Bab 43

Action Series 6386

Sudah seminggu Nuhayra Amanda duduk di rumah banglo mewah milik Darris Anaqeef yang telah dihadiahkan kepadanya sebelum ini. Meskipun sudah memiliki segalanya, jiwanya masih belum tenang.

Perasaannya tidak indah seperti mana dia rasakan ketika rumah ini diduduki bersama Darris. Dalam pada dia sedang berkhayal mengingatkan lelaki yang sudah dibuang dari hidupnya, tekaknya terasa haus.

Dia bangun dari katil dan bergerak ke bahagian dapur. Selesai melunaskan permintaan tekaknya, dia meletakkan gelas di dalam singki. Saat dia memusingkan badan, tidak semena-mena bulu romanya menegak Terasa ada angin bertiup ditengkuknya. Terasa ada bayang-bayang hitam di belakangnya.

Liur diteguk. Saat dia berpaling, mulutnya tidak mampu bergerak. Matanya ternampak satu lembaga di sedang merenung ke arahnya.

"Arghhh!"

Lembaga hodoh itu berdiri di pintu peti ais.

"Darris! Tolong aku, Darris. Abang, Ayra takut..." jerit Nuhayra sambil menutup sebelah matanya. Dia berlari menuju ke bilik dan pintu dikunci.

Keringat mula membasahi tubuhnya. Dahinya basah dan tangannya menggigil. Hampir dia terkenxing namun ditahan seboleh-bolehnya.

"Abang, baliklah. Ayra rindukan abang. Please come back to me, abang." bergetar suaranya ketika menarik selimut menyelubungi tubuhnya.

"Ayra..."

Kedengaran satu suara halus meyeru namanya. Makin menggeletar seluruh tubuhnya di bawah selimut itu. Gigi diketap dan hati tidak lekang beristighfar.

"Pergi! Jangan ganggu aku!"

"Ayra..."

"Tolonggg! Pergi! Aku tak kacau kau lah!" jerit Nuhayra dalam tangisan. Sungguh, dia benar-benar takut saat ini.

Darris, kembalilah kau ke sisiku.

"Janganlah takut..." suara halus itu benar-benar membuatkan Nuhayra tidak keruan.

"Allah... Allah... Allah... tolong aku Ya Allah..."

"ARGHHHH!" Darris tersentak.

Matanya terbuka luas memandang siling rumanhnya. Dia beristighfar sebelum bangun dan meraup wajahnya yang berpeluh kerana mimpi buruk.

"Allahuakhbar..." keluh Darris.

Mimpi apa yang membuatkan dia tidak sedap hati dengan keadaan Nuhayra? Jika benar gangguan itu datang lagi, dapatkah Nuhayra mengatasinya? Sempat dia memikirkan keadaan orang lain di saat jiwanya makin lemah.

Ya Allah, di mana pun dia, kau selamatkamnya daripada gangguan jin dan syaitan. Sesungguhnya ketakutan dia melebihi kemampuannya.

Jam di dinding dikering, sudah pukul jam 2:00 pagi dan lenanya dikejut supaya dia boleh bermunajat kepada Allah memohon satu kekuatan di saat ujian melanda diri.

Mulut Darris tidak lekang beristighfar sejak dia mencelikkan mata. Jika dugaan yang diturunkan Allah adalah untuk mendekatkan dirinya. Darris redha.

"Ya Allah, pinjamkan aku sedikit ketabahan dan jadikan aku redha dengan ujian-Mu."

Darris meraup wajahnya sebelum bangun menuju ke bilik air untuk menunaikan solat sunat dua rakaat seterusnya memgalunkan bacaan suci Al-Quran.

segalanya akan terlerai

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience