BAB 10

Romance Completed 31277

Dari jauh kelihatan Anas mundar-mandir di perkarangan wad bersalin. Ya sudah tiba masanya Fifa melahirkan bayi sulung mereka.

"Ampun Fifa ya abang kalau selama hari ini Fifa khilaf dalam menjalankan tanggungjawab Fifa sebagai isteri. Melawan cakap abang. Asyik mintak makan yang bukan-bukan. Tersiku abang masa tidur," tangis Fifa.

Sempat lagi bini aku buat kelakar.

" Takde, sayang takde dosa dengan abang. Abang ampunkan dosa sayang dunia akhirat," genggaman tangan Anas makin kuat.

Anas segera ke surau berdekatan, menadah tangan memohon dipermudahkan urusan melahirkan bayi mereka.

Tidak sanggup dia kehilangan penyeri hidupnya.

Isteri tercinta yang sudah terlalu banyak membawa bahagia dalam dirinya.

Anas hanya mampu berdoa dan membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan disedekahkan kepada isterinya.

Selepas bertarung nyawa selama 2 jam, putera sulung mereka yang diberi nama Muhammad Hafiz selamat melihat dunia.
Fifa yang masih lagi terbaring lemah hanya mampu tersenyum mendengar Anas mengazankan bayi mereka.

Sungguh syahdu perasaan ini.

Suci.

Hafiz anak yang baik. Tidak banyak karenah. Perjalanan Fifa sebagai seorang ibu bermula sempurna dengan bayi yang tidak terlalu banyak ragam.
Alhamdulillah Fifa berjaya menyusu badan.

Akibat terlalu banyak mendengar kisah ibu-ibu di laman sosial, timbul perasaan takut. Takut susu badannya tidak cukup untuk Hafiz.
Namun percaturan Allah itu maha indah.

Dia bukan sahaja dikurniakan seorang suami yang sempurna, malahan seorang putera pelengkap kehidupan.

Akhirnya, Fifa menadah tangan mengucapkan syukur kerana dia sempat merasai semua ini.

Terima kasih Tuhan, ucapnya penuh sayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience