Rate

3

Humor Series 2272

Location: Los Angeles, California.

"Daleena, hari ni kita pergi shopping, spa and salon okey? Macam girls time." Cadang Puan Azlea.

Daleena semestinya setuju dengan cadangan itu. Walaupun Daleena kelihatan seperti gadis biasa, tapi sebenarnya tidak. Dia bersikap kasar seperti lelaki kerana Encik Aziz sudah menghantarnya ke kelas taekwondo sejak dia berumur 3 tahun lagi. Kini, dia memegang tali pinggang hitam.

Tapi, permintaan ibu takkan nak ditolak pula. "O..kay?" Daleena berasa tidak selesa.

"Pak Man! Siapkan kereta, kami nak pergi shopping mall yang baru dibuka tu."

"Baik, puan." Pak Man menurut perintah.

Perjalanan itu mengambil masa kira-kira setengah jam.

Seorang pekerja wanita disitu sedang mengurut kaki Daleena manakala seorang lagi mengurut kaki Puan Azlea.

Mereka melakukan pelbagai aktiviti didalam spa tersebut. Malahan, mereka membeli belah didalam kedai yang berjenama mahal.

Meskipun Daleena dibesarkan didalam keluarga yang kaya, hidup mewah dan tidak pernah merasa susah, Encik Aziz dan Puan Azlea tidak pernah terlalu memanjakan anak tunggalnya itu.

Daleena belajar untuk basuh pakaian sendiri, melipat kain dan mengemas rumah. Pengalamannya semasa kecil telah mendewasakannya.

"Mama, jauh lagi ke ni. Sakit dah kaki ni nak berjalan." Daleena mengurut-ngurut kakinya yang telah sakit.

"Sikit je lagi ni. Sekejap ek." Puan Azlea sedang memilih baju untuk dibelinya.

Tiba-tiba, seorang lelaki yang mencurigakan mahu mencuri sebuah handbag di kedai sebelah.

"Emm, mama. Daleena nak pergi tandas ek. Sakit perut." Tipu Daleena.

"Pergilah." Balas Puan Azlea yang masih leka memilih pakaian.

Dia pergi ke lelaki tersebut dan menendangnya dengan kuat sehingga lelaki itu mahu terjatuh.

Daleena menggenggam buku limanya lalu ditumbuk muka lelaki tersebut.

Lelaki tersebut bangun dan menumbuk muka Daleena sehingga darah keluar mengalir dari hidungnya dan bibirnya pecah.

Daleena mengelap titisan darah itu dengan ibu jarinya. Perlawanan itu sudah berakhir apabila lelaki itu berjaya ditumpaskan oleh Daleena.

Dia dibawa keluar dari bangunan tersebut diiringi dengan dua orang pengawal.

Daleena kembali ke tempat kedai yang Puan Azlea membeli belah.

"Daleena, kenapa muka lebam-lebam ni?" Puan Azlea menyentuh lembut muka Daleena.

"Mama, Daleena boleh explain-"

"Takpayah explain mama dah tahu apa yang terjadi tadi."

Daleena mula panik. Raut wajahnya bertukar 360°.

"Haa, ni mesti sebab Daleena jatuh kat tandas tadi kan?" Puan Azlea senyum.

"Umm, aah. Daleena jatuh tadi."

"Tula. Lain kali hati-hati. Dah jom balik."

Puan Azlea menarik tangan Daleena. 'Fuh, nasib baik.' Detik hatinya. Dia menarik nafas lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience