BAB 3

Humor Completed 631

Seminggu sebelum raya…

“Apa yang monyok ni, along?” tegur Noni sewaktu aku menonton televisyen
berseorangan. “Teringat dua orang tu ke?”

Aku letak kusyen kecil yang aku peluk tadi ke tepi. Aku pandang Noni lalu
bertanya, “Kalau Noni … mana yang Noni suka? Kuih Almond London ke atau
Kuih Goyang?”

“Noni tak suka dua-dua. Noni suka Biskut Conrflakes.”

Aku tarik nafas. Noni tidak habis-habis dengan Biskut Cornflakesnya.
Langsung tidak membantu.

“Kenapa along tanya? Along nak buat Biskut Almond London ke tahun ni?
Kuih Goyang tu kuih orang dulu-dulu… ada ke orang muda sekarang makan
kuih tu lagi?”

“Ada. Kalau yang suka tu makanlah,” jawabku.

“Kalau along buat, buat Kuih Goyang Ros macam mak selalu buat tu ya? Dah
lama tak makan sejak arwah ayah tak ada.”

Aku diam sejenak. Memang benar kata Noni , sejak ayah meninggal dunia,
ibuku tidak menyediakan Kuih Goyang Ros lagi apabila hari raya menjelma.
Mungkin ibu tidak mahu hatinya sedih tetapi kali ini aku terpaksa buat
juga untuk Mukhriz.

“Tapi tahun ni along kena buat juga kuih tu.”

“Kenapa?”

“Sebab… Mukhriz suruh along buat.”

Mulut Noni terlopong. Kemudian dia tersengih.

“Alah… kacang saja kuih tu. Emak mesti boleh ajar along.”

Aku angguk. Aku tidak terasa bimbang pun.

“Habis tu yang lagi sorang nak makan apa pula?” Belum sempat aku
menjawab, Noni sudah menyambung, “Haaa… Noni tahu. Mesti lagi sorang nak
makan Biskut Almond London, kan?”

Aku angguk lagi sambil tersenyum nipis.

“Yang itu pun bukan susah sangat. Along pandai buat biskut mesti kacang
saja tu.”

“Memanglah tak susah tapi…”

Noni merenung wajahku lama-lama.

“Tapi… itu pun tak dapat tolong along buat keputusan, kan?” sambung Noni
lagi.

Perlahan-lahan aku angguk. Aku perlukan bantuan untuk memilih, Haikal
ataupun Mukhriz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience