Rate

BAB 33 - SIAPA DALANGNYA

Romance Completed 454604

Audi silver mengikut saja belakang kereta putih yang dipandu oleh Nusrah untuk pulang ke rumah keluarganya..

Mereka akhirnya sampai di sebuah rumah banglo satu tingkat.. Nusrah memandu masuk kedalam rumah tersebut diikuti dengan kereta Raif dibelakang ..

Keluarlah Widad dari pintu utama rumahnya bila mendengar bunyi enjin kereta masuk kedalam perkarangan rumahnya.. Inas sibuk dia mengintai kereta tetamu yang baru masuk kedalam rumahnya itu.. Membulat matanya bila melihat Raif yang keluar dari kereta berlambang gelang bercantum itu..

"manja!?"

"itu kamu ke?" tanya Widad, menyusun langkahnya menuju ke kereta berwarna kelabu itu..

"assalamualaikum uncle.. Ya! Saya.. Raif.. Raif Althaf.." sahut Raif.. Menarik bibirnya tersenyum melebar..

"waalaikumsalam..." widad terus memeluk Raif..

Pelukan mereka dilepaskan.. Widad tersenyum lebar.. Melihat perubahan yang ditunjukkan oleh Raif..

''marilah kita masuk ke dalam..'' pelawa Widad..

Masuklah mereka kedalam rumah Widad.. Inas sudah berkepit dengan Nusrah.. Nurain ibu kepada Nusrah, datang menjemput tetamunya di hadapan pintu. Duduklah mereka di ruang tamu rumah Widad . Nurain dan Nusrah meninggalkan tetamu mereka di ruang tamu untuk berbincang.

''uncle sebenarnya kedatangan Raif ke sini .. Nak bertanyakan tentang kemalangan yang menimpa ayahanda ....'' tanya Raif..

''kemalangan jalan raya tu?'' tanya Widad.. Raif menganggukkan kepalanya..

''sebenarnya Uncle pun tak tahu sangat peristiwa mengenai kemalangan tu.. Seba masa tu.. Uncle ada dekat luar negara.. Ambil aunty kamu.. Disana.. ''

''masa uncle dapat tahu kemalangan..tu, uncle terus balik Malaysia.. Tapi masa tu dah terlambat.. Arwah sudah meninggal.. Uncle sampai pun.. Masa tu mereka dah bawakan ayahanda kamu ke kubur.. Yang uruskan semua waktu tu.. Mama kamu..'' kata Widad.

''uncle pasti itu kemalangan ? Maksud Raif .. Kemalangan jalan raya?'' tanya Raif.

''not sure about that, tapi uncle tengok kereta yang arwah naik.. Ya! Ianya memang kemalangan.. Siasatan yang polis buat pun kemalangan.. arwah kena serangan jantung sewaktu memandu kereta tu.. Satu-satu saksi yang ada adalah kamu.. Tapi waktu tu.. Kamu masih trauma.. Dan mama kamu tak izinkan kamu terlibat dalam siasatan tu..'' kata Widad.

''Raif sebenarnya masih keliru dengan peristiwa mengenai kemalangan tu uncle.. Bagi Raif .. Memori yang kerap kembali kepada Raif... Tak nampak seperti kemalangan jalan raya.. It look like.. Something else..'' Balas Raif..

''maksud Raif apa? Uncle tak faham..'' tanya Widad keliru dengan keterangan yang Raif baru katakan tadi..

''walaupun samar-samar.. Raif tak rasa , raif telibat dengan kemalangan jalan raya.. Raif rasa macam ada yang sengaja nak nampakkan itu macam kemalangan jalan raya..'' terang Raif..

''hmmm... Mine to share with me? Apa yang Raif nampak sebenarnya.. Maksud uncle memori yang ada waktu kemalangan tu..?'' tanya Widad.

Raif menceritakan semuanya yang dia ingat.. Sebuah landasan yang luas.. Diwaktu malam.. Suasana hujan yang lebat turun kebumi, diselang seli dengan bunyi guruh dilangit dan diterangi lagi dengan sinar cahaya kilat..

''maklumat yang kamu berikan ni tak cukup Raif..'' keluh Widad..

''mana tahu .. Waktu tu ayahanda kamu bawa kamu .. Jumpa dengan seseorang.. Sebelum kemalangan tu berlaku..'' kata Widad..

''ya tak ya juga kan uncle.. Lagipun Raif waktu tu baru berusia sepuluh tahun.. Raif sendiri tak pasti ..sama ada itu hanya halusinasi Raif.. Ataupun realiti..'' balas Raif perlahan.. Inas yang berada disebelahnya mengosok lembut belakang Raif..

''jangan putus asa.. Kalau ini bukannya sebuah kemalangan.. Kita perlu tahu siapa dalangnya disebalik semua ni.. Sampai bila dia nak sembunyikan kerja kotor yang dia lakukan... Uncle harap Raif lebih hati-hati.. Ianya boleh jadi sesiapa saja..'' Widad memperingati Raif..

''uncle ada syak sesiapa?'' tanya Raif.

''uncle bukannya nak hasut Raif.. Tapi hati-hatilah..'' ulang widad lagi.

''sebut satu nama uncle...'' Widad segera menggelengkan kepalanya kepada Raif..

''ianya boleh jadi orang paling rapat dengan kamu.. Ataupun orang kamu tak kenal.. Tapi, ayahanda kamu tu dulu baik orangnya.. Terlampau baik.. Tak mungkin ada orang memusuhi dia..'' kata Widad..

''terima kasih Uncle.. Raif sendiri lupa dah macam mana rupa ayahanda ..'' kata Raif dengan sayu..

''tunggu uncle ambilkan gambar dia..'' Widad bangun dari duduknya dan berjalan keluar dari ruang tamu..

''manja.. Jangan lah sedih macam ni.. Ayahanda manja pasti faham.. Kenapa manja tak boleh ingat ayahanda .. Manja bukannya sengaja.. Sekarang manja dah pulih kan.. Manja kena kuat.. Kalau betul lah ada yang aniaya ayahanda .. Manja perlu cari tahu siapa pelakunya.. Cari tahu apa motif dia...'' kata Inas.. Raif yang sedang menunduk mengangkat wajahnya.. Sebaris senyuman diberikan kepada Inas...

''ya! Kalau betul lah ayahanda dianiayai .. Manja nak tahu siapa dalangnya..'' kata Raif memegang erat tangan Inas. Mereka berdua melihat Widad kembali semula dengan satu buku album ditangannya..

''kejap ya.. Uncle cari.. Album lama ni berhabuk sikit..'' kata Widad. Album lama itu dibuka dihadapan Raif..

''hah! Ini ada gambar ayahanda kamu dengan bonda kamu Raif.. Gambar khawin mereka.. Kenangan betul gambar ni..'' Widad menarik keluar sekeping gambar yang ada didalam album itu..

'apa tadi dia kata? Bonda? Ehhh!siapa pula bonda?' senget kepala Inas melihat kepada Widad..

''pertama kali Raif tengok wajah Bonda..'' Raif menyambut gambar yang dihulurkan oleh Widad.. Wajah bondanya disentuh dengan jarinya...

'wanita yang meningal sewaktu melahirkannya..' Raif menahan rasa sebak didadanya..

''bonda? Maaflah bukan niat Inas nak menyampuk.. Tapi..''

''ya! Bonda.. Wanita yang melahirkan manja..'' kata Raif menunjukkan gambar perkahwinan kedua-dua orang tuanya. Inas melihat kedalam gambar itu.. Seorang wanita berkulit putih tersenyum manis disamping seorang lelaki tak kalah kacaknya.. Diapit oleh seorang lelaki seiras dengan widad.. Tetapi lebih muda..

''bonda manja seiras manja...'' kata Inas..

'jadi bonda ni! Ibu kandung manja?? Habis tu mana pula?? Aaarhh.. Aku makin keliru..' Inas menyimpan saja kekeliruan itu didalan kotak fikirannya yang mula timbul persoalan demi persoalan..

''kan.. '' balas Raif pendek. Inas melihat kedalam wajah Raif yang nampak redup..

' kalau fikiran aku penuh dengan pelbagai persoalan.. cuba pikir apa yang dia rasa pula.. Dibesarkan di sebalik satu identiti yang ditutup rapat oleh seseorang.. Tapi siapa? Mama? Tapi kenapa? Kenapa perlu dia buat macam tu.. Padahal aku tengok dia layan manja.. Persis seperti anak kandung dia.. Malah lebih lagi..'

''boleh Raif simpan gambar ni uncle?'' tanya Raif.. Membawa kembali gambar itu kepangkuannya..

''iya ambil lah, Raif lebih perlukannya dari uncle.. Dan ini, gambar terakhir yang arwah ayahanda Raif.. yang ada dengan uncle..'' Widad memberikan sekeping gambar lagi kepada Raif..

Raif meneliti gambar yang dihulurkan kepadanya.. Gambar ayahanda yang sedang berjabat tangan dengan seorang lelaki di bawah terik matahari di sebuah tapak pembinaan..

''dekat mana ni uncle?'' tanya Raif.. Menanyakan lokasi gambar tersebut.

''itu gambar masa pecah tanah syarikat yang ada sekarang ni.. Gambar lama tu..'' kata Widad menarik senyumannya kepada Raif.

''Raif tak nak masuk office? Sampai bila Raif nak biarkan mereka uruskan semuanya..?'' tanya Widad dengan hati-hati.. Tak mahu menyinggung perasaan Raif.

''office? Biarlah mereka uruskan buat masa ni.. Lagipun abang layak untuk itu..'' balas Raif.

''ya! Memang dia layak.. Layak sekadar menguruskan.. Tapi semua tu hak Raif.. Sepenuhnya.. Dari Syarikat, hotel.. Aset-aset yang lain.. Mereka tu hanya pemegang amanah.. uncle bukannya apa.. Rasanya dah lama mereka pegang semua tu.. Apa kata Raif pula yang pegang hak Raif.. Mereka ada bahagian mereka masing-masing.. '' Widad berhenti bicara bila melihat Raif menunduk kebawah dan mengeluh.

''bukannya Raif tak nak, uncle...'' sebelah tangannya dibawa naik menutup mulutnya.. Menarik nafas dalam dan melepaskan nafas itu.

''mereka dah besarkan Raif.. Raif tak mahu benda ni akan jadi isu jadikan hubungan kami memburuk..'' balas Raif.. Widad kemudiannya menganggukkan kepalanya..

''hati-hati.. Uncle tak nak jadi apa-apa je kepada kamu.. Sekarang.. Inas juga mungkin dalam bahaya.. Bukan hanya kamu saja..'' kata widad.. Menunjuk ke arah Inas.. Raif turut ikut berpaling melihat kepada inas yang berada di sampingnya..

''uncle dari tadi asyik minta Raif hati-hati.. Inas lagi.. Uncle ada tahu sesuatu ke? Yang raif perlu tahu..'' tanya Raif.. Widad sekali lagi mengeleng..

''tak payah risau.. Uncle cuma ingatkan.. Supaya Raif dan Inas lebih hati-hati.. Itu saja'' balas Widad.

''uncle syak mama?'' tanya Raif..

''uncle tak berani lah nak syak sesiapa.. Kalau dari dulu uncle syak mama kamu.. Dah lama uncle selamatkan kamu dari dia.. Tapi itulah.. Kamu dijaga elok leh dia.. Apa bukti yang uncle ada nak letakkan syak uncle kepada mama kamu..'' terang Widad.. Walaupun didalam hatinya terdetik nama wanita yang bergelar Tun itu sebagai dalangnya..

''tak mungkin mama.. Dia seorang mama yang baik untuk Raif.. Dia besarkan raif dengan penuh kasih sayang..'' kata Raif membela Maya.

'Inilah yang aku pikirkan dari tadi.. Pasti Raif akan membela mamanya yang telah menjaganya sejak berumur lima tahun lagi.. Mustahil untuk Raif mengatakan wanita itu sebagai dalang atas semua yang berlaku..'

Adakah sudah terjawap..?? Kita sambung satu bab lagi--->

Share this novel

Hana
2021-01-16 00:49:50 

macam betul je mama Raif yang buat sebab tu Raif diberi ubat supaya dia lupa tentang itu


NovelPlus Premium

The best ads free experience