26

Other Series 56144

SETELAH semalaman tak mendapat sebarang khabar daripada Natrah, Eirfan membuat keputusan untuk menelefon Hasma dan Azizah. Dan jawapan keduanya sama, Natrah tak balik dengan mereka! Sebaliknya mereka menyangka yang gadis itu pulang bersamanya kerana orang terakhir yang dihubungi oleh Natrah adalah dia.

Mau tak gelisah sekeping hati itu. Setahu dia, tak ada pula Natrah menyuruhnya menghantar pulang. Kerana yang dia tahu, Natrah akan pulang bersama Hasma.

Namun Hasma menafikan itu. Menurut Hasma, belum lagi Natrah meyuarakan hasrat tersebut kepadanya. Tetapi yang peliknya, setelah Natrah keluar dari dewan untuk menjawab panggilan daripada Eirfan, gadis itu tidak kembali ke dewan. Jadi dia dan Azizah beranggapan kalau Natrah sudah dijemput pulang oleh Eirfan.

Kereta yang dipandu berhenti di bahu jalan. Jam di dashboard menunjukkan sudah pukul 3 pagi. Eirfan mengerut dahi. Banyak kali nombor Natrah cuba dihubungi namun tidak berjawab. Hatinya gelisah dan buntu. Hendak minta tolong pada siapa? Polis? Itu hanya akan berlaku jika Natrah sudah hilang selama 24 jam. Namun kehilangan Natrah baru saja berlaku dalam masa 4 jam. Takkan nak telefon Nabihah? Dia tak berani pula nak ganggu Nabihah kerana gadis itu kini sedang menikmati bulan madunya bersama Azrul.

"Love, where are you?" Eirfan mendail nombor Natrah berkali-kali. Namun hasilnya tetap sama. Mengecewakan!

Sepatutnya dia jemput saja Natrah tadi. Dek kerana menurut saja semua keinginan Natrah, perkara ini yang pula yang berlaku. Dia dihantui dengan rasa bimbang dan Natrah pula hilang entah ke mana.

KEPALA yang terasa berat memaksanya untuk mencelikkan mata. Ketika mata terbuka, dia melihat siling berwarna putih dihiasi lampu chandelier dan kipas yang sedang berpusing. Sejuk dari aircon menambahkan rasa dingin dalam badannya.

Dia toleh ke kiri dan ke kanan namun tiada sesiapa di situ. Hanya dia dan bunyi kipas siling yang berpusing. Badan yang terasa letih sedaya-upaya cuba diangkat. Namun dia hanya mampu bersandar pada birai katil.

"Kat mana ni?" keluh Natrah dalam kebingungan. Seingat dia, semalam dia berada di luar dewan dan berbual dengan Eirfan di dalam telefon. Kemudian ketika hendak kembali semula ke dalam dewan, dia dihadang oleh seseorang dan...

"Hai sweety. Lena tidur?"

Suara garau seseorang menyentakkannya. Dia menelan liur. Dia kenal pemilik suara tersebut. Namun dia enggan menoleh. Hatinya penuh dengan debaran. Rasa takut mulai menghantui dirinya.

"Sombongnya! Tak nak tengok kita pun!"

Natrah menelan liur lagi. Kini lelaki itu sudah melabuhkan punggung berhadapannya. Laju saja dia menutup mata namun air matanya tiba-tiba mengalir deras.

Ehsan mengukir senyum sinis. Mana kau nak lari Natrah? Kau berada dalam genggaman aku sekarang!

"Kenapa tutup mata? Hodoh sangat ke saya ni?" Ehsan cuba berlawak. Dia ketawa sendiri.

"Open your eyes"

Natrah enggan akur. Selimut yang menutupi sebahagian tubuhnya digenggam erat. Berdoa dan berharap semoga tiada apa-apa yang akan berlaku.

"Open your eyes, sweety" pinta Ehsan lagi dalam nada yang lembut. Dia rindukan sepasang anak mata itu. Kini tiada siapa yang akan memisahkan mereka. Dia sudah menyiapkan segala-galanya. Natrah akan menjadi miliknya yang utuh.

Natrah menggeleng kepala. Dia tidak mahu tunduk pada arahan lelaki itu. Tolonglah, tolonglah lepaskan aku! Pergi dari sini!

"Open your eyes, Natrah" Ehsan cuba menahan amarah dalam hati. Degilnya seketul Natrah!

Kali ini, Natrah menggeleng kepala dengan lebih kerap. Air mata turut sama mengalir. Esak tangisnya mulai kedengaran.

"Hei, aku cakap bukak mata kau! I said, open your eyes! Arahan semudah tu pun susah ke nak faham?!" Ehsan mulai menengking. Rahang Natrah sudah dikunci.

Natrah menelan liur lagi. Ketakutan yang beraja dalam hati memaksa dia membuka matanya. Di situ, dia bersabung mata dengan anak mata milik Ehsan. Wajah tampan itu sudah terisi dengan senyuman sinisnya.

"That's my girl!" Ehsan usap kepala Natrah. Suka apabila gadis itu mendengar arahannya.

"Now, you listen to me. Hari ni, tepat jam 9 malam nanti, kita akan fly ke New York and start over everything there. Kita akan kawen. Have kids on our own. Menua bersama. Takde siapa yang akan ganggu kita. Kita akan stay and menetap kat sana sampai kita mati..."

Ehsan mula melakar hari-hari yang dilaluinya bersama Natrah. Membayangkan hari indah mereka saat diijabkabulkan, menikmati saat-saat mereka memiliki zuriat dan menyemai hari tua bersama. Oh bahagianya!

Wajah Natrah diusap perlahan-lahan. Gelora di hati tak tertahankan saat menatap wajah comel itu. Namun Natrah terlalu keras dan dingin.

"Saya nak balik" pinta Natrah dalam esakannya.

"What? Balik?" Ehsan memanggung senyum sinis.

"Tak dengar ke apa yang saya cakap tadi? Kita akan ke New York. Tak payah balik Malaysia lagi. Nothing 's here! We're having fun in New York. Awak nak apa? Saya belikan. Baju cantik, emas, berlian, kereta, barang branded. I give you all! Name it"

"Saya tak nak! Saya cuma nak balik.. Please..." Natrah separuh merayu. Dia benar-benar berada dalam ketakutan saat ini.

"Shhhh!!" Ehsan mulai meradang. "Don't make me angry! Kalau saya marah, saya akan naik gila"

Wajah Natrah sudah basah dek air matanya. Nasibnya kini bagaikan berada di hujung tanduk saja. Ingin saja dia berlari menuju ke pintu dan menghilang terus namun dia sudah terlebih dahulu dikunci oleh lelaki itu.

"Please Ehsan! Lepaskan saya. Kenapa awak bawak saya ke sini?"

"Heii, tak dengar ke saya cakap apa tadi? Saya nak bawak awak pergi New York. Ataupun dalam bahasa kasarnya, saya nak larikan awak! Daripada Eirfan! Susah ke nak faham?"

Rahang Natrah sudah dicengkam kembali. Nafasnya turun naik menahan amarah yang entah dari mana munculnya.

"I hate to say things repeatedly! Tapi awak suka tak faham or you pretend not to! I hate it!"

Sejurus selepas itu, Ehsan berlalu meninggalkan Natrah yang masih dibuai rasa sedih dan tangisan yang bergema.

TELEFON BIMBIT milik Natrah dijumpai di luar dewan oleh Pak Yakob, pengawal di tempat itu. Pak Yakob yang sememangnya kenal dengan Hasma dan Azizah segera menghubungi mereka bagi bertanya berkenaan perkara tersebut. Selepas dihubungi, Hasma menelefon Eirfan pula dan berjanji untuk bertemu di situ.


"Pak Yakob jumpa handphone saja ke? Benda lain ada tak?" tanya Hasma.


Telefon bimbit tersebut diserahkan kepada Hasma. "Takde pulak. Setahu Pak Yaob, ni saja yang Pak Yakob jumpa"

"Hmmm pelik" gumam Hasma lantas menyerahkan telefon bimbit tersebut kepada Eirfan.

"Orang terakhir yang dia hubungi adalah saya" ujar Eirfan sayu. Tak terbayangkan rasa hatinya semalam yang tak tenang sahaja. Rupa-rupanya ada sesuatu yang tidak baik sedang berlaku.

"CCTV pulak lagu mana? Tak berfungsi ka?" soal Azizah pula.

"Kami memang tak letak CCTV kat luar. Cuma kat dalam saja" terang Pak Yakob.

"Pasaipa tak taruh CCTV kat luaq? Lani, jenayah banyak sangat berlaku. Bahaya na, untuk kami yang perempuan ni. Tak sensitif betui!" gerutu Azizah dalam nada yang geram.


Spontan itu, lengannya dicuit oleh Hasma.

"Awat?" Azizah tayang wajah tak bersalah. Dia pandang Hasma yang sedang beri isyarat ke arah Pak Yakob.


Menyedari hal itu, Azizah menampar mulut sendiri. "Sorry Pak Yakob. Kami takdak niat pun habaq lagu tu"

"Takde apa. Memang salah company sebab tak prepare CCTV kat luar. Katanya, nak jimat bajet" Jawapan Pak Yakob mengundang keluhan berat di bibir Eirfan. Tak semena-mena dia terbayangkan nasib Natrah saat ini.

"Kita mai balai nak? Buat report" cadang Azizah yang sarat dengan kebimbangan pada wajah.

"Kau gila ke? Belum 24 jam lagilah! Nanti alih-alih polis suruh tunggu lagi 24 jam. Lepas tu baru boleh confirm kan report" ujar Hasma pula.

Azizah mengangguk kepala. Lupa pulak dia akan soal itu.

"Habis tu nak buat macam mana?" soal Azizah lagi. Dia sudah buntu hendak membantu.

Telefon bimbit Eirfan berdering mematikan perbualan mereka. Eirfan segera menjawab panggilan kerana mengira itu adalah panggilan dari Natrah atau mungkin penculiknya. Tetapi sangkaannya meleset kerana pihak hospital yang menghubunginya.

"Baik. Baik. Saya faham. Saya akan ke sana"

Panggilan dimatikan.

"Saya kena ke hospital. Atok saya discharge hari ni"

"Kalau macam tu, encik pergilah hospital. Saya dan Azizah akan cuba cari Ara. Nanti kalau ada apa-apa, kami akan call encik" Hasma menyusulkan cadangan.

"Okey. Terima kasih banyak ya?"

"ATOK nak balik ke rumah ke? Atau nak singgah mana-mana dulu?"

Tuan Kassim berdehem. Seperti yang dijangka. Hanya Eirfan yang bisa diharap. Dia mengharapkan Datuk Elias, paling tidak pun Ehsan yang menjemputnya. Namun kedua-duanya sudah mampu dijangka kelakuannya. Nasib baik ada si Eirfan. Kalau tidak, bermalam lagilah di hospital jawabnya!

"Ye. Atok nak balik terus saja. Atok penat. Lapar. Makanan kat hospital tak menyelerakan. Atok nak balik ni, nak suruh Kak Atie masakkan sedap-sedap"

Eirfan mengukir senyum. Jam pada dashboard kereta dipandang sekilas. Baru pukul 8.07 pagi. Itu bererti Datuk Elias tiada di rumah. Dia sempat menghela nafas lega.

"Kamu ingat, atok tak tahu yang kamu tak selesa kalau si Yas tu ada di rumah?"

Melihat tingkah Eirfan, Tuan Kassim mampu membaca fikirannya.

Eirfan diam. Mengiyakan tidak ,menafikan juga tidak. Masakan dia enggan bertemu ayah kandung sendiri? Cuma ayah kandungnya saja yang tidak sudi bersua muka dengannya. Jadi daripada dia sakit hati, ada baiknya dia mengelak.

"Kamu sabarlah Fan! Banyakkan berdoa. Doa orang yang sabar dan teraniaya akan sentiasa Allah dengar. Sekarang Dia tak bagi apa yang kamu nak sebab Dia dah sediakan yang lagi baik, yang lagi indah dari apa yang kamu minta. Sabar ye cu?"

Nasihat kasih sayang dari seorang atok! Terharu benar hati Eirfan mendengarnya. Dalam banyak yang menolaknya, masih ada tangan yang sudi menghulur kasih kepadanya. Dan dia sangat bersyukur akan itu.

"Kamu ada masalah ke? Atok tengok dari tadi macam gelisah saja"

Senyuman di wajah Eirfan membeku. Masalah tak habis-habis datang menimpa. Entah dosa apa yang pernah dilakukannya sehingga dia harus melalui semua ini.


"Takde apa tok. Eirfan cuma letih" bohong Eirfan. Seboleh-bolehnya biarlah masalah ini dia tanggung sendiri. Tuan Kassim juga baru hendak sihat. Masakan dia hendak membebankan lelaki tua itu dengan masalahnya.

"Betul ke ni? I know you very well"

Laju Eirfan mengangguk kepala.

"Tak usah pendam sendiri perasaan tu cu. Kalau ada apa-apa masalah, cari seseorang untuk berkongsi. Kalau tak, nanti merana hati"


Nasihat Tuan Kassim disambut dengan senyuman oleh Eirfan. Dia mengerti akan omongan Tuan Kassim tersebut.

BUNTU. Tiada tempat untuk meminta tolong. Bahkan hendak menjerit pun dia tak bisa. Ehsan terlalu bijak untuk merencana segalanya. Sedari tadi, dia tak berganjak dari posisinya. Berteleku di atas katil sambil memeluk lutut. Ketakutan yang beraja dalam hati membataskan pergerakannya.

Pintu bilik mandi terkuak dengan wajah Ehsan yang penuh dengan senyuman. Senyuman yang sukar untuk ditafsirkan sama sekali.

Langkahnya diatur menuju ke sebuah meja bulat kecil. Gelas kaca yang sudah terisi dengan air tersedia di situ.

"Saya dahaga. Awak?" Ehsan mengajukan soalan serentak menoleh ke arah Natrah. Dilihatnya gadis itu laju menggeleng kepala.

"So snobbish!" kutuk Ehsan dengan senyuman sinis.


Gelas kaca tadi digapai lantas derap kaki bergerak ke arah Natrah. Punggung dihenyak berhadapan dengan gadis itu. Dengan pandangan matanya yang tak lari dari menatap Natrah, dia meneguk gelas tersebut dengan rakus.

Leher jinjang milik Natrah dijamu dengan penuh keinginan. Wajah comel itu tampak ketakutan sekali. Ehsan ketawa dalam hati. Ini yang diinginkannya, melihat gadis itu ketakutan dan tak terkutik!

"Want some?" Gelas tadi diajukan kepada Natrah. Laju Natrah menggeleng. Dia tak akan menerima sebarang makanan atau minuman dari lelaki itu. Dia tahu dan sedar, Ehsan penuh trick! Dan dia tak mahu tertipu.

"Jangan sombong sangat Natrah! Nanti diri sendiri yang rugi" omel Ehsan seraya meneguk gelas tersebut. Kepalanya mulai terasa sesuatu. Jantungnya laju saja berdegup. Keinginannya mulai membuak-buak. 'Ubat' yang dicampurnya di dalam minuman tadi mula memberikan kesan. Akibatnya, dia tak mampu nak bertenang.

"You do know how much I love you, don't you?" Ehsan perlahan-lahan mendekati Natrah. Wajahnya terukir dengan senyuman sinis.

Natrah menelan liur. Bala apa yang bakal menimpanya selepas ini? Dia benar-benar ketakutan. Ya Allah, tolonglah aku!

"Why Natrah? Why? Why Eirfan?"

Natrah meneguk air liur berkali-kali. Kelakuan Ehsan berbeza sama sekali.

"You know how much I love you. Give me a chance, and I promise to fix everything up!"


Kali ini, suara Ehsan kedengaran seakan merayu dan menangis.

"Dari kecik sampai besar, saya tak pernah kalah dengan dia. Never!" sambung Ehsan lagi. Kali ini, dia tersengih sendiri. Matanya mulai mamai. Pandangannya pula seakan penuh kasih.

"You..." Ehsan usap wajah comel itu. "Make me lose everything!"

Natrah tidak berkata-kata. Dia ingin menangis namun air matanya tak mahu munculkan diri.

"And I will make that guy and you lose everything like I did!"

Tubuh Natrah ditolak kasar ke atas katil. Keinginan di hati semakin membuak-buak apatah lagi setelah dia berjaya menarik baju Natrah dan menyebabkan sebahagian atasnya terdedah.

"Ehsan! Apa awak buat ni?! Lepaskan saya!" Akhirnya wajah itu basah dek air mata. Ketakutan sudah menguasai dirinya. Dia bakal tewas di tangan Ehsan jika tidak melakukan sesuatu.

"You are mine, Natrah! Forever!!" Ehsan sudah mengunci tubuh Natrah dengan bertindih di atasnya. Tangannya mula bekerja, dan Natrah sudah berani melawan. Dia tak peduli apa yang bakal berlaku. Yang penting, dia harus selamat dari cengkaman nafsu iblis Ehsan itu!

"Lepaskan saya! Lepaskan saya!!" jerit Natrah tatkala Ehsan mula bertindak agresif. Tangan Natrah yang melawan dikawal dengan sehabis baik.

"I hate when people disobey me! I hate when people reject me! I hate when people neglect me! And you, make me hate myself!" luah Ehsan lantas mensasarkan leher jinjang milik Natrah.

"Ehsan, lepaskan saya. Tolonglah!" Air mata dan rayuan serentak mengongoi. Kudratnya tak mampu menolak dan melawan tubuh sasa itu.

Tewaskah dia?

"Ehsan!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience