diri. Cikgu Farah tidak menyangka permainan mereka hari itu boleh mengakibatkan salah seorang pelajarnya terkena musibah.

Adib menghantar Anis ke bilik kesihatan yang pihak sekolah sediakan.  Dia meletakkan Anis Umairah di atas katil pasien dan menatapnya sendu, mengucup dahi dan bibir Anis penuh kasih dan membelai kepala Anis seketika. Dia tidak sanggup melihat keadaan Anis ketika itu. Sekiranya Anis Umairah belum sedarkan diri juga, Adib bercadang akan menghantar Anis ke hospital terdekat.

Adib melepaskan cermin mata Anis dan melap wajah Anis yang pucat seperti mayat menggunakan kain bersih yang basah berada di bilik rawatan tersebut perlahan-lahan, setelah itu Adib duduk di tepi katil pasien melihat Anis yang belum sedarkan diri.

"Kenapa boleh sampai jadi begini Anis? Kalau tak boleh lakukan, kenapa degil  ikut bermain?" Batin Adib berbicara.

Hari ini Anis telah buat abang tak tentu arah Anis, Anis faham tak perasaan abang? Macam mana abang nak laluinya sendiri? Adib tertunduk memejamkan matanya. Jenis suami apa aku ini, tak dapat menjaga isteri sendiri dengan baik. Adib meratapkan nasibnya yang kurang bernasib baik hari itu. Ia mengusap wajahnya lembut sambil menatap wajah Anis yang masih tidak sedarkan diri.

Adib tahu Anis buta tentang sukan, apa lagi jenis permainan lasak seperti itu. Itulah kenapa Adib sentiasa berjaga-jaga setelah mengetahui kelas 5 Sains akan  menjalani sukan untuk mendapatkan markah. Melalui sukan tersebut, guru akan menilai kebolehan setiap pelajar.

Tok tok tok
Tok tok tok

"Assalamualaikum Cikgu boleh Aina masuk?" Aina Natasha ke bilik rawatan menemui Adib.

"Waalaikumussalam, ya masuklah." Ucap Adib sambil berdiri dari duduknya melihat Aina Natasha yang ingin masuk. " Ada apa Aina?" Kata Adib setelah melihat rakan Anis itu berdiri dekatnya.

"Cikgu Farah suruh saya menemani Anis di bilik rawatan Cikgu." Kata Aina Natasha menjawab soalan Adib tadi.

"Oh baiklah Aina terima kasih, tolong jagakan Anis sebentar. Sekiranya Anis Umairah belum juga sedarkan diri, Cikgu nak hantar Anis ke hospital terdekat." Kata Adib Umair sambil menatap Anis yang terbaring di atas katil.

"Baik, Cikgu." Jawab Aina Natasha sopan.

"Kalau Anis dah sedarkan diri tolong maklumkan dengan Cikgu secepatnya." Sahut Adib.

Aina Natasha mengangguk patuh dengan arahan Adib, setelah itu Adib keluar dari bilik rawatan dan kembali ke kelas yang dia ajar tadi. Adib telah membuat keputusan setelah masa peralihan mata pelajaran tingkatan 3, dia akan segera membawa Anis Umairah ke hospital yang terdekat dan segera menelefon ibunya di rumah.

Cikgu Farah melihat tingkah laku Adib yang baru keluar dari bilik kesihatan, dia tidak begitu setuju dengan perhatian yang Adib berikan pada Anis. Baginya Anis cuma seorang pelajar, kenapa Adib begitu cemas dan tidak memberi orang lain untuk membantu Anis. Tidak wajar baginya seorang guru lelaki yang mengurus pelajar perempuan yang tidak ada kaitan kekeluargaan, bukan muhrim. Perhatian yang Adib berikan terlalu berlebihan fikir Cikgu Farah.

Setelah habis subject sukan bagi pelajar tingkatan 5 Sains, Cikgu Farah bercadang ingin menemui Adib. Dia segera kembali ke bilik guru setelah melihat Adib berada bahagian lorong perjalan kaki menuju ke bilik guru.

"Cikgu Adib sekejap!" Teriak Cikgu Farah berlari tergesa-gesa mendekati Adib.

Adib segera menoleh kearah sumber suara kerana terasa namanya di panggil, dia melihat Cikgu Farah yang ingin mendekatinya.

"Ada apa Cikgu Farah?" Tanya Adib yang melihat Cikgu Farah kelihatan panik.

"Macam mana dengan Anis?"

"Oh, Anis belum sedarkan diri. Saya bercadang nak bawa Anis ke hospital dengan segera." Jawab Adib dengan detail.

Cikgu Farah mengerutkan keningnya. Belum sedarkan diri? Takkan sampai begitu sekali? Parah sangat ke? Fikir Cikgu Farah.

"Kalau macam tu, saya boleh menemani Cikgu ke hospital nanti." Sahut Cikgu Farah dengan bersemangat menawarkan dirinya.

"Tak perlu Cikgu, saya sudah menelefon ibu saya tadi untuk menemani Anis di hospital nanti." Sahut Adib datar.

Cikgu Farah terkejut dengan kenyataan tersebut.

"Apa? Ibu Cikgu Adib yang akan menjaga Anis? Atau saya yang salah dengar!!" Batin Cikgu Farah berkata-kata.

"Kalau macam tu, saya tumpang lalu ya cikgu!" Kata Adib Umair segera beredar menuju ke pejabat guru untuk menyimpan buku-bukunya.

Setelah Adib Umair menyimpan segala peralatan mengajar, Adib segera ke bilik kesihatan untuk melihat semula keadaan Anis.

"Assalamualaikum Aina, Anis dah sedar ke?" Tanya Adib setelah sudah sampai di bilik rawatan tersebut.

"Waalaikumussalam Cikgu, belum lagi." Kata Aina sedikit cemas.

"Kalau macam tu, tolong pergi ke kelas ambilkan semua barang-barang Anis dan bawa ke kereta Cikgu ya, Cikgu nak bawa Anis ke hospital sekarang juga." Sahut Adib kemudian cuba mendukung Anis semula ala bridal style.

"Baik Cikgu!" Patuh Aina segera berganjak dari tempat duduknya menuju ke kelas 5 Sains.

Adib segera membawa Anis ke keretanya yang sudah dia letak berdekatan dengan bilik kesihatan tersebut. Adib meletakkan Anis di depan bahagian sebelah pemandu,  yang bahagian penyandarnya telah Adib turunkan agar dia dapat membaringkan badan Anis.

Setelah itu, Aina Natasha menyerahkan barang-barang Anis yang Adib maksudkan.

"Terima kasih ya Aina sudah menjaga Anis tadi." Kata Adib sambil tersenyum singkat.

"Sama-sama cikgu."

"Kamu boleh kembali ke kelas!" Arah Adib pada Aina.

Cikgu Farah hanya dapat melihat segala kelakuan Adib  yang panik dari bilik guru. Kebanyakan guru-guru berada di dalam kelas tengah menjalankan tugas masing-masing.

Ada beberapa murid yang berkumpul di koridor kelas melihat keadaan tersebut.

semoga terhibur ya. Cikgu Farah mula curiga ya? Adib tak dapat sorok kecemasannya terhadap Anis. saya edit sedikit cerita ni

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience