Bab 7

Short Story Series 16005

Pulang sahaja dari cafe terus Deyna masuk bilik kerana tidak mahu ganggu Hazirah meluangkan masa dengan keluarga dia.

"Bila ehh aku nak balik kampung? Kalau sekarang tak free lagi. Nanti-nantilah."mengeluh Deyna apabila teringat yang sebulan lebih dia tak balik kampung dah rindu sangat dekat ibu dan abah.

Dalam dia sibuk bersiap terdengar bunyi ketukkan pintu.

Tok tok tok

"Naa, kau tidur ke?"tanya Hazirah sambil tangan tak henti ketuk pintu. Roboh pintu bilik dia nanti.

"Belum." Deyna terus menuju ke pintu. Buka sahaja pintu terpampanglah muka Hazirah yang masih lagi pucat. Kesian kawan dia.

"Kau ok? Dah makan?"tanya Hazirah sambil tengok Deyna atas bawah. Macam Deyna pula yang sakit.

"Ehh tak lah aku ok cuma penat hehe. Ouh ya sebelum balik tadi aku dah makan dengan Akak Zira"Deyna sengih tunjuk giginya yang teratur. Risau sangat minah suku ni.

"Kau dah ok Rah?"tanya Deyna pula bila tengok muka dia makin pucat tapi tidaklah teruk macam semalam.

"Ok la sikit cuma tu lah rasa takut tu ada lagi but i'm fine." Kata Hazirah walaupun dia senyum muka dia still nampak kurang bermaya.

"Eh jap, kau nak pergi mana ni bersiap bagai." Tanya Hazirah dengan dahi berkerut.

"Ohh aku nak keluar pergi mall. Alang-alang tu aku nak pergi baskin robbin dah lama aku tak makan aiskrim. Teringin."tersengih Deyna bila Hazirah menjeling ke arahnya.

"Ahh kau ni nak pergi makan time aku sakit juga. Macam tak ada hari lain."terus keluar muncung dia tu.

"Nanti kalau aku balik awal aku beli kat kau ehh."

"Ya lahh. Kau pergi elok-elok kalau rasa tak selamat kau pergi tempat yang ramai orang tau. Jangan duduk sorang-sorang. Bahaya."tegas saja nasihat dari minah suku ni.

"Yaa aku ingat pesanan kau. Aku pergi dulu kirim salam dekat mak ayah kau tau." Selepas melepaskan pelukkan terus Deyna berjalan keluar dari rumah. Sempat dia bersalaman dengan mak Hazirah.

Sampai sahaja dimall Deyna memarking kereta dekat dengan pintu lift senang. Dalam ralit dia menikmati aiskrim tiba-tiba ada orang tegur dari depan. Terus Deyna panggungkan kepala tengok siapa yang kacau ketenangan dia nak makan aiskrim.

Dan Deyna terkedu. Terkedip-kedip matanya melihat lelaki itu. Mimpikah?

"Hai Deyna. Sorang? Boleh tumpang duduk?" Tanya dia si Aidil Haziq.

"Hai Haziq. Haah sorang. Ehh duduk laa." Laju je Deyna jawab.

"Ni kes nak dating ke? boleh pula terserempak dekat sini." Bisik hati kecil Deyna.

"Awak sorang juga ke?" Tanya Deyna apabila keadaan kekok itu hadir.

"Yaa sorang. Mana kawan kau yang seorang lagi tu? tak datang?" Tanyanya sambil mata memerhatikan sekeliling.

"Dia tak ikut sebab dia tak berapa nak sihat." Balas Deyna perlahan apabila mata Haziq berhenti tepat di muka Deyna terus dia menundukkan muka. Segan. Haish jangan buat dia cair macam aiskrim ni.

"Lepas ni kau nak pergi mana?"

"Tak tahu lagi maybe window shopping."teragak-agak Deyna bercakap. Niat dia datang nak makan ais krim je tak tau pula boleh jumpa jodoh.

"Good, teman aku tengok wayang." ajaknya dengan senyuman.

"Haa?" Tiba-tiba terus Deyna jadi blur.

"Teman aku tengok wayang, sayang. Lagipun adik aku tak dapat datang jadi sayang la kalau aku buang tiket tu." Kata Aidil Haziq selamba.

Sejenak muka Deyna merah bila keluar perkataan 'sayang' dari mulut Haziq.

"Ouhh boleh je. Lagipun saya tengah free." Deyna masih lagi menunduk sebab malu mungkin muka dia dah merah kalah tomato.

"Good. Wayang tu mula lagi setengah jam so boleh la kita pergi sekarang." Terus dia berdiri sambil memerhatikan Deyna yang masih terkial-kial itu. Deyna terdengar gelakkan darinya

Lagi la merah pipi si cik terbantut ni.

"Jom." laju Deyna jalan tanpa melihat Aidil Haziq sedikit pun. Dan ya Deyna terdengar bisikan dia.

"Comel" bisiknya perlahan tetapi mampu sampai ke pendengaran Deyna. Terus Deyna kaku ditengah-tengah alam.

"Lah kenapa berhenti? Jomlah."dengan senyuman yang mampu cairkan Deyna macam aiskrim yang baru lepas dimakan.

"Heee jom"tersengih Deyna bila Aidil Haziq pusing belakang tengok Deyna masih lagi jadi patung cendana.

Habis saja tengok wayang Deyna dan Aidil Haziq berjalan-jalan dalam mall. Deyna rasa sekarang dia dah tak ada hala tuju.

Telefon Deyna berbunyi tanda ada orang menghantar mesej.

MINAH SUKU (RAH)
-OI
-Bila kau nak balik ha cik
  terbantut. Aiskrim aku
   jangan lupa??

                                    +kejap lagi aku
                                balik tak adanya
                                  aku nak lupa
                                Aiskrim kau tu.

"Awak saya balik dululah lagipun kawan saya dah suruh saya balik sebab dah lewat."tutur Deyna dengan nada lembut. Ewahhh.

"Jom aku hantarkan kau sampai kereta."laju saja dia jalan tapi nasib Deyna sempat menghalang.

"Ehh tak payah laa lagipun saya nak pergi baskin robbin dulu sebab kawan saya order." Sengih Deyna bila teringat minah suku tu. Kacau line betul minah suku tu.

"Kalau macam tu aku teman juga and keputusan aku muktamad." Terus dia berlalu pergi tanpa sempat Deyna menghalang. Tercenggang Deyna seorang diri di belakang.

"Dia ni nak jadi lelaki sejati ka apa." Gumam Deyna perlahan dan terus ikut Aidil Haziq dari belakang.

Sampai sahaja dikereta Deyna terus mengucapkan terima kasih.

"Terima Kasih Haziq sebab belanja saya tengok wayang lepastu teman saya shopping sikit." Tutur Deyna sambil mata tunduk mencari kunci keretanya. Time ni juga kunci nak menghilang.

"Tak apalah dah rezeki kau dapat tengok wayang dengan aku."senyum dia lagi and sempat lagi dia kenyit mata. Deyna mengetap bibirnya menahan senyum yang makin melebar. Murah betul dia dengan senyuman.

Usai jumpa kunci terus Deyna meminta diri. Sempat Deyna menghon kereta tanda dia dah nak pergi.

Semasa lampu isyarat merah . "Misi nombor 2 dah selesai walaupun bukan aku yang ajak." Tergelak kecil Deyna bila rasa bahagia macam ni. Mommy I want to marry right now.

Sampai saja dirumah Deyna terus memberi aiskrim tu dekat Hazirah yang menempel disebelah Deyna selagi tak bagi aiskrim.

Hazirah yang sibuk makan aiskrim tu Deyna tenung lama. Dah macam setahun tak makan aiskrim.

"Rah aku ada something nak cerita tapu esok la aku cerita aku penat sikit. Aku masuk bilik dulu. Tata." Tanpa tunggu jawapan dari Hazirah, Deyna terus berlalu masuk kebilik.

Usai membersihkan diri Deyna terus merebahkan diri diatas katil. Dalam termenung tu dia tersengih sendiri tetapi dalam hati Deyna sentiasa berdoa agar dia menjadi jodoh Deyna syatu hari nanti. Dalam tak sedar Deyna pon tertidur.

TBC...

Follow and Comment to unlock new Chapter...

Saya nak followback tapi saya tak tahu siapa yang follow saya sebab dia tulis No Records Found. Sorry.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience