BAB 9

Humor Completed 26855

“Terima kasihlah sebab sudi jadi model aku” Qisha menolong Khalish menanggalkan baju cinderella yang dipakainya. Khalish masih lagi dengan muka masamnya.

“Tak de apalah. Kau dah tolong aku ambil balik rantai akupun dah cukup. Rantai mummy aku, kalaulah hilang, memang mampus aku” ujar Khalish. “Thank you so much” sambungnya lagi dengan senyuman di atas bibirnya. Senyuman yang lebar bak bulan sabit itu membuatkan Qisha terkilan, dia cuba memikirkan soalan lain untuk mengelakkan air liurnya meleleh kerana terkesima akan ketampanan Khalish.

“Apasal kau bawa rantai mummy kau ke sekolah? Saja nak menunjuk ke?” dia mengacah-acah Khalish, Khalish hanya ketawa perlahan.

“Tak de la” Khalish mengeluarkan rantai itu dari poketnya lalu isi kandungan rantai itu ditunjukkan pada Qisha.

“Ini gambar papa dan adik perempuan aku. Sejak mama dan papa bercerai, aku cuma boleh tatap gambar papa dan ini satu-satunya gambar papa yang aku ada. Mummy pun tak ada gambar papa. Papa aku ceraikan mummy aku dengan talak tiga. Pasti kau fikir dia seorang yang teruk tapi aku tak boleh salahkan dia, dia cerai dengan mama disebabkan aku dan tentang adik aku, dia terkorban dalam kemalangan jalan raya”

“Aku ada dengar kisah adik kau. Takziah ya Khalish”

“Terima kasih” balas Khalish, hambar saja suaranya.Qisha menepuk bahu Khalish untuk memujuk lelaki itu, Khalish tunduk memandang pada lantai.

“Sekurang-kurangnya kau ada mak” ujar Qisha. “Aku ni pula mana ada ibu dan ayah. Sejak lahir lagi aku sudah jadi anak yatim” dia tidak pernah dia berkongsi hal ini dengan mana-mana kawannya, termasuklah Sofia tapi mengapa dengan mudahnya dia memberitahu pada Khalish sedangkan dia langsung tidak mengenali lelaki ini dalam jangka masa yang lama.

Khalish memandang pada Qisha, rasa bersalah menggunung dalam hatinya. Dia menyesal kerana membangkitkan hal itu, pasti Qisha terasa hati dengannya.

“Aku minta maaf” ujar Khalish perlahan.

“Tak apa. Kau sorang je yang tahu pasal ni. Jangan beritahu pada orang lain tau”

Khalish mengangguk kepalanya. Dia dan Qisha berjalan pulang bersama-sama, berbual untuk kali pertama tanpa bergaduh.

Qisha memandang pada Khalish yang sedang tersenyum ke arahnya.

Aku tak sedar apa yang aku sedang rasa sekarang ini tapi sekiranya tanpa lelaki ini, aku akan rasa kehilangan….

…..

“Aku dah penat nak baca. Tolong rehat lima minit” teriak Qisha. Entah kenapalah dia boleh terima Khalish sebagai cikgu Biologinya.Ini semua cadangan cikgu Zualif.

“Yelah, lima mint je” balas Khalish.Diapun sebenarnya sudah letih, jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang.Lagi 30 minit je lagi barulah dia boleh balik.

Khalish meletakkan kepala di atas meja, matanya dipejamkan. Sejak awal lagi, kepalanya terasa sakit sungguh.

“Aku pergi toilet kejap” Qisha bangkit, walaupun dia tak mendengar jawapan Khalish tapi dia tahu Khalish mendengar suaranya.

Khalish mengangkat wajahnya, dia memandang kelibat Qisya yang sudah meninggalkan perpustakaan itu. Khalish mengurut pelipisnya, kepalanya masih berdenyut-denyut. Selepas beberapa minit, dia membuka matanya. Dia mengambil buku Biologi dan mula membuka helaian buku itu tapi pergerakkannya terhenti apabila dia melihat titisan darah di atas helaian kertas buku Biologi itu.Tangannya menyentuh hidungnya, darah mengalir dari hidungnya.Khalish terkedu, dia hanya memandang pada darah di tangannya.

“Khalish, kau tak apa-apa ke?” suara Qisha menyedarkannya dari lamunan. Khalish mengangkat wajahnya, dia memandang pada Qisha yang nampak risau akan keadaannya.

“Uh, Qisha.. Aku tak apa-apa”

“Bro, hidung kau berdarah kut” Qisha mengambil sapu tangan dari beg sandangnya, dia ingin membersihkan darah yang turun dari hidung Khalish tapi Khalish menghalangnya, dia merampas sapu tangan Qisha dan membersihkan darah yang mengotori bajunya dengan sendirinya.

“Mungkin sebab penat. Aku dah berhari-hari tak jaga diri sebab baca buku dan buat latihan”

“Kau baliklah dulu. Kau nak aku hantar kau balik?”

“Tak perlulah” jawab Khalish, dia mengemas buku-bukunya dan mengambil beg sandarnya. Lengannya terus ditekapkan pada wajahnya.

“Hati-hati Khalish” Qisha menyentuh lengan baju Khalish tapi Khalish menepis tangannya.Dia berlari meninggalkan kawasan perpustakaan itu. Qisha memandang Khalish bimbang.

Keesokkan harinya Khalish tidak hadir ke sekolah.

“Apa nak jadilah dengan Khalish ni, dah nak SPM pun nak ponteng lagi” ujar Sofia ketika dia menyumbat mulutnya dengan sandwich di kantin itu.

Qisha menongkat dagu, matanya hanya merenung ke arah padang. Tempat yang selalu menjadi kawasan Khalish melepak seorang diri.Fikirannya terus memikirkan Khalish.

“Qisha, cikgu Zualif cakap ada panggilan untuk kau” Riffan sudah termengah-mengah ketika dia sampai di meja Qisha dan Sofia.

Qisha memandang pda Riffan.

“Cepat pergi Sha, dia kata panggilan penting. Dari Rumah anak yatim an-Nur” beritahu Riffan lagi. Qisha terkilan, dia tanpa sedar terus berlari ke bilik cikgu Zualif.

Sofia dan Riffan membalas pandangan antara satu sama lain.

“Qisha, tinggal kat rumah anak yatim??” tanya Sofia. Riffan mengangguk perlahan, dia mendengar cikgu Zualif menceritakan padanya segalanya.

“Mak ayah dia mati disebabkan kebakaran, masa tu dia tingkatan satu” beritahu Riffan.

“Dia ada seorang adik di rumah anak yatim yang lain. Selama ini dia mencari adik dia, tapi cikgu dapat panggilan daripada rumah anak yatim tu yang adik dia dah meninggal dunia disebabkan leukimia”

“Kesiannya kat Qisha” Sofia sudah meletakkan sandwich di atas pinggan, dia sudah hilang selera.Selama ini dia tidak tahu, Qisha juga tidak pernah memberitahu padanya.

Sementara itu Qisha sudah berada di bilik guru. Cikgu Zualif segera membawanya ke hospital untuk melihat jenazah adik kecil Qisha yang berumur tujuh tahun. Adik yang terpisah darinya ketika Qisha darjah lima dan Qiffan berumur tiga tahun.

Qisha memeluk jenazah adiknya, dia mencium pipi Qiffan. Cikgu Zualif memandang sayu pada Qisha, dia sudah menganggap Qisha seperti adiknya sendiri. Sebenarnya Rumah anak yatim An-Nur itu kepunyaan ibu kandungnya, dia membesar bersama-sama dengan budak-budak di rumah anak yatim itu.

“Qisha, kita balik dulu ya. Nanti jenazah Qiffan akan dibawa ke masjid untuk disolat” pujuk Cikgu Zualif selepas berjam-jam berada di hospital. Qisha mengangguk kepalanya, dia berjalan sendirian keluar dari wad yang menempatkan jenazah adiknya.

“Qi… Qisha” suara seorang lelaki yang cukup dikenalinya kedengaran di hujung telinganya. Qisha terus berpaling, senyumannya pudar tatkala melihat lelaki itu sedang duduk di atas kerusi roda dan memakai baju tidur. Baju yang sama seperti pesakit-pesakit di hospital itu.

“Khalish…..” Qisha memandang Khalish seakan-akan tidak percaya.

“Aku tahu pasti ada yang tak kena” ujar Qisha penuh kecurigaan.

“Tak ada apa-apalah, aku demam panas je” jawab Khalish. Dia cuba untuk mengukirkan senyuman tapi apabila melihat muka Qisha yang pucat dan mata Qisha yang merah itu, dia menjadi risau.

“Adik aku, dia meninggal dunia disebabkan leukimia. Khalish, kenapa kau berada di aras ini?” Qisha melihat pada papan tanda yang diletakkan pada pintu wad Khalish. Dihadapan pintu itu tertulis sesuatu yang Qisha tak percaya, dia kemudiannya mengerling pada Khalish meminta penjelasan.

Khalish mengigit bibirnya, dia tak percaya dia bertemu dengan Qisha di sini pada waktu yang tidak sesuai.

“Aku tak mahu beritahu kau”

“Kenapa?” desak Qisha.

“Aku tak boleh”

“Aku ingatkan kita ni kawan. Antara kawan tak boleh ada rahsia, ke kau tak pernah rasa aku macam kawan kau”

“Aku ingatkan lepas habis SPM, kita dah tak akan jumpa lagi. Tapi aku rasa waktu untuk aku tak sampaipun SPM. Badan aku dah semakin tenat, aku tak boleh bertahanpun sampai akhir tahun ini” ujar Khalish, mukanya sudah semakin pucat tapi Qisha terlalu marah pada waktu itu untuk bertapa ‘kau tak apa-apakah?’

“Apa maksud kau?” tangan Qisha sudah mengigil, kemarahan dalam hatinya sudah diganti dengan perasaan yang sukar digambarkan. Jika dia tidak kuatkan semangat, sudah lama dia rebah disitu. Kalau tidak silap apa yang dikatakan oleh Khalish itu, jika disimpulkan adalah mengenai ‘kematian’.

“Aku takut kau jijik pada aku Qisha. Aku nak jujur pada kau, tapi aku tak mampu” Khalish memandang pada Qisha, mata birunya tampak tidak bercahaya seperti dulu.

“Apa yang berlaku?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience